Saturday 3 July 2021

JJCP UK V.2: Day 11 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SABTU, 7 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ EBOOT MARKETS & CAR BOOTS
@ MERIDEN


Jam 5.30 pagi saya dan wife dah bangun. Hari ni kena bangun awal sikit sebab destinasi pertama kami ke car boot yang terletak di Birmingham. Selalunya kalau sampai awal di car boot, banyak benda menarik yang boleh dibeli sebelum orang mula ramai. Selesai mandi, kejut anak-anak dan solat subuh, wife sediakan breakfast. Makanan Kart's yang terakhir dalam stok dipanaskan. Alhamdulillah, tinggal sikit je ration dalam simpanan. In shaa Allah boleh habiskan semuanya sampai hari terakhir di sini. Tak perlu lah nak bawak ration balik semula ke Malaysia. Hihi..


Sedapnya budak ni breakfast

Sementara anak-anak melayan breakfast, wife saya mulakan kerja rutin harian dia di sini setiap pagi iaitu mengemas beg. Dia memang pakar dalam menyusun barang dalam beg. Setiap ruang yang ada pasti dipenuhkan. Sampaikan udara pun tak dapat nak duduk dalam beg kerana terlalu padat. Memanfaatkan semua ruang yang ada dalam beg katanya. Hehe.. Selesai breakfast, kami bersiap-siap untuk check-out. Hari ni Eirfan minum susu baru. Semalam stok susu Eirfan yang kami bawa dari Malaysia dah habis. Ingatkan cukup la stok susu tu sampai hari terakhir kat sini. Rupanya bertahan sampai hari ke-10 je. Semalam masa kat Asda wife saya dah beli siap-siap susu untuk Eirfan. Wife saya cari juga kalau susu S26 ada dijual di sini, tapi tak jumpa. Nampak ok je Eirfan minum susu Made In UK ni. Tak cerewet orangnya. Susu bancuh dengan air sejuk pun dia pernah request. Hehe..

Susu England pun Eirfan layan..

Jam 7.30 pagi kami mula keluar dari bilik dan turun ke lobi. Tiada staff bertugas di kaunter. Saya letakkan kunci di tempat yang disediakan. Ada cafe beroperasi di sini tapi kami hanya mampu tengok menu yang diiklankan. Anak-anak tanya boleh ke makan kat cafe di sini. Saya kata boleh, tapi menu air kopi dan roti plain je lah. Diorang kata daripada makan roti, lebih baik makan nasi Kart's. Sebab tu la ayah bawak ration ni dari Malaysia. Moga korang faham kenapa kena bawa ration yang banyak bila travel ke luar negara, especially negara bukan Islam. Kalau setakat travel ke Indonesia, tak bawak ration pun takpe. Banyak option makanan halal yang boleh diperolehi.

Jom check-out!

Cuaca di luar masih gelap lagi. Sesuai untuk kami mulakan gerakan menuju ke car boot. By the time sampai sana mesti dah cerah. Hari Sabtu dan Ahad di sini memang menjadi target kami mencari car boot untuk diterjah. Sudah sedia maklum car boot di sini adalah peluang untuk mencari barang terpakai yang masih elok dengan harga yang tak masuk akal. Cuma bilangan gerai jualan tak dapat dipastikan kerana musim winter tak ramai orang berniaga berbanding musim summer. Yang pastinya car boot buka hari ni sebab saya dah follow dalam facebook tentang operasi car boot yang kami nak pergi pagi ni. Sia-sia je pergi sana tapi car boot tak buka. Huhu..

