Destinasi berikutnya adalah untuk melihat satu lagi air terjun yang popular di area south coast Iceland. Sebenarnya jumlah air terjun kat Iceland ni terlalu banyak. Masa perjalanan semalam dan kelmarin pun nampak air terjun kat dalam kawasan kampung. Mesti seronok orang kampung tu kan. Dapat lepak-lepak sambil minum petang kat tepi air terjun setiap hari. Hihi.. Diorang pun dah bosan agaknya sebab setiap hari tengok air terjun tu. Samalah macam cerita saya dengan pantai. Masa dulu cukup suka kalau dapat pergi pantai. Siap bayangkan kalau la rumah dekat dengan pantai boleh la setiap petang mandi & main pasir pantai. Akhirnya arwah abah lepas bersara tahun 1995, terus beli tanah dan buat rumah dekat dengan pantai kat Pahang. Mula-mula seronok. Cukup sebulan dah rasa boring nak pegi pantai. Memang gitulah lumrah hidup. Takde depan mata, mencari-cari. Bila dah ada depan mata, buat biasa-biasa aje. Hehe..
@ SELJALANDSFOSS
30 minit memandu santai sejauh 31 kilometer, jam 12.40 tengahari kami tiba di kawasan air terjun yang bernama Seljalandsfoss. Berbeza dengan Skogafoss, parking di Seljalandsfoss kena bayar ya. Kalau toilet pun sampai ISK200.00, takkan lah parking lebih murah dari itu kan. Huhu.. Kawasan parking penuh dengan lopak ais yang telah mencair. Jumlah kereta pun agak banyak. Sementara semua bersiap-siap untuk berjalan ke arah air terjun, saya ke mesin parking. Berapalah agaknya parking rate kat sini.
![]() |
| Driving route: From Skogafoss to Seljalandsfoss |
Tuu diaa, ISK700.00 untuk bayaran parking. Kalau kat Malaysia confirm kena viral bayaran sebanyak ni. Rasanya orang Iceland kalau datang Malaysia mesti seronok kan. Bayar parking pun sebelah mata je. Murah sangat. Silap haribulan boleh belanja bayarkan parking kereta sebelah lagi. Hahah.. My money for my car only. Bayaran yang diterima hanya melalui debit atau credit card. No cash. Bila tengok sekeliling macam takde je penguatkuasa yang ronda check tiket parking. Boleh je gamble tak bayar macam parking kat plane wreck haritu. Tapi jangan buat hal ye. Kena tangkap nanti buat malu orang Malaysia je. Maka saya pun masukkan la debit card dan buat bayaran ISK700.00. Kat mesin kata parking rate untuk 24 jam, tapi pada resit tulis untuk 2 jam. Takpelah, kami pun takkan lebih 2 jam kat sini. Setakat nak tengok air terjun je, bukan nak mandi pun. Hahah..
![]() |
| Bisnes parking kat sini boleh untung besar.. |
Saya kembali semula ke kereta untuk meletakkan resit parking kat dashboard, in case tetiba penguatkuasa keluar dari runtuhan salji berhampiran. Hahah.. Dari kawasan parking dah boleh nampak air terjun Seljalandsfoss. Sebenarnya di sini je ada 3 air terjun, cuma lagi dua tak nampak sebab air yang mengalir turun sikit je dan belum sempat sampai ke bawah dah bertukar jadi ais. Kami berjalan sampai ke kawasan yang paling dekat dengan air terjun. Terdapat tali yang menghalang kami untuk lebih dekat dengan air terjun sebab kawasan ditutupi oleh salji yang tebal.
![]() |
| Air terjun yang sepatutnya banyak tinggal sikit je yang mengalir |
Keunikan air terjun Seljalandsfoss ini adalah pengunjung boleh jalan di laluan belakang air terjun namun kena prepare pakai baju hujan sebab kebasahan ditanggung sendiri oleh pengunjung. Itu pada musim summer la. Musim winter memang ditutup laluan tu kerana penuh dengan salji. Saya memang dah agak tak boleh lalu di bekalang tirai air terjun. Ada pengunjung yang cuba untuk lalu. Biarkan la dia. Kalau jatuh kami boleh tolong jerit 'help' je lah ya. Hehe.. Daripada ambil risiko yang tak berbaloi, lebih baik ikut peraturan dan menikmati pemandangan. Kenangan Seljalandsfoss diabadikan selamanya.
