Thursday, 9 May 2013

JJCP UK & Paris : Persiapan #2

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

# Insurance

Hal sewa kereta dan hotel dah selamat ditempah. Seterusnya saya nak mencari insurance company yang boleh cover keseluruhan perjalanan saya. Untuk saya memang pihak government ada provide insurance untuk para pekerjanya. Saya hanya perlu amik borang permohonan perjalanan kat pejabat sekolah, isi apa yang patut, then pihak sekolah akan hantar ke jabatan. Dalam 2-3 minggu akan dapat satu surat kelulusan perjalanan dan satu salinan original insurance. Dalam setahun hanya boleh apply sekali je. Kalau keluar negara lebih dari sekali dalam setahun, isi borang hanya untuk inform pihak jabatan. Penjawat awam memang kena bagitau jabatan, sebab kalau tak bagitau, terjadi apa-apa semasa kat luar negara nanti susah pulak nak menjawab. Senang cerita, apply aje la. Lagipun free je.

Surat Kelulusan Perjalanan Ke Luar Negara
Polisi insurans dari kerajaan
Selain dari tu, saya ada juga apply insurans yang lain untuk cover isteri saya sekali. Disebabkan saya akan menaiki MAS, so saya amik terus travel insurance dari MAS. Jumlah bayaran untuk saya dan isteri sebanyak RM270.

MHInsure dari Malaysia Airlines
Tak cukup secure, saya amik lagi satu insurans. Insurans ni untuk cover kenderaan sewa. Dulu masa di Australia saya tak apply pun sebab tak tau tentang terms and condition untuk sewa kereta. Bila dah mula cari maklumat, barulah tau bahawa jika terjadi apa-apa pada kenderaan sewa beserta dengan kehilangan barang-barang dalam kereta, basic insurance yang ditawarkan company sewa kereta tak cover sepenuhnya. Nasib baik la tak terjadi apa-apa masa kat Australia dulu. Maka saya pun amik la insurans kereta sewa ni. Agak mahal tapi untuk keselamatan apa salahnya. Jumlah yang perlu dibayar untuk cover sepanjang saya menggunakan kereta sewa di sana adalah sebanyak GBP42 = RM210.

Cover untuk 8 hari penyewaan kereta
Rasanya dah cukup kot insurans untuk cover kami sepanjang berada di sana. Harap-harap tak berlaku lah apa-apa perkara yang tak diingini. Tujuan ke sana nak cari pengalaman, bukan cari penyakit. Hehe.. Apa-apa pun saya berdua berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar, insyaAllah..

# Driving permit

Bila dah nak memandu kat luar negara mestilah nak kena ada permit. Tak perlu nak menghabiskan RM150 semata-mata nak buat international licence. Nak buat boleh je. Pergi JPJ, bawak gambar pasport, isi borang, bayar dan dapatlah sekeping lesen memandu antarabangsa yang valid selama setahun. Nak buat apa sampai setahun sedangkan nak ke sana 2 minggu je. Lesen memandu negara kita sah digunakan kat UK. Cuma kena la ada translation letter mengatakan yang kita ni layak untuk memandu kenderaan. Ye lah kan, kalau kena tahan dengan polis UK, bila tunjuk lesen memandu kita dah tentu diorang tak tau nak baca, sebab bahasa Melayu. So, kena la buat translation letter yang dikeluarkan oleh JPJ dalam bahasa Inggeris. Pergi kaunter amik nombor, mintak borang memandu di luar negara. Isi apa yang patut dan bayar RM10 je. Hari tu jugak dapat. Bila kena tahan kat sana, just tunjuk lesen kita dengan translation letter tu sekali. Kadang-kadang company sewa kereta pun nak tengok jugak.

Translation letter from JPJ
# Eurostar

Seterusnya saya google tentang train dari London nak ke Paris. Eurostar antara train terpantas dan murah untuk perjalanan ke Paris dari London. Tapi harganya berubah-ubah. Kene selalu bukak website dia. Time ada offer je terus beli. Tiket Eurostar ni sebaik-baiknya beli awal sebab kalau last minute takut sold out. Lagipun kalau beli lambat harganya akan naik. First time saya bukak harga tiket GBP69 = RM345/person. Saya tak terus beli. Tunggu kalau-kalau akan jatuh harga sikit. Lepas beberapa hari saya bukak, at last dapat harga yang paling murah, GBP59 = RM295/person. Dah agak dah, mesti akan ada offer lagi murah. Terus beli online untuk 2 orang berjumlah RM590 + RM20 (credit card fee) = RM610.

Tiket Eurostar yang telah dibeli
Eurostar Boarding Pass yang telah di print online
Selesai sudah hal-hal menempah hotel, sewa kereta dan permit, insurance dan tiket Eurostar. Rasanya dah lengkap 40% persediaan saya. Baki lagi 60% tu termasuklah nak mencari lagi maklumat-maklumat penting tentang UK. Antaranya mencari info solat, makanan halal, places of interests, what to shop, what to do, weather forecast dan lain-lain lagi yang akan diterangkan pada post yang seterusnya. Inilah cabaran kalau nak mengembara secara independent ni. Kalau guna travel agent memang hulur je la duit beribu-ribu dan ikut jadual yang telah ditetapkan. Kepada yang mengamalkan prinsip budjet melampau bolehlah ikut cara saya ye. Hehe.. Biar budjet asalkan puas hati.. Wallahualam..

