# Halal food
Antara website yang agak bagus untuk merujuk lokasi restoran yang halal adalah zabihah.com. Tapi ada jugak restoran yang tersenarai tu belum sahih 100% halalnya. Boleh juga merujuk pada web Halal Food Authority (HFA) Europe. Kadang-kadang kedai tu halal tapi bila ada rasa was-was takut jadi haram pulak. Tapi saya dah download dan print siap-siap restoran atau kedai yang menjual makanan halal seluruh UK. InsyaAllah saya yakin dengan restoran yang menjual makanan halal dalam list tu.
Jumpa restoran macam ni terus order je (Ihsan dari Google Images) |
# Info Solat
Time saya pergi nanti waktu tu baru masuk winter season. Bila time winter, waktu siang jadi pendek. Jam 4.30 petang dah gelap. Pagi macam biasa. Maknanya pergerakan saya seharian akan jadi terbatas sebab nak mengejar waktu siang yang pendek. Kedai pun kebanyakannya tutup paling lewat jam 6 petang. Sebab tu dikatakan waktu winter ni low season, sebab tak banyak tourist datang melancong. Bagi saya bagus jugak sebab takdelah crowded sangat. Bila siang jadi pendek maka waktu solat pun jadi pendek. Best kalau berpuasa time winter. Kejap je dah waktu berbuka. Hehe.. Maka saya pun mencari website tentang waktu solat di UK sepanjang waktu saya berada di sana nanti. Itu yang bagusnya pakai smarphone. Boleh simpan macam-macam apps yang berguna. Kiblat compass jangan dilupa.. Lokasi solat takde masalah. Jumpa tempat rehat tepi highway pun ok je. Kalau check-in hotel awal sempat lagi nak jamak.
Setiap inci tanah bumi ini kepunyaan Allah (Ihsan dari Google Images) |
# Places of interest
Fuhh. Kalau browse tentang UK memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Banyak castle yang cantik-cantik kat serata UK. Sebab tu kena set dulu perjalanan harian. Sepanjang perjalanan kalau ada tempat yang menarik bolehlah singgah sekejap untuk amik gambar buat kenangan. Sebulan pun belum tentu cukup kalau nak explore UK ni. Tak payah UK, England je pun tak cukup nak cover sebulan. InsyaAllah tempat-tempat yang favourite tu dapatlah singgah kot.
Banyak castle yang cantik di UK (Ihsan dari Google Images) |
# Shopping
Sebenarnya shopping ni menjadi agenda kedua dalam trip saya ni. Priority adalah nak lihat culture negara yang dilawati. Setakat beli sikit untuk souvenir tu memang wajiblah. Katanya time low season harga barang murah berbanding dengan peak season. Entahlah. Tengok la camna bila sampai nanti. Kalau murah belikan ajer. Ramai yang kata UK ni memang heaven untuk geng-geng shopaholic. Apa-apa pun saya dan isteri survey dulu harga kat KL. Sampai sana baru compare harga. Ada duit lebih boleh lah difikirkan apa yang patut dibeli.
Harrods. Shopping heaven.. (Ihsan dari Google Images) |
# Cuaca
Tarikh yang saya akan pergi nanti agak sejuk cuacanya. Tapi belum turun salji lagi. Teringin nak tengok salji turun dari langit sebab tak pernah merasa. Tapi bila fikir balik, kalau salji turun lagi susah nak berjalan. Orang sana pun lebih suka duduk dalam rumah dari keluar berjalan-jalan time salji turun. Lagipun takut body jenis Khatulistiwa ni tak dapat nak menahan kesejukan. Demam terkejut nanti, lagi menyusahkan. Anggaran suhu bulan November adalah sekitar 9 - 12oC. Maksimum leh capai 14oC dan minimum leh cecah sehingga 2oC. Waktu malam la kot kalau sampai 2oC tu. Takpe, dah ada dalam hotel pun waktu tu.. Ada satu perkara yang buat saya agak risau. Ada info mengatakan bila baru nak masuk winter season, perubahan cuaca akan berlaku secara mendadak. Mungkin hujan akan turun sepanjang hari. Silap-silap ada kawasan yang akan banjir. Antara sebabnya, UK ni dikelilingi oleh lautan. Gunung pun takde. Maka angin yang datang direct dari laut akan mengakibatkan hujan atau ribut. Harap-harap tak berlaku lah waktu saya ke sana. Bila dah naik flight balik, kalau nak hujan sepanjang masa pun takpe. Hehe.
Salji. Memang teringin, tapi takut menyusahkan (Ihsan dari Google Images) |
# What to pack
Yang ni pun agak pening jugak ni. Tak tau apa barang yang nak dibawak ke sana. Bawak jaket tebal kang buat penuh beg aje. Bawak jaket nipis takut sejuk melampau. Nampaknya kena la standby bawak dua-dua. Barang-barang lain sama je macam saya ke Australia sebelum ni. Cuma kali ni well prepared sikit. Tambahan jaket dan long john, scarf, gloves dan snowcap. Kebanyakan aksesori ni saya beli kat Daiso je. Satu barang RM5. Hehe.. Kalau barang ni tak dapat menampung kesejukan melampau, takleh nak marah sebab beli pun murah.. Save budjet.. Makanan segera pun kena bawak. Maggi, mushroom soup, bubur nasi segera, semuanya dah beli dan pack siap-siap.. Penyambung nyawa tu.. Hehe.. Satu lagi barang baru yang saya beli, money belt. Bila baca dalam forum tripadvisor, Paris memang terkenal dengan aktiviti pick pocket. Ramai tourists yang dah terkena. Macam-macam taktik yang digunakan. Teruk betul. Nama je City of Love, romantic konon, tapi realitinya.. Hmm.... Kenalah berjaga-jaga.. Itu yang bagus bila study cari info awal-awal. Cegah sebelum parah.. Huhu..
Isi sepenuh yang boleh.. Hehe (Ihsan dari Google Images) |
Bermula dan berakhir di London (Ihsan dari Google Maps)
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Makanan segera : RM100.00- Jumlah : RM100.00
*Preparation Expenses: RM5198.00
*Website yang membantu:
Halal Foods
Info Solat
Visit UK
Visit Paris
Shopping
Weather Forecast
Packing Tips
Salam En. Khairul
ReplyDeleteBoleh email kan pd saya full itinerary sepanjang di sana..
a2alina_hana@yahoo.com
Terima kasih untuk info yg sgt membantu.....
Salam Hanna..
DeleteCheck ur inbox ya? Harap dapat membantu dalam perancangan ke sana. Tq for reading my blog!.. :)
salam en. anuar. mohon emelkan pada saya itinerary di sana sepjg trip (azlin@ummc.edu.my). terima kasih. kirim salam wife. kwn MGS kirim salam...hehe
ReplyDeleteSalam Norazlin..
DeleteYe, wife saya ada cerita tentang awak, kawan sekolah MGS dia dulu. Hehe.. Check ur inbox ya? Harap dapat membantu.. Tq for reading my blog!.. :)
salam. boleh emailkan kat saya (hazryyy@gmail.com) itinerary dan kos penuh sepanjang berada disana? tq ;)
ReplyDeleteSalam Hazry..
DeleteBoleh, takde masalah. Check ur inbox bro!.. Tq for reading my blog!.. :)
Salam.. boleh share iti.. aslinda6660@gmail.com
ReplyDeleteTerima kasih
Salam Aslinda..
DeleteCheck ur inbox ya. Tq for reading my blog!.. :)