Tarikh:
14 November 2012
Lokasi kejadian:
Hereford - Montford Bridge - Liverpool - Manchester
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5 pagi kami dah bangun. Hari ni breakfast lain sikit, makan bubur nasi Knorr. Hmm, tak sedap langsung. At least dapat la bertahan sejam dua. Selesai bersiap, jam 6.45 pagi kami check-out hotel. Sempat amik gambar kat luar hotel sebagai kenangan. Kebetulan ada sorang uncle tengah membersihkan kawasan hotel tolong amik gambar kami. Dia bertanya ke mana arah tuju kami hari ni. Kami nak ke Liverpool dan Manchester. Buat apa lagi kat 2 tempat ni kalau bukan pasal team bola. Uncle tu kata dia yang dah berumur 70 tahun pun tak pernah ke Manchester. Tu lah, tak semua rakyat England ni peminat bolasepak. Lagipun tak semua minat Manchester United, betul tak?
|
Sedia nak bertolak |
|
Di luar Travelodge Hereford Grafton. Sejuukk!! |
Jam 7 pagi kami meninggalkan Travelodge Hereford Grafton. Cuaca makin cerah. Perut masih lapar sebab bubur nasi tadi tak sedap. Dapat breakfast roti dengan scramble egg pun sedap ni. Perjalanan tetap diteruskan. Saya set GPS untuk terus ke Anfield, Liverpool. Cadangan awal nak singgah kat satu Designer Outlet di Chester. Perjalanan melalui Shrewsbury, Wrexham dan terus ke Chester. Indah sungguh pemandangan waktu pagi.
|
Muka serius sebab tahan lapar. Hehe.. |
@ Montford Bridge
Sampai di Shrewsbury jam 8.30 pagi. Tak masuk pun bandar, cuma susur sebelah je. Kami berhenti di hentian sebelah Montford Bridge. Ada satu cafe yang baru bukak. Kami order roti dan scramble egg. Staf cafe tu amat baik orangnya. Hanya kami berdua je customer pagi ni. Sambil menunggu kami baca paper. Paper kat sini macam-macam gambar ada. Tak sesuai untuk yang dibawah umur. Nak buat camna, bukan negara Islam pun. Bila makanan sampai, kami makan sampai licin. Dapat cover untuk seharilah hendaknya. Hehe..
|
(A) Travelodge Hereford Grafton to (B) Montford Bridge = 94 km |
|
Tengok page depan paper tu.. Rihanna.. |
|
Roti bakar dan scramble egg.. Nyumm,, |
|
Kasi licin semuanya |
Selesai breakfast, jam 9 pagi kami sambung perjalanan. Perut dah kenyang, mata pun jadi lebih segar. Kami masuk balik Wales menuju ke Wrexham dan terus ke Chester. Jam 9.40 pagi kami dah sampai di Chester. Disebabkan masih awal lagi dan Designer Outlet pun belum bukak lagi, kami decide untuk teruskan perjalanan ke Liverpool. Takde rezeki nak ke Cheshire Oaks Designer Outlet. Takpe, banyak lagi outlet lain yang akan disinggah, insyaAllah. Perjalanan ke Liverpool melalui jambatan yang menyambungkan Runcorn dan Widnes. Kami tak lalu Mersey Tunnel sebab kena bayar tol, walaupun laluan tu lebih dekat untuk ke Liverpool. Nama pun jalan-jalan cari pengalaman. Takde masalah kalau jauh sikit. Hehe..
|
Kawasan sekeliling lapang. Takde gunung pun kat England ni. |
|
Masuk Wales balik |
|
Sign speedtrap tu memang banyak kat sini. |
|
Jarakkan kenderaan anda. |
@ Anfield, Liverpool
Jam 10.30 pagi kami dah memasuki bandar Liverpool. Takdelah besar sangat bandar Liverpool ni. Cuma team bola je yang kuat. Itupun zaman dulu. Sekarang ni struggle nak dapat top 3 dalam liga. Apa-apa pun sejarah jangan dilupakan. Saya bukan fans Liverpool. Tapi rugi rasanya kalau datang ke UK tak singgah sekejap di Liverpool. Perjalanan ke stadium melalui taman-taman perumahan. Sedar tak sedar dah sampai kat depan stadium. Anfield Stadium terletak kat pinggir bandar. Takde bangunan yang tinggi pun kat sekitar stadium ni. Saya mula mencari parking free kat tepi stadium. Time parking tu ada sorang guard datang ke arah kami. Guard tu kata kawasan parking ni tak berapa selamat. Semalam ada satu kes kereta tourist kena pecah. Dia suruh saya masuk parking kat tempat loading barang. Parking tu ada guard jaga kat pintu masuk. Tq for the info. Nasib baik tak keluar dari kereta lagi. Saya terus masuk ke bahagian loading, bagitau guard saya ada stadium tour, padahal kami hanya nak amik gambar dan masuk ke club store. Guard tadi suruh kata camtu. Hehe.. Tak percaya yang kami dah sampai kat Anfield Stadium, walaupun kami bukan peminat Liverpool. Die hard fans Liverpool kat Malaysia pun ada yang belum menjejakkan kaki kat sini lagi. Rezeki masing-masing. Alhamdulillah..
|
(A) Montford Bridge to (B) Anfield Stadium = 113 km |
|
Sudah sampai Liverpool! |
|
Perjalanan melalui taman perumahan |
|
Tak banyak pun kereta. Mungkin semua dah masuk kerja kot. |
Banyak gambar yang kami amik kat sekitar Anfield Stadium. Kami tak masuk stadium tour. Dapat kat pintu luar pun jadi lah. Ramai orang Malaysia yang ada kat sini. Tengah tengok-tengok baju kat dalam kedai siap ada orang bagi salam lagi. Ada yang datang bercuti sambil melawat anak yang belajar kat sini. Ada jugak yang datang sebab hal kerja. Liverpool antara team bola yang paling ramai peminat kat Malaysia. Tak hairan la kalau jumpa ramai orang Malaysia kat sini.
|
Parking kereta kat depan pintu H |
|
News stand. Bukak time matchday je. |
|
Kat luar pintu club store |
|
The Kop! You'll Never Walk Alone.. |
|
Kenangan kami di Anfield Stadium |
|
Macam-macam saiz ada. Harga? Hmm.. |
|
Ada kawan-kawan yang nak pesan tak? |
Setelah puas membelek baju dan merchandise dalam club store, jam 11.30 pagi kami meninggalkan Anfield dan menuju ke Manchester. Kami melalui highway yang sungguh luas. Jalanraya pun smooth je. Alhamdulillah.. Dari Liverpool ke Manchester dekat je. Kurang sejam perjalanan dah boleh sampai. Jam 12.15 t/hari kami dah sampai di Manchester. Nak dijadikan cerita, kami agak sesat mencari Old Trafford. Route GPS untuk ke sana ada road closure la pulak. Terpaksa cari alternative route. Masuk taman perumahan yang agak sempit jalannya. Huhu.. Susah betul nak sampai ke Old Trafford walaupun dah nampak dari jauh.
|
(A) Anfield Stadium to (B) Old Trafford Stadium = 53 km |
|
Perjalanan yang lancar |
|
Dah nak sampai Old Trafford |
|
This is Trafford Zone. |
|
Kat situ la Old Trafford. Nampak bumbung je. |
@ Old Trafford, Manchester
Setelah lebih 20 minit kami mencari jalan alternatif, akhirnya jam 12.40 t/hari kami sampai di parking Old Trafford. Rasa teruja tengok stadium Old Trafford depan mata. Memang berbeza feel dia berbanding dengan Anfield tadi. Tapi, saya juga bukan fans Manchester United. Isteri saya memang minat. Old Trafford ni dah jadi macam tourist attraction kalau datang ke UK. Yang tak minat pun akan datang. Tak dinafikan kat Malaysia paling ramai fans Manchester United. Budak kecik pun tau. Betapa hebatnya Manchester United ni. Hebat kerana melahirkan pemain yang bertaraf dunia dan juga popular. Kami tak melepaskan peluang bergambar sepuas-puasnya. Ramai juga tourists kat sini. Yang terkejutnya, orang Malaysia paling ramai. Hehe..
|
Keluar dari kereta terus amik gambar |
|
Tower clock kat parking lot |
|
Kat dalam cermin tu office MUFC |
|
Sorang peminat, sorang lagi teman peminat itu. |
|
Di depan pintu masuk MU Megastore |
|
Manchester United legends |
Kami masuk ke dalam Megastore. Memang besar betul kat dalam ni. Banyak jersi dan merchandise lain yang dijual. Bila tengok harga... hmm.. Memang kalau tak beringat, mau beribu habis kat sini. Nasib baik saya tak berminat. Beli jugaklah souvenir untuk anak-anak saya. Yang sulung, Eimran memang minat habis kat Manchester United. Umur baru 8 tahun. Kuat betul pengaruh MUFC kat Malaysia. Huhu.. Tapi itulah yang membuatkan Manchester United pasukan yang kaya. Marketing seluruh dunia! Walaupun kat uptown dan pasar malam belambak jual jersi tak original, MUFC tetap stabil. Tak semua mampu beli jersi original yang berharga sampai RM200 sehelai. Yang tak original pun dah nampak macam original. Cuma hangin je la bila pakai yang original, orang tetap kata tak original. Tension je.. Hehe.. Apa-apa pun kepuasan pakai yang original berbeza dengan yang tak original. You can feel the difference!
|
Cuci mata tengok macam-macam jenis jersi |
|
Sweater MUFC yang berharga.. (terbatuk jap..) |
|
Beg MUFC yang pelbagai jenis. |
|
Ada lah sedikit buah tangan untuk anak-anak yang tersayang |
|
Sama macam kat Anfield, bukak time matchday je |
|
Rehat jap sebelum keluar dari Old Trafford |
Sedikit info yang saya dapat dari internet. Sebenarnya dalam stadium Wembley, daging burger yang dijual adalah halal, cuma tak dilabelkan
halal takut ramai orang tak puas hati. Ini kerana ramai saintis yang
berpendapat daging yang disembelih adalah lagi bersih dan selamat untuk
dimakan. Wallahualam. Bersyukur menjadi orang Islam. Kalau kat Old Trafford boleh mintak makanan halal tapi kena inform awal. Stadium yang lain tak pasti pulak. Setelah puas bergambar di Old Trafford, jam 1.45 petang kami meninggalkan Old Trafford dengan seribu kenangan. Destinasi seterusnya adalah nak check-in hotel. Hari ni kami tak tidur kat Travelodge sebab masa booking takde yang murah dekat dengan bandar. Satu lagi rangkaian hotel yang murah kat UK ni adalah Premier Inn. Daripada info yang saya dapat, Premier Inn ni mahal sikit dari Travelodge, tapi lebih selesa. Entahlah. Pada saya kalau dah penat, tidur kat sofa pun best jugak. Hehe.. Kebetulan masa google tu saya jumpa Premier Inn yang agak murah, dan yang penting dekat tengah bandar. Tanpa berlengah, terus booking. Ada masa boleh la kami jalan-jalan tengok sekitar Manchester. Jam 2 petang kami sampai di city centre. Bandar Manchester amat besar. Jalan pun agak sibuk. Saya kurang yakin bawak kereta dalam bandar. Takut tersilap masuk simpang, naya je. Harap perjalanan kami lancar sampai ke hotel. Wallahualam..
|
(A) Old Trafford Stadium to (B) Premier Inn Manchester City Centre (MEN Arena/Printworks) = 5 km |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Breakfast : RM32.00
- Jumlah : RM32.00
*Website yang membantu:
Cheshire Oaks Designer Outlet
Liverpool Football Club
Manchester United Football Club
Terbaik la Info dari Tuan pasal makanan HALAL kt stadium tu....Saya antara Diehard Fans MANUTD....antara tmpt yg menjadi Kesemestian utk saya jika dapat kesana....
ReplyDeletep/s : Blog yang menarik,....
Salam saudara Nizan. Saya bukanlah peminat tegar MU. But my wife memang minat. Tak complete journey di sana kalau tak singgah ke Old Trafford. Saudara akan jumpa ramai orang Malaysia di sana. Siap jerit bagi salam lagi. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)
Deletekt manchester makanan halal area mne tuan
ReplyDeleteSalam Naim Leha..
DeleteKat dalam foodcourt Arndale Shopping Complex ada kedai makanan halal. Tempat lain pun ada juga tapi saya tak sempat nak explore. Tq for reading my blog!.. :)