Life's full of adventure!
*Kos wajib untuk 2 orang:
  - MHInsure                  : RM270.00
  - Car Hire Insurance  : RM210.00
  - Driving Permit         : RM10.00
  - Eurostar                   : RM610.00
  - Jumlah                     : RM1100.00

*Website yang membantu:

MHInsure

Car Hire Insurance

Permit Memandu Antarabangsa

Eurostar

12 comments:

  1. assalammualaikum tuan, nak tumpang tanya. mcmmana cara nk apply insuran utk cover kenderaan yang kita sewa kat sana tu. bole la tak share company insurans yg boleh dihubungi and bgmn cara nya. maaf sbb sy first time nak apply so mohon tunjukajar tuan yer. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam adam shah. Saya cuma apply general online insurance untuk cover kenderaan sewa di sana. Boleh la cuba tengok www.insurance4carhire.com seperti dalam artikel ni. Sebenarnya saudara boleh je apply insurance masa sewa kereta tu. Diorang akan offer insurance nanti. Cuma nilainya bergantung kepada company tersebut. Selalunya akan mahal daripada online @ cari sendiri. Saya tak pasti keberkesanan company insurance online ni sebab tak pernah claim lagi. Tapi sekurang-kurangnya ada backup jika jadi sesuatu yang tak diingini.. Kena check betul-betul tentang insurance ni sebab ada banyak package. Ikut pada kesesuaian saudara. Ada yang cover whole body, cover beg pun ada. Macam-macam. Harap jawapan saya dapat membantu saudara. Tq..

      Delete
    2. terima kasih en. khairul atas jwpn tu. sy nk mintak izin utk send emel kpd tuan utk dptkan bantuan lg n lebih lanjut mcmmana nk apply kereta sewa n apply insurance utk cover knderaan sewa kt sana nanti. sy percaya pilihan tuan adlh yg terbaik dan bdasarkan pengalaman tuan, alhmdulillah semua nya bjln lancar. sbb tu nk mntak sgt tunjuk ajar apa tindakan yg perlu sy buat n polisi insuran jenis apa yg en. khairul ambil dulu dan bgmana proses nk sewa kereta tmasuk nk pastikan unlimited mileage and free GPS tu.. kalo tuan terima emel drpd shaheka@hotmail.com, tu sy la tu yer. al-maklumla first time nak travel ke europe bln april ni, so agak nervous sbb tak pakai travel. mntak tolong yer en/ khairul. tq tuan.

      Delete
    3. Salam en. adam.. No problem, boleh je send email kat nuar.aris@gmail.com. InsyaAllah saya sedia membantu setakat pengalaman yang saya ada. Memang betul insurance utk kenderaan sewa ada banyak pakej. Ikut pada kesesuaian. Yang paling utama pastikan kereta sewa tu unlimited mileage dan free GPS. Kat dalam website kereta sewa ada diberitahu tentang tu. Nampaknya en. adam dah boleh nak book apa yang patut sebab nak travel bulan April ni. Takut last minute harga jadi mahal dan fully booked. Musim summer ramai tourist di sana. Maklumat lanjut bolehla en. adam email kepada saya ye. Tq..

      Delete
  2. askum,..en khairul.. aya alia.. nak tanya..kalau sewa kereta di sana, perlu ada deposit tak? kalau ada, secara cash atau credit card? terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Alia..

      Sewa kereta di sana memang perlukan deposit. Just swipe card untuk pre-authorised. Standby dalam GBP300 dalam credit card. Mungkin lain company lain nilai depositnya.. Alia boleh contact company sewa kereta through email untuk bertanyakan tentang hal sewa kereta dengan lebih detail.. Tq for reading my blogs!.. :)

      Delete
    2. terima kasih atas info :) -alia

      Delete
    3. You're most welcome Alia!.. :)

      Delete
  3. as'salam, sy nk tanye, sy akan ke italy, sy akan memandu di sana, jd sy hnya perlu ambil Translation letter from JPJ saje kan? xperlu wat yg 1 year kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Shahril..
      Untuk negara lain rasanya saudara kene refer regulations di sana. Lain negara lain caranya. Seperti yang saya alami, masa ke Australia memang diorang nak tengok translation letter tu. Tapi di UK takde pulak diorang nak check. Anyway, saudara just standby je translation letter tu. Mudah dan murah je nak buat. If kene guna International license maka terpaksalah saudara keluar duit lebih sikit. Rasanya dalam RM150 dan sekeping gambar pasport. Untuk latest infromation boleh check kat website JPJ. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. hi....saya dah selamat ke europe pd 26 mei-13 jun 2014 thn lps... thanks atas jawapan yg diberi,..memang sgt2 membantu.. :) -alia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi alia,
      Nice one!.. Alhamdulillah.. Mesti banyak pengalaman menarik kat sana.. Kalau ada blog bole la share yea.. :)

      Delete