Tuesday 16 February 2021

JJCP UK V.2: Day 07 (Part #3)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ SELASA, 3 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ GLASGOW
@ GEORGE SQUARE
@ HARD ROCK CAFE GLASGOW
@ TESCO EXTRA AYR
@ TRAVELODGE AYR


Tahun 2012 saya dan wife tak singgah di Glasgow walaupun ianya dekat dengan Edinburgh. Masa tu saya memang teringin nak ke Edinburg je sebab lihat gambar bangunan yang menarik di sana. Tak terfikir langsung nak ke Glasgow. Lagipun memang tak sempat sebab jadual itinerary yang amat padat. Pergi Edinburgh pun day-trip je. Maklumlah masa 2012 tu teruja betul bila dapat peluang datang ke bumi UK. Masih merangkak dalam dunia travel lagi waktu tu. 2011 pertama kali ada pasport terus ke Australia, kemudian tahun berikutnya ke UK. Excited sungguh la. Rezeki jangan ditolak. Peluang jangan dilepaskan. Hehe..

Pertama kali jejakkan kaki di bumi UK pada 2012. Kenangan indah..


@ GLASGOW

Sambil menunggu train sampai destinasi boleh ter'flashback' pulak kisah trip saya berdua dengan wife pada 2012 dulu. Hihi.. Tak sampai 5 minit kami duduk dalam train, akhirnya kami sampai di St. Enoch Subway Station. Maka bermulalah perjalanan kami mencari pengalaman hidup di Glasgow dalam masa beberapa jam ni. Harap banyaklah lokasi menarik yang kami dapat singgah walaupun hanya bergambar di luar sahaja. Hihi..

Subway route: From Shields Road Station to St. Enoch Station

Jom jalan-jalan di Glasgow

Cuaca masih cerah ketika kami keluar dari subway station. Dapatlah tengok dengan jelas bangunan-bangunan di bandar Glasgow. Amat berbeza suasana persekitaran di Glasgow berbanding Edinburgh. Di sini bangunannya lebih moden. Kepada yang minat dengan seni binaan bangunan lama, Edinburgh adalah tempat yang sesuai. Kami berjalan menyusuri blok bangunan sambil melihat kedai-kedai dan butik di sepanjang jalan. Ada kedai yang menarik boleh la kami masuk mencuci mata. Kedai yang paling menjadi perhatian kami adalah charity shop seperti British Heart Foundation, Cancer Research UK, The Salvation Army dan yang sewaktu dengannya. Itu je lah kedai yang kami berani masuk. Hihi.. Kadang-kadang jumpa juga barang yang menarik dan harga yang amat murah.

Butik Hamleys tu paling takut nak masuk. Rabak wallet. Huhu..

Keras juga harganya. Tapi berbaloi sebab boleh claim VAT

Cuaca dah semakin senja sewaktu kami melewati kedai dan butik di sepanjang jalan. Banyak butik menarik di Glasgow. Kepada kaki shopping inilah tempat yang terbaik di Scotland. Nightlife di Glasgow pun lebih meriah kerana banyak pub dan cafe di sini. Golongan remaja dan muda-mudi ramai di Glasgow. Kalau nak menikmati keindahan bangunan senibina lama, Edinburgh lebih menarik. Orang tua je yang suka bangunan-bangunan lama ni. Termasuklah pelancong yang pertama kali datang ke sini. Hehe..

Jumpa juga kedai mampu milik ni. Hihi..

Teruja sungguh Eimran bila jumpa kasut Nike yang dia minat. Tapak tak jejas langsung. Kebetulan saiz dia pulak tu. Agak menarik barang terpakai yang ada kat dalam kedai ni. Berbaloi sungguh dengan harganya. Saya memang tak suka nak mewahkan anak-anak. Biar diorang tau betapa susahnya nak jalani hidup kalau tak belajar bersungguh-sungguh. Sekeras-keras ayahnya, kena cucuk sikit lemah juga jadinya. Huhu.. Setakat harga kasut bawah GBP10.00 apa la sangat. Tak masuk dalam kategori mewah kan? Hehe.. Dapat bawak diorang berjalan ke UK ni dah kira mewah sebenarnya. Bagi peluang anak-anak merasa pengalaman di negara orang walaupun mak dan ayahnya dah umur 33 tahun baru merasa jejakkan kaki di luar negara.

