Wednesday 4 August 2021

JJCP UK V.2: Day 11 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

HARI/TARIKH:
@ SABTU, 7 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ COVENTRY
@ CHICKEN COTTAGE


Berpandukan map, jarak dari Meriden ke Coventry hanya dalam 12 km je. Sebelum sampai di bandar, saya ingat lebih baik singgah dulu di masjid untuk solat jamak Zohor dan Asar. Bila dah solat tenang sikit meronda kat bandar nanti. Takdelah perlu rushing mengejar waktu solat yang pendek di sini. Kami singgah di Masjid Zeenatul Islam yang terletak di pinggir bandar Coventry. Jam 12.15 tengahari kami dah sampai di parking perkarangan masjid. Hanya kereta kami je yang ada kat sini. Mungkin masih belum masuk waktu Zohor kot. Saya masuk ke dalam masjid untuk dapatkan kepastian waktu solat untuk hari ni. Patutlah takde orang, jam 1.00 petang nanti baru masuk waktu Zohor. Ada 45 minit lagi. Saya ambil keputusan untuk ke bandar Coventry dulu. Apa-apa pun kami dah tau lokasi masjid ni. Takdelah kalut nak mencari nanti. Hehe..

Waktu Zohor untuk hari ni jam 1.00 petang

Kami teruskan perjalanan ke bandar Coventry. Sampai di pusat bandar, saya mencari lokasi parking yang telah saya tagging paling dekat dengan tempat yang kami nak ronda. Nasib tak menyebelahi kami kerana parking full. Saya tunggu 5 minit tapi takde pun kereta yang keluar dari parking. Huhu.. Nampaknya terpaksa cari parking yang lain. Rugi menunggu walaupun beberapa minit. Masa itu emas. Hehe.. Saya pusing di kawasan sekeliling dan akhirnya jumpa satu parking lot di Bishop Street. Kawasan parking agak sempit dan menyukarkan saya untuk parking kereta yang sedia maklum panjang ni. Terpaksalah guna khidmat Abang Fikri untuk menjadi attendant parking. Hihi.. Alhamdulillah, jam 12.35 tengahari kami dapat parking yang berhampiran dengan pusat bandar Coventry.


Driving route: From Meriden to Coventry

Syok dia tidur. Letih main buaian la tu. Hehe..


@ COVENTRY

Kami turun dari kereta dan bersiap-siap untuk mencari pengalaman di bandar Coventry. Anak-anak pulak tak sabar nak makan. Dah menjadi kerja diorang melihat restoran yang ada tanda halal di sini. Sekurangnya diorang tau bila berada di negara orang, bukan semua restoran kita boleh terjah. Memang nampak sedap gambar daging yang diiklankan depan restoran, tapi setakat tengok ajelah ye. Sementara yang lain bersiap, saya mencari mesin untuk bayar parking. Ada seorang pengemis datang ke arah saya dan minta sedekah. Macam kurang siuman pun ada juga. Kesian pulak melihatnya. Saya beri beberapa duit syiling yang ada dalam poket. Tak sampai GBP1.00 pun, tapi dia punya seronok tak terkata. Berulang kali ucap terima kasih kat saya sebelum beredar dari situ. Di mesin parking, saya beli tiket untuk 2 jam berharga GBP3.00. Cukup la kot untuk kami dapat sedikit pengalaman hidup di bumi Coventry.

Parking sampai jam 2.42 petang. Fuhh, 'bersih' sungguh kereta kami. Hahah..

