Monday 11 August 2014

JJCP Japan : Day 07 (Part #1)

Tarikh:
28 November 2013
Lokasi kejadian:
Arashiyama - Sagano Romantic Train - Bamboo Grove

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Jam 5.45 pagi kami dah bangun dari tidur. Hari ni adalah last full day kami di Jepun. Terasa excited untuk habiskan masa seharian di sini sebelum balik ke Malaysia esok pagi. Kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Kena keluar awal sikit sebab kami dah booking tiket untuk naik Romantic Train di Sagano. Rezeki kami dapat beli tiket masa awal-awal sampai di Jepun haritu. Tiket Romantic Train kami jam 9.07 pagi. Sagano terletak di kawasan Arashiyama, barat laut Kyoto. Train dari Osaka ke Kyoto je dah amik masa dalam sejam. Lepas tu nak tukar train lain pulak untuk ke Sagano. Maka terpaksalah kami keluar awal dari hotel hinggakan tak sempat nak breakfast di cafe hotel.

Kedudukan Arashiyama dari Kyoto
Jam 7.25 pagi kami berjalan dari hotel ke Osaka Station. Sampai di Osaka Station kami terus naik JR Kyoto Rapid Line menuju ke Kyoto Station. Kena pastikan jangan naik Kyoto Local Line, nanti lama nak sampai sana. Perjalanan menaiki JR Kyoto Rapid Line cuma mengambil masa 45 minit je. Kami tiba di Kyoto tepat jam 8.30 pagi. Kami mencari train untuk ke Saga Arashiyama Station pulak. Nasib kami baik, turun platform je terus nampak train JR Sagano Line sedang menunggu untuk bergerak. Kami pun terus naik train tu. Dari info yang saya baca, perjalanan dari Kyoto Station menuju ke Saga Arashiyama Station cuma mengambil masa 15 minit je. InsyaAllah sempat sampai sebelum 9.07 pagi.

Tiket Romantic Train yang dah dibeli awal-awal lagi
JR Sagano (Sanin) Line dari Kyoto Station ke Saga Arashiyama Station
Senarai station yang akan dilalui sebelum sampai ke Sagaarashiyama Station
Boleh refer signboard tentang JR train timetable di station..
@ Arashiyama

Jam 8.45 pagi kami tiba di Sagaarashiyama Station. Ramai juga tourist yang berada di sini. Selain dari Romantic Train, banyak lagi tempat menarik untuk dilawati di sini. Romantic Train akan memulakan perjalanan dari Torokko Saga Station yang terletak hanya bersebelahan dengan Saga Arashiyama Station. Keluar je dari Sagaarashiyama Station terus nampak pintu masuk ke Torokko Saga Station.

Di pintu keluar Sagaarashiyama Station
Pintu masuk ke Torokko Saga Station
@ Sagano Romantic Train

Masih ada lebih kurang 15 minit sebelum Romantic Train bergerak. Kami mengambil gambar dulu di sekitar kawasan station. Lepas dah naik Romantic Train nanti boleh je nak sambung amik gambar di sini sebab Fa dan husband tak naik sekali dengan kami. Masa booking tiket dulu, train jam 9.07 pagi cuma tinggal 3 seat je. Maka Fa dan husband terpaksa naik train berikutnya. Tapi kami berempat dapat tiket train yang sama untuk trip balik. Kami terpaksa berpisah sekejap, dan setting location untuk berjumpa semula. Disebabkan waktu train Fa dan husband masih lama lagi, so diorang pun jalan-jalan di kawasan sekitar dulu. Cuma kami berdua je yang beratur untuk naik Romantic Train.

This is Sagano Romantic Train
Sebelum naik kita bergambar dulu
Tourists sudah mula naik train
Bahagian kepala train
Jam 9.00 pagi kami masuk ke dalam train. Agak klasik juga pemandangan dalam train ni. Kerusi pun kayu je. Kelihatan ada sorang pekerja menjual kopi untuk diminum sambil melihat pemandangan. Ada juga yang offer untuk diambil gambar, tapi kena bayar le. Takpe, kami boleh amik gambar sendiri. Selfie lagi.. Hehe.. Ruang kerusi yang sempit memang sesuai untuk orang Asia. Kalau orang europe terpaksa beli 2 tiket untuk satu seat lah nampaknya. Huhu..

Kerusi kayu untuk 2 orang yang ngam-ngam dengan saiz kami. Hehe..
Orang ramai sudah mula mengambil tempat duduk
Selfie dulu seround..
Tepat jam 9.07 pagi, Sagano Romantic Train memulakan perjalanan. Train bergerak perlahan, beri peluang untuk penumpang melihat pemandangan dan bergambar. Waktu yang paling sesuai untuk naik train ni adalah pada musim bunga sakura berkembang, tapi cuma yang bernasib baik je lah dapat tengok sebab bunga sakura cuma berkembang 7 hari setahun. Huhu.. Musim winter pulak boleh lihat salji putih yang turun menutupi pokok. Tapi kalau salji tebal romantic train tidak beroperasi. Kena check jadual romantic train dalam website. Waktu kami naik adalah antara waktu yang paling popular, iaitu musim hujung autumn sebelum nak masuk winter. Dapat juga kami lihat pemandangan pokok dengan daun yang berwarna-warni. Ditambah pula dengan sungai Hozugawa yang mengalir di sepanjang perjalanan menambah keindahan pemandangan. Subhanallah, sungguh indah ciptaan Tuhan..

Torokko Saga terletak bersebelahan dengan Sagaarashiyama Station
Sagano Romantic Train route from Torokko Saga to Torokko Kameoka
Perjalanan melalui beberapa station dan terowong
Pemandangan Hozugawa River yang cetek tapi agak deras di sepanjang jalan
Daun pokok yang berwarna-warni menambah seri mata memandang
Antara station yang ada dalam route ni
Patung replika monyet di station yang ada sejarahnya tersendiri
Trip yang sesuai untuk pencinta alam
Sedang asyik melihat pemandangan tetiba kami dikejutkan dengan satu lembaga dalam train. Rupanya pak lawak Jepun yang meronda dalam train sambil bergambar. Huhu.. Mungkin ada sejarah di sebalik costume yang dipakai dengan kawasan Arashiyama ni. Tapi kami tak bertanya pun. Yakin sangat yang lembaga tu tak tahu berbahasa inggeris. Hehe.. Apapun kami kagum dengan effort beliau memberikan hiburan kat dalam train ni.

Sape pulak mamat ni?
Pak lawak Jepun rupanya..
Kami sambung menikmati pemandangan di luar. Kelihatan bot yang bergerak menggunakan dayung buluh dengan penumpang di atas Hozugawa River. Itu adalah satu lagi aktiviti yang boleh dilakukan di sini. Kebanyakan tourist akan combine pakej Romantic Train ni, dimana masa pergi naik Romantic Train dan balik ikut jalan sungai, iaitu menggunakan Hozugawa River Cruises. Harga tiket untuk naik bot ni agak mahal, JPY4100/person. Takpelah, kami hanya naik train je pergi dan balik. Hehe..

Bot Hozugawa River Cruises
Temple dan shrine ada dimana-mana..
Perjalanan Sagano Romantic Train sejauh 7 km dan mengambil masa 25 minit sudah sampai ke penghujungnya. Kami turun di Torokko Kameoka Station. Train untuk balik semula ke Torokko Saga station agak lama lagi, jam 12.35 t/hari. Sekarang baru jam 9.40 pagi. Takde apa yang menarik di kawasan sekitar. Daripada duduk di situ tanpa buat apa-apa, saya amik keputusan untuk naik JR train dan patah balik ke Sagaarashiyama Station. Sebelum tu kami meronda dulu sambil melihat kedai yang ada di kawasan sekitar. Kat dalam station ada kedai souvenir. Kat luar pulak ada gerai yang menjual souvenir serta buah-buahan dan sayuran. Cuaca agak sejuk kat luar sebab kawasan di sini agak lapang tanpa rintangan angin. Huhu..