Teruja Eimran tengok kasut tu. Penangan charity shop. Hehe..

Bila abangnya dah dapat, adik-adik takkan tengok je kan? Huhu.. Nanti ayah dituduh tak adil terhadap anak-anak. Lain macam pemikiran budak zaman sekarang ni. Apa boleh buat. Masing-masing mula la mencari barang yang sesuai. Maknya sejak masuk kedai tadi langsung tak nampak muka. Setengah jam juga kami kat dalam charity shop ni. Nasib baik la barang yang dipilih harga mampu milik. Selesai urusan di charity shop kami teruskan berjalan kaki menuju ke destinasi seterusnya. Anak-anak tersenyum sepanjang jalan. Saya berdoa moga tak jumpa lagi charity shop di depan. Cukup dah kuota pembelian untuk hari ni. Kita jalan-jalan amik gambar je ok. Hahah..

Di hadapan bangunan Gallery of Modern Art


@ GEORGE SQUARE

Baru jam 4.10 petang tetapi cuaca dah mula senja di sini. Lampu mula dipasang di bangunan dan jalanraya. Dari jauh kelihatan cahaya lampu yang amat cerah. Kami berjalan menuju ke George Square untuk melihat apa yang berlaku. George Square adalah salah satu daripada 6 dataran yang terdapat di bandar Glasgow. Rupanya ada Christmas Market di sini. Selain gerai jualan, ada juga ferris wheel ala London Eye di tengah dataran. Kami ambil peluang untuk bergambar dan melihat gerai-gerai yang ada di sini.

Christmas Market di George Square

Dah banyak kali saya berkesempatan untuk meronda di Christmas Market. Memang seronok. Banyak gerai-gerai jualan yang menarik. Walaupun tak beli tapi dapat merasa suasana sebegini amat bermakna dalam hidup saya. Dapat tengok gelagat orang ramai di sini. Travel ke Eropah musim winter, tipulah kalau tak pernah jalan-jalan di Christmas Market. Lainlah kalau travel dengan agency. Itupun jika Christmas Market dimasukkan dalam itinerary diorang. Lebih baik travel sendiri. Pasti singgah di walau dimana pun Christmas Market berada. Tak perlu nak kejar masa, ikutlah nak stay berapa lama pun kat setiap lokasi yang dituju. Dah puas di satu tempat boleh terus ke tempat lain. Tak perlu nak tunggu orang lain sampai di bas. Huhu..

Haishh.. Banyak pulak gerai coklat kat sini.

Eirfan tengah sedap tidur dalam stroller. Takde la banyak kerenah dia. Dia memang pantang nampak coklat. Biarkan dia dengan mimpinya. Hehe.. Saya pun teruja juga tengok coklat kat sini. Pengalaman minum hot chocolate kat Cambridge masa hari kedua haritu masih teringat-ingat sampai sekarang. Punya la sedap coklat dia. Menyesal pulak beli secawan je. Kongsi satu family pulak tu. Huhu.. Kami ronda dulu melihat gerai-gerai yang ada kat sini. Jumpa gerai coklat yang menggugat iman boleh la kami cuba. Hihi..

Bagi si kecik tu tidur nyenyak dibuai mimpi. Hihi..

Dah habis meronda satu pusingan barulah kami pilih gerai mana yang nak dituju. Eiman dan Elysha teringin nak makan marshmallow. Nampak macam seronok je tengok sorang pelanggan sedang bakar marshmallow dan celup dalam coklat cair. Saya ajak diorang naik ferris wheel tapi diorang taknak. Boleh la cuba macam mana rasa marshmallow Scotland ni. Saya memang tak minat makan marshmallow. Saya nak cuba hot chocolate kat sini. Harap sedap macam kat Cambridge.

Layanlah marshmallow tu ye.

