@ KRONAN HVOLSVOLLUR
Dari Seljalandsfoss, perjalanan sejauh 22 km mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk kami sampai di pekan Hvolsvollur. Kami singgah di Kronan mencari bahan memasak untuk makan malam dan sambil melihat produk-produk asing yang dijual. Masuk je dalam supermarket Eirfan terus ambil troli. Laju sungguh dia buat kerja. Bukannya nak beli banyak barang pun. Hihi.. Masing-masing dah pandai tengok label produk untuk pastikan ada tanda halal atau tidak. Bukannya nak beli sangat, tapi rasa teruja bila ada produk halal di bumi Iceland ni.
![]() |
| Driving route: From Seljalandsfoss to Hvolsvollur |
Tidak dinafikan harga barangan di Iceland semuanya serba-serbi mahal. Selalunya harga mahal ni berkait rapat juga dengan gaji asas penduduk di sini. Mesti gaji pekerja kat sini tinggi, sebab tu mereka tiada masalah dengan harga barang yang mahal. Kalau diorang datang Malaysia memang jadi orang kaya la boleh shopping bagai. Sama seperti kita ke Indonesia atau Thailand. Kos makan kat Indonesia amatlah murahnya. Saya pernah berborak dengan supir Indonesia. Dia kata makan nasi padang kat restoran seperti Simpang Tiga atau Sederhana amat mahal, sedangkan pada kita biasa je. Saya pernah makan kat gerai biasa di Jakarta. Amatlah murah harganya sampai belanja kawan-kawan. Pada saya Iceland antara negara 'mahal' yang saya pernah sampai, termasuk Singapura, Norway, Denmark dan tidak dilupakan, Switzerland.
![]() |
| Nak beli buah dan air pun serba salah. Pikir 2 kali.. |
Selesai di Kronan, saya ternampak satu bangunan seperti warehouse di bahagian belakang Kronan. Nama kedai tak berapa jelas sebab tulisan kecil. Bila dekat baru nampak. Nama kedainya Una, menjual local product. Agak menarik untuk diterjah. Mana la tau jumpa souvenir yang harga marhaein. Kami disambut dengan mesra oleh staf kedai. Produk lokal seperti pakaian, buku dan souvenir dijual di sini. Ada produk yang harganya berpatutan, saya rasa la. Hehe.. Harga fridge magnet, baju dan hiasan miniature di kedai ni lebih murah berbanding kedai souvenir kat Seljalandsfoss tadi. Boleh la beli seketul dua buat kenangan. Si Eirfan sudah mula mendekati saya. Ada la yang dia berkenan tu. Awas...
![]() |
| Suka tengok konsep dan susunan barang dalam kedai ni.. |
@ MIDDALSKOT COTTAGES
Makin lama dalam kedai Una ni, makin banyak pulak yang dibeli nanti. Jam 2.20 petang kami teruskan perjalanan menuju ke rumah yang akan kami tidur malam ni. Jam 3.50 petang kami dah sampai di persimpangan jalan masuk ke Middalskot Cottages. Laluan jalan yang sempit dipenuhi oleh salji yang agak tebal. Kami mencari nombor rumah yang telah saya booking. Daripada 3 rumah yang saya booking hanya rumah saya je yang agak jauh dari 2 rumah yang lain.
![]() |
| Driving route: From Hvolsvollur to Middalskot Cottages |
Ruang parking di depan rumah tak boleh nak masuk sebab salji yang amat tebal. Risau kalau kereta sangkut dalam salji. Saya cuba parking tempat yang paling hampir dengan rumah. Anak-anak dah mula teruja dengan salji yang putih menebal di sebelah rumah. Diorang request nak buat snowman sementara cuaca belum gelap lagi. Apa-apa pun tolong angkat beg dulu ye. Lepas tu suka hati la korang nak buat apa pun. Rasanya tak pernah lagi anak-anak buat snowman sepanjang trip musim salji. Inilah masanya..
![]() |
| Rumah kecil je, tapi lengkap dengan sofa dan alat memasak |
Angin mula bertiup kencang. Anak-anak leka bermain salji kat luar. Macam mana la diorang boleh tahan dengan cuaca sejuk dan berangin ni. Tak dapat saya bayangkan bagaimana kehidupan penduduk kat sini bila musim salji. Dengan salji yang tebalnya, cuaca siang yang pendek dan kemungkinan besar kerap berlakunya snowstorm. Kedudukan rumah pulak jauh antara satu sama lain. Saya terfikir bila ada urusan emergency nak ke hospital, macam mana la diorang uruskan ye. Huhu.. Setelah semua beg dimasukkan dalam rumah, saya keluar kejap melihat anak-anak bermain. Kat dalam rumah tadi terdengar diorang menjerit-jerit. Bukan main seronok korang ye.
![]() |
| Mainlah sepuasnya ya anak-anakku. Kat Malaysia tak boleh buat macam ni |
Saya pun jadi seronok tengok diorang bermain. Masa saya di zaman diorang, mana la pernah keluar negara. Inikan pula nak main salji. Yang masih ingat main rounders, baling selipar, konda kondi, galah panjang dan beberapa lagi permainan yang dah tak ingat namanya. Kalau indoor main Saidina, upgrade sikit main Monopoly. Budak sekarang indoor game sudah pasti main game online sampaikan malas nak main kat luar. Panas katanya. Alhamdulillah berjaya berikan pengalaman hidup yang terbaik untuk anak-anak walaupun tak perlu nak bawa jalan-jalan ke oversea. Duit bukan segalanya. Namun jika ada rezeki terlebih apalah salahnya bahagiakan keluarga.
![]() |
| Waahhh.. Akhirnya jadi jugak snowman korang ye.. |
Cuaca dah mula gelap dan anak-anak masuk ke dalam rumah. Habis salji melekat penuh kat pakaian. Kena tepuk cepat-cepat sebelum salji mencair dan basah. Malam ni dinner macam biasa, kat rumah En Khai. Kami tolong masakkan sup dari rumah. Masa nak hantar, keadaan cuaca di luar agak menakutkan. Angin bertiup dengan amat kencang bersama salji halus. Rasanya tak dapat nak jalan kaki ke rumah En. Khai. Kami ambil keputusan untuk naik kereta sebab kawasan parking rumah En. Khai agak luas dan takde salji tebal. Bergoyang periuk sup bila keluar dari kereta. Gagahkan juga stabilkan diri berjalan sampai ke dalam rumah En. Khai. Time for dinner!
![]() |
| Malam ini kita makan ayam goreng kunyit ala kak Wok. Hahah.. |
Selesai makan malam sambil berborak menceritakan pengalaman masing-masing hari ini, cuaca di luar suda mula reda. Pinggan mangkuk semua dah sedia basuh. Tak nak ganggu family En. Khai berehat, jam 8.00 malam kami beredar pulang ke rumah masing-masing. Sedap sungguh menu makan malam kami. Perut pun sudah kenyang dan badan pun dah bersih. Jam 9.00 malam anak-anak mula masuk bilik untuk tidur. Saya masih lagi berborak dengan wife berbincang tentang aktiviti esok hari sambil menghirup kopi o panas. Air panas kena cepat diminum. Lambat sikit terus jadi kopi o sejuk. Bertukar jadi suam pun tak sempat. Hehe.. Lebih kurang jam 10.00 malam saya dah mula tarik selimut. Tengok apps aurora macam takde harapan sebab langit kat luar mendung. Ada beberapa hari lagi untuk mencari aurora. In shaa Allah berjumpa walaupun sedikit, jadilah buat pengalaman hidup. Moga dipermudahkan urusan kami esok hari..
Wallahu ' alam..











No comments:
Post a Comment