Tarikh:
13 November 2012
Lokasi kejadian:
Newnham-on-Severn - Chepstow - Cardiff - Hereford
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bertolak dari Bourton-on-the-Water jam 11.30 pagi. Perjalanan melalui sepanjang River Severn yang mengalir merentasi England dan Wales. Saya mengikut route A40 dimana tak perlu nak bayar tol merentasi Severn Bridge untuk ke Wales. Route ni melalui bandar Gloucester, menyusuri jalan di tepian River Severn dan terus masuk ke sempadan di Chepstow. Memang cadangan kami untuk melihat Chepstow Castle disitu. Lagipun saya teringin nak bergambar di sempadan England - Wales. Tengok kat Google Maps, tak ada hentian yang boleh kami berhenti di tengah-tengah sempadan. Cuma di Chepstow je yang cantik untuk bergambar. Itu pun boleh teringin ye. Hehe..
@ Newnham-on-Severn
Jam 12.40 t/hari kami berhenti sekejap di Newnham-on-Severn untuk rehatkan badan. Minum hot chocolate time cuaca sejuk memang layan. Penat jugak memandu kat kawasan luar bandar. Bukannya apa, sebab speed-limit sentiasa berubah. Bila masuk pekan je ada speed-limit. Letih jugak nak melayan kelajuan yang ditetapkan. Kalau masuk pekan atau built-up areas, speed-limit 30mph, jalan single lane 60mph, dual lanes and highway 70mph. Kena selalu alert. Selalunya masuk pekan je akan ada speed camera. Kat sini speed camera memang banyak. Kalau over speed confirm kena detect. Nak tau kena atau tak, time return kereta nanti company sewa kereta akan bagitau. Compound kena bayar, kat company kereta sewa pun kena bayar. Haru..
(A) Bourton-on-the-Water to (B) Newnham-on-Severn = 60 km |
Saujana mata memandang |
River Severn. Boleh teropong buaya. Hehe.. |
Kita layan hot chocolate dulu |
Betullah.. Nampak air.. |
Banyak bench camni kat sepanjang tebing sungai |
Tempat kecik camni pun ada info. Bagus.. |
@ Chepstow
Lebih kurang 15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan ke Chepstow. Jalan agak sibuk, banyak kereta keluar masuk sempadan England-Wales kot. Jam 1.20 petang kami sampai di Chepstow. Chepstow Castle memang terletak kat area parking lot je. Kos parking 90p untuk 1 jam. Kami amik gambar di luar castle. Signboard kat Wales ni lain sikit dari kat England. Ada ditulis sekali bahasa Welsh. Majoriti orang Welsh cakap english. Tujuan dibuat signboard camtu untuk pastikan bahasa Welsh tak luput ditelan zaman. Kemudian kami berjalan ke arah tanda sempadan England-Wales kat hujung jambatan. River Wye yang mengalir memisahkan antara England dan Wales. Disebabkan Wales masih dalam UK, maka tak perlu nak guna pasport untuk keluar masuk. Sama macam Scotland dan Northern Ireland. Untuk Northern Ireland saya tak berapa pasti sebab sejarah konflik antara Protestan dan Katolik kat sana mungkin ada masalah sikit nak masuk. Tapi sekarang tak pasti masih ada lagi ke tak. Teringin jugak nak ke sana satu hari nanti untuk cukupkan korum negara dalam UK, tapi nampak macam tak berani je. Huhu.. Ada info yang saya baca mengatakan Scotland tengah mohon nak keluar dari UK tahun 2014. Wallahualam..
(A) Newnham-on-Severn to (B) Chepstow = 26 km |
Parking pun jauh dari kereta lain. Takut calar. Hehe.. |
Gastell Cas-gwent. Maknanya Chepstow Castle.. Heheh.. |
Di luar Chepstow Castle |
Sempadan belah Wales |
Kat hujung jambatan sana England |
Chepstow Museum |
Berlatarbelakangkan Chepstow Castle dan parking lot |
Keadaan kereta masih baik. Cuma kotor je. |
Jam 1.50 petang kami meniggalkan Chepstow menuju ke Cardiff, ibu negara Wales. Nak cerita sikit tentang perbezaan UK dan Great Britain. Ada yang kata sama, tapi sebenarnya berbeza. Negara dalam UK meliputi England, Scotland, Wales dan Ireland. Disebabkan selatan Ireland (sekarang jadi Republic of Ireland) dah independent, yang tinggal cuma Northern Ireland je dalam UK. Great Britain pulak hanya England, Wales dan Scotland. Ada satu lagi panggilan yang jarang orang sebut iaitu Brirish Isles dimana ianya termasuk Great Britain, Ireland dan ribuan pulau-pulau kecik disekitarnya. Saya pelik jugak bila time World Cup, setiap negara dalam UK bertanding. Tapi bila olimpik guna Great Britain. Contohnya Andy Murray pemain tenis mewakili Great Britain, bukan England. Entahlah, mungkin itu rules yang dah sedia ada sejak dulu lagi.