Nombor seat yang akan menjadi kenangan kami. Nuar & Yus wuz here!.. Hehe
Kaunter tiket di dalam Torokko Kameoka Station
Kedai souvenir pun ada kat dalam station ni
Di luar station. Memang sejuk sangat..
Telinga dan hidung dah terasa kebas
Antara souvenir yang dijual di sini. Kreatif..
Cendawan pun ada di jual disini
Jam 10.00 pagi kami berjalan menyusuri kawasan sawah padi untuk ke Umahori Station yang terletak tidak jauh dari Torokko Kameoka Station. Dalam 10 minit berjalan kaki kami dah sampai di Umahori Station. 5 minit kemudian, JR Sagano Line sampai dan bawa kami semula ke Sagaarashiyama Station.

Padi made in Japan.. Entah berapalah harga beras kat sini ye..
Di luar Umahori Station
Menunggu JR train tiba..
Tak sampai 10 minit perjalanan, kami tiba semula di Sagaarashiyama Station. Rasanya Fa dan husband dah ada kat dalam Romantic Train sekarang ni. Kami berjalan kaki menuju ke arah lokasi lawatan seterusnya, iaitu Bamboo Grove. Mula-mula tak tau juga arah mana nak dituju. Tengok pada map yang kami amik kat station tadi macam senang je nak ke Bamboo Grove. Nak tanya orang takut takde yang faham sebab semuanya macam orang Jepun je. Last-last kami ikut je orang ramai yang berjalan kaki melalui lorong di tepi Torokko Saga Station. Mungkin semua nak menuju ke Bamboo Grove kot. Yakin tetap yakin. Kalau salah kami patah balik je. Hehe..

JR Sagano/Sanin Main Line from Umahori Station to Sagaarashiyama Station
Tetiba teringin nak amik gambar fare adjustment machine ni. Hehe..
Dari dalam station dah ada penunjuk arah ke tempat menarik di sini
Misi mengikut arah orang ramai berjalan pun bermula. Hehe..
Hampir 10 minit kami ikut orang ramai yang berjalan menyusuri lorong, akhirnya kami tiba di jalan raya utama. Kelihatan lagi ramai orang di lorong seberang jalan. Rupanya betul lah itu jalan untuk ke Bamboo Grove. Kami pun mulakan perjalanan menyusuri Bamboo Grove. Agak panjang juga jalan dalam ni. Tengok lah sampai mana kami larat. Sebenarnya ramai tourist yang naik Romantic Train dari Torokko Kameoka akan turun di Torokko Arashiyama Station, iaitu di pertengahan jalan Romantic Train. Dari situ tourist akan jalan kaki menyusuri Bamboo Grove hingga ke Sagaarashiyama Station. Tapi takkan kami nak tunggu di Torokko Kameoka sampai 12.35 t/hari, kemudian baru nak turun di Torokko Arashiyama Station dan jalan di Bamboo Grove. Banyak masa yang terbuang tanpa berbuat apa-apa. Huhu..

Map black & white yang saya amik di station menunjukkan tempat menarik di Arashiyama
Our walking route to Bamboo Grove from Torokko Saga Station
Di lorong masuk ke Bamboo Grove
Berehat sekejap di satu taman kecil sebelum ke Bamboo Grove
@ Bamboo Grove

Dari lorong masuk sudah kelihatan pokok buluh yang panjang dan tersusun cantik di kiri dan kanan laluan pejalan kaki. Suasana persekitaran menjadi redup kerana ditutup oleh daun pokok buluh yang tinggi. Laluan ke dalam agak mendatar. Kelihatan temple dan shrine ada di dalam kawasan ni. Agak besar juga kawasan Bamboo Grove ni. Mulanya cadang nak jalan kaki sampai ke Torokko Arashiyama Station, tapi bila melihatkan pemandangan macam sama je, ditambah pula jalan yang agak berbukit, maka di pertengahan jalan kami dah patah balik. Cukup dah rasanya alami suasana berjalan dan mencari pengalaman di Bamboo Grove. Katanya waktu malam lagi cantik jalan-jalan di sini. Ada lampu yang menerangi laluan menjadikan ianya lebih menarik. Waktu siang nampak macam biasa je. Tujuan utama yang membuatkan saya teringin datang ke sini adalah kerana saya ada terbaca dalam internet, Bamboo Grove adalah antara 20 a-must-see location in the world. Bila dah sampai rasanya takde apa yang menarik sangat. Mungkin penulis tu tak pernah datang Malaysia kot. Kat Malaysia pun banyak jugak pokok buluh. Time raya je lesap kene potong buat lemang. Kalau jumpa yang bersaiz besar boleh buat meriam buluh. Hehe.. Sungguh kreatif orang Malaysia. Apa-apa pun, I love lemang!. Hehe..

Pemandangan di Bamboo Grove
Ada perkhidmatan rickshaw untuk yang tak larat nak berjalan
Sama je pemandangan kat kawasan ni
Bergambar kenangan di Bamboo Grove
Setelah berpuas hati dan banyak gambar yang dah diambil, kami berpatah balik untuk keluar dari kawasan Bamboo Grove. Kami sampai di jalan besar jam 11.20 t/hari. Cadangnya nak berjalan turun ke bahagian bawah untuk melihat landmark Arashiyama, iaitu Togetsukyo Bridge, tapi tak jadi sebab kami nak meronda di kawasan sekitar Sagaarashiyama Station je. Takut terlepas Romantic Train. Togetsukyo Bridge paling cantik dilihat pada musim bunga sakura dan juga kalau bernasib baik boleh bergambar dengan Geisha pada waktu malam di kawasan situ. Selain dari bunga sakura, ada banyak juga kedai-kedai di sepanjang sungai tersebut. Nampaknya takde rezeki kami nak melawat dan melihat Togetsukyo Bridge. Huhu..

Di jalan besar setelah keluar dari lorong Bamboo Grove
Tempat parking basikal pun nampak sistematik dan tersusun je. Huhu..
Pemandangan pekan Arashiyama dari Torokko Saga Station
Sampai di kawasan Torokko Station jam 11.30 pagi. Kami bergambar di luar kawasan station. Ada replika keretapi di luar mini museum yang terletak di sebelah Torokko Station. Sambil menunggu Fa dan husband kami bergambar dan berehat di situ. Disebabkan kami tak beli pun simcard Jepun, maka kami guna prepaid Hotlink je untuk berhubung. Satu sms kena charge RM1. Kalau call tak tau la berapa charge yang dikenakan. So, sms panjang-panjang. Hehe.. Nasib baik nilai prepaid saya banyak. Jarang sangat guna line prepaid ni. Di Malaysia saya guna post-paid line. Hotlink ni cuma topup untuk hidupkan line je sebab ada juga kenalan yang masih call guna nombor Hotlink walaupun dah bagitau banyak kali nombor post-paid Umobile saya. Huhu..

Replika keretapi di Mini Museum
Yang ni tak tau pulak apa kebendanya.. Sparepart keretapi kot?
Fa balas sms saya. Ingatkan nak berjumpa di replika keretapi ni. Rupanya dia masih di Torokko Kameoka Station. Dari naik pagi tadi dia stay kat sana. Sekarang tengah menunggu train untuk patah balik. Mula-mula saya ingat malas nak pergi ke sana semula sebab dah puas tengok pemandangan dalam Romantic Train. Tapi terpaksa pergi jugak sebab tiket Fa dan husband ada kat saya. Huhu.. Dah alang-alang ada tiket, daripada rugi tak naik, baik kami ke sana je. Tengok jam dah pukul 12.00 t/hari. Sempat lagi naik JR train dari Sagaarashiyama Station untuk ke Umahori Station semula. Nasib baik boleh guna JR Pass, tak perlu nak bayar tiket walaupun ulang 10 kali ke tempat yang sama. Hehe..

Dalam JR Sagano Line.. Saje je nak berdiri sebab dekat.
Tak tau apa gunanya numbered tiket slot ni..
Pemandangan dari dalam train. Tenang terasa..
Kami sampai di Umahori Station jam 12.10 t/hari. Kami berjalan semula di kawasan sawah padi untuk ke Torokko Kameoka Station. Sampai di sana kami mencari Fa dan husband. Diorang ada di dalam station. Kami berkumpul dan berjalan menunggu di platform. Sementara menunggu Romantic Train sampai, kami bergambar di kawasan platform. Ada replika seperti monyet, sama seperti yang kami nampak di station lain awal tadi. Mungkin kawasan ni banyak monyet kot sebab di atas puncak Gunung Arashiyama yang terletak di selatan Togetsukyo Bridge ada Monkey Park. Ataupun mungkin ada kaitan dengan sejarah Jepun di masa lalu.. Entah lah..

Fa bergambar dengan orang Jepun. Nice kimono!..
Replika monyet ada di kebanyakan station. Misteri ni.. Hehe..
Cantik betul daun yang berwarna merah ni
Close-up struktur daun. Agak-agak tanam kat Malaysia boleh hidup tak?
Bergambar berdua berlatarbelakangkan dedaun nan merah..
Memang sejuk kat sini. Hidung dan telinga dah kebas.. Huhu..
Orang ramai menunggu ketibaan Romantic Train
Akhirnya Romantic Train sampai tepat pada masanya
Romantic Train tiba jam 12.25 t/hari. Kami terus masuk dan mencari nombor tempat duduk kami. Tepat jam 12.35 t/hari Romantic Train bergerak menuju ke Torokko Saga Station. View yang sama seperti kami naik tadi. Yang jual kopi, tukang amik gambar dengan pak lawak tu pun ada lagi sekali. Huhu.. Tiket dah beli, layankan aje lah untuk kali yang kedua. Hehe..

Abang Fikri pun dah mula cover leher dan hidung menahan kesejukan..
Duduk berdepan senang nak bergambar..
Hmm.. Ada lagi dia ni. Tinggi kot payment yang dia dapat. Hehe..
Kami tiba semula di Torokko Saga Station untuk kali ketiganya tepat jam 1.00 petang. Terus kami berjalan ke Sagaarashiyama Station untuk naik train menuju ke Kyoto. Another location to explore in Japan. Harap berbaloi perjalanan kami di hari terakhir ni. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang: - Tiada -

*Website yang membantu:

Visit Arashiyama

Sagano Romantic Train

Bamboo Grove

6 comments:

  1. MasyaAllah sg Hozugawa tu sgt cantik...jernihnye air dia...

    Ada jg train nama Romantic Train ye...

    Apa2 pun sy enjoy membaca, berangan 1 hari nnt sy juga dpt pergi travel ke sana

    singgah dari sihatitunikmat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ye betul.. Memang tenang terasa bila tengok sungai tu. Dari awal lagi dah rancang trip untuk naik Romantic Train tu. Sesuai untuk orang yang cintakan keindahan alam.. InsyaAllah satu hari nanti Suhailah akan ke sana juga. Tq for reading my blog!.. :)

    ReplyDelete
  3. Numbered ticket slot tu actually ala2 assigned seat Air Asia. sebab tak mahu orang gaduh2 pilih seat. Kita ambil nombor dekat situ and duduk dekat tempat yg ditentukan.
    tapi sekarang semua modern so tak guna sangat dah.

    And tu bukan monyet tu, tu TANUKI aka Racoon. Tak tahu lah kenapa sangat femes. Nanti kami gugel. Tapi dekat jepun memang femes dengan Kappa dan Tanuki ni. :P

    ReplyDelete
  4. Salam, mcm mana nak tau Kyoto Rapid Line dgn local line? Kalau rapid tak byk stop la ye?

    Seat train kanan ke kiri yg view cantik? Bole pilih kan seat masa beli?

    TQ -Yat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam BFF Ramblings..

      Kat train tu ada tulis rapid atau local line. Kalau tak rushing boleh la naik local line. Tapi berhenti kat banyak station. Rapid berhenti kat certain station je, selalunya station yang utama.

      Seat train kalau naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo better amik sebelah kiri sebab dapat view Mt. Fuji yang cantik. Sebelah kanan pemandangan laut. Saya tak buat pilihan seat pun. Masa beli JR Pass saya ikut je la mana seat yang diberi. Kalau nasib baik tak ramai orang dalam train boleh je tukar seat untuk view pemandangan kiri dan kanan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete