Jarak ke destinasi berikutnya hanya 26 km. Indah sungguh pemandangan di sepanjang jalan. Mulut tak berhenti mengucapkan Subhanallah dan Tabarakallah apabila melihat keindahan bumi ciptaan Allah. Memang unik sungguh mukabumi Iceland ni. Seronok memandu di sini sebab tak banyak kenderaan di atas jalan. Cuaca sentiasa berubah dalam sekelip mata. Masa di plane wreck tadi cuaca mendung, sekarang kembali cerah. Setengah jam memandu, akhirnya kami sampai di destinasi tujuan.
![]() |
Driving route: From Plane Wreck to Reynisfjara Black Sand Beach |
@ REYNISFJARA BLACK SAND BEACH
Kami tiba di kawasan parking jam 12.50 tengahari. Kelihatan banyak kenderaan di sini. Bas pelancong pun banyak. Berapalah agaknya kos travel agency untuk ke sini ye. Mesti belas-belas ribu harganya. Saya banyak mencri info tentang travel ke Iceland. Agak keras juga harga yang ditawarkan oleh travel agency. Bayangkan saya sekeluarga enam orang. Mau sama harga dengan sebuah kereta. Huhu.. Dah hati memang teringin nak complete kan negara Scandinavia, maka terpaksalah cari alternatif yang berpatutan. Sudah tentu trip sendirian berhad lebih berbaloi walaupun terpaksa study cari info sendiri dan sediakan itinerary. Trip sendirian pun makan modal yang tinggi juga, tapi taklah setinggi travel agency. Apa pun duit in shaa Allah boleh dicari tapi pengalaman hidup tiada nilainya. Sementara badan masih dikurniakan kesihatan, selagi itulah saya akan berkelana. Itu prinsip yang saya pegang setelah mengetahui bahawa banyak perkara menarik sebenarnya yang ada di bumi Allah ini.
![]() |
Ramai juga tourist kat Iceland di musim winter |
Parking di sini free. Perlahan-lahan kami berjalan dari kawasan parking menuju ke pantai kerana jalan yang amat licin. Lapisan salji bila mengeras lagi licin. Nampak jugalah 2-3 orang tourist yang tergolek sebab teruja dengan pemandangan hingga lupa jalan yang licin. Hehe.. Wife yang pernah alaminya ketika berjalan sambil tengok phone di Switzerland dulu sudah lebih berhati-hati sekarang. Moral of the story, jangan layan phone sambil berjalan di tempat licin ya. Hahah.. 10 minit berjalan dengan langkah yang perlahan dan berhati-hati, akhirnya kami sampai di kawasan pantai.
![]() |
Lagi sejuk kawasan kat sini berbanding di plane wreck tadi |
Angin laut amat kuat menerjah ke muka kami. Sampai ke tulang sejuknya. Huhu.. Apa yang uniknya tentang pantai ni sudah tentulah seperti namanya iaitu pasir yang berwarna hitam. Kenapa pasir kat sini berwarna hitam? Seperti sedia maklum, bumi Iceland penuh dengan aktiviti gunung berapi. Lahar panas dari gunung berapi yang sedang tak aktif terapung di pantai dan menyejuk bila bercampur dengan air laut yang sejuk. Itu yang menghasilkan pasir berwarna hitam. Kawasan pantai kat sini tak dibenarkan untuk mandi kerana ombak yang tinggi dan aliran arus yang kuat.
![]() |
Pemandangan hitam putih kehidupan. Tetiba ada jaket oren. Hehe.. |
Selain dari pantai yang berpasir hitam, kat sini juga ada tiang-tiang basalt berbentuk heksagon yang terhasil dari lava gunung berapi yang menyejuk. Kagum sungguh bila tengok batu heksagon yang tersusun cantik secara semulajadi. Macam ada orang susun je batu-batu ni menjadi tiang yang tinggi. Itulah keajaiban dunia dan bumi ciptaan Allah. Di sebalik tiang basalt terdapat satu pintu gua yang bernama Halsanefshellir Cave, tapi kami tak masuk. Pernah berlaku runtuhan batu di dalam gua ni. Moga yang masuk ke dalam gua tu hati-hatilah ya sebab angin pantai amat kencang, sampaikan topi Eiman tercabut dari kepala dan terbang jauh sampai ke air. Takpelah, biarkan aje topi tu tinggal kat sini. Huhu..
![]() |
Tiang basalt di sepanjang tebing Gunung Reynisfall |
Pantai berpasir hitam, tiang basalt berbentuk heksagon dan gua Halsanefshellir menjadi tarikan pengunjung ke sini. A must-see destination bila sampai di South Iceland. Rugi kalau tak singgah melihat keindahan dan keajaiban dunia di sini. Si budak kecik Eirfan tu memang seronok la dapat main pasir. Hitam pulak tu. Bukan dia je kagum dengan warna pasir kat sini. Kami semua teruja. Hihi.. Saya bagi extra time untuk diorang bermain pasir dan salji kat sini. Kasi chance la. Pasir warna hitam kot. Susah nak jumpa benda unik macam ni.
![]() |
Abadikan pengalaman dan kenangan keluarga di Reynisfjara Black Sand Beach |
Hampir 45 minit kami berada di sini. Jam 1.35 petang kami mula berjalan ke kereta. Satu kenangan indah yang takkan kami lupakan mengalami dan melihat dengan mata kepala sendiri keindahan dan keajaiban Reynisfjara Black Sand Beach. Kagum sungguh saya dengan pasir yang berwarna hitam dan batu berbentuk heksagon. Confirm akan ingat moment ni sampai bila-bila. Jam 1.45 petang kami teruskan perjalanan menuju ke pekan terdekat untuk mencari barang dan bahan memasak. Untuk 2 hari berikutnya mungkin kami tak jumpa supermarket. Jadi kenalah cari stok makanan siap-siap. Chef kak Wan sudah sentiasa bersedia.
![]() |
Driving route: From Reynisfjara Black Sand Beach to Vik |
@ VIK
Tak sampai 15 minit memandu, kami sampai di pekan Vik. Simple je nama pekan ni. Mungkin namanya diambil dari perkataan Viking sebab memang sejarahnya pada era Viking di abad ke-9, penempatan di sini sudah wujud. Di sini juga pernah berlaku beberapa kejadian letusan gunung berapi, yang terkini pada 2010. Vik adalah pitstop bagi bas persiaran di South Iceland kerana terdapat banyak kedai dan juga restoran. Cuma restoran halal je yang takde. Huhu.. Kami berhenti di satu bangunan yang mempunyai kedai pakaian winter dan souvenir, tandas, cafe dan juga supermarket Kronan. Tandas tu paling penting. Musim winter memang kerap mencari tandas.
![]() |
Jom kita tengok apa yang ada kat dalam Icewear Magasin ni |
Sementara menunggu anak-anak beratur masuk ke tandas dan sebelum mula membeli belah di supermarket, saya masuk ke kedai pakaian dan souvenir di sebelah. Agak keras juga harga pakaian dan souvenir di sini. Fridge magnet pun fikir berkali-kali samada nak beli ke tak. Boleh la beli seketul dua untuk papan magnet kat dapur tu. Serba mahal kehidupan di Iceland ni. Kalau gaji Malaysia memang sukar la nak survive kat sini. Huhu.. Bersyukurlah jadi rakyat Malaysia. Semuanya mudah dan harga agak berpatutan walaupun banyak kenaikan harga berlaku sejak akhir-akhir ni. Cuma salji je yang takde nak layan sejuk-sejuk. Sebab tu saya suka travel time winter. Hihi.. Setahun sekali merasa apa salahnya kan. Sanggup kumpul duit tabung selama setahun semata-mata untuk habiskan dalam masa 2 minggu. Berbaloi tak? Tepuk dada tanya selera masing-masing ye.
