Friday, 10 May 2013

JJCP UK & Paris : Day 01 (Departure)

Tarikh:
11 November 2012
Lokasi kejadian:
Wangsa Maju - KLIA - Malaysia Airlines

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Malam terakhir sebelum nak pergi tu saya tak tidur langsung. Masih lagi mencari maklumat berkaitan UK dan Paris. Mana la tau, last minute boleh dapat info yang berguna. Jam 4 pagi lagi isteri saya dah bangun. Dia pun tidur kejap je. Terkejut dia bila tengok saya masih lagi berjaga. Perkara terakhir sebelum saya off komputer, saya print kesemua dokumen yang penting. Buat 2 salinan, satu saya pegang dan satu lagi isteri saya pegang. Dan akhir sekali saya print itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost lagi. Jumlah 15 muka surat semuanya. Tu lah, agak particular saya kalau hal-hal preparation ni. Hehe.. Setelah selesai semuanya, kami bersiap-siap untuk keluar dari rumah.

Bersiap-sedia untuk menempuh pengalaman baru
Cadangan asal nak naik teksi terus ke KL Sentral, then naik ERL ke KLIA. Tapi office mate isteri saya, Pae dan isterinya sudi untuk menghantar kami ke KLIA. Lagipun memang nak tumpang kereta saya di rumahnya kat Kajang. 2 minggu agak lama kalau nak tinggalkan kereta di rumah. At least Pae boleh tolong panaskan enjin kereta. Tq Pae! Nanti kami tolong belikan barang yang kau pesan ye. Hehe.. Sampai di rumah Pae jam 6 pagi. Selesai solat, Pae dan isteri menghantar kami ke KLIA. Matahari mula menyinar..

Tiket jangan lupa ye.
Sampai di KLIA, agak pening sebab ramai betul orang tengah beratur. Dah tu kami tak tau pulak nak check-in kat kaunter yang mana satu. Tanya orang ramai, rupanya yang beratur paling panjang tu la tempat nak check-in beg. Nasib baik sampai awal. Sempat jugak nak breakfast lepas check-in. Flight jam 10.45 pagi.

Bersama dengan Pae makan nasi lemak
Bersama isteri Pae, Fauzana
Lepas dah breakfast sambil borak panjang tentang trip ni, jam 9.45 pagi kami bergerak untuk check-in. Setelah mengucapkan terima kasih pada Pae dan Fauzana kerana sudi menghantar dan menjaga kereta, kami mula melangkah turun ke duty-free zone. Inilah first time dalam hidup kami berada kat dalam duty-free zone KLIA ni. Selalu sampai takat pintu masuk je. Ye lah, banyak kali dah menghantar dan menjemput orang sebelum ni. Huhu.. Kami mula membeli apa yang patut untuk dibawa ke sana. Tak perlu nak beli makanan sebab naik MAS memang superb makanannya. Itu orang cerita la. Saya baru nak merasa ni. Harap-harap betul lah hendaknya.

Sudah bersedia nak naik flight MAS. Excited nih!
Sebelum naik flight, macam biasalah, prosedur pemeriksaan dilakukan. Sampai tali pinggang pun kena bukak sebab buckle besi. Huhu.. Dah selesai pemeriksaan, terus masuk ke dalam flight sambil di sambut oleh pramugari MAS. Dapat seat barisan tengah. Saya di lorong dan isteri di sebelah. Couple sebelah kami orang Melayu, tapi bila senyum dia buat tak tau je. Bukan nak borak pun, tapi at least balas la senyuman tu. Naik flight ke London memang kene berlagak ke? Huhu.. Manusia ni macam-macam perangai. Tepat jam 10.50 pagi flight mula berlepas. Depan mata ada monitor kecik. Jadilaa, janji boleh layan apa yang patut kat monitor tu. Lama nak duduk dalam flight ni, 13 jam 30 minit! Nasib baik seat agak selesa berbanding Air Asia. Kalau tak, boleh kebas dibuatnya.

Baru setengah jam berlepas dah dapat kacang. Baru intro tu. Hehe..
Saya dah mula mengantuk. Tapi nak tunggu makan dulu. Tengok kat monitor ada info tentang perjalanan. Ada jugak senarai movie yang boleh ditonton. Lepas hampir dua jam di udara, kat monitor keluar dua menu untuk dipilih. Masa untuk makan! Hehe.. Satu masakan Asia dan satu lagi Western. Nak pilih dua-dua boleh tak? Boleh je kalau lapar lagi. Tapi segan. Hehe. .Sampai je makanan, tanpa cakap banyak, terus ngap je. Bismillah..

