Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
26 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ JABAL NUR
@ GUA HIRA'
Jam 9.00 malam saya dah tunggu di lobi hotel. Group jemaah saya hanya 4 orang je yang join ke Jabal Nur. Jadi kami akan naik satu bas dengan group jemaah yang lain. Walaupun rasa tak berapa seronok sebab wife saya tak ikut bersama, tapi saya tetap juga nak nak pergi sebab inilah peluang yang ada untuk menziarahi Gua Hira', tempat yang paling penting dalam sejarah Islam di mana Rasulullah SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril. Sementara kudrat masih ada untuk mendaki Jabal Nur, saya takkan lepaskan peluang ni. Takpe, saya dah beri izin pada wife untuk bawa mak dan kakak saya buat tawaf sunat. Saya tau wife saya takut tak larat nak daki Jabal Nur tu. Dulu pernah sekali saya bawa dia naik gunung. Sampai juga ke puncak, tapi nak recover balik makan masa berhari-hari. Dia taubat tak nak naik gunung dah. Hehe..
|
Senarai lokasi Hotel Andalusia di Mekah |
Sambil menunggu semua jemaah berkumpul, saya melihat satu poster peta lokasi Hotel Andalusia di Mekah. Hera Hotel adalah hotel yang paling jauh dari semua 7 hotel yang ada. Tulis kat situ dalam 690 meter, tapi realitinya jauh lagi untuk sampai ke Masjidil Haram. Mungkin jarak tu dikira lurus atas peta kot. Yang pastinya tak larat nak ulang-alik setiap kali masuk maktu solat. Ada bagusnya jugak sebab boleh duduk lama di masjid beribadah. Cuma ada masanya tak dapat nak makan di dewan makan. Kena cari restoran di sekitar masjid. Jam 9.15 malam semua jemaah dah ada di lobi hotel dan staff Andalusia membawa kami ke jalan besar untuk menunggu bas sampai. Disebabkan jalan besar di depan hotel agak sesak dan bas susah nak masuk, kami berjalan hingga ke simpang besar dan menunggu bas di situ. Jadi bas tak perlulah nak masuk ke jalan yang sesak tu.
|
Menunggu bas di persimpangan jalan besar |
Kumpulan jemaah yang ikut ke Jabal Nur dalam 40 orang, cukup naik satu bas. Saya perhatikan bangunan di gambar atas. Iu adalah bangunan parking awam. Nampak ada jemaah yang berpakaian ihram keluar dari situ. Rasanya jemaah tu datang secara persendirian untuk mengerjakan umrah. Masa tengah tawaf dan sa'i nampak ramai juga jemaah yang tak ikut group. Mungkin inilah yang dikatakan umrah backpacker. Dah tentu lagi kurang kos sebab tak guna pakej dari travel agent. Dengarnya selepas ni kerajaan Arab Saudi tak benarkan jemaah buat umrah secara persendirian, kena melalui agen. Tak pasti kebenarannya. Yang pastinya tujuan ianya dilarang adalah kerana faktor keselamatan dan visa. Jika melalui agen, kalau terjadi apa-apa kemalangan atau kehilangan lebih mudah pihak berkuasa nak trace. Entah la, tujuan umrah backpacker adalah untuk kurangkan kos. Takde pun kenyataan bahawa syarat sah umrah kena melalui travel agent. Huhu..
|
Bila la bas nak sampai ni. Huhu.. |
Jam 9.40 malam baru la bas muncul di tepi jalan. Apabila semua jemaah dah naik, bas terus menuju ke Jabal Nur. Kami sampai di destinasi jam 10.05 malam. Kelihatan banyak bas dah ada di situ dan jemaah dari group lain menunggu giliran untuk naik van atau lebih dikenali sebagai roller coaster van yang akan bawa kami sampai di kaki bukit. Bas tak boleh sampai ke kaki bukit sebab jalan sempit dan amat curam. Sebab tu kena naik van roller coaster ni. Mula-mula saya tak pasti kenapa jemaah yang pernah ke sini bagi nama roller coaster pada van ni. Jam 10.20 malam sampai giliran saya naik van. Memang betul macam roller coaster driver van tu bawak. Dah la van lama, main selamba je dia layan drift amik corner naik bukit. Harap insurans cover la kalau van terbalik. Huhu. Driver dah lama kerja bawa jemaah naik ke kaki bukit. Sekali trip dalam 12-15 orang. Bayangkan la berapa banyak trip sehari dia kena ulang-alik hantar jemaah. Practice makes perfect. Hihi.. Nasib baik la trip tak jauh. Walaupun tak sampai 5 minit, tapi bergegar juga la jantung. Huhu..