Carboot buka kalau cuaca mengizinkan

Anak-anak bantu masukkan beg ke dalam kereta. Kemudian tugas rutin Abang Fikri untuk memastikan semua beg dan stroller muat disusun. Agak sejuk cuaca pagi ni. Satu pengalaman yang indah bila dapat menginap di travelodge yang serba baru ni. Rasa berbaloi sangat dengan harga bilik yang dibayar. Masa trip pada 2012 dulu selain dari Travelodge, saya ada juga menginap di budget hotel yang lain iaitu Premier Inn. Cuma kali ni harga yang ditawarkan oleh semua lokasi Premier Inn yang ada dalam route perjalanan kami agak mahal. Jadi terpaksalah stick to the most cheaper option, iaitu travelodge. Murah atau mahal, yang penting nak mandi dan tidur je kan. Hehe..

Good Morning Dudley!

Jam 7.45 pagi kami mula meninggalkan Travelodge Dudley Town Centre menuju ke Birmingham. Keadaan jalanraya agak tenang kerana ramai yang masih belum keluar dari rumah. Hari Sabtu kan, baik bermalas-malasan di rumah. Hihi.. Saya ikut route yang ditunjukkan oleh Here Maps. Tak perasan saya apabila laluan yang kami ikut adalah highway M6 yang ada tol. Sepanjang jalan beribu kilometer merentas England, Scotland dan Wales sebelum ni mana pernah bayar tol melainkan lalu jambatan di Hull haritu. Rupanya ada beberapa highway di UK yang dikenakan tol. Kalau tau dah lama saya set avoid tolls dalam Here Maps. Patutlah makin menuju ke highway bertol, makin kurang nampak kereta. Rupanya awal lagi kereta lain dah keluar simpang ye. Takpelah, bila lagi nak dapat pengalaman bayar highway bertol di UK kan? Ayat nak sedapkan diri sebenarnya. Hahah..

Let's go to car boot!

Tol di sini tak boleh pakai cash. Jadi standby bayar guna kad kredit ye. GBP4.20 transaction accepted. Walaupun hanya beberapa highway je di UK yang kena bayar tol, nilai bayaran bergantung pada hari dan waktu yang dilalui. Sama seperti tiket tube dan train, kalau lalu masa off-peak kadar bayaran murah sikit berbanding peak hour. Waktu malam lagi murah berbanding siang dan weekend murah berbanding weekdays. Kalau di Malaysia, tak kiralah lalu pukul berapa pun, walau macamana jem sekalipun kadar bayaran tol tetap sama 24/7. Bersyukur bayaran tol di Malaysia tak setinggi di sini. Cuma sedihnya banyak sangat tol kat Malaysia. Sakit hati jugaklah bila setiap hari kena bayar tol untuk pergi kerja. Nasib baiklah saya bawak motor. Nipis jugaklah wallet kalau setiap hari naik kereta. Dah la tol kena bayar, maintenance kereta pun kena fikir juga. Kalau bunga tayar boleh tahan sepanjang hayat boleh diterima lagi. Hihi.. Sejarah kewujudan tol yang paling saya tak boleh terima ialah tol Jalan Pahang, depan Hospital Tawakal tu. Apalah dalam fikiran kerajaan masa bina tol kat situ. Nasib baik tol tu dah lama tutup. Tapi kebiasaannya tutup satu tempat, buka banyak tempat yang lain pulak. Huhuu..

First time bayar tol highway kat UK..

Done swipe GBP4.20..

Keluar je dari tol tak sampai 2 km kami sepatutnya tiba di car boot. Tapi kami hanya nampak kawasan padang yang kosong. Takkan car boot tak jadi beroperasi kot. Cuaca cerah ni. Huhuu.. Nasib baik bila kami lalu di roundabout berhampiran, saya nampak signboard kecil berwarna fluorescent yang bagitau lokasi car boot untuk hari ni. Maknanya car boot buka hari ni, cuma di lokasi yang lain. Saya ikut arah yang ditunjukkan oleh signboard. Setiap kali jumpa simpang dan roundabout akan ada signboard tersebut. Lebih 10 km jugaklah kami ikut je arahan yang ditunjukkan pada signboard. Jauhnya lokasi baru car boot hari ni. Akhirnya kami masuk ke satu lorong kecil. Tak sampai 1 km melalui lorong tersebut barulah kami nampak banyak kereta dan gerai di satu kawasan padang yang luas. Untuk masuk ke kawasan parking kami kena bayar GBP1.00/kereta. Saya mencari lot parking yang kurang becak, takut peristiwa kereta sangkut minggu lepas berulang kembali. Hehe..

