Tarikh:
12 November 2012
Lokasi kejadian:
Green Motion Car Rental
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 10.45 pagi bas 222 sampai di depan hotel. Alhamdulillah, tak ramai yang naik bas ni. Kami duduk di tempat paling belakang sekali. GBP1.40/person ditolak lagi dari Oyster card kami. Laluan kali ni amat jelas pemandangannya. Semalam gelap tak nampak apa-apa. Baru saya perasan, jalan raya di UK ni agak sempit, ditambah dengan kenderaan yang parking kat bahu jalan. Kalau 2 bas berselisih memang kena slow. Kawan saya pernah bagitau tentang jalanraya kat UK ni memang sempit, especially jalan luar bandar. Perjalanan bas 222 melalui kawasan perumahan. Apa yang menarik tentang bas kat UK ni, dalam bas ada digital sign bagitau hentian berikutnya. Siap ada suara lagi. Boleh la tau kat mana nak tekan loceng.
|
Keadaan dalam bas 222 |
@ Green Motion Car Rental
Lebih kurang 30 minit perjalanan, digital sign menunjukkan hentian seterusnya, The Plough. Saya menekan loceng dan bas pun berhenti depan sikit dari Holiday Inn. The Plough adalah nama restoran yang terletak kat tepi jalan ni. Dengan beg trekking yang besar, kami berjalan masuk ke Holiday Inn. Nampak macam nak check-in je, tapi cuma nak ke tempat sewa kereta. Green Motion terletak betul-betul kat lobi hotel ni. Hujan masih lagi renyai menambah kesejukan.
|
Pamphlet Green Motion. |
Office Green Motion ni kecik je. Kebetulan masa kami sampai, ada 2 orang tourist perempuan dari US dalam proses nak pulangkan kereta sewa. Saya yakin US sebab isteri saya kata slang english dia memang typical US. Masa ni saya mula tak sedap hati. Ceritanya, staf Green Motion cek kereta sewa tu. Ada kesan calar kat sport rim depan. Ikut laporan masa amik, takde pun kesan calar tu. Minah ni pun katalah yang calar tu memang dah ada masa amik. Staf tu kata takde bukti pun yang kesan calar tu memang dah ada, sebab masa nak amik haritu dah cek sama-sama keadaan kereta. So staf ni pun kenakan charge GBP300 kat minah tu. Apa lagi, mengamuk la minah tu. Tapi staf tu buat bodoh je. Sambil memaki hamun minah tu bayar jugak extra charge tu. Saya yang belum amik kereta lagi dah mula rasa tak best. Memang strict betul rules company ni. Bayangkan la kalau ada orang terlanggar kereta masa kita tengah parking. Sia-sia je kena bayar walaupun calar panjangnya 1cm. GBP300 = RM1500!. Gila lah..
|
Green Motion Rules & Regulations. Kene baca betul-betul ni. |
Bila kes tu dah selesai, giliran kami pulak. Saya menunjukkan slip booking kereta, pasport, lesen dan translation letter. Dia bagi balik translation letter tu sebab dia tau lesen yang saya bagi tu memang lesen memandu. Aik? Senang pulak. Lepas dia cek slip booking tu, dia call kawan dia suruh bawak keluar kereta dari garaj. Saya tengok kat luar, ada sebuah kereta Toyota Auris Auto Hybrid. Bentuk macam Toyota Yaris. Mungkin kat UK dipanggil Auris. Staf tu bawak saya untuk cek keadaan kereta. Masa kat Australia dulu langsung takde cek kereta, tapi nak tengok translation letter. Lain negara lain cara kot. Kali ni saya kena cek kereta betul-betul, takut nanti kena extra charge. Masa cek kat sport rim saya dapati belah depan kiri tayar koyak sikit dan rim calar. Staf tu tulis kat borang condition kereta. Then dia ajar saya macamana cara nak handle kereta hybrid. Memang seumur hidup saya tak pernah bawak kereta hybrid. Rupanya ada cara camna nak hidupkan kereta ni. Kunci tak perlu nak guna sebab pakai sensor. Letak dalam poket pun takpe. Kemudian minyak guna petrol. Yang paling murah pun takpe katanya. Kira macam Ron95 dengan Ron97 la tu. Dan yang paling penting, takleh merokok dalam kereta. Ok, saya faham..
|
Car Condition Form. Bahagian tayar depan kiri dah ditulis damage. |
Dah berpuas hati dengan condition kereta, saya masuk semula ke dalam office. Saya bertanya tentang maksud sign atas jalanraya, especially zig-zag sign. Dia kata tak boleh berhenti langsung kat atas zig-zag sign. Lagi satu kalau double yellow line pun takleh parking. Single yellow line boleh berhenti tapi ikut pada rules kat signboard. Senang cerita, jangan parking sebarangan. Lebih baik cari proper car park. Sistem parking kat UK ni macam-macam. Kena pastikan betul-betul rules untuk setiap car park. Staf tu bagitau jugak tentang speed limit yang kena patuhi. Silap haribulan no plat kena rakam dengan kamera. Kalau kena saman, saya kena bayar saman plus bayar GBP70 kat company kereta. Memang mencabar betul nak memandu kat UK ni. InsyaAllah takde apa-apa berlaku kot. Insurance yang saya beli tu boleh cover, tapi saya kena bayar dulu baru boleh claim. Tau-tau je lah syarikat insurance ni kan. Lambat nak dapat. Kata nak adventure, kena la ada keyakinan diri yang tinggi. Hehe..
|
Rental Agreement. Kereta baru ni. Mileage 2,158. |
Akhir sekali, saya buat pembayaran guna credit card GBP165 for 8 days plus pre-authorised GBP300 as a deposit, yang mana akan dipulangkan kalau takde apa-apa masalah. Dia tanya samada saya nak amik extra insurance for car. Saya kata saya dah beli online. Dari info yang saya dapat, lebih baik apply insurance luar daripada yang company offer. Tak tau kenapa. Maybe online lagi murah kot. Saya mintak GPS. Staf tu kata kereta tu ada built-in GPS tapi tak pasti berfungsi dengan baik atau tak. Saya kata mana boleh macam tu. Saya ni tourist, mestilah nak kena ada GPS yang betul-betul berfungsi. Lagipun masa saya booking ada free GPS. Dia nak tengok bukti, saya pun mula bukak Ipad nak tunjuk email tentang free GPS tu. Baru je nak bukak, dia terus bagi GPS sambil tersenyum. Dia pun cerita tentang minah 2 orang tadi. Dia charge sebab minah tu impolite, rude. Dia kata tourist dari US banyak yang camtu. Kalau minah tu cakap cara baik, dia takkan charge pun. Terkejut saya bila dia cakap camtu. Nasib baik saya dan isteri cakap baik-baik je tadi. At least lega sikit saya sebab takde la strict sangat rupanya. Moral of the story, be polite to others. Alhamdulillah..
|
Serius je muka bila drive. Takut pun ada. Hehe.. |
Selesai semuanya, kami mengangkat barang masuk ke dalam kereta. Keluar dari Holiday Inn dengan perlahan. Excited ada, takut sikit pun ada sebab tak tau camna driving attitude orang UK. Banyak info dari blog mengatakan driving kat UK lagi selamat dari kat Malaysia. Harap-harap betullah hendaknya. Bersedia untuk menempuh pengalaman baru dalam hidup. Wallahualam..
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Car rental : RM825.00
- Jumlah : RM825.00
*Website yang membantu:
Green Motion
8 hari dapat 825.. murah2. purata sehari 100++ je.. kat malaysia.. sewa 4 hari kereta saga kat kota kinabalu pon da 500++ .. ape2.. thanks en khairul anuar utk blog ilmiah ni.. teruskan menulis pengalaman! saya pon kaki travel independently.. :)
ReplyDeleteMemang betul murah.. Itu kereta hybrid, kalau biasa lagi murah.. Tq 4 reading my blog..
DeleteSalam Tuan Khairul Anuar,
ReplyDeleteBerapakah kos insurans kereta yang tuan bayar? Saya bercadang mahu ke UK pada November tahun ini dan sedang menyemak kos sewa kereta di sana.
Salam Iskandar,
DeleteInsurance yang provided sekali dalam sewa kereta cuma yang paling minimum, dalam GBP3/day. Saya tambah extra insurance dari internet sebagai backup iaitu dalam GBP5/day. So total sewa kereta selama 8 hari beserta insurance adalah RM825 plus extra insurance RM210. Grand total is RM1035 untuk keseluruhan kos sewa kereta.. Tq ;)
Salam....fullamak......cayalah bang adventure kat uk.....nak tanya camna nak beli insuran tambahan tu.....website?....sy risau jd apa2
ReplyDeleteSalam Azmi.. Saya beli insuran tambahan via online. Boleh buka www.insurance4carhire.com. Di situ saudara Azmi boleh la pilih insuran yang bersesuaian dengan trip saudara. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteLesen memandu pakai lesen kita ya?
ReplyDeleteSalam normi aziz..
DeleteYe betul, boleh guna lesen kita di sana. Cuma standby buat translation letter di JPJ. RM10 je (exclude GST.. Hehe).. Manalah tau tetiba officer kat sana banyak tanya pulak.. Tq for reading my blog!.. :)