Sunday, 27 April 2025

JJCP Eurora: Day 09 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Selesai isi minyak, kami sambung perjalanan menuju ke destinasi terakhir kami iaitu Horgsland Cottages. Agak awal kami check-in hari ni. Sepanjang perjalanan sejauh 79 km menuju ke sana tiada lokasi menarik untuk kami singgah dan bergambar. Hanya melayan pemandangan yang seluas mata memandang di sepanjang jalan. Kelihatan beberapa rumah yang agak jauh antara satu sama lain. Saya terfikir macamana diorang ni kalau ada hal emergency untuk ke hospital. Walaupun jalan clear, tapi jarak agak jauh. Mungkin ada bidan kampung atau klinik desa di beberapa kawasan kot. Jenuh nak sampai ke hospital di bandar.

Macam monochrome pemandangan kat sini

Driving route: From Vik to Horgsland Cottages


@ HORGSLAND COTTAGES

Jam 4.30 petang kami sampai di Horgsland Cottages. Ianya terletak di tepi jalan utama. Jadi tak perlulah kami nak masuk jalan sampai ke dalam macam semalam. Kami berhentikan kereta berhampiran dengan bangunan reception untuk urusan ambil kunci rumah. Staff bertugas maklumkan bahawa 2 hari lepas ada rumah yang terbakar di sini. Pihak pengurusan mohon maaf sebab mungkin ada beberapa barang elektrik yang tak dapat digunakan kerana masalah elektrik. Mereka masih sedang dalam proses pembaikan. Tapi lampu semua berfungsi. Nasib baik. Harap-harap salah satu dari 3 rumah yang kami ambil dapurnya berfungsi. Boleh la En Khai ambil rumah tu. Lagi 2 rumah memang takkan berasap. Hehe..

Nombor telefon reception jika ada masalah

Kami dapat 3 rumah bersebelahan. En Khai ambil rumah yang tengah dan dapur berfungsi dengan baik. Rumah kami 2 tingkat di mana 2 bilik di bawah dan 1 bilik di atas. Anak-anak boleh tidur atas ye. Tak larat ayah nak naik turun tangga. Dari luar nampak kecil je rumah ni. Tak sangka boleh ada 3 bilik. Apa pun ianya selesa buat kami sekeluarga. Bilik air seperti biasa ada 1 je. Air panas ada dalam satu tangki. Kalau air dalam tangki habis kena tunggu ia penuh semula. Anak-anak jangan main air ye. Jenuh nak tunggu tangki penuh nanti. Mandi secukupnya aje. Kira bagus jugalah mandi setiap hari. Orang sini pun tak mandi selalu. Hehe..

Kecil je ruang tamu. Comel rumah kayu ni..

Elysha dan Eirfan boleh tidur kat atas. Saya cuba on semua plug untuk pastikan mana-mana barang elektrik yang berfungsi. Hanya satu je yang tak berfungsi iaitu tv. Nampaknya 2 hari ni tak dapat la nak tengok tv. Anak-anak pun tak kisah sebab masing-masing lebih seronok melayan handphone. Saya bertanyakan pada rumah yang lain. Semuanya berfungsi dengan baik. Eirfan request untuk main salji di luar. Tebal sungguh salji kat sini. Jangan terbenam dalam salji ye sayang. Hihi..

Semua dapat katil masing-masing ye.

Jam 6.15 petang kami ke rumah En Khai di sebelah. Kak Wan dah nak siap memasak. Kami pun bantulah mana yang patut. Takkan la nak makan je terus kan. Hahah.. Menu lengkap dengan nasi, lauk utama, sayur, telur dan buah-buahan segar sebagai pencuci mulut. Kalau kak Wan takde mungkin kami makan nasi dengan ayam goreng yang dibeli tadi. Kuah pun pakai kicap aje. Hihi.. Selalunya balik dari trip berat badan saya akan turun dalam sekilo. Nampaknya trip kali ni rasanya tak berjaya. Sama ada maintain atau makin bertambah berat. Hehe..


Alhamdulillah dapat makan sedap. Tq kak Wan..