Ikut arah signboard ke lokasi baru car boot hari ni

Alhamdulillah. Sampai jua akhirnya..


@ EBOOT MARKETS & CAR BOOTS

Jam 8.45 pagi kami sampai di car boot. Kami bersiap-siap untuk mulakan pencarian barang-barang baru dan terpakai yang murah. Yang penting ianya berbaloi untuk dibawa pulang sebagai kenangan. Keadaan yang becak di sini membuatkan pergerakan lebih berhati-hati. Habislah tayar stroller penuh dengan lumpur. Hihi.. Tak banyak gerai yang dibuka. Mungkin kerana cuaca yang tak menentu membuatkan ramai peniaga malas nak menjual di musim winter. Eboot adalah antara car boots yang terbesar di UK. Musim summer mesti meriah keadaan car boot kat sini. Takpelah, janji kami dapat merasa pengalaman berada di car boot. Walaupun tak banyak gerai, mungkin ada sesuatu yang berharga untuk kami dapatkan di sini.

Driving route: From Travelodge Dudley Town Centre to Eboot Markets

Jom habiskan coins yang ada. Hehe..

Selain dari jualan pakaian, ada juga peniaga yang menjual makanan dan barangan perhiasan. Eimran masih lagi dalam misi mencari kasut. Entah berapa pasang la yang dia nak. Tapi akhirnya wife saya juga dapat sepasang kasut cantik kat sini. Harga jangan cakaplah, sampai tak percaya bila peniaga letakkan harga kasut tersebut. Tanpa cakap banyak kami terus beli. Kalau delay takut datang balik dah takde kasut tu diambil orang lain. Kat car boot ni kalau dah berkenan lebih baik grab terus. Hihi.. Miniature rumah kaca yang cantik sesuai dibuat perhiasan di rumah. Paling terkejut bila ada karpet kartun yang kami rasakan sesuai untuk diletakkan di bilik anak-anak. Terkejut bila peniaga hanya letakkan harga GBP1.00 untuk karpet tu. Tanpa buang masa, terus saya beli walaupun tak pasti macam mana nak bawak balik nanti. Teringat masa saya dan wife beli exersaucer untuk anak-anak pada 2012. Masa beli tak fikir apa pun. Bila dah beli baru teringat macam mana nak bawak balik. Terpaksa bungkus dengan plastik hitam masa di airport. Nasib baik boleh bawa naik flight. Benda murah kot, sebab tu beli. Hehe..

Tempat berlecak pun kita layan juga..

Kami meronda di setiap gerai yang ada. Sampai di gerai terakhir, saya dan anak-anak mula teruja. Ada peniaga menjual game PS4 dan Xbox. Punyalah banyak pilihan sampai tak tahu mana yang nak dibeli. Wife siap ambil gambar dan post dalam group whatsapp. Ramai juga kawan-kawan yang berikan tajuk game untuk kami cari. Kalau di Malaysia memang susah nak dapat game PS4 dengan harga yang super murah macam ni. Saya siap terfikir boleh buat bisnes jual game PS4. Beli game yang famous banyak-banyak, sampai Malaysia jual kat orang. Mesti boleh jual punyalah. Hehe.. Saya cakap pada penjual, kat Malaysia harga game PS4 masih mahal walaupun second hand. Dia kata orang kat sini kalau dah habis main memang jual murah, yang penting diorang tak simpan untuk koleksi sendiri. Baguslah macam tu. Pastikan jual kat orang Malaysia ye. Hihi..

Banyaknya game. Eimran suka la tu..