![]() |
Fridge magnet je yang lepas. Yang lain setakat cuci mata aje. |
Masuk ke dalam supermarket, Eirfan dah mula ambil satu troli. Dia ni kalau pergi supermarket memang laju buat kerja. Padahal niat nak beli 1-2 barang je. Bila dah bawak troli maknanya tak cukup tangan la nak memegang. Huhu.. Seperti biasa, untuk barang makanan cari yang ada logo halal dan pastikan kandungannya juga. Harga pun kena tengok sekali. Pening kepala nak bayar nanti. Ambil mana-mana yang perlu je untuk makan. Kalau setakat jajan, tunggu balik Malaysia kita borong kat kedai jajan bawah NSK tu. Hahah.. Boleh la ambil sorang satu jajan yang berpatutan harganya. Kat sini kena strict sikit. Takut tengok harganya.
![]() |
Cari bahan untuk masak dulu. Itu yang penting |
Saya tetap beli air mineral walaupun di Iceland air paip dijamin boleh diminum. Lain macam sikit rasa kat tekak saya. Tu yang beli juga air mineral. Untuk buat air kopi atau teh memang guna air paip je. Saya jumpa coklat buatan Iceland yang berjemana Omnom. Selalu jumpa dalam info orang beli untuk souvenir. Kandungannya agak meragukan. Orang kata kalau dah ragu-ragu baik jangan beli. Dalam website menyatakan hanya dark chocolate je yang vegan. Takpelah, banyak lagi coklat yang boleh dibeli dan diyakini untuk dimakan. Wife teruja sebab jumpa produk frozen ayam thighs tanpa kulit dan tulang yang ada logo halal. Boleh la buat makan malam ni beramai-ramai.
![]() |
Kylling bermaksud ayam. Kalau biff bermaksud lembu. |
Dah hampir setengah jam dalam supermarket. Lagi lama maka lagi banyaklah barang yang berada dalam troli. Huhu.. Setelah semua anak-anak dapat jajan masing-masing dan bahan untuk memasak selama 2 hari, kami beratur untuk buat bayaran di kaunter. Kawan-kawan yang lain pun ada yang beli bahan makanan. Cukup rasanya kongsi makan bersama. Bila trip berkumpulan ni kenalah saling berkongsi. Baru mengeratkan lagi ukhwah dan persahabatan. Sebab tu bila kumpul ahli travel, kena pastikan semuanya sekepala. Tak semua orang suka berkongsi. Selalu moody pun satu hal juga. Orang-orang macam ni sesuai kalau ikut trip dengan travel agency. Hehe..
![]() |
Lega bila dah mula bayar. No additional items ya. Hehe.. |
Setelah semua selesai buat pembayaran di kaunter, kami menuju ke kereta. Tepat jam 3.00 petang, sebelum meninggalkan pekan Vik, kami singgah untuk isi minyak. Dalam info yang saya cari, ada satu stesen minyak untuk 2 hari yang berikutnya. Tapi tak pasti masa operasinya. Untuk lebih selamat baik isi minyak siap-siap di pekan Vik. Cara isi minyak sama seperti sebelum ni. Masukkan kad, pilih nombor pump dan pilih terus berapa banyak nilai yang nak diisi. Untuk pilih nilai, kena tau berapa besar tangki dan anggaran untuk isi penuh. Selalunya driver lepas sekali dua isi minyak dah boleh estimate berapa banyak minyak yang boleh diisi dalam tangki.
![]() |
Jangan salah isi jenis minyak ye. Haru dibuatnya nanti.. |
Cukup rasanya isi nilai ISK8,000.00 sampai tangki hampir penuh. Dalam itinerary, lepas 2 hari kami akan patah balik semula ke sini. In shaa Allah cukup. Kalau agak-agak tak cukup, saya dah siapkan alternatif route untuk cari stesen minyak. Hal minyak kereta takde masalah. Yang merisaukan saya sekarang ni adalah keadaan jalan. Dalam apps maklum mungkin akan ada snowstorm sehari dua ni kat kawasan yang kami akan explore. Peratusan probability yang kecil ja, tapi kena alert juga. Dibuatnya ada jalan yang tutup, maka berehat santai kat rumah je la sambil main salji kat luar. Moga snowstorm manja je yang datang..
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment