Monday 8 May 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 01 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
23 DISEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
@ KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT 
@ WY 0822 OMAN AIR 
@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT


Hari yang ditunggu sekian lama sudah tiba. Jam 4.00 pagi saya dah bangun. Dapat la tidur 3 jam. Tak berapa nyenyak tapi insyaAllah boleh bertahan. Dalam flight nanti boleh sambung tidur. Huhu.. Kami bersiap dan saya mengenakan kain ihram dan baju seperti yang diarahkan oleh pihak Andalusia. Masa transit di Muscat nanti cuma salin baju dan pakai kain umrah sepenuhnya. Pagi ni Abang Halim hantar kami ke KLIA. Saya bagi kunci kereta mintak abang saya panaskan enjin dan kalau boleh dia bawak pergi kerja sekali sekala. Kadang-kadang panaskan enjin tanpa bergerak pun tak elok juga. Nak jaga bateri kereta, paling elok cabut je kalau agak-agak nak tinggalkan lama. Huhu.. Jam 5.00 pagi kami dah bersedia untuk mulakan perjalanan menuju ke KLIA. Pihak Andalusia mohon berkumpul jam 6.30 pagi di sana. Kami buat satu whatsapp group untuk kumpulan trip umrah kami supaya maklumat penting dapat disebarkan kepada semua jemaah dan memudahkan perjalanan kami.

Map Route: From Wangsa Maju to Kuala Lumpur International Airport

@ KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

Kami sampai di KLIA jam 5.50 pagi. Waktu Subuh pun dah masuk. Abang Halim turunkan kami di departure area dulu. Kemudian baru dia masuk ke dalam parking area. Kami terus ke arah surau di Anjung Tinjau. Walaupun banyak surau di KLIA, tapi saya memang suka surau kat Anjung Tinjau ni walaupun terpaksa berjalan jauh hingga ke hujung terminal. Sambil tu boleh la meninjau flight yang sedang mendarat dan berlepas. Hehe.. Selesai solat, kami menunggu Abang Halim sampai dan solat subuh. Masa yang ada saya gunakan untuk membaca buku panduan umrah yang dah standby dalam beg sandang. Baca dan fahami sedalamnya semua yang terkandung dalam buku tu.

Menunggu di Anjung Tinjau
Moga terang hati membaca..
Setelah semua selesai solat subuh, kami bergerak ke Row M dimana pihak Andalusia menunggu jemaah group kami berkumpul di situ. Dari jauh kelihatan jemaah lelaki yang memakai ihram dan membawa beg umrah biru dari Andalusia. Confirm group kami la tu. Group kami tak ramai, hanya 28 orang jemaah je. Saiful dan Miza juga dah sampai. Kami terus berjumpa dengan pegawai Andalusia untuk lapor diri. Kami diberi tag dan beg kami disusun bersama beg jemaah yang lain. Nasib baik kami dah buat siap-siap tagging kat beg kami sebab semuanya guna beg yang sama. Takde masalah pun kalau tak tag, tapi letih la nak mencari masa amik beg bila sampai kat airport nanti. Huhu.. Guna tali riben takut terlucut. Jadi kami guna cable tie 3 warna untuk bezakan beg kami dengan jemaah lain. Bagus jugak idea wife saya ni. Janji dari jauh dah boleh kenal beg kami. Yang penting jangan la beg kami hilang. Miza bagitau adik dia yang pergi umrah dengan family minggu lepas kehilangan beg. Mereka masih kat sana lagi sekarang ni. Harap ada ahli keluarga yang membantu sebab agak ramai juga group diorang. Moga dipermudahkan urusan mereka, insyaAllah..

Beg dah disusun di kaunter check-in
Selesai urusan di kaunter check-in, kita bergambar dulu..
Dah selesai urusan kat kaunter check-in, kami dibenarkan bersurai. Jam 8.00 pagi kami dikehendaki berkumpul semula. Ada 45 minit lagi. Sempat untuk kami breakfast dulu. Sejak bangun pagi tadi takde apa yang mengisi perut kami. Nak tunggu makanan dalam flight tak tau bila masanya. Takkan la baru berlepas dah terus serve makanan. Huhu.. Kami breakfast di KFC sementara menunggu jam 8.00 pagi. Selesai breakfast kami berjalan semula ke kaunter check-in untuk berkumpul untuk mendengar taklimat dari staff Andalusia. Mereka briefing secara umum tentang keselamatan dan tentatif perjalanan pada hari ni. Kami akan naik flight Oman Air. Waktu berlepas dari KLIA dijangka jam 9.40 pagi. Penerbangan selama 7 jam untuk sampai di Muscat. Transit di Muscat selama 2 jam dan terus sambung penerbangan ke Jeddah. Mutawwif yang akan guide group kami ialah Ustaz Zool Ihsan. Muda orangnya dan harap dia memberikan bantuan dan kerjasama yang baik terhadap group kami, insyaAllah..

Berkumpul mendengar taklimat dari Andalusia
Habis briefing, tepat jam 8.30 pagi kami bergerak menuju ke pintu balai perlepasan antarabangsa untuk pemeriksaan kastam dan imigresen. Dari jauh kami nampak Wan dan Miza, officemate wife saya dan juga travel partner kami masa ke Thailand awal tahun haritu datang semata-mata untuk berjumpa dan mengucapkan selamat jalan kepada kami. Terharu dan terkejut kami kerana Miza yang tengah sarat mengandung pun sanggup datang. Diorang nak jumpa mak saya sekali sebab kenal dan pernah datang rumah mak saya di kampung. Terima kasih Wan dan miza kerana susah payah datang jumpa kami. InsyaAllah kami akan doakan kesejahteraan keluarga korang especially Miza yang nak bersalin anak ketiga tu.

Terima kasih Wan dan Miza kerana datang jumpa kami!
Setelah bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal kepada Abang Halim, Wan dan Miza, kami turun dan beratur untuk pemeriksaan pasport dan keselamatan di kaunter imigresen dan kastam. Alhamdulillah urusan berjalan dengan lancar di kedua-dua kaunter. Kami tak singgah mana-mana kedai di duty-free area kerana agak ramai orang pagi ni dan kami perlu naik aerotrain untuk ke Gate C1. Punyalah ramai orang sampaikan aerotrain pertama sampai kami tak dapat nak naik sebab dah penuh. Untuk aerotrain berikutnya kami dah siap beratur depan pintu lagi. Hihi.. Aerotrain bawa kami dari Main Terminal ke Satellite Terminal (Gate C1-37). Main international flight akan ikut Gate C tapi bukan semuanya. Paling senang tengok tiket flight dan juga information kat departure screen. Jangan ingat asal nak ke luar negara je terus naik aerotrain. Kalau banyak masa lagi sempat nak patah balik. Boleh juga kalau saja nak merasa naik aerotrain. Dulu Starbucks hanya ada kat Satellite Terminal. Tapi sekarang dah ada kat Main Building. Tak perlu la nak naik aerotrain lagi untuk cari caramel frappucino. Hihi..

Gate C1. Confirm kena naik aerotrain..
Thanks Wan sebab amik gambar kami dari atas. Terbaik..
Kami sampai di ruang menunggu Gate C1 jam 9.10 pagi. Ingatkan dah boleh masuk flight tapi pintu masih belum buka. Mata saya dah mula mengantuk. Mana cukup tidur 3 jam malam tadi bila fikirkan kepenatan hari sebelumnya. Paling kurang kena tidur 6 jam baru boleh cover tenaga. Huhu.. Tengok pada tiket flight, kami akan duduk berjauhan semuanya. Takde satu pun nombor seat kami yang duduk sebelah-menyebelah atau sebaris. Bila check dengan jemaah yang lain, diorang pun dapat nombor jauh-jauh. Takpe, nanti dalam flight kita boleh rearrange balik kedudukan seat. Biarlah suami isteri duduk bersama. Senang sikit terutamanya bila tidur terlebih nyenyak. Keluar suara pelik nanti adalah yang boleh tolong uruskan. Hehe.. Flight lebih 7 jam ni. Kalau flight 2 jam macam ke Ho Chi Minh City takde masalah sangat kena duduk asing. Nak tidur pun tak sempat. Mimpi baru nak start 'once upon a time' dah keluar anouncement untuk mendarat. Hihi..