Selesai makan kami berborak menceritakan pengalaman masing-masing. Bergelak ketawa tak ingat dunia. Hahah.. Rupanya hari ni birthday Ain, anak kak Warda. Jadi mak dia buatlah surprise belikan kek dan lilin untuk ditiup. Seronoknya lahir hujung dan awal tahun. Dapat celebrate kat luar negara dengan kawan-kawan. Yang lahir di luar musim winter kita celebrate kat negara khatulistiwa sambil on aircond je ya. Hahah..

Happy Birthday Ain! Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Baru pukul 7.30 malam dah tak tau apa nak buat. Takkan nak tidur pulak. Nampaknya berehat je la kat rumah masing-masing sambil layan phone sebab tv tak boleh buka. Saya semak apps aurora, mana tau malam ni ada aktiviti aurora di kawasan sekitar. Boleh pergi terjah. Sekali memang betul. Dalam apps menunjukkan ada aktiviti aurora di kawasan sekitar, dalam 60 km dari rumah kami. Kebarangkalian tinggi pada jam 10.00 malam ini. Saya maklumkan dalam group jika ada yang nak join cari aurora. Semua setuju nak ikut. Dah alang-alang takde apa nak buat malam ni, lebih baik cari aurora.

Pinned location aktiviti aurora di Skaftafell, dalam 61 km dari tempat kami


@ SKAFTAFELL

Jam 9.00 malam kami mulakan perjalanan. Saya dah mula teruja sebab nak tengok aurora buat pertama kali dalam hidup. Tapi tak boleh nak yakin lagi sebab peratusan untuk nampak aurora kurang dari 30%. Jika keadaan langit berkabus atau tak bersih memang tak nampak aurora. Takpelah, kita cuba jaya je malam ni. Perjalanan sejauh 61 km mengambil masa sejam untuk sampai. Sedang elok jam 10.00 malam adalah antara waktu probability yang tinggi untuk lihat aurora mengikut pada apps.

Driving route: From Horgsland Cottages to Skaftafell

Skaftafell adalah kawasan di mana pengunjung beraktiviti trekking untuk melihat antara glacier yang terbesar di Iceland. Waktu malam memang tak nampak apa. Esok kami boleh tengok waktu siang sebab akan lalu di sini lagi. Kami berhenti di kawasan parking yang agak luas. Tak ada orang lain di sini. Keluar dari kereta, masing-masing melihat ke langit jika nampak aurora. Ada cahaya lain membuatkan langit tak berapa gelap. Sukar la nak nampak aurora. Huhu.. 20 minit menunggu, ada 2 kereta lain berhenti di tempat kami. Daripada bahasa yang dicakapkan nampaknya macam orang Jepun. Diorang pun pandang ke langit. Mesti diorang guna apps yang sama dengan saya.

Ada cahaya lain. Memang gagal la nak tengok aurora..

Hampir sejam juga kami menahan kesejukan menunggu sambil mendongak ke langit. Nampaknya takde rezeki lagi untuk kami lihat aurora di depan mata. Katanya kena pakai apps dan setting untuk kamera supaya nampak lagi jelas. Saya tak perlukan pun. Dapat tengok depan mata pun dah cukup, tak perlu nak guna kamera hebat. Dapat sikit pun jadilah, tapi hampa. Takpelah, janji dah usaha sampai drive sejauh 61 km dari rumah semata-mata untuk mencari aurora. Masih ada beberapa hari lagi kat bumi Iceland. Kita cuba lagi di hari lain. In shaa Allah.. Jam 10.50 malam kami bergerak pulang ke rumah. Dalam perjalanan langsung tak berselisih dengan mana-mana kereta. Hanya 3 buah kereta kami je yang menyinari jalan yang gelap. Wife tunjuk weather info, condition di langit cloudy sampai esok pagi.

Misi melihat aurora belum gagal, cuma tertangguh..

Jam 11.50 malam kami sampai semula di rumah. Mata pun dah mula mengantuk. Anak-anak semua tertidur dalam perjalanan balik tadi. Boleh sambung tidur di bilik masing-masing ya. Takde rezeki kami malam ni untuk lihat satu keajaiban dunia ciptaan Allah. In shaa Allah hari-hari mendatang masih ada peluang lagi. Cuba dah jaya sebaiknya. Esok ada lagi keajaiban dunia yang akan kami saksikan. Moga dipermudahkan urusan kami semua.


Wallahu ' alam..





No comments:

Post a Comment