Monday 2 December 2013

JJCP UK & Paris : Day 14

Tarikh:
24 November 2012

Lokasi kejadian:
Uxbridge - Heathrow Airport

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pagi ni kami bangun jam 6.00 pagi. Our last day in UK. Kami sambung lagi aktiviti mengemas beg. Pilih yang mana nak dibawak balik dulu dan yang nak di pos. Cadangan hari ni cuma nak jalan-jalan di area Uxbridge je. Jalan jauh kang takut tak sempat nak ke airport petang nanti. Huhu.. Kami bersiap-siap dan turun ke dapur untuk breakfast. Menu hari ni adalah pasta dan roti. Mmmm, sedapnya.. Dalam hati tak sabar nak makan nasi lemak sambal kerang kat Taman Sri Rampai esok. Memang betul makan adalah isu yang agak besar untuk orang Islam di UK. Walaupun banyak jugak kedai yang menjual makanan halal, tapi tak sesedap makanan kat Malaysia dan menepati citarasa anak tekak kami. Makan hanya untuk bagi tenaga je. Kurang feel. No wonder saya pernah tengok dalam youtube video tentang sorang perempuan menjerit dan menangis bila dapat package dari Malaysia yang berisi ikan masin, kicap dan belacan. Saya yang baru 2 minggu dah rasa lain macam, inikan pulak yang menetap lama di sini. Huhu..

Sedapnya nasi lemak nih.. Huhu (Ihsan Google Images)
@ Uxbridge

Jam 11 pagi kami keluar jalan-jalan di Uxbridge. Hujan renyai mula turun. Hujan rahmat di hari terakhir kami di sini. Kami berjalan di sekitar pekan dan masuk ke kedai yang kami rasa nak masuk. Memang santai betul aktiviti kami hari ni. Saya sempat lagi membelek baju sukan di Sport Direct dan baju second hand di charity shop. Mission hari ni cuma nak menghabiskan baki duit pound kami. Nanti tak perlu lah nak tukar kat money changer. Macam trip sebelum ni, duit syiling dan sehelai duit kertas kami akan simpan sebagai kenangan. Kat money changer takde duit syiling tau. Tu sebab kene simpan sikit. Hehe..

Jalan-jalan di sekitar Uxbridge
Di depan UXB Kebabs & Burgers.. Kenanganku..
Jam 3.30 petang, setelah puas berjalan di Uxbridge, kami balik ke Bilik Tamu. Berakhir sudah pengalaman berjalan di bandar UK. Sampai di Bilik Tamu, kami mengemas lagi saki-baki barang yang baru dibeli tadi. Bilik yang sebelum ni bersepah dengan baju dan barang-barang akhirnya kemas dan bersih, sama seperti hari pertama kami sampai. Kami menyusun barang yang nak di pos di satu sudut di dalam bilik dan inform pada En. Fathullah. Menurut En. Fathullah, barang-barang kami akan di pack semula dalam kotak yang disediakan. Anggaran bayaran untuk pos mengikut pada berat barang kami adalah dalam RM500 ke RM600. Kami bagi maksimum RM600 pada dia. Kalau kurang kami akan bank-in duit. Tapi kalau ada lebih kami mintak dia beli coklat untuk anak-anak dia yang comel tu. Hehe..

Inilah lecturer wife saya masa belajar kat UPM dulu
Bersama Pn. Nurul Hayati
Bersama En. Fathullah. Thanks a lot!
Jam 6.00 petang kami sudah bersiap-siap untuk ke Heathrow Airport. Kami bergambar bersama En. Fathullah dan Pn. Nurul Hayati sebagai kenangan. Terima kasih kami ucapkan pada mereka berdua kerana sudi berikan kami tempat tidur yang cukup selesa dan menyediakan breakfast untuk kami di Uxbridge. Kami mohon maaf jika ada perkara yang tidak menyenangkan mereka sepanjang kami menetap di rumahnya. Kami doakan agar mereka sukses selalu, diberikan kesihatan dan umur yang berpanjangan, dan juga berjaya mencapai matlamat dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Setelah selesai bergambar, bersalaman dan mengucapkan selamat tinggal, En. Fathullah menghantar kami ke Heathrow Airport.

@ Heathrow Airport

Kami sampai di Heathrow Airport jam 7.00 malam. Hujan masih turun tak berhenti sejak pagi tadi lagi. Masih ada lagi 3 jam sebelum naik flight. Kami ke bahagian tax free untuk dapatkan refund duit hasil dari belian barang di UK. Ramai jugak orang yang beratur. Harap-harap sempatlah sampai turn kami sebelum naik flight. Rupanya kena sampai awal di airport untuk dapatkan duit refund ni. Kelihatan orang ramai beratur sambil memegang resit belian barang yang boleh refund. Banyaknya resit yang diorang pegang. Memang betul-betul shopping sakan. Kami mengeluarkan resit-resit kami yang tak seberapa. Huhu.. Jadilah kalau dapat seratus dua pound pun. Cukup la tu. Hehe..

Dah banyak shopping jangan lupa pegi refund sebelum naik flight ye..
Jam 8.15 malam, setelah selesai di kaunter tax free, kami check-in luggage. Nasib baik tak ramai pulak kat bahagian check-in luggage ni. Selesai check-in, kami meronda di kedai-kedai yang ada di dalam airport. Kami ke kaunter Oyster Card di tube station untuk refund kredit. Dapatlah dalam GBP22.60. Nak buat apa pun simpan Oyster Card tu. Kalau boleh guna kat LRT ok jugak. Hehe.. Saya cuma simpan Oyster Card yang saya jumpa dalam tube sebagai kenangan. Yang kami punya return balik. Boleh dapat deposit. Jam 9.30 malam kami dah mula masuk ke dalam flight. Rezeki kami dapat naik Airbus MAS yang baru. Memang besar dan selesa sungguh. Baru la tak letih duduk lebih 14 jam dalam flight. Hehe..

Amik angin sejuk buat kali terakhir di Heathrow Airport
Kita ronda-ronda dalam airport dulu..
Rezeki dapat naik Airbus baru..
Sengih sampai ke KL. Hehe..
Tepat jam 10.00 malam, flight MAS MH4 terbang meninggalkan terminal 4 Heathrow Airport menuju ke Kuala Lumpur. Maka berakhirlah sudah perjalanan kami selama 14 hari di UK dan Paris. Tak sabar kami nak berjumpa dengan anak-anak di rumah. Terlalu banyak kenangan indah yang berlaku sepanjang perantauan kami. Sesungguhnya perjalanan kami ini mengajar banyak perkara tentang kehidupan. Bersyukur dengan apa yang ada. Wallahualam..

*Kos wajib untuk 2 orang:
  - Postage         :   RM600.00
  - Transport     :   RM100.00
  - Oyster Card : - RM113.00
  - Jumlah         :    RM587.00

**Day 14 Expenses: RM587.00

*Website yang membantu:

VAT Tax Free

Shipping to Malaysia

My Pictures Video

No comments:

Post a Comment