Nampaknya flight full hari ni
First time merasa naik flight Oman Air
Final Call for flight WY 0822 to Muscat

@ WY 0822 OMAN AIR

Jam 9.25 pagi Gate C1 dibuka. Kami beratur untuk masuk ke dalam flight WY 0822 Oman Air. First time merasa pengalaman naik flight Oman Air. Tak mintak lain, hanya mengharapkan seat selesa sepanjang perjalanan. Negara Oman kaya dan currency ketiga tertinggi dunia, takkan la buat kapal terbang level low-cost carrier macam Air Asia kot. Hehe.. Masa dapat tau naik Oman Air, saya check harga tiket flight kalau beli sendiri. Saya dapat lebih kurang RM3,500/return seorang untuk ke Jeddah. Mahalnya. Mungkin Andalusia dapat lebih murah dari tu kot sebab beli banyak. Huhu.. Masuk dalam flight kami cari seat mengikut tiket flight masing-masing dulu dan tunggu sampai semua jemaah masuk. Lepas tu barulah kami set tempat duduk ikut pasangan. Mula-mula agak pening juga bila satu pasangan dah dapat seat, pasangan lain pulak yang berpecah. Saya dah nampak macam susah nak dapat duduk sebelah wife sebab ada satu family taknak tukar seat. Nak buat camna kalau terpaksa duduk berasingan. Ada sorang pakcik tolong uruskan hal seat. Dengan tenang dia susun satu persatu. Akhirnya dapat juga saya duduk sebelah wife saya. Alhamdulillah. Terima kasih pakcik. Nampak macam familiar je muka pakcik ni. Nanti bila dah sampai sana saya cari peluang untuk berborak dengannya. Masa masih panjang lagi. Hehe.. Seat selesa dan sesuai untuk saiz saya. Ruang kaki pun agak luas. Lebih kurang macam flight MAS yang lama. Bukan flight MAS baru seperti yang saya naik dari London ke KL dulu. Yang tu amat selesa. Hihi.. Harap seat yang kami duduk ni dapat kekalkan keselesaan selama 7 jam untuk sampai ke Muscat.

Walaupun TV besar sikit dari MAS, yang penting dapat duduk bersama wife. Hehe..
Jam 9.45 pagi flight WY 0822 berlepas dengan selamatnya dari KLIA. Bantal kecil dan selimut yang diberi membuatkan saya terus tidur dan minta wife saya kejutkan kalau terdengar suara sumbang dan bila makanan sampai. Banyak kali juga wife sedarkan saya. Faham-faham je lah. Kadang-kadang bila penat sangat macam-macam boleh berlaku. Hehe.. Lepas sejam wife saya kejutkan lagi, tapi kali ni sebab makanan sampai. Kami diberikan roti dan air mineral je. Mungkin untuk alas perut dulu. Flight 7 jam, mesti ada makanan berat punya. Lainlah kalau flight tak sampai sejam macam ke Medan haritu. Nak serve makanan pun tak sempat. Huhu.. Saya sambung tidur semula dan sedar sejam kemudiannya bila makanan berat dihidangkan. Ada dua pilihan makanan dan saya memilih noodle with fish. Alhamdulillah, sedap juga makanan dalam flight Oman Air ni. Lepas makan saya tak tidur dah. Melayan channel yang ada kat TV. Saya yang lebih suka dengar lagu dari tengok movie dalam flight mula browse senarai lagu. Punyalah banyak senarai artis tapi kebanyakannya tak pernah dengar. Nak cari lagu genre rock dah tentu takde. Huhu.. Akhirnya saya layan juga la tengok movie sambil tengok flight information. Berapa lama lagi nak mendarat di Muscat ni. Huhu..

Dia bagi intro roti dengan air mineral dulu
Sejam kemudian baru dapat makan. Alhamdulillah sedap..
Sikit lagi nak sampai Muscat
Waktu di Oman adalah GMT+4, bermakna lewat 4 jam dari waktu di Malaysia. Mengikut flight information, kami akan tiba di Muscat International Airport jam 12.32 waktu Oman. Cuaca di sepanjang perjalanan sentiasa cerah sebab melawan arus masa. Jam kat tangan dah kena set siap-siap waktu Oman. Takut terlepas flight untuk ke Jeddah pulak sebab waktu transit cuma 2 jam je di Muscat. Nak keluar tengok keadaan di luar airport Muscat pun tak sempat. Huhu.. Tolak dengan waktu nak keluar dari flight dan berurusan di kaunter transit, tinggal sejam je lagi. Time tu la nak salin pakaian ihram sepenuhnya. Harap urusan transit di Muscat International Airport berjalan dengan lancar, insyaAllah..

