Tarikh:
11 November 2012
Lokasi kejadian:
Heathrow Airport - Uxbridge
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
@ Heathrow Airport
Jam 4.15 petang flight MAS dari Kuala Lumpur telah selamat mendarat di Heathrow Airport, London. Kami mula beratur keluar dari flight. Tersenyum sepanjang perjalanan ke imigresen. Saya singgah di toilet sebentar. Memang seperti yang telah dijangka, bersih dan kering, sebab takde paip. Huhu.. Nasib baik dah sediakan awal-awal gadjet khas untuk aktiviti di dalam toilet. Hehe..
Dalam 15 minit berjalan kaki, akhirnya kami sampai di kaunter imigresen. Saya dah buat study sikit tentang imigresen di UK ni. Ada blog yang mengatakan imigresen UK ni agak strict. Macam-macam soalan ditanya. Kalau silap jawab mau kena tahan. Maka saya pun dah standby siap-siap jawapan yang perlu diberi kalau soalan ditanya oleh pihak imigresen. Antara soalannya adalah tentang tujuan datang ke UK, tinggal di mana, berapa duit yang dibawa dan macam-macam lagi. Semua dah ready dalam kepala otak saya. Tunggu diorang soal je..
Lebih kurang setengah jam beratur, akhirnya sampai giliran kami. Agak serius jugak muka officer kat kaunter tu. Mula-mula dia panggil isteri saya dulu, kemudian dia panggil saya sekali. Mungkin dia tau yang kami ni suami isteri. Antara soalannya.. "What is your purpose coming here?". Saya jawab "Holiday". Kemudian dia tanya lagi "How long you will be in here?". Saya jawab "2 weeks". Lepas tu dia cop pasport, tengok muka kami, dan dia kata "Enjoy your holiday". Dah? Tu je? Ingatkan banyak la yang dia tanya. Mungkin nasib kami baik kot. Tak pun muka kami ni nampak macam muka orang baik-baik membuatkan dia bagi lepas macam tu aje. Hehe.. Rasanya masa kat Australia dulu lagi strict. Alhamdulillah. Kami terus ke bahagian beg. Cari troli, letak beg dan teruskan berjalan. Ingatkan ada satu lagi kaunter imigresen. Lepas pusing satu selekoh, terus keluar ke ruang legar dalam Terminal 4. Punyalah ramai orang yang menunggu untuk menyambut rakan kerja, family, pasangan, kawan-kawan dan lain-lain urusan kat pintu keluar. Memang terkejut saya sebab agak senang berurusan dengan imigresen di sini.
Bila dah berjaya keluar ke ruang legar Terminal 4, kami jadi kagum sekejap. Tak tau nak buat apa. Perkara pertama yang kami buat adalah mencari pintu keluar dari terminal untuk merasa cuaca di UK. Agak sejuk cuaca masa tu. Muka senyum tak berhenti. Hehe.. Akhirnya kami dapat menjejakkan kaki di bumi UK. Alhamdulillah..
Senyum sampai ke pipi tu. Hehe.. |
Senyum kontrol nih.. |
15 minit kami melepak kat pintu keluar. Lepas tu masuk balik dalam terminal. Masa tu memang kami tak tau nak buat apa. Bagi cool down dulu. Mungkin keterujaan melampau dalam jiwa tak habis lagi. Hehe.. Itu baru kat dalam terminal, belum keluar ke serata UK lagi. Bila jiwa dah agak stabil, kami mencari tempat untuk membeli Oyster card. Oyster card ni macam touch n go kita. Boleh digunakan untuk naik train, tube, bas dan public transport yang lain kat London. Tak pasti boleh guna kat teksi atau tak. Rasanya tak boleh kot. Tapi dah tentu kami takkan naik teksi sebab charge dia melampau. Kalau beli daily ticket agak mahal. Kami mencari signboard untuk ke tube station. Turun lif ke underground, berjalan sikit dan sampai ke tube station. Ada banyak mesin untuk membeli atau nak topup Oyster card, tapi kami tak tau camna nak guna. Nasib baik ada kaunter. Mudah berurusan dengan orang daripada mesin. Nak tanya soalan pun senang. Beli 2 Oyster card berharga GBP5 (deposit) + GBP25 (pre pay) = GBP30 setiap satu.
Jumpa Oyster card Limited Edition kat dalam tube masa last day. Souvenir. Hehe.. |
Lepas beli Oyster card, kami naik balik ke ruang legar Terminal 4. Destinasi seterusnya ke Uxbridge. Kenapa saya pilih Uxbridge? Pertama, sebab Travelodge Uxbridge sebelah dengan tube station. Kedua, dekat sikit dengan company sewa kereta di Holiday Inn Heathrow. Dari info yang saya dapat, naik bas lagi murah berbanding dengan naik tube. Kami mencari signboard untuk ke shuttle train (Heathrow Connect) dan terus ke Terminal 1, 2, 3. Central Bus Station terletak di situ. Naik shuttle ni free, tak perlu guna Oyster card.
@ Terminal 4, Heathrow Airport |
Dari Terminal 4 naik Heathrow Connect ke Terminal 1, 2, 3 |
Sekejap je naik shuttle train ni, dalam kurang 10 minit dah sampai ke Terminal 1, 2, 3. Kemudian kami berjalan sambil mencari signboard ke Central Bus Station. 5 minit berjalan, kami sudah sampai ke lobi menunggu bas. Saya bertanya pada officer di kaunter camna nak ke Uxbridge. Dia suruh saya naik bas U3 terus ke Uxbridge. Banyak bus stand kat situ. Saya kena mencari signboard kat setiap bus stand yang tertulis U3. Lebih kurang 15 minit kami menunggu. Cuaca dah memang gelap walaupun baru jam 6.30 petang. Waktu tu jam 4.20 petang dah mula gelap. Angin kuat menambah kesejukan. Bercakap pun dah keluar asap dari mulut. Nasib baik jaket kulit yang saya pinjam dari abang saya dapat menampung kesejukan. Bas sampai jam 6.40 petang. Kami terus masuk ke dalam bas dan guna Oyster card (touch pada skrin kat sebelah driver). Harga tiket sekali naik GBP1.40 untuk semua perjalanan bas. Tak kira dekat atau jauh. Kalau pakai cash kena bayar GBP2.40. Oyster card memang option yang paling murah.
Kami duduk di bahagian depan bas, sebab takut terlajak ke tempat lain. nanti susah nak patah balik. Tapi saya tau Uxbridge adalah station terakhir untuk bas. Mungkin tak terlepas. Cuma nak melihat jalan raya di UK pada waktu malam. Di sebelah kanan kami ada sorang student dari Malaysia. Sempat jugak kami berborak dengan dia. Rupanya dia pun baru je 3 bulan belajar kat Brunel University, Uxbridge. On the way balik dari melawat kawan di Paris katanya. Baru 3 bulan dah pandai jalan sorang-sorang. Berani betul. Perempuan lak tu. Dia tanya kami ni sambung belajar PhD ke kat sini. Terkejut saya. Harap-harap masin mulut budak ni. Hehe.. Saya sempat tanya dia tentang makanan halal kat Uxbridge. Dia kata ada 2 kedai makan halal kat situ. Tapi mungkin dah tutup waktu ni. Kedai kat UK ni kalau musim winter memang cepat tutup.
@ Uxbridge
Budak tu turun di Brunel. Bas terus menuju ke Uxbridge. Sampai di Uxbridge tepat jam 7.30 malam. Kami turun di station terakhir, betul-betul dekat dengan Travelodge Uxbridge. Saya masih cam lagi gambaran Uxbridge daripada view Google Maps. Itu yang membuatkan saya lagi teruja sebab masa di KL saya hanya dapat tengok live 360 view dekat Google Maps, tapi sekarang menjadi realiti di depan mata. Turun dari bas, melangkah sikit, terus nampak sign Travelodge kat hujung jalan.
Depan pintu masuk Travelodge Uxbridge. Tak sabar nak jumpa bilik air dan katil.. |
Kami terus check-in menggunakan slip booking yang dah saya print siap-siap. Saya dapat harga GBP19 + GBP2 (credit card fee) = GBP21. Memang untung kalau booking awal. Staf Travelodge yang sangat friendly bagi kunci bilik dan kami terus menuju ke bilik di tingkat 3. Bilik amat bersih dan selesa. Ada aircond dan juga heater. Benda asas seperti cerek, kopi dan teh pun ada. Kat dalam bilik air ada water heater. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Akhirnya jumpa jugak katil setelah seharian kat dalam flight. Alhamdulillah..
See? Dapat harga paling murah tu. Terbaik.. |
Kami dapat bilik yang mengadap tube station. Kedai sekeliling semua dah tutup. Yang tinggal cuma pekerja yang baru turun dari tube dan menunggu bas untuk balik rumah. Kami mengemas barang sambil keluarkan megi 2 bungkus dan nescafe 3 in 1. Perut dah terasa lapar. Lepas makan, bersihkan diri dan tepat jam 9 malam (rasanya kot?) saya dah tak sedarkan diri. Menanti hari esok yang lebih mencabar. Wallahualam..
Heathrow Airport to Uxbridge = 13 km |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Oyster card : RM300.00
- Travelodge : RM105.00
- Jumlah : RM405.00
**Day 01 Expenses : RM440.70
*Website yang membantu:
Heathrow Airport
Oyster Card
Public transport
Uxbridge
My Pictures Video
Hello Nuar! Mije here... Nice to know that u've been to Uxbridge! Insha Allah, Mije akan ke Brunel University pd Jan 2014 untuk PhD. Perhaps Nuar boleh share pengalaman kt area Uxbridge tu, ok. (amizanmo@yahoo.com)
ReplyDeleteSalam Mije.. Uxbridge memang best. Beautiful and cozy place to live. Masa saya dan Yus ke sana kami stay kat rumah student PhD Brunel U. Ramai student Malaysia kat situ. Blog ni belum complete lagi. Bila free baru nak update. Hehe. Kami berdua stay 4 hari kat Uxbridge. Macam-macam ada.. memang terbaik untuk student belajar.
Deleteassalam.. seronok saya baca blog en khairul.. hebat sungguh isteri en khairul mncari tiket ke london dgn murahh.. sy cek tiket smpai sekrg xdpt yg murah.. haha pening sungguh kepala ni.. tp bile bce blog en, Alhamdulillah dpt serba sedikit informasi.. terima kasih en khairul.. :)
ReplyDeleteSalam.. Tq kerana membaca blog saya. Memang wife saya pandai mencari tiket yang murah. Mungkin rezeki kami, wallahualam.. Harap dapat membantu sedikit sebanyak tentang trip ke London.. :)
DeleteBoleh tak bagi emel atau no hp student yang nak sewakan rumah mereka di sana.
ReplyDeleteSebenarnya tuan rumah yang saya sewa dulu dah berpindah. Last year kawan saya cuba untuk sewa bilik di rumahnya tapi dia dah tak provide bilik sewa lagi. Wallahualam.. Tq for reading my blog!.. :)
DeleteSalam tuan, tube dia sampai 12 mlm je kan. bas pula 24 jam kan ? di terminal bas kat heathrow tu ada jual tak Oyster kad. atau hanya di Underground saja, Insyaallah ke sana Dis ni, mohon pencerahan... TQ
ReplyDeleteSalam Yahuza,
DeleteYe betul, tube hanya sampai 12 t/mlm. Banyak bas di London yang beroperasi 24 jam. Saya tak pasti tentang kaunter jualan Oyster Card di terminal bas. Mungkin ada, sebab Oyster Card boleh digunakan untuk naik bas. Saya sampai di Terminal 4. Kena naik Heathrow shuttle untuk ke terminal bas. Sebelum naik shuttle train saya beli Oyster Card di kaunter station.
Terima kasih, satu lg, mana lebih baik kita naik tube ke sana ke mari ketempat menarik berbanding naik bigbus...
ReplyDeleteKalau ikut pada saya, dah tentu naik tube lebih baik sebab kebanyakan tempat menarik di London dekat dengan tube station. Lagipun senang nak bajet masa, tak perlu fikir tentang traffic jam.. Naik bigbus pun ok juga sebab dapat tengok pemandangan. Ikut selera dan kelapangan masa masing2..
