Monday 8 February 2021

JJCP UK V.2: Day 07 (Part #2)

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH
@ SELASA, 3 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ NANDO'S RESTAURANT
@ SHIELDS ROAD PARK & RIDE
@ GLASGOW SUBWAY


Berpandukan Here Maps, saya memandu mengikut arah yang dituju. Keadaan jalan agak lengang walaupun kami dah menghampiri bandar Glasgow. Ada banyak restoran halal berhampiran Glasgow Central Mosque, tapi saya mencari tempat yang mudah untuk parking dan percuma. Jadi boleh la makan dengan aman. Hehe.. Restoran yang kami nak pergi makan kali ni adalah Nando's yang terletak di kawasan shopping mall yang bernama Springfield Quay. Tak sampai 10 minit perjalanan dari Glasgow Central Mosque kami dah tiba di destinasi. Tak sabarnya nak rasa ayam Nando's kat sini. Hihi..

Driving route: From Glasgow Central Mosque to Nando's Springfield Quay

Apa lagi.. Jom le pi makan..


@ NANDO'S RESTAURANT

Dari parking kereta dah nampak signboard Nando's. Anak-anak seronok sebab dah tentu diorang tahu tentang restoran Nando's yang banyak cawangannya di Malaysia. Restoran Nando's di sini berada di bangunan luar. Kami tak perlu nak masuk dan mencari di dalam shopping mall. Laju je diorang jalan terus ke pintu masuk restoran. Ayah faham korang semua lapar. Ayah pun lapar juga. Hehe.. Di UK tak semua Nando's berstatus halal. Kena refer dulu dalam website untuk mengetahui lokasi Nando's yang halal. Jangan main terjah je semua restoran Nando's kat sini ye. Ada beberapa lagi restoran halal di sekitar sini tapi masih belum beroperasi. Takpelah, janji Nando's bukak. Hihi..

Nando's dan beberapa restoran halal yang lain di sini

Saya masuk ke dalam restoran. Anak-anak yang masuk awal dah siap pilih tempat duduk panjang di satu sudut. Tak ramai customer dalam ni. Staff bertugas menyambut kedatangan kami dengan senyuman. Dia memberikan kami senarai menu dan menerangkan tentang jenis sos peri-peri yang kami sudah sedia maklum. Cuma kat sini saya tak pasti tahap kepedasannya. Dia kata kalau ada kanak-kanak lebih baik jangan ambil yang terlalu pedas. Saya sendiri tak boleh makan pedas sangat. Nanti senang kena pedih ulu hati. Jadi kami pilih plain sauce yang paling sesuai untuk kami sekeluarga.

Menunggu makanan sampai dengan penuh kesabaran

Saya order set full platter yang mengandungi seekor ayam dan 4 side dishes. Saya pilih semuaya nasi. Pilih sayur bukan anak-anak makan pun. Nasi lebih menggoda dari side dishes yang lain buat masa ni. Tak cukup 4 nasi, saya tambah lagi satu. Hihi.. Air tak perlu order sebab kami minum air mineral yang dibawa. Setelah setuju dengan pilihan menu, saya ke kaunter untuk order dan buat bayaran. Tak sampai 10 minit menunggu, makanan kami pun sampai. Cukup la seekor ayam untuk kami sekeluarga. Kat rumah pun sekali masak memang seekor pun. Hampir separuh Eimran sorang je boleh setelkan. Hehe..

10 minit licin semuanya. Mudah staff nak basuh pinggan kami. Hehe..

Nasi berwarna kuning pekat dan amat sedap bila dimakan dengan ayam panggang. Bila makan di negara mahal macam ni, tak boleh la makan macam di rumah. Cukup la untuk alas perut hingga sesi makan berikutnya. Kenyang sangat pun tak boleh. Nanti penat nak berjalan. Saya jangkakan boleh kurang berat 2kg bila balik Malaysia nanti. Hehe.. Selesai makan, kami berehat sekejap sambil berborak. Kejap lagi nak jalan jauh. Makanan yang kami makan kat sini kalori dibakar dengan sempurna kerana banyak tenaga digunakan. Hehe.. Jam 2.40 petang kami mula beredar dari Nando's menuju ke destinasi berikutnya.

Lunch untuk sekeluarga

Kenyang perut, memandu pun senang hati. Hehe..


@ SHIELDS ROAD PARK & RIDE

Destinasi seterusnya dekat je, tak sampai 2 km dari Nando's. Dalam 5 minit memandu kami dah sampai di Shields Road Park & Ride. Di Glasgow terdapat 5 Park & Ride. 3 daripadanya adalah subway-based dan 2 lagi bus-based. Lokasi untuk bus-based agak jauh dari Glasgow. Jadi untuk memudahkan perjalanan menggunakan public transport di Glasgow lebih baik parking di 3 lokasi P&R subway-based kerana ianya terletak di bandar. Saya pilih Shields Road P&R bukan hanya kerana dekat dengan tempat makan kami tadi, tetapi ianya adalah P&R yang paling banyak parking space. Kebarangkalian untuk kami dapat parking di sini adalah tinggi. Takdelah susah payah nak cari P&R yang lain. Hihi..