Flight Route: From KLIA to Muscat International Airport
Lagi setengah jam kami akan mendarat

@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 12.20 tengahari, flight captain announce flight WY 0822 akan mendarat di Muscat International Airport sebentar lagi. Cuaca semasa di Muscat agak panas, lebih kurang sama macam di Malaysia. Lain macam slang english captain ni. Tak berapa nak faham apa yang disebutnya. Huhu.. Masing-masing di dalam flight dah mula bersedia untuk flight mendarat. Jam 12.30 tangahari flight kami mendarat dengan selamatnya di Muscat International Airport. Agak lama juga flight bergerak di landasan hingga ke terminal. Tiada pemandangan lain di sekitar airport melainkan hanya bukit padang pasir. Bangunan tinggi pun tak nampak. Huhu.. Flight berhenti sepenuhnya dan kami mula beratur untuk keluar dan masuk ke dalam terminal. Rupanya terminal masih jauh lagi. Turun je dari flight, kami kena naik shuttle bus pulak untuk ke terminal. Negara kaya, dah tentu airport pun besar. Huhu..

Sampai sudah.. Terima kasih flight WY 0822..
Dalam shuttle bus menuju ke terminal
Pintu masuk ke dalam terminal
Sampai di dalam terminal, kami berurusan di kaunter transit. Tak perlu nak keluar dan masuk semula dalam terminal. Beg troli besar pun tak perlu amik sebab terus transfer ke flight lain. Harap jangan masuk salah flight sudah la. Huhu.. Memang pernah terjadi kes beg salah masuk flight sebelum ni. Orangnya dah sampai di Auckland, New Zealand tapi beg dia ada dalam flight ke Melbourne, Australia. Alhamdulillah setakat ni saya belum pernah kena lagi kejadian beg hilang atau salah masuk flight. Kalau jadi tak tau la camna nak buat. Nak claim satu hal, itinerary yang dah dibuat pun kena adjust balik. Hotel yang dah booking awal mungkin terpaksa burn je sebab sangkut kat airport. Huhu.. Moga dijauhkan isu beg hilang pada kami. Jam 1.00 petang baru kami semua selesai urusan di kaunter transit. Tinggal lagi sejam setengah untuk naik flight berikutnya. Ustaz Zool beri kami tiket flight baru. Saya dan Saiful bergegas ke surau untuk salin pakaian ihram dan solat jamak. Paling kurang setengah jam sebelum berlepas kena ada di boarding gate. Tambah pulak kena naik shuttle bus. Lagilah kena cepat. Nasib baik masa kat rumah dah praktis banyak kali cara pakai ihram. Takdelah kelam kabut sangat. Hihi..

Bergerak mencari dimana letaknya departure area
Tiket flight untuk ke Jeddah
Flight kami ke Jeddah menaiki Oman Air Flight WY 0675. Kami dikehendaki berkumpul di Gate 3. Sementara saya dan Saiful tukar pakaian ihram, yang lain berada di ruang menunggu Gate 3 menjaga beg kami. Selesai salin pakaian ihram, giliran kami pulak menjaga beg. Bukan apa, tengok orang ramai yang menunggu flight rasa macam bukan rakyat Oman je. Nampak muka macam orang dari India dan Bangladesh yang ramai kat sini. Itu yang kena jaga beg tu. Bukan nak kata diorang ni suka mencuri, tapi tengok gaya lain macam je. Kalau nak kata mencuri, orang Malaysia pun ramai juga yang pakar. Huhu.. Cuma bila berada di negara luar kenalah sentiasa berjaga-jaga. Susah jadinya bila beg hilang kat luar negara. Huhu.. Kami menunggu Gate 3 dibuka. Harap flight tak delay. Bila dah pakai pakaian ihram sepenuhnya rasa tak sabar nak menjejakkan kaki di Tanah Suci. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahualam..

Dah boleh standby untuk naik flight seterusnya

No comments:

Post a Comment