@ Cardiff
Jalan menuju ke Cardiff makin sesak. Walaupun jalan sampai 4 lane, tapi tetap perlahan. Ibu negara la katakan, mesti sibuk punya. Saya dah set siap-siap parking lot mana yang sesuai nak letak kereta. Yang pastinya bukan kat tengah bandar. Kalau boleh biar kat luar sikit sebab senang nak balik nanti. Lagipun taknak tempuh jalan jem. Nak dijadikan cerita, saya terlajak masuk simpang yang lain. Terus masuk ke tengah bandar, kat area Cardiff Castle dan Millenium Stadium. Aduh laa, Nak u-turn punya la jauh. Kat sini mana boleh u-turn ikut sesuka hati je kat mana-mana simpang. Kat Malaysia selamba je, siap potong Q lagi. GPS menunjukkan arah u-turn di depan. Tapi bila sampai kat simpang, ada sign takleh u-turn. Mungkin GPS version lama, belum update. Huhu.. Terpaksa la masuk mana-mana simpang, tunggu sampai GPS recalculate new route. At last, route baru kena lalu tengah bandar untuk sampai balik kat parking tadi. Lebih setengah jam jugak kami sangkut. Alhamdulillah sampai jugak akhirnya. Jam dah pukul 3.10 petang. Ada masa lagi sejam sebelum nak gelap. Bergegas kami berjalan ke arah Cardiff Castle. Kos parking GBP3.50 untuk 3 jam. Sempat kami beli Cardiff Map berharga GBP1 kat vending machine. Sambil berjalan kami bergambar kat mana yang dirasakan sesuai dan menarik.
Bukan rosak tau. Kalau red & yellow bernyala maknanya standby untuk jalan bila hijau. |
Siap tunjuk Map of Cardiff yang baru dibeli |
Latarbelakang sisi Cardiff Castle |
Bangunan putih tu Cardiff Crown Court dan kat sebelahnya City Hall |
Di depan pintu masuk Cardiff Castle. Tak masuk pun. |
Sisi lain Cardiff Castle |
Mulanya kami bercadang nak berjalan kat area belakang Cardiff Town Hall sebab kat situ ada banyak kedai jual makanan halal. Tapi disebabkan masa tak cukup, kami terus ke tengah bandar. Tinggal 45 minit je untuk explore Cardiff sebelum cuaca gelap. Dari info dalam internet, ramai tourist yang bagi komen kurang baik tentang orang di Cardiff ni. Berbeza dengan orang di London. Waktu siang memang nampak macam biasa tapi bila waktu malam benda yang luar biasa boleh berlaku. Ada tourist yang pernah kena tahan, cubaan untuk merompak, pick-pocket, gaduh dan macam-macam lagi. Sebab tu kami kalau boleh nak keluar dari Cardiff selagi waktu cerah. Nampaknya macam tak sempat, tawakal ajelah.
Gerai untuk jualan Krismas akan dibuka tak lama lagi. |
Kami masuk ke kedai souvenir untuk mencari barang yang boleh dibuat kenangan. Agak mahal barang yang dijual. Disebabkan tak sempat dan taktau kat mana lagi ada kedai souvenir, maka kami pun beli lah apa yang patut. Lepas ni bila dah keluar dari Wales takkan patah balik dah. Kenangan di Wales tetap kena ada walaupun datang sekejap je. Sekurang-kurangnya kesan tapak kaki kami dah ada kat sini. Nuarneeda wuz here.. Hehe.. Terlalu besar bandar Cardiff ni, tak sempat nak berjalan jauh. Setakat kawasan sekitar je. Ramai immigrants kat sini. Kami bertanya pada satu family Islam ni, kat mana boleh dapat makanan halal sebab perut dah mula lapar. Tapi malangnya takde. Kami terus ke arah KFC yang berdekatan. Ternampak ada orang Islam tengah makan kat dalam. Di UK memang ada KFC yang halal. Tapi kat Cardiff ni tak pasti pulak. Lagipun bila check kat pintu, takde pun tulisan halal. Bila dah rasa was-was, kami cuma order Fries berharga GBP4.50 sebagai dinner. Amat yakin minyak dan tempat yang digunakan untuk menggoreng fries tak bercampur dengan makanan yang lain. Kenyang ke? Yang penting kentang adalah sumber karbohidrat yang tinggi. Jadi laa..
Banyak statue macam ni kat sini |
Depan Laura Ashley |
Cuaca dah mula gelap. Jam dah menujukkan pukul 5.30 petang. Sedang kami berjalan, ada beberapa remaja kulit hitam cuba menegur kami bertanyakan tentang waktu. Saya pernah membaca info tentang cara orang kat sini nak pick-pocket atau pun cuba nak merompak. Selalunya yang menjadi target adalah tourist. Masa dia tanya tu saya jawab "Maaf, saya tak paham". Saya jawab dalam bahasa melayu. Confirm diorang tak paham. Tujuan diorang tanya tu sebab nak tau yang kita ni pandai cakap english atau tak dan sambil tu nak tengok jenis jam yang kita pakai. Kalau kita jawab dalam english mesti lagi banyak soalan dia tanya sambil ramai-ramai kerumun keliling kita. Silap haribulan dia mintak jam yang kita pakai. Lagi jadi masalah. Saya jawab sambil berjalan terus. Nasib baik diorang tak ikut dari belakang. Isteri saya dah mula rasa takut. Saya pun takut jugak tapi cuba buat selamba. Sebab tu lepas keluar dari kedai souvenir tadi saya dah mula simpan kamera DSLR dalam beg. Kamera memang boleh mencuri perhatian. Siapa lagi yang gantung kamera DSLR kat leher kalau bukan tourist. Huhu.. Alhamdulillah info yang saya dapat dari internet sebelum datang ke sini sedikit sebanyak membantu perjalanan kami. Laju jugak langkah kami menuju ke kereta. Ramai remaja dah mula melepak kat tepi jalan. Sambil-sambil tu tengok jugak sekeliling takut ada orang ikut dari belakang. Sampai je kat kereta, masuk dan terus kunci kereta. Kami meneruskan perjalanan ke Hereford. Masuk England balik.
(A) Cardiff to (B) Travelodge Hereford Grafton = 88 km |
Sepanjang perjalanan tak nampak apa-apa. Jalan gelap dan sempit. memang kena hati-hati. Isteri saya mula bercerita tentang experience kat Cardiff tadi. Dia kata kalau ada rezeki lebih pun dah taknak pergi Cardiff lagi. Saya pun setuju dengan statement isteri saya. Pada saya orang Cardiff tak berapa friendly. Kalau nak pergi lagi boleh je, tapi kena waktu siang lah. Tak pun pergi beramai-ramai. InsyaAllah selamat. Tak banyak gambar yang dapat kami amik masa kat Cardiff tadi. Rasanya macam banyak mata memandang kami. Huhu.. Layan berborak dalam kereta sampai tak sedar kami dah terlajak dari destinasi. Sebenarnya GPS tak dapat locate Travelodge Hereford Grafton. Saya cuma set ke arah bandar Hereford. Dalam perjalanan saya yakin akan lalu depan hotel ni sebab dah study dalam Google Maps. Nasib baik isteri saya kata dia ternampak restoran The Grafton membuatkan saya tau yang kami dah terlajak. Jumpa roundabout, patah balik, dalam 5 minit kami sampai di Travelodge Hereford Grafton. Memang patutlah kami terlajak sebab signboard Travelodge tak jelas.
@ Travelodge Hereford Grafton
Dapat best price lagi. Alhamdulillah |
Tepat jam 7 malam kami sampai di hotel. Angkat semua barang dan terus check-in. Harga semalam GBP23.50 + GBP2 (credit card fee) = GBP25.50. Hotel ni nampak macam baru beroperasi. Depan hotel ada restoran The Grafton, yang isteri saya nampak masa terlajak tadi. Terliur je nampak gambar steak dan burger kat pintu restoran tu. Kalau halal memang saya order dua-dua sekali. Hehe.. Sebelum masuk ke bilik, saya beli snacks berharga GBP4.15 untuk tambahan menu fries tadi. Kalau tak cukup, megi kan ada. Hehe.. Bilik amat bersih. Lepas dah bersihkan diri dan makan, kami pun tidur. Memang tak sempat nak layan tv sebab kepenatan yang melampau. Bukak tv sebab nak bagi tidur. Mengumpul tenaga untuk perjalanan esok yang makin jauh ke utara UK.. Mengharapkan semuanya indah dan selamat. Wallahualam..
Day 03: Total distance travelled = 279 km |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Parking : RM22.00
- KFC Fries : RM22.50
- Cardiff Map : RM5.00
- Snacks : RM20.75
- Travelodge : RM127.50
- Travelodge : RM127.50
- Jumlah : RM197.75
**Day 03 Expenses: RM431.25
*Website yang membantu:
Chepstow
Cardiff
Severn Bridge
Hereford
Travelodge Hereford Grafton
My Pictures Video
No comments:
Post a Comment