Full set. Roti, main course dan desert. Semua ada..
Lepas makan terus ceria. Hehe.. Peace yo!
Lepas makan, dihidang pulak aiskrim. Ingat aiskrim Mat Kool je, tapi dibaginya Magnum. Daripada cubaan nak mintak sepinggan lagi, terus tak jadi. Makan Magnum je. Layanzz.. Ada mamat duduk depan saya siap mintak extra aiskrim lagi. Best rupanya naik MAS ni. Boleh mintak banyak kali. Kami baru first time naik, rasa segan tu menebal lagi. Tu la, malu mintak, perut lapar. Ada ke peribahasa macam tu? Hehe.. Cukuplah tu. Kenyang dah pun. Dalam flight kalau nak solat cuma duduk je. Boleh tanya pada steward tentang waktu sebenar. Perjalanan ke London melawan masa sebab waktu London lewat 8 jam dari Malaysia. Ada masanya 7 jam. Ikut pada Daylight Saving Time (DST) dan British Summer Time (BST). Selalu perubahan tersebut berlaku pada Mac dan Oktober setiap tahun. Maknanya time kami sampai London masih lagi bertarikh 11 November 2012.

Info dari monitor. Dah hampir separuh perjalanan.
Perjalanan masih jauh. Nak buat apa lagi. Saya pun melayan movie sambil tertidur. Kemudian dikejutkan oleh isteri saya. Ada makan lagi sekali. Terbaik lah! Hehe.. Kalau perjalanan jauh diberi makan 2 kali. Tapi kalau nak mintak lebih, dipersilakan. Steward dan stewardess semuanya senior-senior belaka. Takde yang muda remaja. Maybe sebab flight ke UK, mestilah bagi kat senior. Junior setakat flight dalam Asia cukup la kot. Hehe..

Live 3D laluan flight. Baru je lepas Afghanistan!
Banyak jugak movie yang saya tonton. Tapi tak habis semuanya sebab tertidur. Masa nak berlepas memang excited, tapi bila dah lama sangat rasa boring pun ada. Lebih 13 jam duduk, kalau bangun pun hanya ke toilet je. Huhu.. Tapi dalam hati masih rasa excited sebab nak sampai London. Berkali-kali cuba terima kenyataan yang kami akan berada di UK sekejap lagi. Harap-harap perjalanan sepanjang berada di UK seperti yang telah dirancangkan.. Wallahualam..


Malaysia to UK. Jauh sungguh perjalanan.. Lebih 10 000 km!
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Petrol    : RM20.00
  - Tol         : RM7.70
  - Parking : RM8.00_
  - Jumlah  : RM35.70 

*Website yang membantu:

KLIA

ERL

MAS

DST and BST

My Pictures Video


66 comments:

  1. Salam tuan, boleh tak bagi saya itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost (15 muka surat semuanya). Kerana saya bercadang nak ke London & Paris Pada bulan April 2015 tahun depan (2 minggu). Saya tak ada pengalaman tentang London & Paris. Emel saya dirsham08@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan Dirsham.. Sila rujuk email yang saya sent pada tuan. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam Tuan Khairul....
    Catitan Blog tuan memang Terbaik....Saya masih lagi membuat research berkenaan Trip ke UK, Terbaca blog tuan mcm ada terlepas plk berkenaan penyediaan itinerary. Mohon pertolongan Tuan emailkan itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost (15 muka surat semuanya). Cadangan saya utk ke UK 2015. Email saya : hafanizan09@gmail.com
    Terima Kasih Tuan Khairul.
    p/s : Masih belum abis membaca. Huraian Tuan amat detail. Terbaik lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara Nizan. Saya dah send e-mail beserta attachment itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat membantu dalam penyediaan itinerary saudara. Ada apa-apa bolehlah bertanya ye. InsyaAllah saya akan share apa yang termampu. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
    2. salam en khairul boleh emailakn itinerary sepanjang 2 minggu disana beserta estimed distanse, time dan kos..insyallah saya akan pergi tahun nie

      Delete
    3. Salam sofra,
      Boleh, tapi tiada alamat emel untuk dihantar.. :) Untuk estimated distance, time dan cost boleh tengok kat setiap penghujung post saya. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. salam en khairul...boleh tak encik emelkan pada saya itinerari sepanjang encik di sana...insyaallah saya akan ke sana bulan disember nanti..=)

    amirahizati@gmail.com.

    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mira Izati..
      Saya dah email itinerary UK & Paris. Harap dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. Salam En Khairul,

    Boleh emelkan ke saya the intinerary sepanjang 2 minggu encik di sana? Insyaallah, saya akan ke sana selama 2 minggu bulan November ini. Emel saya : nanasofea@yahoo.com.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nanasofea,
      Saya dah email itinerary UK & Paris. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  5. salam en kharil,

    nama saya hazirah,saya juga ade merancang hendak ke uk dan paris selama 12 hari pade disember 2014 nnt,insyAllah. boleh kah jika saya mahu itenerary en khairul sepanjang 2minggu do sana,hanya sebagai penduan dan rujukan. terime kasih en khairul. emel saya: hazirah.abdulhalim@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hazirah,
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi rujukan dan panduan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. salam en khairul. saya plan nak ke london dan paris next year. boleh share schedule perjalanan tuan? my email fahida.ramli@yahoo.com

    thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ChentaHati,
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi rujukan dan panduan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  7. Salam Tuan Khairul Anuar,

    Saya amat teruja membaca blog Tuan. Research yang comprehensive dan banyak maklumat berguna. Saya mohon izin, boleh tak bagi saya itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost (15 muka surat semuanya). Kerana saya bercadang nak ke London & Paris pada bulan Oktober 2014. Saya tak ada pengalaman tentang London & Paris. Emel saya xlr847@gmail.com.
    Wasalam dan Salam hormat, Arief, Bdr Baru Bangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tuan Arief,
      Tujuan research dibuat adalah untuk memaksimakan penggunaan masa dan perjalanan di sana supaya banyak tempat dapat dilawati. Saya dah email itinerary saya pada tuan. Harap dapat dijadikan panduan dan rujukan. Enjoy your trip ya.. Harap semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  8. Salam....blog yang berguna untuk traveller sebagai panduan.....boleh email itinerary selama 2 minggu di sana? Disember ini akan akan ke sana....my email :ekatravellog.gmail.com...tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ekatravellog..
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi rujukan dan panduan. Tq for reading my blog!..

      Delete
  9. Assalam.. Encik Khairul boleh emel itinerary selama 2 minggu disana? Saya akan ke sana pada 11-24 Februari tahun hadapan. Blog Encik sangat membantu.
    email: nasuha0102@gmail.com
    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nasuha,
      Saya dah email itinerary sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  10. Salam. Harap en khairul dpt membantu saya utk iternary utk uk paris selama 2 minggu. Jika ada org melayu kita yg buat sewa bilik, sudi lah email ke myorange_777@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Saya dah email itinerary sepanjang berada di sana. Maaf saya takde contact tentang sewa bilik di sana kerana tuan rumah yang saya sewa dulu dah berpindah ke tempat lain. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  11. Salam Encik Khairul,
    Terima kasih atas info yang sangat-sangatlah membantu. Boleh tak saya nak minta itenary sepanjang 2 minggu encik berada di sana. Ini email saya: dira84@gmail.com.

    Terima kasih banyak-banyak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam NaD,
      Saya dah email itinerary sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan. Tq for reading my blog!..:)

      Delete
  12. Salam En. Khairul, bole emel itinerary selama 2 minggu disana? insyaAllah Dec nanti sy akan kesana. TQVM untuk info yang diberikan. email: nurulmz@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurulmz,
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  13. Salam En. Khairul, boleh tolong email pada saya itinerary selama 2 minggu En. Khairul & isteri di sana? Your blog is interesting indeed! :) Email hizwaniishak@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hizwani Ishak,
      Saya dah email itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat menjadi panduan dan rujukan.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  14. salam..saya AS... boleh dptkan itennary encik yang tiptop itu... asrulfadzli@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam As Fuade,
      Belum dapat lagi dah tau tiptop? Hehe.. Biasa2 je trip bajet yang disusun. Check your inbox yea.. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  15. Salam..terima kasih sudi share pengalaman melancong dalam blog tuan..sangat membantu saya walau pun saat2 akhir sebab saya akan ke UK pada 20dec ini..akan terus follow blog tuan untuk panduan akan datang.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norie,
      Tq for reading my blog! Harap dapat membantu pembaca yang ingin bercuti ke sana. Sediakan apa yang patut untuk menghadapi musim winter di sana ya.. Semoga perjalanan Norie ke sana selamat semuanya. Happy holidays to you!.. :)