Tujuan utama kami ke Coventry hanyalah untuk singgah makan tengahari. Sambil tu boleh jugalah mencari barang yang menarik di kedai-kedai charity. Itu jelah level yang kami mampu. Hihi.. Dari parking kami berjalan menuju ke pusat bandar. Kelihatan signboard Primark di satu bangunan shopping mall. Dengan masa 2 jam yang ada, tak cukup untuk kami meronda dalam Primark. Kami nak makan lagi. Sekurangnya setengah jam kami guna untuk sesi makan. Takpe, ada banyak peluang lagi nak terjah Primark. Paling afdal hari-hari terakhir sebelum balik nanti. Sebab masa tu dah takde tempat lain nak pergi, hanya misi untuk menghabiskan saki baki duit yang ada sebelum balik Malaysia. Selalunya memang begitu cara kami shopping. Risau kalau shopping awal nanti lupa diri sampai habis budget untuk kegunaan yang lain. Langsung tak boleh ke mana-mana sebab duit untuk isi minyak pun takde. Huhu..

Jom jalan-jalan cari pengalaman di Coventry

Kami berjalan menyusuri The Burgess dan Trinity Street. Kelihatan beberapa restoran yang ada status halal di sini. Kedai charity pun banyak juga. Hehe.. Ada sesuatu yang kami tak jumpa lagi setakat ni barang yang dijual di charity shop. Harap barang tu ada di salah satu charity shop kat sini. Coventry antara bandar di England yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Daripada muzik, teater, festival, muzium, gereja dan sejarah di abad pertengahan, semuanya ada di sini. Tak sempat kami nak jelajah semuanya dalam masa 2 jam. Setakat peninggalan jejak kami sudah berada di sini, itu cukup buat kenangan hidup kami. Dulu saya ada sorang kawan tinggal di sini, tapi sekarang dia dah kembali ke Malaysia. Masa trip 2012 dulu saya pernah set untuk berjumpa dengannya. Pada mulanya dia kata ok. Bila sampai hari kejadian, langsung dia tak respon. Mungkin dia ada hal penting waktu tu. Saya cuba fikir positif je. Niat nak jumpa kawan lama, bukan nak suruh belanja makan pun. Huhu..

Bangunan hitam putih yang menjadi landmark Coventry

Kami masuk di setiap kedai charity yang ada di sini. Aktiviti pencarian barang yang menarik dan murah bermula. Antara barang yang kami belum jumpa lagi adalah replika model rumah handmade Lilliput Lane yang terkenal di England. Kalau tengok dalam website jualan, sebuah model rumah ni boleh mencapai beratus ringgit harganya. Memang tak mampu la nak beli. Huhu.. Masa 2012 dulu saya jumpa orang jual model rumah ni di carboot sale. Kali ni takde pulak jumpa di carboot yang kami dah pergi setakat ni. Harga yang dijual amat murah. Ada juga beberapa kawan yang berminat dengan model rumah ni. Kami tak berniat nak jual pun. Beli untuk kenangan dan display kat ruang tamu je. Kalau ada yang nak beli, kami boleh jual dengan harga yang murah berbanding di website. Hihi..

Antara kedai charity yang kami terjah. Tengok iklan harga pun dah teruja. Hehe..

Alhamdulillah, daripada ketiga-tiga kedai charity, ada satu kedai yang menjual model rumah Lilliput Lane. Harga bermula dari GBP3.00 hingga yang paling mahal GBP10.00. Ruginya kalau tak beli. Hihi.. Apa lagi, semua design model yang ada kami beli. Siap dapat kotak lagi. Kalau jual di carboot selalunya takde kotak. Rezeki kami datang ke Coventry untuk dapatkan model rumah ni, dan juga rezeki kedai dapat jual semuanya. Hehe.. Kami siap bayangkan bila semua model ni tersusun di atas display cabinet kat rumah, bersama dengan model rumah yang dah sedia ada. Barulah nampak macam satu 'perkampungan English' kat atas display cabinet kami. Hahah.. Apa-apa pun memang terbaiklah orang yang reka model rumah ni. Sungguh detail buatannya. Nampak real, cuma saiz je kecil. Puas hati kami dapat jumpa Lilliput Lane kat sini.

Tak tau mana nak pilih? Ambil semua je, senang cerita. Hahah..


@ CHICKEN COTTAGE

Selesai 'menyelam' di semua charity shop dan bawa pulang hasil yang diidamkan, jam 1.50 petang kami mencari restoran halal untuk makan tengahari. Anak-anak ajak makan ayam goreng. Restoran KFC yang kami lalu tadi takde status halal. Lagipun kami dah merasa makan KFC masa di Peterborough hari tu. Restoran yang ada di Malaysia dan halal di sini semua kami dah cuba seperti KFC, Nando's dan Subway. McDonalds je tak boleh sebab takde status halal. Ada satu restoran ayam goreng halal di sini iaitu Chicken Cottage. Boleh la jadikan ia sebagai lokasi makan tengahari kami untuk hari ni. Seronok anak-anak bila nak pergi makan. Mak dan ayahnya seronok juga sebenarnya. Lapar kot. Hihi.. Let's jom!

Walking route: Coventry Central

Menu tengahari kami.. Ayam goreng!

Ada meja kosong yang cukup untuk kami berlapan. Saya beratur di kaunter untuk order makanan. Eimran kata dia sangat lapar. Jadi saya order satu set Medley Box yang berharga GBP15.99. Set ni mengandungi 6pc chicken, 6pc spicy wings, 6pc chicken strips, 4pc regular fries dan 1.5ltr soft drinks. Selesai order, staff di kaunter terus siapkan makanan kami. Terkejut saya bila lihat makanan kami diletakkan di atas kaunter. Ingatkan sikit je makanan dalam set ni. Harap Eimran boleh habiskan. Dia yang mengadu paling lapar tadi. Tapi saya percaya, Eimran boleh setelkan sebab dia memang 'tank' dalam family. Dialah yang paling lama duduk makan sebab nak habiskan makanan yang ada. Alhamdulillah.. Tak baik membazir. Hihi..

Makan ayam dulu. Fries nanti boleh makan dalam kereta..

Alhamdulillah, leganya bila dapat makan. Dah kata, Eimran boleh bantu habiskan semua ayam goreng. Boleh tahan sedap juga ayam dia, setanding dengan level KFC di sini. Apa-apa pun tak boleh lawan ayam goreng KFC Malaysia yang lagi rangup dan sedap dimakan dengan coleslaw dan whipped potato. Hihi.. Akhirnya tercapai jua impian anak-anak untuk makan ayam goreng hari ni. Selesai makan, kami bersiap untuk pulang semula ke kereta. Tinggal 15 minit lagi sebelum officer parking kereta letak tiket kompaun kat cermin. Dengan segera kami meninggalkan Chicken Cottage menuju ke tempat parking di Bishop Street. Ayah tak nak tengok ada kertas sangkut kat wiper kereta. Huhu..

Lekas.. Ada lagi 5 minit sebelum masa tamat.

Jam 2.40 petang kami sampai di parking kereta. Ngam tinggal lagi 2 minit je masa pada tiket. Kami bersiap-siap untuk teruskan perjalanan ke masjid tadi. Tak sampai 2 km pun jarak masjid tu dari sini. Anak-anak jangan buat-buat tidur kekenyangan pulak. Kalau kat rumah, setiap kali waktu solat mesti nak kena bagitau baru nak buat. Padahal masing-masing ada handphone, siap install azan lagi. Itupun liat nak solat. Mungkin generasi sekarang ni lebih terdedah kepada gadjet membuatkan mereka mudah lalai. Kadang-kadang dah hujung waktu baru nak solat. Huhu.. Moga anak-anak tak lupa diri. Mereka masih di bawah umur. Tanggungjawab ayah dan ibu untuk membentuk mereka menjadi anak yang soleh dan pandai jaga diri. Satu hari nanti diorang akan ada kehidupan sendiri. In shaa Allah doa yang baik-baik untuk anak-anak supaya dapat menjaga nama baik keluarga..


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment