Tarikh:
13 November 2012
Lokasi kejadian:
The Cotswolds (Bibury - Burford - Bourton-on-the-Water)
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Jam 5.30 pagi kami dah bangun. Bersiap-siap seperti biasa dan breakfast express. Megi untuk hari ke-3 berturut-turut. Huhu.. Memang budjet betul. Cadangan program pertama hari ni nak explore Cotswolds. Kepada yang nak tengok natural beauty of English countryside memang kat sinilah tempatnya. Rugi kalau datang ke UK tak jalan-jalan kat Cotswolds. Daerah Cotswolds ni besar. Banyak pekan-pekan kecik yang cantik di dalam daerah ni. Kalau nak singgah semua pekan memang satu hari takkan cukup. So, kami pilih satu pekan yang dikenali dengan 'The Venice of Cotswolds' iaitu Bourton-on-the-Water.
|
Cotswolds District Map. Cirencester termasuk sekali. (Ihsan Google Images) |
Sebelum check-out sempat juga saya berborak dengan staf hotel. Dia bertanyakan tentang tujuan saya datang ke UK. Saya pun cerita la apa yang patut. Dia kata memang rugi kalau tak singgah area Cotswolds ni. A must see location in UK. Tak sabar saya nak tengok keindahan dunia ciptaan Tuhan. Sambil borak tu sempat jugak bercerita pasal bola. Rupanya tak semua orang di UK amik tau pasal EPL ni especially orang yang duduk di kampung.
|
Bersiap-siap untuk check-out |
Selesai berborak panjang, jam 6.45 pagi kami check-out. Amik gambar depan hotel sebagai kenangan. Kami singgah di petrol pump depan hotel. Harga minyak petrol kat sini memang melampau mahalnya. Seliter lebih kurang RM7.00 duit kita. Mak aihh! Pening kejap. Kalau kat Malaysia seliter RM1.90 pun dah ramai yang merungut. Mungkin sebab kita pengeluar minyak kot, sebab tu orang tak puas hati harga mahal. Apa-apa pun saya bersyukur jadi rakyat Malaysia. Mungkin kat sini cost living tinggi, so rakyatnya boleh adapt dengan harga semasa. Wallahualam.. Saya isi minyak dulu, pastu gi bayar GBP35.50 kat kaunter.
|
Bangunan hotel yang cantik |
|
Bersedia untuk melihat keindahan Cotswolds |
@ Arlington Road
Perjalanan diteruskan dengan melalui jalan kampung yang sangat cantik. Jam 7.30 pagi kami berhenti di Arlington Road, Bibury. MasyaAllah, view memang superb! Kami parking di depan The Swan Hotel. Cuaca yang redup dan sejuk menambah kecantikan kawasan ni. Kami tak melepaskan peluang untuk bergambar sepuas-puasnya.
|
(A) Travelodge Cirencester to (B) Arlington Road = 10 km |
|
View dari dalam kereta |
|
Melalui kawasan kampung yang cantik. |
|
Di depan The Swan Hotel |
|
Kat belakang tu la The Swan Hotel. Memang cantik |
|
|
Kat sini kuda pun jadi kenderaan rasmi. Hehe.. |
|
Mengabadikan kenangan di Bibury |
|
Depan Bibury Trout Farm |
|
Di pintu masuk Bibury Trout Farm |
|
Kedai souvenir kat dalam Bibury Trout Farm |
@ Burford
Seterusnya kami bergerak ke Burford. Singgah sekejap sebab memang on the way nak ke Bourton-on-the-Water. Kami parking kat kawasan yang agak jauh dari pekan. Tapi view kat parking lot pun dah cukup cantik. Tak jadi nak ke pekan Burford sebab takut tak sempat nak ke tempat lain. Sempat jugak saya membaca signboard parking lot tu. Lain parking lain rules. Bila tengok sekeliling macam takde orang pun yang jaga parking. Mungkin ada hidden camera kot, sebab tu boleh tau kalau kita ada buat salah. So kena lah berjaga-jaga ye.
|
(A) Arlington Road to (B) Burford = 17 km |
|
Sepanjang jalan view macam ni. MasyaAllah.. |
|
Di pekan Burford. |
|
Di parking lot yang jauh ke dalam. View tetap cantik. |
|
Kawasan sekeliling amat bersih |
|
Parking rules. Sila baca senarai offences ye. Jaga-jaga.. |
|
Sayangi makhluk Tuhan. |
Jam 9 pagi kami mula bergerak ke Bourton-on-the-Water. Perjalanan lancar melalui kawasan kampung. Kebanyakannya warga tua je yang duduk kat area ni. Yang muda remaja ramai dah berhijrah ke bandar besar. Susah nak nampak orang muda kat sini. Isteri saya tak berhenti-henti mengambil gambar pemandangan dari dalam kereta. Lebih setengah jam memandu baru saya sedar yang saya set GPS patah balik ke Cirencester. Nasib baik belum sampai Cirencester. Kalau tak buang masa je. Takpelah, dapat jugak tengok pemandangan pekan-pekan yang lain. Kalau tak pakai GPS memang susah sebab view sekeliling lebih kurang sama je kat Cotswolds ni. Sampaikan jalan yang dah lalu pun boleh confuse.
|
Tengok saiz jalanraya dia. Line pun takde. Huhu.. |
|
Di pekan Northleach |
|
Banyak kereta yang parking kat tepi jalan. Kene hati-hati. |
|
Kat sini baru sedar tersalah set pada GPS. Huhu.. |
|
Jalan memang lengang. Superb view! |
@ Bourton-on-the-Water
Perjalanan yang sepatutnya setengah jam dah jadi sejam. Jam 9.50 pagi kami sampai di Bourton-on-the-Water. Kami parking di Model Village. Memang cadangnya nak masuk ke dalam Model Village sebab tengok dari website nampak menarik. First time nak parking guna coins, terus salah tekan. Sepatutnya bayar GBP2.50 untuk 3 jam tapi tersilap masuk duit, terus jadi GBP4. Takpelah, first time error. Next time insyaAllah tak silap. Sistem tiket sama macam kat Malaysia, slip tu kena letak kat dashboard. Terlajak sikit masa sure kena compound punya.
|
(A) Burford to (B) Bourton-on-the-Water = 26 km |
Kami berjalan ke arah towncentre Bourton-on-the-Water. Dekat je, dalam 300 meter dari tempat parking. Memang terserlah ciri-ciri English countryside. Amat cantik. Rasanya ini lah area countryside yang paling indah pernah saya tengok. Aman damai je. Yang membuatkan pekan ni cantik sebab ada sungai cetek yang mengalir sepanjang kawasan pekan. Kalau time summer air sungai ni kering. Orang kat sini siap main bola kat sungai tu. Kat sini ada kilang buat coklat. Coklat berinti karamel yang paling popular. Lagi sedap dari nestle crunchies. Macam-macam jenis coklat dijual. Tapi kena hati-hati. Sebelum beli kena tanya dulu apa ingredient coklat tu. Ada sorang staf ni amat baik. Dia tau kami ni Islam, so dia bagitau yang mana coklat yang takde wain atau alkohol.
|
Depan Post Office |
|
Maps of Bourton-on-the-Water, The Venice of Cotswolds. |
|
Itik dan burung memang belambak kat sini. Free and easy. |
|
Depan hotel The Knightsbridge Inn |
|
Memang terasa aman dan damai kalau duduk sini |
|
Berlatarbelakangkan kawasan sekitar pekan |
|
Convenient store. Nak sewa basikal pun boleh. |
|
Di belakang tu Wooden Mill |
|
The Cotswold Shop. Kedai ni lah yang jual banyak jenis coklat tu |
|
Towncentre of Bourton-on-the-Water |
|
Boleh tanya lebih lanjut tentang Bourton-on-the-Water kat sini |
|
Air sungai ni cetek je. Paras air tak sampai lutut pun. |
|
Jumpa jugak nama Malaysia kat sini. Tutup la pulak. |
@ Model Village, Bourton-on-the-Water
Lebih sejam kami meronda pekan Bourton-on-the-Water, kami berjalan balik ke kereta. Belum nak gerak lagi. Kami nak masuk Model Village. Apa yang saya perhatikan, haiwan kat sini memang jinak. Mungkin ramai yang bagi makan. Tapi tak pernah nampak anjing liar. Kat sini memang banyak anjing tapi ada tuannya. Menjadi peneman setia tuannya berjalan-jalan. Kena tengok sekeliling, kadang-kadang tak perasan bila berselisih. Tersentuh kang kena cari tanah liat pulak. Huhu.. Admission charge untuk masuk ke Model Village adalah GBP3.60/person. Disebabkan isteri saya memang teringin nak masuk sebelum datang ke sini lagi, maka kami pun masuk la. Kat dalam tu memang kami berdua je yang ada. Hehe.. Senang sikit nak amik gambar.
|
Di pintu masuk Model Village |
|
Lanskap pekan Bourton-on-the-Water |
|
Menyerupai hampir 100% pekan Bourton-on-the-Water |
|
It is a one-ninth scale of the beautiful Bourton-on-the-Water |
|
Jambatan, kereta dan monument semuanya ada |
|
Tak dapat bayangkan kalau musim salji. Mesti cantik Model Village ni. |
|
Paling tak tahan, Model Villlage sendiri pun ada bersaiz lagi kecil |
|
Puas hati dengan landskap Model Village ni |
|
Gambar kenangan sebelum bertolak ke destinasi seterusnya |
Jam 11.30 pagi kami meninggalkan Bourton-on-the-Water dengan seribu kenangan. Memang terbaiklah! Kami meneruskan perjalanan ke Cardiff, Wales. Agak jauh jugak nak sampai ke sana. Tapi kami masih lagi mengikut rancangan seperti dalam itinerary. Kami jangka akan masuk sempadan Wales pada jam 1 petang. InsyaAllah kalau lewat sikit pun takde masalah. Yang penting jangan sampai cuaca gelap sudah. Tak dapat la nak explore Cardiff, ibu negara Wales. Wallahualam..
|
Dah mula sesuaikan diri driving kat UK. Alhamdulillah.. |
*Kos wajib untuk 2 orang:
- Petrol : RM177.50
- Parking : RM20.00
- Model Village : RM36.00
- Jumlah : RM233.50
*Website yang membantu:
The Cotswolds
Model Village
Assalam nak tanya, ramai x pelancong dr msia yg ke bibury ni, nmpk mcm lengang...tp view mmg cantik sgt2
ReplyDeleteWaalaikumsalam..
DeleteMasa saya pergi tu tak jumpa langsung pelancong dari Malaysia di Bibury. Maybe winter season. Tak ramai yang suka travel sebab katanya pemandangan tak secantik musim summer dan waktu siang yang pendek. Tapi saya paling suka pergi winter season sebab takkan dapat pengalaman ni kat Malaysia. Hehe.. FYI Bibury adalah antara top 10 village yang tercantik di UK dan Europe. So jangan lupa amik gambar banyak-banyak!.. Anyway tq for reading my blog!.. :)