Driving route: From Nando's Springfield Quay to Shields Road Park & Ride

Info tentang Park & Ride di Glasgow

Sampai di pintu masuk P&R saya ambil tiket dan barrier pun dibuka. Tengok pada bayaran parking di sini agak tinggi. Huhu.. Takpelah, daripada masuk ke bandar dengan kereta lebih baik parking kat P&R. Kurang sikit pening kepala. Bayar parking kat tengah bandar lagi mahal. Di sini ada parking berbumbung dan terbuka. Saya masuk dalam bangunan dulu, mana la tau ada parking kosong. Alhamdulillah, ada sebuah kereta baru keluar dari parking. Rezeki kami dapat parking dalam bangunan. Padahal parking kat luar banyak je kosong. Bukannya panas pun. Hehe.. Kami bersiap-siap untuk mulakan perjalanan dengan menaiki public transport di Glasgow.

Jom explore Glasgow

Setelah pastikan kereta berkunci dan takde barang dalam kereta yang terdedah kepada pandangan orang luar, kami mulakan langkah mencari subway station. Park & Ride ni tak bersambung dari dalam dengan subway station. Kena keluar dari bangunan dulu dan barulah jumpa pintu masuk ke subway station. Kami ikut pada signboard penunjuk arah subway. Kami naik tangga ke tingkat atas, keluar dari bangunan dan terus nampak signboard Subway di depan.

Subway station terletak di sebelah luar bangunan Park & Ride


@ GLASGOW SUBWAY

Sampai di dalam station, saya berdiri di depan mesin tiket. Glasgow Subway adalah antara jaringan public transport yang paling mudah saya pernah lihat. Route subway dia adalah berbentuk bulatan dan hanya ada 15 station je. Boleh naik sama ada route inner circle atau outer circle, ikut mana yang paling dekat. Pasti takkan sesat sebab train akan lalu jalan yang sama kalau terlajak. Hihi.. Cuma kena pastikan route mana satu yang paling dekat dengan station yang kita nak turun.

Study dulu cara nak beli tiket subway

Route subway di Glasgow. Mudah kan?

Sedang saya mengkaji route map dan menu pada mesin tiket, saya ditegur oleh staff yang bertugas di kaunter. Saya bertanyakan tentang bayaran tiket untuk naik subway dan juga parking. Staff tu tanya berapa lama kami akan berada di bandar Glasgow. Jika sekali perjalanan pergi dan balik, harga tiket lebih murah. Saya tak pasti berapa kali akan naik subway. Saya bagitau mungkin 2-3 kali perjalanan dalam subway kot sebab ada tempat yang saya dah tagging dalam itinerary yang bukan terletak di tengah bandar Glasgow. Jangkamasa parking pun mungkin dalam 3-4 jam. Staff tu bertanya berapa ramai yang akan naik subway. Untuk anak-anak hanya 3 child ticket sebab Eirfan tak kira. Jadi untuk saya sekeluarga hanya perlu beli 2 all-day ticket untuk dewasa dan 3 kanak-kanak. Tiket parking pun saya bayar untuk all-day. Senang bayar semuanya sekaligus kat kaunter.

Harga parking dan tiket subway di Glasgow

Tiket parking cuma kena bayar GBP3.20

Nasib baik bayar kat kaunter. Kalau bayar kat mesin harga tiket parking GBP5.70. Mungkin staff tu tengok dah pukul 3 petang kot sebab tu dia bagi diskaun. Entah la, apa-apa pun jumlah semua yang saya kena bayar untuk public transport dan parking di Glasgow adalah GBP17.90. Boleh tahan juga harganya. Demi pengalaman hidup naik subway di Glasgow. Hihi.. Selesai hal tiket, kami turun ke platform di bawah. Walaupun kat Malaysia kadang-kadang saya bawak anak turun eskalator dengan stroller, kat sini saya tak buat. Takut juga kalau kena denda sebab aksi berbahaya. Huhu.. Eimran dah jadi tugas tetap untuk buka, lipat dan angkut stroller kat sini. Hihi..

Jom naik subway di Glasgow

Menunggu train sampai di Shields Road Station

Keadaan platform di sini tak besar seperti di negara lain yang saya dah pergi. Amat mudah nak faham route perjalanan subway di sini. Di sebelah kiri inner circle dan di sebelah kanan outer circle. Tengok pada destinasi route mana yang paling cepat sampai. Kalau nak buang masa boleh la naik route yang jauh. Akhirnya mesti sampai juga. Dah alang-alang beli tiket all-day, boleh je naik mana-mana route pun. Hihi.. Tapi disebabkan nak mengejar waktu siang di bandar Glasgow, kami tunggu train inner circle sampai di station. Tak sampai 5 minit menunggu, akhirnya train pun tiba di platform.

Train sudah sampai

Merasa juga pengalaman naik Glasgow Subway

Saya dah set beberapa lokasi yang akan kami singgah di bandar Glasgow. Mungkin juga ada kedai-kedai yang akan kami masuk. Walaupun mungkin hanya beberapa jam je di sini, tapi saya akan pastikan kami dapat menggunakan semaksimum masa yang ada. Memang tak cukup pun nak ronda keseluruhan bandar dalam masa setengah hari. Besar kot bandar Glasgow ni. Tapi pengalaman yang ada sedikit ni boleh la dijadikan kenangan terindah dalam hidup kami.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment