Tuesday 3 December 2013

Hard Rock Cafe: Hobi baru pun muncul..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hobi baru kami menjelma setelah seorang kawan kami memesan t-shirt Hard Rock Cafe. Dia memang peminat tegar barangan HRC nih. Kami pun masukkan HRC sebagai lokasi "mesti pergi" dalam itinerary kami. Kisahnya, dia bersedia untuk menjaga kereta kami di rumahnya selama kami di luar negara. Tambahan lagi, dia sanggup menghantar dan menjemput kami di KLIA. So, kami pun terhutang budi kepadanya. Sebagai membalas jasa baik dia, kami akan singgah di 4 HRC yang ada di UK dan Paris. Tapi bukan bagi free je ye. Tolong belikan aje. Hehe. Lagipun lokasi HRC memang tak jauh dari lokasi perjalanan dalam itinerary kami.

Replika gitar memang sinonim dengan Hard Rock Cafe (Ihsan Google Images)
Mula-mula kami cuma nak belikan untuk dia dan pesanan kawan-kawan yang lain. Tapi bila time memilih baju tu, kami rasa macam best pulak kalau ada koleksi t-shirt HRC ni. Bukannya apa, t-shirt HRC ni ada tertulis nama lokasi dia. Kita takkan dapat beli t-shirt yang tertulis Manchester di HRC Kuala Lumpur. Agak special jugak pada saya sebab hanya boleh dapat di lokasi HRC tersebut je. Sebenarnya kat mudah.my atau ebay pun boleh cari. Ramai jugak yang menjual secara online. Tapi membeli sendiri di lokasi dia lebih feel. At least boleh dijadikan souvenir dan kenangan. Maka 'hantu' HRC pun dah mula merasuk ke dalam jiwa kami. Ini semua En. Pae punya pasal lah ni. Dia yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hobi baru kami nih.. Dah la harga sehelai seratus lebih. Takpelah, kalau dah minat, berapa ringgit pun sanggup. Hehe.. So, this is our Hard Rock Cafe t-shirt collections..

HRC Manchester. Our first HRC t-shirt. Yang merah tu my favourite.. Classic in red!
HRC Edinburgh. City-tee semua warna putih.. Susah nak jaga oo..
HRC Paris. Kenapa la boleh terbeli classic warna putih. Huhu..
HRC London. Yang hitam tu my wife's favourite. Bling-bling gitu..
Bila check kat wikipedia (kadang-kadang tak betul jugak wikipedia nih), rupanya London adalah HRC pertama dibuka. Tapi bila tengok list yang ada, banyak jugak HRC yang tutup. Sebenarnya HRC kat UK ni banyak. Tak laku ke? Atau ada sebab lain? Malas nak google lebih-lebih. Bagus jugak dah tutup, kurang sikit duit yang terbang. Hehe.. Satu lagi yang menjadi persoalan, kenapa city-tee semuanya warna putih? Dah tu gambar kat belah belakang. Kat depan ada logo kecik HRC. Kalau buat warna hitam dah lama saya kumpul city-tee je. Rare tuh.. Berkenaan dengan saiz pun masalah jugak. Ikut pada negara yang buat baju tu. Kalau Made In UAE saiz M sesuai untuk saya. Tapi saiz M tu sama dengan saiz S yang Made In Mexico. Mungkin ikut saiz badan orang negara tu kot. Lepas tu kena make sure jenis baju regular atau fit. Saiz mens fit kurang satu saiz dari regular. Hmm, susah bila nak amik pesanan dari kawan-kawan. Huhu..

Kena pastikan regular atau fit. Paling senang try dulu sebelum beli. Baru puas hati..
Bila dah mulakan koleksi t-shirt HRC ni, maka HRC kat Malaysia pun kena la ada jugak. Dah beli kat luar negara baru nak pergi beli yang kat negara sendiri. Hehe.. Akhirnya, semua koleksi HRC kat semenanjung Malaysia dah ada. Tinggal nak pergi ke Kota Kinabalu pulak. Ada HRC baru bukak kat sana. Our Malaysian HRC collectible t-shirt and accessories..

HRC Kuala Lumpur. Dekat je dengan rumah, baru merasa nak beli. Hehe..
HRC Penang. Banyak sikit. Kemeja coklat tu boleh bawak gi kerja. Tapi susah nak iron. Huhu..
HRC Melaka. Beli masa 1st day dia beroperasi kat tempat baru di tepi sungai Melaka tu.
Collectibles.. Ada yang dapat free. Mintak secara paksa kat staff HRC. Hehe.. Fridge magnet Tokyo pun ada?
Untuk anak-anak pun ada jugak kami belikan. Tapi takde la sebanyak kami punya. Hehe. Diorang dah ada baju lain seperti marvel, cartoon networks, bla bla bla.. T-shirt HRC ni cuma tambahan kepada baju diorang yang sedia belambak tu. Hehe..

Untuk Danish Eimran dan Danish Eiman
Untuk Dania Elysha. T-shirt HRC Penang dapat dua. Satu free sebab beli banyak.. Tq HRC Penang!
UK sudah, Paris sudah, semenanjung Malaysia pun sudah. Terasa rugi masa kat Sydney dulu tak beli baju HRC. Siap bergambar kat depan HRC Sydney lagi. Tapi time tu takde rasa minat pun nak layan t-shirt HRC ni. Minat baru datang semenjak ke UK. Harap-harap adalah kawan-kawan yang bercuti ke Sydney. Boleh pesan beli sehelai dua. Kami tak nak beli t-shirt HRC kat lokasi yang kami belum sampai lagi. Setakat HRC Singapore tu insyaAllah boleh pergi balik. Kos pun tak tinggi sangat. Seberang tambak je. Tapi nilai SD sekarang dah tinggi. Huhu..

Uish.. Dekat sangat dah dengan HRC Sydney.. Huhu..
Itu lah kisah bagaimana berhantunya HRC dah merasuk kami. Harap-harap jangan ada hantu lain pulak yang datang meresap ke dalam jiwa kami. Habis duit dibuatnya. Tapi demi hobi baru dan kepuasan diri, apalah salahnya kan (ayat pujuk diri sendiri, huhu..). Banyak dah saya lihat t-shirt HRC imitation yang dijual di pasar malam dan pasar-pasar yang sewaktu dengannya. Yang tak tahan tu HRC Cameron Highlands dengan HRC Pangkor pun pernah saya nampak. Tulisan warna gold. Hehe.. Tak kisahlah original atau tak, yang penting empunya tau mana yang lebih baik. Wallahualam..

12 comments:

  1. Replies
    1. Salam..

      HRC KK saya dah selamat sampai. Dapat beli t-shirt limited edition KISS rock tour.. Love it!.. :)

      Delete
  2. HRC KL beli ngan Spe online ye.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      HRC KL saya beli sendiri. Kalau online melalui rockshop.com memang takkan dapat t-shirt yang ada tulisan nama bandar. Melainkan beli kat orang. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  3. Salam..jz nk tnye,sy nk beli hard rock tshirt bogota (made in mexico)sbb sy pn pakai M kalau made in UAE..so mmg kene amik saiz S la ek..klu bro x keberatan bole x jz bg ukuran tshirt bro yg made in mexico??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Saya ada tshirt hrc made in UAE, Mexico dan El Salvador. Takde beza banyak utk saiz t-shirt biasa (bukan fit). Kiraan bahu saiz medium utk El Salvador (46cm), UAE (48cm) dan Mexico (50cm). Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  4. Replies
    1. Ada.. Takkan la takde di tahun 2016 ni. Hehe.. Wasap me @ 0196248315. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  5. Banyaknya koleksi tshirt hrc. Pakai salin pakai salin hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jadi kewajipan bila travel. Asal ada HRC mesti singgah. Banyak juga t-shirt yang saya beli tapi tak pakai lagi. Bila dah niat nak menyimpan inilah jadinya. Hehe.. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  6. baju kedai jual arak tu la yg kau agung2kan. semoga both of you mendapat hidayah dari ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat mana agungnya tu? Betul arak memang haram tuan. Bukan di Hard Rock saja, di 7-Eleven dan supermarket yang ada jual pun haram membelinya. HIDAYAH MILIK ALLAH. Sama-samalah kita mencarinya ya tuan. Selamat beramal..

      Delete