Burned marshmallow

Kecewa sungguh bila hot chocolate yang saya minum tak sedap rasanya. Agak cair bancuhannya. Dah la harganya lagi mahal dari di Cambridge. Huhu.. Memang betul lah seperti yang dikatakan oleh seorang wanita yang menegur saya semasa di Cambridge. Dia kata hot chocolate di sini antara yang terbaik di UK. Lagi sekali menyesal tak beli 2 cawan haritu. Satu cawan untuk family, satu lagi untuk saya sorang. Hehe.. Dah beli, sedap atau tak kenalah bayar juga. Kebetulan tinggal sikit lagi marshmallow di tangan, Eirfan sudah terjaga. Bad timing la dia bangun. Dia nampak pulak tu Eiman makan marsmallow terakhir. Taknak beli kat gerai ni lagi, kita cari makanan lain untuk Eirfan. Kali ni kita try Churros dan aiskrim pulak ye.

Untuk budak baru bangun tidur punya

Layan juga makan aiskrim masa musim sejuk. Churros yang bersalut nutella itu memang sedap. Tak cukup beli satu. Makan la hingga menjilat bekas ya anakku. Terkebil-kebil mata bila tengok harga churros tu. Huhu.. Demi pengalaman makan churros dan aiskrim made in Scotland, ku tahan jua mataku dari terkebil laju sambil mengira duit untuk membayarnya. Sambil makan kami sambung jalan-jalan lagi. Kami singgah di gerai menjual barangan Harry Potter. Ada kawan pesan kat kami untuk belikan barang Harry Potter, tapi kami ingat nak beli kat butiknya di London nanti. Kat sana pasti barang original. Kat sini takut ciplak je. Huhu..

Gerai Harry Potter pun ada kat sini

Nasib baik la saya bukan peminat Harry Potter. Movie dia pun saya tengok Part 1 je. Tak minat la cerita-cerita fantasi macam tu. Anak-anak pun tak minat. Jadi takde masalah la kami masuk dalam gerai ni sebab takde pujuk rayu dari anak-anak. Diorang pun buat muka tak kisah je bila tengok barangan Harry Potter ni. Hihi.. Hampir sejam di Christmas Market, jam 5.00 petang kami mula berjalan ke lokasi seterusnya untuk mencari barang koleksi peribadi saya. Kebetulan sebelum sampai di Hard Rock Cafe Glasgow ada Starbucks. Kami singgah sekejap untuk beli citymug dan kemudian terus ke Hard Rock.

Meriah juga Glasgow di waktu malam

Walking route: Glasgow Central


@ HARD ROCK CAFE GLASGOW

Kami dah sampai di depan Hard Rock Cafe Glasgow. Abang Fikri dan Fa tunggu di luar dengan anak-anak sementara saya dan wife masuk ke dalam. Hard Rock Cafe Glasgow dibuka pada 2013. Maknanya masa trip saya pada 2012 dulu ianya masih belum beroperasi lagi. Tapi itu bukanlah alasan sebenar kenapa saya tak singgah Glasgow. Masa tu saya hanya belikan untuk kawan yang order. Dah alang-alang sampai, saya beli juga untuk diri sendiri. Tak sangka sampai sekarang saya masih kumpul lagi koleksi t-shirt Hard Rock. Selepas dari trip tu, setiap kali travel saya akan pastikan lokasi Hard Rock dimasukkan dalam itinerary.

Tq bang tolong jagakan Eirfan. Jom terjah HRC Glasgow!

Ini adalah Hard Rock Cafe yang ke-32 saya dah lawati sepanjang karier sebagai peminat dan pengumpul koleksi t-shirt HRC. Saya hanya kumpul t-shirt HRC yang saya jejak sendiri. Saya tak pernah pesan belikan barang HRC yang saya tak pernah sampai. Setiap design t-shirt yang ada saya belek satu-persatu. Masih tetap tak puas hati sebab kurang garang design HRC sekarang ni. Dulu memang rock habis design dia. Huhu.. Maka terpaksalah juga saya cari satu design yang masih belum berada dalam koleksi. Nak beli city-tee, warna putih je yang available. Tak suka sungguh la dengan t-shirt warna putih ni. Huhu.. T-shirt yang dipesan oleh kawan-kawan tidak dilupakan. Masih ada lagi kawan-kawan yang menjadi pengumpul tegar barangan HRC.