![]() |
| Seljalandsfoss checked! Indah bumi Allah.. |
Selesai bergambar kenangan kami mula melangkah pulang ke kawasan parking. Kat parking tadi bukan main banyak kereta, tapi kat air terjun tak ramai sangat. Rupanya yang lain pergi tengok satu lagi air terjun di balik bukit. Kena jalan susur ikut sungai dalam 700 meter untuk sampai di air terjun yang bernama Gljufrabui. Patutlah nampak ramai yang berjalan ke hujung tebing bukit tu. Takpelah, kenangan di Seljalandsfoss sudah memadai. Nak jalan sejauh tu dengan keadaan mukabumi yang licin ni rasanya mau lebih 2 jam kat sini. Apapun Seljalandsfoss lebih popular dari Gljufrabui. Misi melihat air terjun di south coast Iceland tercapai sudah.
![]() |
| 1.4 km pergi dan balik ke Gljufrabui. Kalau summer ok sebab siang panjang |
Sebelum ke kereta, kami singgah dulu di kedai souvenir dan coffee shop. Boleh la beli souvenir untuk kenangan. Harga tak perlu tanya lah ye. Sudah tentu sesuai dengan harga-harga yang lain di bumi Iceland ni. Huhu.. Ada info mengatakan souvenir di Reykjavik lebih murah kerana banyak pilihan kedai. Tapi ada ke souvenir untuk air terjun Seljalandsfoss dan Skogafoss di sana? Masih teringat trip 2018 dulu di Ribe, Denmark. Sampai sekarang rasa menyesal tak beli souvenir sebab tak jumpa dah kat tempat lain. Padahal masa tu dah pegang fridge magnet bertulisan Ribe. Nak cari kat shopee memang takkan jupa lah. Melainkan ada orang jual kat carousel. Setakat ni memang takde lagi. Nak pergi Ribe semula macam takkan berlaku. Hanya kenangan dalam fikiran je yang ada. Itu lebih utama..
![]() |
| Ada orang merajuk, duduk keseorangan di situ. Hehe.. |
Selesai urusan di kedai souvenir dan setelah memujuk si kecil tu sebab ada benda yang dia nak dalam kedai tu tapi saya tak bagi beli, kami berjalan menuju ke kereta. Dia ingat mainan yang dia nak tu harganya macam kat kedai Eco atau Ninso agaknya. Huhu.. Kadang-kadang anak-anak ni tak sedar yang kita susah payah bawak mereka berjalan ke luar negara. Takpelah, dah besar nanti mereka akan mengerti bila anak-anak mereka pulak nanti minta bawak jalan-jalan ke luar negara. Tengok harga tiket flight pun dah boleh pitam tau. Didarabkan pula dengan 6 orang. Hahah.. Jam 1.20 petang kami bergerak meninggalkan Seljalandsfoss dengan seribu satu kenangan.
![]() |
| Kejap je beliau merajuk. Nanti boleh hal lagi ye anakku. Hehe.. |
Jadual lawatan hari ni dah selesai. Sebab tu santai je check-out lambat pagi tadi. Cuaca masih cerah. Apa lagi, kami pun mencari supermarket la mencari bahan-bahan untuk masak dan makan malam ni. Sambil tu cari mana-mana produk yang halal dan compare harga dengan di Malaysia. Seronok sebenarnya masuk supermarket kat luar negara ni. Tak beli apa-apa pun takde masalah. Janji dapat tengok produk-produk diorang yang majoritinya takde di Malaysia. Tapi jarang la keluar supermarket dengan tangan kosong. Rasanya memang tak pernah berlaku kot. Hahah..
Wallahu 'alam..









No comments:
Post a Comment