Monday, 22 May 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 05 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
27 DISEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
@ BIN DAWOOD


Selesai solat Zohor kami balik ke hotel. Saya nak tunaikan niat saya untuk botakkan kepala selepas selesai umrah ketiga. Setiap kali berpakaian ihram menuju ke hotel, mesti ada pekerja kedai gunting rambut yang offer cukur rambut. Kali ni kalau ada yang offer saya terus masuk ke kedai tu. Harga untuk cukur kepala sampai licin adalah 10.00SAR. Kira berbaloi la harga yang ditawarkan. Bukannya nak buat style bagai kat rambut pun. First time dalam hidup saya tak berambut walaupun ada part yang dah memang takkan tumbuh. Hihi.. Macam-macam cara dah buat nak bagi tumbuh rambut tapi tak tumbuh juga. Saya belum sampai tahap pergi jumpa pakar seperti di Yun Nam. Iklan yang ditunjukkan harga permulaan je, memang la murah. Sekali kena buat banyak treatment, mau makan ribu jugak nak bagi rambut tumbuh. Setakat ni biar je la rambut macam ni. Bersyukur kerana masih ada yang sayang walaupun keadaan rambut macam ni. Hehe.. Cuma penampilan je la kurang menarik. Kalau kat sekolah dah tentu dapat nama panggilan khas dari anak murid. Faham-faham je lah ye. Hahah..

Bergambar kenangan berpakaian ihram di Masjidil Haram
Proses kerja membotakkan kepala. Licin sungguh. Hihi..
Selesai bercukur sampai licin, kami berjalan di sekitar kawasan hotel. Kali ni kami survey pulak kedai di seberang jalan besar. Masih tak beli apa-apa lagi sebab memang betul harga yang dijual berbeza untuk setiap kedai especially jubah dan pakaian. Kami cuma tawar sekali je untuk tengok berapa banyak diskaun yang diberi. Ada satu jubah ni harga asal 80.00SAR. Bila tawar dapat la dalam 60.00SAR. Bila pergi kedai lain, jubah yang sama design harga asalnya 60.00SAR. Itu belum tawar lagi tu. Huhu.. Tak pasti kualiti sama ke tak dengan kedai tadi. Yang saya pasti wife saya memang pandai bab memilih pakaian. Dia tau kain mana yang berkualiti atau tak. Bab tawar-menawar pun dia lagi hebat dari saya. Jadi saya serahkan je pada yang pakar. Hihi.. Apa-apa pun kita jalan-jalan dulu sambil tengok suasana persekitaran di sini.

Jalan-jalan cuci mata dulu
Lepas solat Asar kami survey kedai di dalam shopping center pulak. Kadang-kadang harga kedai dalam shopping center lebih murah berbanding kedai di luar. Kalau mahal sikit pun sebab banyak pilihan corak yang menarik serta kualiti kain yang agak baik. Saya ikut je ke mana wife saya nak pergi. Saya memang mengaku tak pandai menilai pakaian yang menarik. Huhu.. Wife saya pun malas nak tanya pendapat saya sebab dah tau saya akan jawab ok je. Sebenarnya saya malas nak tunggu lama kat kedai tu. Hahah.. Menemani isteri bershopping pakaian adalah satu aktiviti yang agak menakutkan kerana penantian itu satu penyiksaan. Sanggup offer duduk rumah jaga anak-anak daripada duduk bersila atas lantai di satu sudut shopping complex menunggu urusan selesai. Paling tension bila tunggu lama-lama tapi akhirnya tak beli apa-apa pun. Huhu..

Ini antara kedai yang lama saya menunggu. Hihi..

@ BIN DAWOOD

Kami duduk di dalam masjid dari Maghrib hingga Isyak. Selesai solat Isyak kami ke Bin Dawood, antara hypermart yang popular kat sini dan suasananya sama seperti Mydin di Malaysia dan Mustafa Centre di Singapore. Macam bisnes sedara mara je ni. Hihi.. Boleh dikatakan macam-macam ada kat dalam Bin Dawood ni. Orang kata datang ke Mekah adalah untuk beribadah dan menyucikan diri serta berazam untuk buang sikap yang tak baik dalam diri. Walaupun wife saya suka shopping, tapi saya tau dia bukanlah jenis shopping berlebihan sampai membazir. Saya pulak memang dah sedia maklum tak suka shopping tapi suka cuci mata tengok barang-barang di sini yang tak pernah nampak di Malaysia. Takkan la dah sampai sini langsung tak beli jubah atau souvenir untuk kenangan dari Tanah Suci. Kurma Ajwa yang sedap tu mesti kena beli sebab dah tentu murah dari yang dijual kat Malaysia. Duit yang kami bawa pun tak banyak. Kad kredit awal lagi dah tinggalkan kat rumah. Jadi pandai-pandai la guna duit cash yang ada tu sampai ke penghujung ziarah. Kena ingat yang kami belum ke Madinah lagi. Huhu..

Daripada semuanya dah tentu coklat yang menarik perhatian saya
Habis meronda, jam 10.00 malam kami berjalan balik ke hotel. Kami singgah di satu kedai fast food di seberang jalan untuk beli makan malam. Dari hari pertama kami sampai, saya tengok kedai tu sentiasa penuh dengan pelanggan. Tengok pada menu, kedai tu hanya menjual ayam goreng, nugget, burger dan air jus buahan. Kami tengok dulu menu apa yang paling banyak pelanggan beli. Ramai yang order ayam goreng dan fries. Kami pun order la benda yang sama dengan harapan tekak kami sama dengan tekak pelanggan yang order tu. Hihi.. Kedai ni takde menyediakan tempat duduk. Jadi kami beli dan bawa balik untuk makan di hotel. Habis makan kami naik ke bilik dan berehat panjang. Moga bangun awal pagi esok untuk solat sunat dan Subuh di masjid. Wallahualam..

Ramai pelanggan sebab sedap atau murah? Huhu..
Sedap juga ayam goreng dia. Alhamdulillah kenyang..

3 comments:

  1. Ada ayam goreng lebih sedap di Makkah, malah orang Arab lebih suka berbanding al Dajaj Kintaki (KFC la), sampai kena beratur panjang, iaitu al Baik.
    Kalau di Mina masa musim haji, banyak cawangan di buka di sekitar kawasan melontar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Madinah pun ada malah lebih murah al Baik di sana.

      Delete
    2. Terima kasih atas maklumat tuan. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete