Thursday 21 August 2014

JJCP Japan : Day 07 (Part #2)

Tarikh:
28 November 2013
Lokasi kejadian:
Nara - Nara Park - Nara Konishi Shopping Arcade - Daimaru Shopping Centre - Bagus Indonesian Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami sampai di Kyoto Station jam 1.55 petang. Cadangnya nak cari restoran halal di kawasan sekitar. Masa saya mencari info ketika di Matta Fair haritu, saya dapat satu maklumat tentang restoran halal di sebuah hotel di Kyoto, iaitu Hotel Granvia Kyoto. Hotel ni terletak di dalam bangunan Kyoto Station. Tapi disebabkan kami nak cepat ke Nara, maka kami tak jadi nak singgah. Agak jauh juga dari Kyoto nak ke Nara. Takut tak sempat nak jalan-jalan lama di Nara kerana cuaca gelap. Makan roti, snacks dan air mineral yang dibawa dari hotel pun dah memadai untuk alas perut kami ni. Huhu.. Hotel Granvia Kyoto is one of the luxury hotel in Kyoto. Rasanya harga makanan pun luxury la kot. Hehe.. Sejak dari kami sampai di Jepun, tak pernah lagi kami makan makanan Jepun seperti Udon, Bento ataupun Sushi. Teringin juga nak merasa makan di sini. Harap masih sempat lagi kami mencubanya sebelum balik esok.

Press release regarding a halal food in Hotel Granvia Kyoto
Kami meneruskan perjalanan dalam train menuju ke Nara. Jam 2.10 petang kami naik JR Nara Train untuk ke Nara Station. Nara adalah antara bandar yang tertua di Jepun, where it is Japan's first permanent capital in the year 710. Sebab tu kami nak pergi ke Nara untuk melihat keadaan bandarnya. Antara tarikan kami untuk ke Nara adalah untuk melihat suasana Nara Park yang terkenal dengan keindahannya dan juga rusa yang dibiar berkeliaran bebas. Tak pasti saya 'deer' tu rusa ataupun kijang. Entah lah. Yang saya tau kedua-duanya dalam famili yang sama. Termasuklah jugak pelanduk dan kancil. Mungkin saiz yang membezakannya. Yang pasti, semuanya kalau dah sembelih kita boleh makan. Hehe.. 

JR Nara Line from Kyoto Station to Nara Station
Perjalanan dalam train merentasi bangunan yang tinggi di Kyoto hinggalah sampai ke kawasan kampung di pinggir bandar. Kelihatan rumah orang Jepun yang padat dan rapat. Bukak tingkap bilik boleh sentuh tingkap bilik rumah sebelah. Nak menyelinap masuk rumah sebelah pun senang. Huhu.. Memang betul, rumah orang Jepun kebanyakannya tak besar mana, kerana harga tanah yang amat mahal. Rumah yang besarnya seperti studio pun ada yang berharga lebih RM1juta, especially di Tokyo! Orang Jepun sendiri tak sanggup nak beli rumah di tengah bandar. Lebih baik duduk di pinggir bandar dan ulang-alik naik train. Sebab tu train sentiasa padat dengan penumpang. Nasib baik sistem train di Jepun superb. Kalau tak memang ramai la yang punch card merah. Hehe..

Pemandangan dalam train menuju ke Nara
Kat sini rumah macam-macam bentuk. Padat dan rapat!..
Pemandangan kawasan 'kampung' di Jepun. Lapang je..
@ Nara

Tepat jam 3.00 petang kami tiba di Nara Station. Dari situ nak ke Nara Park agak jauh. Sebelum sesat kerana salah arah, saya bertanyakan staff yang bertugas di kaunter pertanyaan. Dia kata dari Nara Station ke Nara Park jaraknya 1.5 km dan mengambil masa 20 minit berjalan kaki. Itu mungkin masa untuk orang Jepun berjalan. Kami yang agak keletihan ni dah tentu lebih dari tu. Huhu.. Staff tu bagi sekali Nara Sightseeing Map and Guides sebagai panduan kami. Dia juga cadangkan supaya kami naik bas Nara City Loop Line bernombor 1 atau 2 untuk cepat sampai ke Nara Park. Harga tiket adalah JPY200/person. Boleh tunggu di bus stop yang terletak luar station. Tq very much for your assistance, walaupun apa yang dia terangkan kebanyakannya saya tak berapa faham. At least dia cuba membantu sebaik mungkin. Bersungguh-sungguh betul caranya. Japanese attitude.. Salute!..

Welcome to Nara!
Nara Sightseeing Map yang bersaiz kertas A3
Nara Sightseeing Guide di bahagian belakang map
Kami refer bus route map pada pamphlet yang diberi. Kami keluar dari Nara Station dan tunggu bas sampai di bus stop kat luar station. 10 minit menunggu tapi bas masih tak kunjung tiba. Kami amik keputusan untuk jalan kaki ke Nara Park. At least dapat juga tengok pemandangan di sepanjang jalan. Nama pun tourists. Hehe.. Cuaca di Nara amat sejuk membuatkan kami kurang selesa berjalan kaki. Nak buat macamana, redah je lah. 15 minit kami melalui jalan yang agak berbukit, kami sampai di gerai menjual souvenir di tepi jalan. Kami berhenti sekejap sambil melihat barangan yang dijual. Nara Park masih di depan, di hujung jalan berbukit..

Our walking route from Nara Station to Nara Deer Park
Jalan yang lurus dan agak berbukit
Replika di simpang jalan
Deretan kedai souvenir
Boleh la kalau nak cari fridge magnet Nara kat sini
Kami teruskan perjalanan menuju ke Nara Park. Di pertengahan jalan kami berhenti untuk bergambar. Ada pokok yang daunnya berwarna kuning dan juga merah. Memang cantik dipandang. Beginilah keadaannya bila datang ke sini semasa musim autumn. Tunggu masa nak luruh sebelum masuk winter. Kelihatan tasik di seberang jalan yang tenang dan jernih airnya. Sesuai untuk orang yang inginkan ketenangan jiwa. Hehe..

Cantik betul pokok yang berdaun merah ni
Yang ni pulak berdaun kuning..
Tasik yang tenang, bersih dan cantik
@ Nara Park

Kami teruskan perjalanan. Kami terjumpa pulak dengan seekor rusa yang jinak. Maknanya kami dah masuk di kawasan Nara Park. Sebenarnya kalau tengok dekat google map, lokasi Nara Park masih jauh lagi dan kawasannya amat besar. Dah terjumpa rusa kat sini, maka tak payah la kami nak berjalan jauh lagi. Dengan selamba je rusa tu datang dekat kami. Tak nampak takut pun kat muka rusa tu. Hehe.. Walaupun kami pernah tengok rusa kat Zoo Negara, tapi tak pernah pulak nampak yang bebas dan jinak macam ni. Teringin juga nak pegang tapi tak pasti tentang behavior rusa ni. Boleh ke rusa cederakan manusia? Atau memang jinak macam kucing? Entah le. Kami beranikan jugak bergambar dengan rusa ni. Tengok atas kepala rusa tu nampak macam tanduknya telah dipotong. Mungkin untuk elak dari rusa ni bertindak ganas kepada pengunjung kot. Tapi apa-apa pun rusa di sini jinak dan akan ikut belakang kita, dengan harapan kita akan bagi makan kat dia. Lapar rupanya.. Kesian.. Kami pun lapar juga wahai si rusa.. Huhu..

Seekor rusa yang bebas telah dijumpai
Makin dekat pulak rusa ni menghampiri
Mengusap kepala rusa yang tidak bertanduk.. Hehe..
Kami cuma nampak beberapa ekor rusa di kawasan tu. Kat depan mungkin lagi banyak rusa berkeliaran. Kami berjalan sampai ke pintu masuk utama ke Nara Park. Kelihatan gerbang merah menunjukkan ada shrine kat dalam area ni. Ada signboard amaran tentang rusa di sini. Hati-hati bila cuba mendekati rusa. Kadang-kadang rusa ni akan bertindak liar. Mungkin ada kes kejadian rusa menyerang pengunjung di sini sebelum ni. Harap-harap tak terjadi pada kami. Niat kami cuma nak melihat pemandangan je. Huhu..

Besar sungguh Nara Park ni. Shrine pun banyak di sini..
Salah satu pintu masuk ke Nara Park
Deer can bite, kick, butt and knock-down tourists. Huhu..
Dari pintu masuk Nara Park, kami lihat jalan yang berpasir dan luas hingga ke hujung. Tak larat rasanya nak berjalan di seluruh Nara Park ni. Niat kami cuma nak tengok rusa yang berkeliaran bebas je. Dekat pintu masuk ni pun dah banyak kami nampak rusa. Kami berjalan sedikit ke dalam untuk melihat pemandangan. Bila tengok rusa yang banyak dan teringat pulak kat signboard tadi, terus jadi takut pulak. Mana tau kalau semua rusa ni berpakat serang beramai-ramai. Tak sempat nak lari. Huhu.. Tinggi sungguh imaginasiku ini. Hehe..

It's a long way to go around Nara Park. Exhausted!..
Selamba je rusa ni. Territory dia lah katakan..
My wife tak bergerak langsung. Hehe..
Tak berani nak bergambar dekat bila rusa lebih dari seekor
Bila tengok rusa yang banyak ni membuatkan saya terfikir, mesti rusa-rusa ni happy dapat hidup bebas. Ada rezeki pengunjung bagi makan lagi. Memang itu adalah yang terbaik untuk haiwan-haiwan ni. Mereka berhak untuk hidup bebas. Bukan saya tak menyokong haiwan yang dikurung dalam zoo. Pada saya haiwan di zoo adalah salah satu bentuk ilmu pendidikan, supaya generasi akan datang tau spesis haiwan yang ada dalam dunia sebelum ia pupus. Cuma saya pernah terjumpa dalam internet, ada haiwan di dalam zoo yang kurus kering tak diberi makan. Nasib baik bukan zoo di Malaysia. Nampak macam terseksa je haiwan tu. Lebih baik lepaskan je haiwan tu duduk balik dalam habitat sebenar mereka. Dulu saya suka aktiviti mendaki gunung, explore keindahan flora dan fauna bumi Malaysia. Tapi sekarang dah tak aktif sebab ramai geng mendaki dah berpindah. Banyak juga gunung yang dah saya tawan. Sentiasa tersenyum bila mengenangkan kembali pengalaman pahit dan manis trekking bersama kawan-kawan. I miss MyFITT team! (FITT = Freedom & Independent Trekking Team).. Memang terbaiklah!..

Anak-anak rusa berebut susu maknya
Rusa yang hidup bebas mencari makanan sendiri
Cuaca dah mula nak senja. Kami berehat sekejap sambil melihat gelagat rusa-rusa yang berkeliaran. Jam 4.00 petang kami berjalan balik ke Nara Station. Sampai di tasik tadi, kami berpecah. Fa dan husband nak meronda dan bergambar di kawasan tasik. Kami berdua pulak nak mencuci mata di shopping street yang kami jumpa masa datang tadi. Kami set untuk berjumpa semula di pintu masuk Nara Station jam 5.00 petang.

Amat cantik pemandangan tasik ni
Kalau penulis duduk kat sini sekejap je dah dapat ilham. Hehe..
Fa dan husband romantika berduaan. Hehe..
@ Nara Konishi Shopping Arcade

Kami berdua tinggalkan Fa dan husband berdua-duaan di tasik dan teruskan perjalanan. Kami masuk ke dalam Nara Konishi Shopping Arcade. Konsep arked ni lebih kurang macam Teramachi dan Shinkyogoku Street, cuma tak panjang. Tak sampai 10 minit berjalan kaki dah boleh sampai ke hujung. Macam-macam barang yang dijual di sepanjang shopping arcade ni. Just cuci mata je. Hehe..

Lokasi tasik dan Nara Konishi Shopping Arcade
View di dalam Nara Konishi Shopping Arcade
Daiso memang wajib ada di setiap shopping street di Jepun
Kintetsu Nara Station di penghujung arked
Hampir 20 minit kami meronda di dalam Nara Konishi Shopping Arcade. Jam 4.35 petang kami berjalan balik ke Nara Station. Cuaca senja dah makin gelap. Kami tiba di luar Nara Station jam 4.55 petang dan tunggu Fa di depan pasaraya AEON MaxValu. Tak sampai 10 minit Fa dan husband sampai. Kami tunggu diorang masuk ke dalam pasaraya untuk membeli buah. Jam 5.30 petang kami masuk ke dalam Nara Station. Dari Nara Station kami naik JR Kansai Main Line menuju ke Tennoji dan tukar train JR Osaka Loop Line untuk ke Osaka Station. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 20 minit. Kami tiba di Osaka Station jam 6.50 petang.

JR Nara Station di waktu senja
Di depan AEON MaxValu
JR trains from Nara Station to Osaka Station
@ Daimaru Shopping Complex

Di Osaka Station, kami singgah meronda di salah satu shopping centre di dalam station iaitu Daimaru Shopping Complex. Dah banyak kali naik turun train di Osaka Station tapi tak merasa lagi meronda dalam shopping centre di sini. Lagipun tujuan meronda nak tengok barang souvenir untuk anak-anak. Banyak cartoon characters berasal dari Jepun tapi belum sempat nak tengok. Harap dalam Daimaru ni adalah section menjual barang kanak-kanak yang famous seperti Doraemon, Naruto dan banyak lagi yang selalu keluar kat TV Malaysia. Tengok pada floor information di pintu lif, tinggi betul Daimaru Shopping Complex ni. Tak cukup sehari nak ronda semua floor. Itu baru satu complex, kat Osaka pulak tu. Belum kira shopping complex kat Tokyo lagi. Huhu.. Jepun memang heaven untuk para shopaholic yang meminati up-to-date and trendy fashion. Tapi bila tengok pada harga, saya rasa shopping kat London lagi best. London yang tak best satu je, harga tiket flight yang mahal. Huhu.. 2 kali pergi balik Jepun pun still murah lagi dari tiket ke London.

Mak aihh.. tingginya shopping complex ni..
Jumpa Pokemon Center je. Jadi laa..
Beberapa character yang saya tak tau. Huhu..
Sambil pilih tu tengok la harga dia sekali ye. Hehe..
Selesai mencari souvenir untuk anak-anak tersayang, kami mencari tempat untuk makan. Makan malam merangkap makan seharian. Huhu.. Dari pagi tadi cuma roti, snack dan air mineral je menjadi sumber tenaga kami. Boleh kurus kalau sebulan buat macam tu kat sini. Huhu.. Makanan halal yang limited di negara bukan Islam adalah normal. Antara info yang wajib cari sebelum melancong ke luar negara. Kalau kat Malaysia memang heaven bab-bab makan ni. Selang satu kedai ada kedai makan. Cuma sekarang ni dah banyak isu tentang halal. Entah betul atau tidak. Yakin itu penting. Info dari facebook tak semuanya betul. Ada tu cuma rekaan dan nak dapat banyak 'like' je. Huhu.. Nasib baik saya bukan fanatik sangat dengan facebook ni. Post setahun sekali pun belum tentu. Bukak akaun sebab nak tengok perkembangan kawan-kawan je. Masih hidup lagi ke, ada majlis ke atau apa-apa yang berkaitan. Dapat kawan yang setiap 30 minit post gambar muka sendiri agak menyampah jugak menengoknya. Nasib baik takde button 'unlike'. Hehe.. Hak masing-masing. Biarkan..

Kalau anak-anak ada, dah tentu guling-guling taknak balik..
Jam 7.45 malam kami keluar dari Daimaru Shopping Complex. Cadangan makan malam adalah di satu restoran Indonesia yang terletak agak berdekatan dengan Osaka Station. Kami berjalan ke Umeda Station yang terletak bersebelahan dengan Osaka Station. Di situ kami beli tiket subway Midosuji Line berharga JPY200/person untuk ke station berikutnya, iaitu Nakatsu Station. Rasa macam rugi pulak naik subway sebab dekat je. Tak sampai 2 minit train dah tiba di Nakatsu Station. Mungkin inilah trip terakhir kami menaiki subway di Jepun, sebab cadangnya balik nanti nak jalan kaki je sampai ke hotel.

Subway Midosuji Line from Umeda Station to Nakatsu Station
Our last subway tickets..
Sampai di Nakatsu Station jam 7.55 malam. Dari info yang saya dapat, untuk ke Bagus Indonesian Kitchen, paling dekat kena keluar di exit 5. Keluar je dari exit 5 akan nampak simpang. Kemudian nampak Oyodo Police Station. Ikut arah kanan jalan terus dalam 300 meter. Bagus Indonesian Kitchen terletak di kiri jalan. Takkan terlepas sebab signboard restoran agak besar dan jelas. Kalau lalu bawah terowong jalanraya maknanya dah terlajak le.. Hehe.. Berjalan kaki dari Nakatsu Station untuk ke Bagus Indonesian Kitchen hanya mengambil masa dalam 10 minit je. Walaupun sekejap, tapi disebabkan hujan yang baru berhenti, angin yang bertiup amat sejuk terasa!. Kali ni memang betul-betul sejuk sampai ke tulang. Agaknya itu petanda salji akan turun di bumi Jepun beberapa hari lagi kot? Huhu..

Walking route from Nakatsu Station to Bagus Indonesian Kitchen
@ Bagus Indonesian Kitchen

Alhamdulillah.. Akhirnya dapat jugak kami makan sedap untuk malam ni. Kami sampai di Bagus Indonesian Kitchen tepat jam 8.00 malam. Prime time for dinner!. Hehe.. Kami disambut oleh staff restoran. Tak ramai orang pun di dalam. Hanya satu meja je yang ada pelanggan. Kami terus duduk dan tengok senarai makanan yang dijual. Banyak juga pilihan menu. Ala carte ada, set pun ada. Kami memilih menu masing-masing. Wife saya bertanyakan tentang menu nasi ayam penyet. Walaupun takde dalam senarai menu, tapi nasi ayam penyet juga ada sebenarnya. Rezeki wife saya dapat makan nasi ayam penyet dan orange juice yang berharga JPY900 dan JPY420. Saya pulak pilih set nasi goreng yang berharga JPY2000 dan mango juice yang berharga JPY420. Tak boleh nak makan ala carte je, tak cukup. Lapar sesangat dah ni. Tak kisah la mahal sikit pun. Makan untuk seharian ni. Hehe..

Waktu malam dari jauh dah nampak signboard ni
Order cepat sikit. Lapar dah ni. Huhu..
Antara menu yang ada. Agak menarik..
Menu untuk set pun ada..
Tempat masak kat bahagian meja bar..
15 minit menunggu dengan penuh kelaparan, akhirnya makanan yang dipesan pun sampai. Apa lagi, kami pun makan la dengan penuh penghayatan. Hehe.. Walaupun makanan tak sesedap rasa seperti kebanyakan restoran masakan Indonesia di Malaysia, tapi bersyukur betul dapat makanan macam ni di Jepun. Kat Malaysia kalau satu kedai tak sedap boleh cuba kedai yang lain. Tapi kat sini kalau memilih memang kebuluran la jawabnya. Huhu..

Antara menu yang ada dalam set makanan
Sebelum makan amik gambar dulu untuk dibuat laporan dalam blog. Hehe..
Ayam penyet. Nampak macam pedas.. Memang pedas pun!.. Huhu..
Time ni baru teringat iklan "Sebutir nasi ibarat setitis peluh petani". Kasi licin la..
Selesai sudah kami mengisi perut kami yang seharian kekosongan. Hehe.. Kami berehat sekejap sambil berborak dengan staff restoran. Hanya ada dua orang je staff di sini. Tukang masak yang bernama Mursalim adalah tuan punya restoran ni. Amat peramah orangnya. Dapat jugak saya berborak panjang dalam bahasa melayu dengan orang di sini. Hehe.. Sudah lama Mursalim menetap di Jepun. Masa mula sampai dulu dia bekerja makan gaji. Lepas beberapa tahun baru dia buka restoran ni. Dia sudah berkahwin dengan orang Jepun dan tinggal di Kyoto. Jauhnya!.. Setiap hari dia akan berulang-alik naik train. Rumah di Osaka mahal katanya. Saya bertanyakan bagaimana cara dia sesuaikan diri masa mula-mula sampai di sini. Biasalah, mula-mula agak kekok sikit dengan culture di sini, terutamanya tentang disiplin diri, kos sara hidup dan juga musim winter. Tapi sekarang dah takde masalah tentang itu semua. Even cuaca yang sejuk kat luar tu selamba je dia boleh pakai kemeja kerja yang nipis. Huhu..

Berehat sambil berborak dengan tuan punya restoran, En. Mursalim
Agak lama juga kami berborak. Lagipun dah takde nak kemana lepas ni, terus balik hotel je. Malam terakhir pulak tu. Jam 9.20 malam, setelah bersalaman dan bergambar kenangan dengan Mursalim, kami meninggalkan Bagus Indonesian Kitchen. Terima kasih diucapkan pada Mursalim kerana memberikan layanan yang baik kepada kami. InsyaAllah saya akan recommend pada orang Malaysia yang datang ke Osaka untuk singgah makan di sini. Bagus Indonesian Kitchen memang bagus!..

Bergambar kenangan bersama Mursalim.
Besar signboard restoran ni. Mesti tak terlepas punya..
Kat dinding pun ada..
Dari Bagus Indonesian Kitchen, kami ikut semula jalan yang kami lalu masa datang tadi. Sampai di depan Oyodo Police Station, kami jalan terus dan sampai di persimpangan jalan yang besar. Dari jauh kelihatan bangunan yang besar di depan. Saya cuba mengingat jalan yang saya lihat di dalam google map dan juga landmark bangunan yang akan kami jumpa. Cuaca dah jadi semakin sejuk! Macam duduk dalam peti ais je rasanya. Huhu.. Nak melangkah pun rasa kebas. Nasib baik malam terakhir. Kalau stay lagi 2-3 hari kat sini terpaksalah saya beli long john atau jaket yang tebal sikit. Lain kali kena standby bawak jaket tebal. It's an unpredictable weather in here. Learning from experience..

Our walking route from Bagus Indonesian Kitchen to Hearton Hotel Nishi Umeda
Antara landmark bangunan berdekatan Osaka Station
Suasana malam di Osaka yang amat sejuk..
20 minit berjalan kaki akhirnya kami sampai di Osaka Station. Kami singgah kat kedai di persimpangan jalan. Fa nak cari barang pesanan kawannya. Kemudian kami lintas jalan dan lalu ikut bahagian luar di tepi Osaka Station. Tak sabar nak sampai hotel. Penat sangat hari ni. Memang all-out betul last day di Jepun ni. Kasi puas tahap maksimum. Hehe..

Tempat sewa basikal di Osaka Station
Last day baru nampak. Kalau siang lagi boleh try sewa. Hehe..
Antara tempat parking basikal yang sistematik
Sampai di lobi hotel tepat jam 10.00 malam. Kami bertanyakan pada staff di kaunter reception tentang shuttle bus untuk ke Kansai International Airport. Perkhidmatan Limousine Shuttle Bus memang ada disediakan tapi kena naik di depan Hilton Hotel yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Hilton Hotel yang mana taxi driver salah drop masa mula-mula sampai haritu. Huhu.. Shuttle bus akan bertolak jam 7.00 pagi dan tiket berharga JPY1550/person. Daripada kena bayar, baik naik JR Train je sebab esok JR Pass kami masih valid lagi. Rugi kalau tak pakai. Tapi bila memikirkan beg kami yang dah makin berat dan takut terpaksa berasak naik train dengan orang ramai yang nak pergi kerja, naik shuttle bus pun bagus juga. Nantilah dulu, malam ni masa packing barang boleh fikir lagi.

Ice machine yang free kat hotel. Saje try. Hehe..
Kami naik ke bilik dan bersihkan diri. Masa untuk mengemas semua barang-barang kami. Esok dah tak sempat nak mengemas sebab flight pagi dan airport pulak agak jauh dari Osaka. Hampir 2 jam kami packing barang. Jam 12.30 t/malam kami tidur. Mimpikan keindahan pengalaman hidup kami selama 8 hari di negara matahari terbit. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Subway ticket : RM13.00
  - Dinner              : RM121.55
  - Jumlah             : RM134.55

**Day 07 Expenses: RM134.55

*Website yang membantu:

Hotel Granvia Kyoto

Visit Nara

Nara Park

Daimaru Osaka Umeda

Bagus Indonesian Kitchen

Limousine Shuttle Bus

4 comments:

  1. Hi Anuar, ni Dania, yang jumpe kat Matta Fair semalam. Serius tak sangka boleh terjumpe. Ape2 pn blog ni byk membantu kami rancang aktiviti di sana.

    Keep up the good work, we are sure this blog is helping many others

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Dania..
      Tq sebab tegur saya di Matta Fair. Saya pun tak sangka ada orang boleh kenal saya dari blog ni. Hehe.. Anyway, i hope u and your wife will have a good time travelling around the world. Thanks for the compliment! And tq for reading my blogs!.. :)

      Delete
  2. Bestnya gi Jepun...jemput singgah blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, memang best dapat melawat Jepun. InsyaAllah saya akan melawat blog tuan. Tq for reading my blog!. :)

      Delete