Sunday, 27 April 2025

JJCP Eurora: Day 09 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..




Jam 7.30 pagi saya dah terjaga. Set alarm jam 8.00 pagi. Tapi disebabkan semalam tidur awal, jadi mudah bangun pagi ni. Saya tengok apps aurora. Macam takde aktiviti aurora yang berlaku di kawasan sekitar. Mungkin udara tak berapa clear malam tadi. Takpe, malam ni kita cek lagi. Selesai mandi, saya kejut anak-anak. Diorang ni tidur dah lebih 8 jam pun susah nak bangun. Patutnya saya la yang paling letih sebab memandu. Mesti diorang tidur lambat malam tadi. Selesai semuanya mandi dan solat subuh, kami mula kemas beg.


Cuaca amat sejuk dan berangin pagi ni. Jam 9.00 pagi kami mula keluar dari rumah. Salji putih makin menebal. Malam tadi mesti banyak salji yang turun. Anak-anak bantu masukkan beg dalam kereta. Kemudian kami ke rumah En Khai untuk sarapan pagi. Mudahnya bila ada kak Wan, terjaga makan minum kami di sini. Kalau kak Wan takde kami tetap makan juga. Cuma bila beliau ada makanan yang kami makan lebih proper dan berkualiti. Kalau tak, memang selang sehari makan mee segera la jawabnya. Hihi..

Our breakfast dan bekalan..

Memang terbaiklah kak Wan. Sempat dia masak spaghetti untuk sarapan pagi ni. Siap buat sandwich sebagai bekal untuk kami semua. Itulah proper yang dimaksudkan. Thanks a lot kak Wan!. Hampir sejam juga kami di meja makan sambil berborak tentang aktiviti yang akan dilalui hari ni. Setelah semuanya dibersihkan dan barang-barang diletakkan semula di tempatnya, tepat jam 10.00 pagi masing-masing mula keluar dari rumah dan bersiap untuk mulakan perjalanan hari ni.

Jom mulakan perjalanan..

Di Iceland lampu kereta kena pasang setiap masa. Kalau tak pasang silap haribulan kena tahan dengan patrol car. Terus kena kompaun. Huhu.. Eimran masuk semula ke rumah kami untuk last check, pastikan semua barang dah dibawa keluar dan keadaan rumah seperti sediakala. Untuk destinasi pertama kami kena sampai sebelum jam 11.30 pagi sebab saya set pada tiket shuttle kami. Jarak untuk ke sana tak jauh sangat, tapi kena ambil kira faktor jalan yang licin dan bersalji. Jadi tak dapat nak bawak kereta laju macam kat highway Mex. Hahah..

Driving route: From Hellisholar Cottages to The Plane Wreck


@ SOLHEIMASANDUR PLANE WRECK

Perjalanan sejauh 60 km mengambil masa 1 jam 15 minit. Kami sampai di kawasan parking di plane wreck jam 11.15 pagi. Kawasan parking terbuka dan agak luas. Sedang kami bersiap-siap untuk tunggu shuttle sampai, saya nampak signboard untuk buat bayaran parking. Aduh, kena bayar parking jugak kat sini. Ingatkan free. Huhu.. Saya imbas qr code untuk buat bayaran sebanyak ISK750.00/car. Sekali bank mintak nombor TAC. Macamana nak dapatkan nombor TAC sebab saya pakai simcard Iceland. Huhu.. Sahabat yang lain pun sama juga. Kebetulan shuttle pun sampai. Parking tak bayar lagi ni. Driver shuttle dah mula panggil semua penumpang. Kami pun terus naik dan saya bertanya pada driver yang kami tak boleh nak bayar parking. Driver tu boleh cakap takpe pun kalau tak bayar. It's all bullshit dia kata. Huhu. Biar betul. Memang la bullshit. Kalau kena kompaun nanti bukannya dia kena bayar pun. Tapi nak buat macam mana, tawakal ajelah.

Moga takde officer yang datang cek parking pagi ni.

Tengok pada info di signboard, jarak perjalanan dari kawasan parking ke plane wreck dalam 3.5 km sehala. Kalau patah balik dalam 7 km tu. Dengan keadaan cuaca macam ni adalah lebih baik naik shuttle. Kena bayar pun tak kisah asalkan tak perlu jalan jauh. Dah la kawasan lapang kat sini. Dibuatnya datang snowstorm tak tau kat mana nak berteduh. Saya ada terbaca tentang tourist yang mati kat sini sebab snowstorm. Jangan buat pasal nak jalan kaki. Buang masa aje. Banyak lagi tempat nak singgah. Dulu boleh bawa kereta sampai ke plane wreck. Tapi disebabkan kawasan ni dalam tanah persendirian, jadi owner taknak la orang ramai rosakkan kawasan dia. Maka wujudlah servis shuttle ni. Pandai owner buat duit. Hehe..

Bayar la sikit demi keselamatan dan tidak membuang masa..

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 7 minit je untuk sampai di plane wreck. Sepanjang perjalanan kelihatan ada juga yang berjalan kaki. Tabah sungguh mereka ini. Tujuan kami nak tengok plane wreck ni sebab terpengaruh dalam movie Dilwale la, di mana Shah Rukh Khan menyanyi dan menari dengan Kajol kat atas plane wreck ni. Diorang berlakon masa summer. Kita pulak datang masa winter. Memang lain la keadaaanya. Apa pun saya memang dah set untuk ke sini. Kebetulan tempat ni berada di laluan itinerary yang saya buat. Apa salahnya singgah kejap untuk pengalaman hidup. Kami turun dari shuttle. Ingatkan sampai terus depan plane wreck. Rupanya kena berjalan juga.

Shuttle route: From parking to Plane Wreck

Dalam 5 minit juga la berjalan untuk sampai di plane wreck

Hebat betul la Iceland ni. Bangkai plane macam ni pun diorang boleh jadikan sebagai tourism. Padahal takde apa yang special pun pasal plane wreck ni. Sejarahnya pada 1973 kapal terbang US ni terhempas kerana kehabisan minyak. Tapi sebenarnya kesilapan pilot salah switch tangki minyak. Namun yang hebatnya semua penumpang selamat. Itulah sejarah plane wreck ni. Kira hebat jugalah dah 50 tahun kejadian masih wujud lagi bangkai kapal terbang ni.

Abadikan kenangan di plane wreck..

Masa ni cuaca amat sejuk dan angin sangat kencang. Menggigil saya. Huhu.. Macam ni punya cuaca, memang tak dapat la nak panjat atas bumbung untuk bergambar ala SRK & Kajol. Hahah.. Bila saya tengok gambar plane ni masa dulu dan bandingkan sekarang, nampaknya banyak parts yang dah takde. Mungkin satu hari nanti plane ni akan pupus dan hilang dari pandangan. Tapi berpuluh tahun lagi la. Owner tanah masih boleh pulun lagi buat duit shuttle. Hahah.. Yang penting saya dah merasa sampai di sini. Tak perlu nak repeat lagi. Hehe.. Cukuplah sekali je pangalaman hidup saya di sini.

Si kecik tu tak kisah pasal plane. Main salji lagi best katanya..

15 minit berada di sini dah cukup memberikan pengalaman baru yang takkan dilupakan. Tak boleh nak stay lama sebab sejuk yang teramat sangat. Huhu.. Buka glove kejap pun dah terasa pedih. Kami mula berjalan semula ke tempat shuttle yang turunkan kami tadi. Tak sampai 2 minit menunggu akhirnya shuttle pun sampai. Yang lain masih berjalan lagi. Nasib baik driver tunggu sebab kalau terlepas shuttle ni, next shuttle lagi setengah jam. Tak sanggup nak tunggu dah. Tepat jam 12.10 tengahari, shuttle pun bergerak mengikut jadual meninggalkan plane wreck menuju ke parking.

Kelihatan ada orang berjalan ke plane wreck. Tabah sungguh..

Walaupun tak sampai 10 minit dalam shuttle, tapi rasa tak selesa sungguh sebab jalan yang bumpy dan driver pun bawak punyalah laju. Huhu.. Sampai di parking, kami turun sambil mengucapkan terima kasih pada driver. Saya terus berjalan ke kereta. Tak nampak pun apa-apa kertas terselit kat wiper kereta. Mungkin kat sini tak guna kertas kot. Apa pun tunggu je lah masa return kereta nanti kalau dimaklumkan ada kompaun yang perlu dibayar. Moga selamat dari kena kompaun. Kami bersiap untuk teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.

Tamat sudah aktiviti di plane wreck..

Destinasi berikutnya tak berapa jauh dari sini. Jam 12.25 tengahari kami mulakan perjalanan meninggalkan Solheimasandur Plane Wreck. Pemandangan di sepanjang perjalanan amat cantik. Dalam kepala saya masih memikirkan tentang kompaun. Selalunya dalam perjanjian sewa kereta, kalau kena kompaun mungkin ada extra penalti yang dikenakan. Terms and condition panjang lebar, memang tak bacalah masa nak ambil kereta. Sign je terus. Huhu.. Apa pun perkara dah berlaku. Kompaun pun masih belum pasti lagi. Jangan spoil the mood. Let's enjoy the scenery!


Wallahu ' alam..

No comments:

Post a Comment