|
Bus Route: From Hera Hotel to Jabal Nur |
|
Menunggu giliran untuk naik van roller coaster |
|
Jalan curam untuk sampai ke kaki bukit |
|
Ini la van roller coaster. Lebih thrill bila gayut kat tangga belakang tu. Huhu.. |
@ JABAL NUR
Setelah semua jemaah group bas kami dah ada di kaki bukit. Ustaz yang bawa kami bagi penerangan tentang perjalanan pendakian Jabal Nur. Tak perlu nak paksa diri untuk daki. Ikut kelajuan langkah masing-masing. Kalau tak larat boleh berhenti seketika. Memang itulah prinsip saya kalau panjat gunung. Saya ikut pace sendiri. Tak larat berhenti je. Kalau bawa budak sekolah lagi lah tak larat nak ikut langkah diorang. Biar jadi anchor je sepanjang pendakian. Yang penting sampai puncak dengan selamat. Tepat jam 10.30 malam kami mula mendaki. Mula-mula kena menapak jalan tar yang amat curam hingga berjumpa tangga batu. Sekarang dah mudah nak daki sebab ada tangga batu sampai ke puncak. Bayangkan la zaman Rasullullah dulu di mana baginda dan isterinya Siti Khadijah sering naik dan turun Jabal Nur yang kering dan berbatu ni. Sebuah kisah cinta teragung Siti Khadijah yang amat setia menemani Rasullullah di saat suka dan duka baginda.
|
Mula dengan menapak jalan curam ni. Huhu.. |
|
Dah sampai di tangga batu. |
Dari permulaan tangga batu boleh nampak laluan hingga ke puncak. Disebabkan waktu malam, yang nampak hanya lampu torchlight yang dibawa oleh jemaah yang sedang mendaki. Saya tak bawak lampu sebab masih nampak tangga walaupun samar dan dibantu oleh lampu dari jemaah lain di depan saya. Tangga batu dibina oleh orang kampung secara manual, jadi takde la sama rata ketinggian anak tangga. Sekejap mendatar dan kemudian ada yang curam. Lagi penat dibuatnya. Huhu.. Kalau tak larat boleh la rehat sekejap di tangga dan juga kerusi yang disediakan di beberapa checkpoint. Banyak kali juga saya berhenti. Umur dah meningkat makin perlahan langkah. Nasib baik naik waktu malam. Kalau siang rasanya lagi banyak kali berhenti. Huhu.. Di pertengahan jalan ada satu kawasan gerai yang dah tutup. Mungkin gerai ni buka waktu siang je.
|
Tak larat boleh duduk kat tepi tangga. Tarik nafas panjang.. |
|
Ada gerai di pertengahan jalan menuju ke puncak |
Jantung makin laju berdegup. Demi menziarah dan lihat dengan mata sendiri bagaimana rupa Gua Hira' yang bersejarah tu, saya kuatkan juga semangat. Pakcik dan makcik yang berselisih dengan saya selamba je boleh sampai puncak. Takkan la saya yang masih umur lewat remaja ni tak boleh sampai. Hehe.. Itulah, bila dah kerja pejabat memang takde masa nak beriadah. Dulu masa kerja kat sekolah tetiap petang boleh main bola dan takraw dengan anak murid. Siap buat trip panjat gunung lagi. Sendiri yang mintak nak kerja pejabat, baru terasa badan dah berat. Huhu.. Kat sekolah turun naik tangga sampai Tingkat 3 nak masuk kelas. Sekarang pejabat kat Tingkat 3 juga tapi sanggup tunggu naik lif. Macamana nak fit. Duduk menghadap komputer dan menjawab telefon sepanjang masa. Kat sekolah mengajar sambil berdiri ronda meja murid. Banyak sungguh perubahan antara sekolah dan pejabat dari segi fitness. Rindunya nak masuk sekolah balik mengajar anak bangsa. Seronok sebenarnya dengar suasana riuh murid berbanding bunyi keyboard dan telefon yang tak berhenti berdering. Huhu..
|
Kerusi juga disediakan sepanjang pendakian |
Lagi suku perjalanan sampai ke puncak, kelihatan ramai pekerja yang buat tangga tengah tidur dan ada bekas untuk jemaah beri sedekah. Ada juga yang tengah menyimen tangga sambil meminta sedekah dari jemaah yang mendaki. Dari sumber yang saya dengar, diorang ni sebenarnya orang luar dan tak boleh turun sebab visa dah expired. Entah betul ke tidak. Takkan la takde penguatkuasa yang naik ke Jabal Nur ni. Huhu.. Apa-apa pun diorang ada buat sesuatu kat Jabal Nur ni untuk kemudahan jemaah. Sedekah tu ikut pada keikhlasan. Saya memang ada bawa duit RM untuk tujuan beri sedekah kat sini. Ada satu pekerja tu siap jadi money changer, mintak tukar duit dengan saya. Tengok kat tangan dia ada dalam 50 keping jugak la duit RM1. Sama ada duit kita tak laku atau diorang takut nak ke money changer sebab takde visa. Rasanya money changer kat sini tak terima duit RM1. Kalau not RM50 atau RM100 baru boleh tukar kot. Saya masih lama lagi kat sini. Kalau last day mungkin boleh tukar dengan dia sebab dah nak balik Malaysia. Itupun kalau masih ada lagi baki duit Riyal. Hihi..
|
Pemandangan bandar Mekah dari puncak Jabal Nur |
@ GUA HIRA'
40 minit mendaki dan berhenti entah berapa kali, jam 11.10 malam saya sampai di puncak Jabal Nur. Saya masih belum nampak di mana letaknya Gua Hira'. Yang ada di puncak hanyalah gerai yang masih beroperasi. Dah macam 7-Eleven pulak buka 24 jam. Hihi.. Jabal Nur memang sepanjang masa ada jemaah yang datang, tak kira siang dan malam. Mesti ada yang lapar dan dahaga. Bagus juga ada orang berniaga kat atas puncak ni. Gua Hira' bukan terletak di atas puncak, tetapi kena turun sikit dari puncak. Dari atas puncak boleh nampak ramai jemaah yang sedang berdiri di luar Gua Hira'. Ada yang solat sunat dan berdoa. Gua Hira' tak besar, hanya 2-3 orang je yang boleh masuk ke dalamnya. Ruang yang cukup untuk Rasullullah menyendiri dan bermunajat di sini.
|
Pemandangan Gua Hira' dari puncak Jabal Nur |
Saya turun tangga untuk melihat Gua Hira' dari dekat. Untuk sampai ke pintu Gua Hira' perlu susur masuk di bawah laluan batu besar yang sempit dan hanya sorang je yang boleh lalu untuk masuk dan keluar. Keadaan yang amat sesak di kawasan gua membuatkan saya kena menunggu jemaah keluar dulu dari situ. Agak dah ramai yang keluar baru saya ikut laluan yang sempit tu untuk sampai ke pintu Gua Hira'. Alhamdulillah, saya dapat melihat dengan dekat bagaimana rupa dan keadaan Gua Hira' yang menjadi tempat turunnya wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW. Satu pengalaman yang berharga buat diri saya. Saya tak dapat nak masuk ke dalam gua kerana terlalu ramai yang menunggu. Hanya dapat mengaminkan doa yang dibaca oleh seorang ustaz di situ. Lepas 10 minit saya keluar semula untuk beri peluang kepada ramai lagi jemaah yang menunggu untuk masuk ke kawasan ni.
|
Laluan sempit untuk keluar dan masuk ke pintu Gua Hira' |
|
Alhamdulillah, dapat juga saya menziarah Gua Hira' |
Saya kembali semula ke puncak Jabal Nur. Nampak sedap betul sekumpulan jemaah yang duduk bersila beramai-ramai sambil makan indomie dalam cup dan air kopi panas. Puncak yang terbuka luas membuatkan keadaan agak sejuk di sini. Ustaz maklumkan masa naik tadi untuk berkumpul semula di tempat bas jam 1.00 pagi. Sekarang baru pukul 11.45 malam. Saya rehat dulu di puncak sambil minum air panas. Lepas tengah malam nanti baru turun semula ke tempat bas. Dari puncak kelihatan dengan jelas kedudukan Masjidil Haram berpandukan menara jam yang tinggi tu. Kedudukan Gua Hira' sudah tentu menghadap kiblat. Sambil berehat saya update keadaan wife saya bersama mak dan kakak saya sekarang ni. Alhamdulillah, diorang dah selesai buat tawaf sunat. Harap diorang balik dengan selamat ke hotel. Wallahualam..
|
Menara jam nampak jelas dari puncak Jabal Nur |
|
Keadaan di puncak Jabal Nur |
|
Diorang baru selesai mengerjakan tawaf sunat |
No comments:
Post a Comment