Wife saya berjumpa dengan orang Malaysia yang dah 7 tahun duduk kat sini. Dia kata setiap minggu dia akan datang ke car boot mencari barang untuk diri sendiri dan pesanan kawan-kawan di Malaysia. Ada sekali tu dia dapat beli helmet full face yang harganya tak masuk akal. Satu kesilapan kalau tak beli katanya. Hehe.. Saya tak sempat jumpa lelaki ni. Kalau jumpa dah lama bergambar dengannya. Wife saya kata orang dari Taiping. Mungkin sambung bekerja kat sini lepas habis belajar, sama seperti lelaki yang saya jumpa kat Edinburgh hari tu. Alhamdulillah, sudi juga diorang bertegur sapa dengan kami. Kebanyakan yang saya jumpa kurang mesra selalunya yang datang bercuti macam kami ni. Bukan setakat tegur, senyum pun tak dibalas. Tambah yang pakai smart ala kayangan. Eleh, kami pun sampai tempat yang sama kot. Cuma kami duduk kat travelodge je lah, bukan Holiday Inn. Hehe..

Murah pulak tu. Apa lagi, borong ler..

2 jam kami meronda mencari barang-barang yang menarik di sini. Banyak juga yang berjaya dibawa balik. Game PS4 dan Xbox untuk diri sendiri dan kawan-kawan paling banyak dibeli. Kami kembali ke kereta dan bersiap-siap untuk teruskan perjalanan ke destinasi berikutnya pada hari ni. Walaupun tak banyak gerai jualan, tapi kami sangat berpuas hati dengan hasil yang kami dapat di car boot pada hari ni dan minggu lepas. Esok mungkin ada satu lagi car boot yang kami akan singgah. Tapi tak pasti lagi ianya beroperasi atau tak sebab saya tak jumpa info tentang car boot tersebut. Lokasinya pun dalam route perjalanan esok. Kalau buka boleh kami singgah. Kalau tutup, kami teruskan je perjalanan.

Si kecik tu dah dapat coklat dia diam la sekejap. Hihi..

Jam 10.50 pagi kami mula meninggalkan Eboot Markets & Car Boots dengan penuh kepuasan. Car boot di UK boleh dikatakan beroperasi setiap hari mengikut lokasi dan musim. Hanya pada Sabtu dan Ahad yang paling banyak beroperasi. Nasib baik saya cuma cari lokasi car boot pada weekend je. Itupun ikut pada route perjalanan yang saya dah susun. Kalau saya bersungguh-sungguh cari lokasi car boot untuk setiap hari, mau tak pergi tempat lain dah. Huhu.. Cukup lah hanya weekend je. Destinasi berikutnya kami nak menuju ke Coventry. Tapi sebelum tu saya nak berhenti di satu kawasan yang ada landmark penting mengenai England. Dah alang-alang tempat ni berada dalam route perjalanan kami, apa salahnya singgah sekejap untuk kenangan.

Thank you Eboot Markets. Banyak hasil yang berjaya dibawa pulang..


@ MERIDEN

Kami melalui jalan kampung menuju ke destinasi yang terletak tidak jauh dari car boot. Setengah jam memandu sambil menghayati pemandangan country side yang indah, akhirnya jam 11.20 pagi kami tiba di Meriden iaitu sebuah kampung yang terletak di antara Birmingham dan Coventry. Tempat parking di sini limited dan saya tak berani nak parking ikut sukahati di mana-mana bahu jalan. Silap haribulan datang pulak officer bagi surat cinta. Huhu.. Saya parking di kawasan Meriden Sports Park yang terletak di seberang roundabout. Kebetulan ada taman permainan di sini. Eirfan dan Elysha terus ajak wife saya temankan diorang di taman. Eimran dan Eiman nak tunggu dalam kereta.

Driving route: From Eboot Markets to Meriden

Saya bersama Fa dan Abang Fikri melintas jalan menuju ke satu padang untuk melihat landmark yang dimaksudkan. Sejak 500 tahun yang lalu, Meriden dikatakan terletak di centre of England dan ada satu tanda diletakkan di sini. Saya mencari maklumat tentang landmark bersejarah ni. Pada 2002, setelah kajian geografi dijalankan memutuskan bahawa centre of England bukan terletak di Meriden, tetapi ianya berada di satu tanah persendirian yang terletak di Fenny Drayton, 18 km dari Meriden. Takkan la saya nak ceroboh masuk tanah orang semata-mata untuk ambil gambar centre of England. Nanti kena kejar pulak dengan owner tanah bersama senapang patah, macam dalam movie tu. Hahah.. Apa-apa pun di Meriden ni ada landmark khas. Dah 500 tahun dia jadi centre of England. Kat Fenny Drayton tu baru 17 tahun. Nanti bila ada gempa bumi atau struktur tanah bergerak, kebun orang lain pulak yang jadi centre of England. Jadi paling mudah kita ambil rekod yang paling lama untuk dijadikan kenangan. Hehe..

Monumen Centre of England di Meriden

Selain dari landmark centre of England, di sini juga terletaknya memorial bagi memperingati tentera berbasikal British yang mati ketika Perang Dunia Kedua 1939 - 1945. Memorial ni asalnya dibina pada tahun 1920 untuk memperingati tentera berbasikal pada Perang Dunia Pertama, tapi telah didedikasikan semula pada tahun 1963. Walaupun kampung Meriden ni kecil, tapi banyak juga sejarah negara yang disemadikan di sini. Meriden juga pernah mendapat anugerah Best Village pada tahun 2014. Tak hairan pun dengan anugerah tu sebab kawasan di sini memang cantik, bersih dan tenang. Boleh dikatakan amat sesuailah untuk pakej persaraan. Hehe..

Monumen cyclists pun ada kat tempat yang sama

Selesai bergambar kenangan di sekitar Meriden, saya kembali semula ke kereta. Eirfan dan Elysha masih galak bermain di taman. Mentang-mentanglah cuaca sejuk, seronok bukan main diorang ni ye. Bagilah peluang diorang dapat pengalaman bermain di taman permainan kat UK. Nak main lama-lama pun tak boleh juga sebab banyak lagi tempat nak pergi hari ni. Perut pun dah mula lapar sebab terlalu teruja masa kat car boot tadi. Cukup 30 minit bermain, diorang sendiri bergerak menuju ke kereta tanpa dipaksa. Saya cuma sebut nak pergi makan je. Memang betul pun nak cari tempat makan kat Coventry nanti. Nampak sangat diorang pun kelaparan. Hehe..

Meriden memang tenang dan bersih

Jam 11.55 pagi kami teruskan perjalanan menuju ke Coventry. Anak-anak dah kecoh dalam kereta sebab Eirfan bagitau lepas ni nak pergi makan. Laju betul budak ni sampaikan berita. Hahah.. Budak-budak memang susah nak suruh diorang simpan rahsia. Selalu apa yang budak cakap, itulah yang sebenarnya. Nak manipulasi cerita pun tak pandai. Hihi.. Tapi memang betul lah sampai Coventry nanti nak cari tempat makan. Saya sendiri rasa lapar sekarang ni. Moga kami selamat tiba di bandar Coventry..


Wallahu 'alam..

2 comments:

  1. Travelodge - Yours & my favorite hotel. Bkn apa, itu yg fit budget. Tak pun, Premier Inn, skang mahal ek?

    "Kebanyakan yang saya jumpa kurang mesra" - apatah lagi, jika mrk ni, pakai OOTD. Ntah² sewa punya. Kak, kah ,kah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, travelodge paling budget dan mudah sebab banyak location throughout UK. Tepi highway pun ada. Hehe.. Premier Inn sekarang dah quite mahal, tak macam dulu.

      Hahah, ada kemungkinan baju sewa tu. Memang menyampah jumpa orang Malaysia kat luar negara yang perangai macam ni. Macam la kita ni nak berkawan dan mintak tolong kat dia. Hehe..

      Delete