Antara design menarik yang ada di sini

T--shirt HRC Stockholm yang saya pakai lagi ganas dari semua yang ada kat sini. Huhu.. Itupun tak berapa ganas lagi pada saya berbanding design lama yang saya ada. Dah pilih mana yang berkenan di hati, saya mula membayar di kaunter. Tak sangka staf bertugas minat dengan t-shirt yang saya pakai. Dia tanya bila saya beli t-shirt ni. Dah tentu tahun lepas masa trip ke Scandinavia. Dia kata kat sini tak dapat pun design limited edition macam ni. Terus dia panggil kawan-kawan dia sebab nak tunjuk t-shirt yang saya pakai. Kawan-kawan dia pun teruja. Siap ajak bergambar lagi. Tetiba saya jadi centre of attention. Hihi.. Peminat nak bergambar, layan je lah. Hahah..

Pernafasan kena jaga ketika bergambar. Hehe..

Selepas bergambar, staf bertugas kata dia nak contact kawan dia kat HRC Stockholm untuk belikan sehelai buat dia. Nampak sangat rare t-shirt limited edition for christmas ni. Balik nanti lepas basuh nak simpan elok-elok dalam almari. Hihi.. Thanks HRC Glasgow. My 32nd HRC mission accomplished!. Saya dan wife keluar dan kami teruskan perjalanan ke lokasi berikutnya. Ikut pada itinerary, lepas ni kami nak mencari tempat makan. Walaupun masih kenyang lagi makan churros dan minum hot chocolate yang tak berapa sedap tadi, kami teruskan juga mencari restoran yang saya dah tagging dalam itinerary. Paling kurang pun dapat makan ringan dah cukup buat syarat. Kami turun di Buchanan Street Subway Station yang terletak betul-betul di hadapan HRC Glasgow.

Ramai pulak orang kat subway station ni

5 minit menunggu akhirnya train pun sampai di platform. Terpaksalah bersesak sikit masuk ke dalam train. Yang penting semua anak-anak tak terlepas dari pandangan. Pegang erat tangan masing-masing. 3 minit perjalanan dalam train, kami turun di St. George's Cross Subway Station. Keluar je dari station kami terus berada di tengah-tengah jalan besar. Lokasi restoran yang dituju tak jauh dari sini. Tapi kami tak berani nak lintas jalan besar. Takut jadi kesalahan kat sini melintas tak ikut tempat yang betul. Kalau kat KL selamba je lintas kat mana-mana pun. Hihi.. Kami tersalah pintu keluar rupanya. Kami kena turun semula dan ikut terowong pejalan kaki untuk sampai ke restoran tersebut.

Subway route: From Buchanan Street Station to St. George's Cross Station

Restoran yang dituju ada kat depan tu

Dari subway station kami hanya perlu berjalan sejauh lebih kurang 100 meter untuk sampai di Lemon Tree iaitu restoran yang menyajikan halal chinese food. Sampai di depan restoran kelihatan hanya sebahagian sahaja roller shutter restoran yang dibuka. Wife saya masuk ke dalam dan bertanya pada staf yang bertugas di kaunter. Staf tu kata dine-in dah tutup dan hanya terima take-away order je. Kami malas nak bungkus makanan. Kalau bungkus pun nak makan kat mana. Makan kat hotel mesti makanan dah sejuk. Huhu.. Semua masih kenyang lagi. Jadi kami tak jadi order makanan. Kami singgah kedai halal di sebelah restoran untuk beli buah-buahan je. Jadilah buat pencuci mulut malam ni. Hihi..

Takde rezeki nak makan authentic oriental cuisine kat sini

Kita dinner buah je malam ni ye. Hihi..

Disebabkan tak jadi makan, kami berbincang jika nak jalan-jalan lagi di Glasgow. Ada banyak masa lagi ni. Baru pukul 6.00 petang di sini. Abg Fikri dan Fa ikut je ke mana saya nak bawa. Saya cadangkan untuk balik ke kereta dan terus menuju ke hotel. Dalam perjalanan jika nampak supermarket boleh la singgah. Semua bersetuju. Kami patah balik melalui terowong pejalan kaki tadi menuju semula ke subway station. Kelihatan 2 oang pejalan kaki di depan kami. Laju sungguh dia melangkah. Risau juga kalau ada orang jahat menunggu dalam terowong. Dalam movie kan banyak adegan orang jahat dalam terowong. Huhu.. Nasib baik lampu cerah dalam terowong ni. Kami pun ramai. Niat yang baik in shaa Allah dilindungi olehNya.


Sunyi je suasana. Jom cepat masuk subway station.

Masuk je dalam subway station, train dari outer circle pun sampai. Kami terus masuk ke dalam train. Tak ramai penumpang di dalam. Perjalanan kami melalui outer circle agak jauh berbanding inner circle untuk sampai ke Shields Road Station. Kami pun tak kejar masa. Akhirnya dapat juga kami buat satu pusingan penuh naik train kat sini. Hihi.. Inilah subway route paling mudah yang pernah saya jumpa dalam sejarah travel saya. Tak perlu nak ingat banyak pun, yang penting tau kat mana nak turun. Terlepas station pun takpe. Hehe..

Sukanya budak ni naik train ye

Jam 6.30 petang kami dah sampai semula di Shields Road Subway Station. Kami berjalan keluar dari station menuju ke parking kereta. Kami bersiap untuk menyambung perjalanan menuju ke hotel kami yang terletak di Ayr. Dalam perjalanan saya minta wife tengok dalam map jika ada supermarket yang kami boleh singgah sebab saya takde set pun mana-mana supermarket dalam itinerary. Wife jumpa supermarket Tesco Extra yang terletak di pekan Ayr, dekat dengan hotel kami. Saya terus set dalam Here Maps menuju ke Tesco Extra Ayr. Nak check-in hotel pun masih awal lagi. Lebih baik jalan-jalan cuci mata dulu. Hihi.. Selamat tinggal Glasgow! Moga jumpa lagi di trip akan datang.

Driving route: From Shields Road Park & Ride to Tesco Extra Ayr


@ TESCO EXTRA AYR

Hampir sejam memandu dalam kegelapan malam, jam 7.30 malam kami tiba di Tesco Extra Ayr. Anak-anak yang tidur di sepanjang perjalanan dikejutkan. Teruja diorang bila nampak lambang Tesco. Diorang ingat terus ke hotel. Parking di sini luas dan percuma. Tak banyak kereta di kawasan parking walaupun Tesco Extra Ayr ni beroperasi 24 jam. Kalau datang pukul 2.00 pagi mesti takde orang kat dalam Tesco ni. Hehe.. Setelah parking berhampiran dengan pintu masuk utama, kami bersiap-siap untuk meronda di dalam. Saya pesan kat anak-anak, jangan terlebih excited kat dalam ni ye. Kang macam-macam yang dimintaknya. Saya pulak jenis cepat terpedaya dengan pujuk rayu anak-anak. Huhu..

Besar, beroperasi 24 jam dan tak ramai orang. Terbaik..

Antara perkara yang saya suka buat bila berada dalam supermarket di sini adalah membuat perbandingan harga. Walaupun currency di sini amat tinggi tapi ada juga barang yang lebih murah berbanding di Malaysia. Produk tenusu di sini amat murah. Makanan dan pakaian juga ada yang berpatutan harganya. Petrol jangan cakap la. Berkaca mata tengok meter dalam GBP laju je naik. Huhu.. Jika kerja guru kat sini dengan gaji Malaysia memang tak mampu la jawabnya. Kalau gaji basic RM tu tukar dengan GBP mungkin boleh hidup dengan tenang di sini. Hujan batu di negara sendiri lebih baik sebenarnya. Setakat nak bercuti cari pengalaman hidup tiada masalah.

Seronoknya cuci mata bila orang tak ramai. Hehe..

Saya pernah berbincang dengan wife untuk beli barang-barang di sini yang dirasakan murah berbanding di Malaysia. Bukan setakat set pinggan mangkuk, perfume atau handbag yang dijual di factory outlet, tapi barang keperluan harian seperti berus, kain dapur, biskut, pakaian harian dan sebagainya. Ini baru kat Tesco, belum pergi Primark lagi. Hihi.. Kalau la berat luggage unlimited, dah lama saya sanggup keluar modal untuk beli barang-barang ni buat niaga. Customer untuk beli in shaa Allah boleh cari. Tapi apakan daya, berat luggage yang ada ni pun belum tau cukup ke tak untuk barang yang dipesan kawan-kawan. Barang hasil belian di butik Cath Kidston haritu dah cukup satu beg besar. Tu belum kira lagi barang kami yang beli kat carboot dan charity shop. Huhu..

Coklat pun ada kawan yang order. Huhu..

Antara coklat yang ramai kawan-kawan pesan adalah coklat Celebrations tu. Kat Mark & Spencer dalam RM50.00 harganya. Kat sini cuma GBP3.50 je. Mungkin tambang coklat tu naik flight datang Malaysia yang buat jadi mahal tu. Nak beli banyak pun tak boleh sebab tak cukup ruang nak masuk dalam luggage. Maka hanya beberapa bekas je boleh beli untuk kawan-kawan yang terawal pesan kat kami. Hari terakhir nanti kami nak cuba susun sebaiknya barang-barang dalam beg. Kalau ada ruang boleh beli lagi. Selagi boleh sumbat. Hehe..

Mainan dan pakaian kanak-kanak pun rasa geram nak beli. Hihi..

Sejam setengah kami berada dalam Tesco Extra ni. Setiap lorong kat dalam ni kami masuk. Cuci mata itu indah dan nikmat. Hehe.. Jam 9.00 malam setelah mata makin cerah dicuci dan sebelum iman tergugat teruk, kami keluar dari sini dan teruskan perjalanan ke destinasi terakhir untuk hari ni, iaitu check-in hotel. Perjalanan hanya sejauh 2 km dan tak sampai 5 minit untuk kami sampai di Travelodge Ayr.

Driving route: From Tesco Extra Ayr to Travelodge Ayr


@ TRAVELODGE AYR

Sudah menjadi rutin harian anak-anak di sini, bila sampai di travelodge diorang bantu mengeluarkan beg dari kereta sementara saya masuk ke dalam untuk urusan check-in. Travelodge di sini agak besar dan mempunyai 3 tingkat. Nasib baik kami dapat bilik bernombor 13 dan 14 yang terletak di tingkat bawah. Pintu masuk ke bilik juga menggunakan smartcard, bukan kunci seperti travelodge sebelum ni. Tengok design bangunan yang moden pun dah boleh agak travelodge ni masih baru. Selesai urusan di kaunter, kami terus masuk ke bilik.

Travelodge Ayr @ GBP24.00/night

Samada baru beroperasi atau baru renovate travelodge ni

Selesa dah ni. Berbaloi dengan harga bilik yang dibayar.

Saya minta anak-anak mandi dulu sebab malam ni saya nak duduk lama dalam bilik air. Seronoknya dapat berendam air panas dalam bathtub. Hihi.. Lepas mandi dan solat, anak-anak seperti biasa nak makan malam. Mungkin dah terbiasa makan lewat malam di rumah. Hihi.. Saya dan wife sudah cukup dengan makan buah yang dibeli tadi sambil menonton movie di tv. Jam 10.30 malam mata sudah mula mengantuk. Anak-anak pun nampak dah tak bermaya. Semua tidur awal malam ni. Tamat sudah pengembaraan untuk hari ni yang cukup memenatkan dan menyeronokkan. Menantikan hari esok yang pastinya memberikan pengalaman hidup baru buat kami.


Wallahu 'alam..






2 comments:

  1. Salam Cikgu...

    Kalau orang Malaysia datang sini, saya bawa ke Supermarket atau Warehouse, pasti mereka rambang mata dan beli macam macam .... Anak saya pernah bertanya kpd saya, kenapa orang Malaysia suka beli barang barang kat Malaysia tak ada ker? hehehehehe sebab bila saya berjalan / melancung , kami tidak membeli sangat ... kecuali kalau balik Malaysia, kami akan membeli pelbagai barangan (sebab tak ada di sini) ... sebab tuh ler anak saya ingat barang barang yg mereka beli tak ada di Malaysia hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Tuan Ghazali,

      Ye tuan, memang lumrahnya begitulah. Pantang nampak barang menarik bila travel. Ada saja yang nak dibelinya. Hihi.. Apa2 pun ianya dapat memuaskan hati sendiri. Lain feel dia bila dapat beli di luar negara walaupun barang tu ada kat Malaysia. Hehe..

      Delete