DeleteSalam tuan.anak saya nak ke Portsmouth University bulan January 2015.now tengah cari rumah/bilik sewa yg murah.any advise?hrp sgt Ada yg blh bantu
ReplyDeleteSalam Ms. Black Abaya,
DeleteMaaf kerana saya sendiri tidak pernah ke area Portsmouth. My advise is puan search blog berkaitan pelajar Malaysia yang belajar di sana (Portsmouth/Southampton). Mungkin banyak info yang boleh diperolehi, sebab selalunya diorang pun menyewa bersama kawan-kawan. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)
As salam En. Anuar,
ReplyDeletenak minta share full itinerary ke sana sbb saya masih belum berkesempatan utk buat survey. trip InShaAllah pada bulan 3 ni. Budget travel..kena survey banyak benda..
airin_shahmi@yahoo.com
Salam Aisyah Nandiran,
DeleteCheck your inbox ya.. Harap dapat membantu. Jika nak budget travel, memang banyak reserach yang kena dibuat. Yang penting puas hati. Happy holidays to you!.. Tq for reading my blog!.. :)
jauh tak kalau stay kat Uxbridge travelodge ni untuk ulangalik via tube ke city of london?
ReplyDeleteAgak jauh jugak sebab Uxbridge adalah salah satu station yang terletak di penghujung tube. Dalam sejam juga untuk sampai ke city of London.
DeleteSalam en khairul,
ReplyDeleteMinta encik share itinerary ini ke emel liakifli123@gmail.com
Saya suka baca blog encik.. Tq
Salam Lia Kifli,
DeleteBoleh, takde masalah.. Tq for reading my blog!.. :)
assalam.....
Deleteboleh tuan share ite?
farhan8789@yahoo.com
Salam Farhan..
DeleteBoleh.. Check email ye.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam Tuan.. mohon sharekan full itinerary kt email umar_abdaziz92@yahoo.com..saya brminat.
ReplyDeleteSalam tuan arif hussin,
DeleteCheck email ye. Tq for reading my blog!.. :)
Salam, boleh emelkan itinerari? anisfariheen@gmail.com. terima kasih encik
ReplyDeleteSalam Liyana..
DeleteBoleh.. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)
Salam,
ReplyDeleteBoleh emailkan itinerary kepada saya? wzawiah@gmail.com
Salam Wan,
DeleteBoleh.. Takde masalah. Check ur inbox. Tq for reading my blog!.. :)
Assalam.. saya pun nak mintak en share full itinerary pada saya.. tq
ReplyDeletenur.rahayazi@gmail.com
Waalaikumsalam..
DeleteCheck ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)
Salam..boleh emelkan itinerary pada saya..nitaf.athirah@gmail.com
ReplyDeleteTq
Salam Fatin Athirah..
DeleteCheck ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)
hi salam. terima kasih sebab banyak info saya dapat dari blog encik. nak tanya jika encik tahu, tiket train heathrow connect harga sama tak kalau beli di kaunter dengan beli online in advance? i appreciate your help.
ReplyDeleteWaalaikumsalam Pearl Ramzi..
DeleteSaya tak pernah naik train heathrow connect. Saya cuma guna Oyster Card untuk travel by train dalam London. Rasanya Oyster Card tak cover heathrow connect train. Tak pasti harga tiket berbeza jika beli di kaunter atau online. Maaf, saya tak dapat membantu. Anyway, TQ for reading my blog!.. :)
Salam. Boleh share itinerary di salinasharifuddin@gmail.com. Tqvm.
ReplyDeleteInsya Allah akan ke sana bulan 3. Tq for yr helpful blog. Jazakallah
Waalaikumsalam.
DeleteCheck ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)
From terminal 4 ke uxbridge dgn tube mahal ke? Encik nak bus instead tube ke uxbridge sebab tube lebih mahal ke?
ReplyDeleteSaya naik bas sebab first time sampai di London. Bila check, naik bas sekali je terus sampai Uxbridge berbanding tube yang kena turun naik train. Harga tiket bas lebih murah dan lagi untung kalau destinasi jauh sebab flat rate. Jauh atau dekat sama je tambangnya. Lagipun bila lagi nak merasa naik local bus di London kan. Hehe..
Delete