      Delete
  16. Salam..Encik Khairul, harap dapat emailkan itinenary tuan ke email saya, nuralifahshairah@gmail.com., mmg banyak info yang dapat membantu saya utk ke sana nnti...=)...Terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Saya dah sent itinerary saya sepanjang berada di sana. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  17. Salam. Boleh sy dptkan itinerary En. Khairul.. harap sudi membantu.
    Nie emel sy.. nemk12@gmail.com. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Check your inbox ya.. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  18. Salam encik, harap boleh bntu sy utk itinerary spnjg di UK gk. First time nk g bulan 5 ni. Harap dpt emel sy di jalil176@gmail.com tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      First time ke UK memang terasa excited!.. Tambah pulak planning menjadi.. Check ur inbox ya.. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  19. salam. boleh email itinerary kepada anys0601@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      You've got mail!.. Hope it helps!.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  20. Assalam En Khairul....catatan yang sangat menarik dan detail...best sangat baca...bleh En Khairul emailkan full itinerary ni pd sy...email sy, nuradyani83@gmail.com ....harap dapat membantu sy dalam trip akan datang...In Syaa Allah...terima kasih byk2 En Khairul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Adyani,
      Saya dah sent itinerary. Check ur inbox!.. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  21. Salam tuan, boleh tak bagi saya itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost (15 muka surat semuanya). Kerana saya akan ke UK & Paris Pada bulan Jun ini. (2 minggu) Saya masih kabur dan belum mempunyai itenarary yg detail seperti tua. Mohon tuan bntu.Jazakallah kher.Emel saya nasrulhady@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan nasr..
      Check ur inbox ya. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  22. Assalam cik khairul..pengalaman yg amat menarik. Boleh cik tlg emailkan itenirari full pd saya jugak.. ☺ in shaa allah akan ke uk july ini bersama keluarga sy 2adults & 4kids...terima kasih byk2..
    Emel saya ctfitriya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fitriya,
      Rasanya saya dah email pada Fitriya itineraries saya. Hope it helps!.. Selamat bercuti ya.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  23. assalamualaikum Cik Khairul....sangat menarik baca pengalaman ke uk dalam blog tuan...
    Saya dan isteri bercadang hendak ke uk dan paris pada hujung tahun ini. Cuma agak2 bila masa yang paling sesuai untuk dapatkan harga tiket kapalterbang murah? Sbb sekarang pun saya tengok dlm rm3k+++..mahal lagi...huhu
    Satu lagi boleh emailkan itenari pada saya...email saya rushdimn@gmail.com untuk rujukan nanti. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam en Rushdi..
      Terima kasih sebab membaca blog saya ni. Tiket flight ni tak tentu harganya. Dalam sehari pun boleh berubah harga tiket. Saya pernah cuba online pagi dan check harga tiket. Bila bukak malamnya harga dah jadi lain. Huhu..
      Yang paling utamakita dah setup kemana kita nak pergi. Then cuba tengok harga standard tiket. Bila dapat harga yang betul-betul murah dan tarikh yang sesuai terus booking je. Jangan tunggu lagi, walaupun beberapa jam kemudian. Tapi bila dah book tu jangan bukak lagi, takut nampak harga yang lagi murah. Tension jadinya. Hehe.. Yang penting kita dah dapat yang murah dari biasa, kan?
      Check ur inbox ya? Harap dapat membantu.
      Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  24. Boleh email iternery tak.

    Emal : cndy_gurlz@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr Bushido..
      Check ur inbox ya.. Hope it helps.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  25. Assalamualaikum En Khairul, boleh emailkan saya full itinerary 2 mggu encik tak? Terima kasih..

    theferrararawr@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ferra rarawr..
      Boleh je, xde masalah. Check ur inbox ya? Hope it helps. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  26. Salam En. Khairul,
    Boleh tak bagi saya itinerary sepanjang 2 minggu berada di sana. Siap dengan estimated distance, time dan cost (15 muka surat semuanya). Saya bercadang nak ke London & Paris pada awal November 2015 (9 hari). Saya tak ada pengalaman tentang London & Paris. Emel saya draziq@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ROS..
      Maaf, saya tiada itinerary yang siap dengan estimated distance, time dan cost. Juga tak sampai 15 muka surat. Actually kalau read through blog saya dah boleh setting itinerary sendiri sebab my blog is quite details. Anyway, tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  27. Salam.. Nama saya aisyah. Boleh sy dptkan itinerary En. Khairul.. fanconi73@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aisyah..
      Boleh, takde masalah. Check ur inbox ya?.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  28. salam.. boleh dptkan itinerary en khairul x? email sy ye.. thanks a lot. ayu.ayuthya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miss Ayu..
      Check ur inbox!. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  29. Salam en khairul, bole emailkn sy itinerari en... Bwt rujukn ke sana nti. Ini emailnya aljurjany@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Are-Jurjazz..

      Boleh, takde masalah. Check ur inobox. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  30. Salam en. Khairul,
    Bole tolong emelkam itinerary x?
    hudadien@gmail.com
    Thank you in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Bubu Blup Blup..

      Check ur inbox.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  31. salam en. boleh tolong emailkan saya itenary perjalanan en untuk rujukan saya buat itenary. bed_slice@yahoo.com.my. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Boleh, takde masalah. Check ur inbox ya. Tq for reading my blog!. :)

      Delete
  32. Salam En Khairul, saya juga sedang merancang trip ke UK. Interestingm pulak baca blog saudara ni. Boleh tak email pada saya itenary adventure saudara ke UK tu. Email saya zulkharnain@oum.edu.my. Tq in advanced.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zulkharnain..
      Check ur email ye. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete