Assalamualaikum dan salam sejahtera..
# PERUBAHAN JADUAL YANG POSITIF
Awal bulan Disember pihak Andalusia maklumkan pada wife saya berkenaan perubahan jadual umrah kami. Katanya flight kami pada 26 Disember 2016 nanti tak ramai penumpang dan terpaksa naik flight lain dan tarikh penerbangan pun berubah. Flight tetap sama iaitu Oman Air. Cuma tarikh flight bertukar dari 26 Disember 2016 ke 23 Disember 2016. Awal 3 hari dari tarikh asal. Ingatkan kena tambah duit lagi, tapi Andalusia kata tak perlu walaupun flight diawalkan. Jadual di sana juga berubah. Jadual asal kami akan ziarah Oman dulu, kemudian ke Madinah dan akhir sekali baru ke Mekah. Jadual baru jadi terbalik. Kami akan ke Mekah dulu, kemudian Madinah dan akhir sekali baru ziarah Oman. Alhamdulillah, niat untuk mengerjakan umrah dahulu tercapai juga akhirnya. Mungkin inilah rahmatnya bila terpaksa topup lagi RM300.00/seorang pada awalnya. Dapatlah merasa duduk lama sikit di sana nanti.
|
Aturcara Umrah Ziarah Oman yang terbaru. Alhamdulillah.. |
# MASA UNTUK APPLY CUTI
Bila tarikh berubah, maka permohonan cuti pun terpaksa dibetulkan. Ikut pada tarikh asal, saya akan mula bercuti pada 26 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017. Nasib baik tak mohon bercuti dan hantar borang permohonan keluar negara lagi. Bila dah dapat pengesahan daripada Andalusia tentang perubahan tarikh tersebut, saya terus apply cuti dan isi borang permohonan keluar negara. Wife saya dah apply lama, jadi dia perlu adjust semula cuti dia. Kakak saya di Kuantan pun dah dimaklumkan tentang perubahan tarikh ke sana. Saya amik cuti bermula dari 21 Disember 2016 hingga 9 Januari 2017. Jumlah cuti sebanyak 12 hari. Memang saya dah standby cuti untuk aktiviti tahunan seperti sebelum ni. Siap ada baki cuti untuk dibawa ke tahun depan lagi. Hehe..
|
Penjawat awam apply cuti kat HRMIS ni je |
# BORANG KEBENARAN KE LUAR NEGARA
Kerja makin banyak bila masuk bulan Disember ni. Ketua unit saya yang bertukar unit dah ada pengganti. Cuma pengganti partner saya yang sambung belajar masih takde berita. Terpaksalah tanggung tugas sehingga dapat pengganti. Walaupun sepatutnya boleh dapat elaun tanggung kerja, tapi ketua sektor buat tak tau je. Dah takde rezeki, nak buat camna. Kerja tetap kena tanggung. Huhu.. Pelik pulak rasanya bila ketua unit keluar kemain cepat dapat pengganti. Padahal yang banyak kerja kena buat adalah di level saya. Kalau takde orang luar untuk jadi pengganti, boleh je mintak pegawai sedia ada yang di sektor lain untuk bantu. Ketua sektor tak nak fight untuk mintak sorang pegawai. Dia pun baru kat sini, tak tau apa yang bakal berlaku nanti. Tunggu dan lihat aje lah. Huhu.. Yang penting saya dah berjumpa dengan dia dan mintak kelulusan untuk bercuti. Alhamdulillah dia luluskan. Sambil jumpa tu saya ulang lagi untuk kesekian kalinya supaya dapatkan pegawai tambahan dalam membantu kerja di hujung tahun ni. Dia diam aje. Takde respon yang positif nampaknya. Krik.. Krikk..
|
Macam biasa. Wajib bagi penjawat awam |
# INSURANS TAMBAHAN
Andalusia sudah menyediakan insurans dalam pakej kami. Cuma insurans yang diberi hanyalah pelan takaful berkelompok yang meliputi kematian, keilatan kekal tubuh badan dan perbelanjaan pengkebumian. Itupun tertakluk kepada kelulusan takaful. Biasalah insurans ni, bila ada perkataan tertakluk tu maka kenalah baca betul-betul terms and condition yang diberi. Silap haribulan satu pun tak boleh nak claim. Saya cerita ni berdasarkan pengalaman ketika arwah ayah saya meninggal dulu. Cerita 12 tahun lepas, sampai sekarang tak dapat satu sen pun dari pihak insurans. Macam-macam terms keluar membuatkan mereka tak boleh bayar. Masa promote kemain sedap ayatnya sampaikan tetiap bulan tolak gaji bayar insurans. Huhu.. Bukan semua insurans macam tu. Saya sendiri ada insurans nyawa yang ditolak setiap bulan. Harap insurans saya ni tak seperti kes arwah ayah saya. Kesian kat isteri dan anak-anak andai kata berlaku sesuatu kat diri saya. Huhu.. Cerita lama, saja je hangatkan kembali walaupun dah takde rezeki. Rasanya dah tak dengar nama company insurans tu. Dah bankrap sebab kuat mengelat ataupun bertukar nama lain. Wallahualam..
|
Pelan Takaful Keluarga Berkelompok dari pihak Andalusia |
Sebagai insurans tambahan untuk ke umrah ni saya mintak wife saya tolong uruskan. Dia lebih arif tentang insurans berbanding saya yang hanya tahu bayar tetiap bulan tanpa fikir panjang. Suka pihak insurans dengan sifat saya ni. Hahah. Selain perlindungan insurans percuma untuk penjawat awam yang boleh apply setahun sekali je tu, saya tetap amik insurans lain sebagai tambahan. Tak tau la kalau terjadi apa-apa kat sana nanti boleh claim ke tak kat semua company insurans ni. Huhu.. Perasan tak selalunya terms and condition ditulis dengan huruf kecil dan panjang lebar? Sebab nak bagi orang malas baca la tu. Bila jadi apa-apa nanti barulah kena refer dan ada la perkara yang tak cukup syarat untuk claim. Taktikal sungguh. Hihi.. Maaf ye pihak insurans. Kes arwah ayah saya tu telah memberi kesan yang mendalam dalam diri saya dan sukar untuk dilupakan. Ingatan untuk diri sendiri supaya lebih berhati-hati dengan insurans yang dipilih. Buat masa ni saya langsung tak pernah claim sama ada insurans nyawa ataupun travel. Insurans kereta je pernah claim sekali masa wife saya accident dulu. Itupun agak liat nak selesaikannya. Ingat wife saya suka-suka bagi kereta berlangggar ke? Huhu..
|
Wife saya amik insurans Etiqa bernilai RM190.00 |
# MENUNGGU TIBANYA HARI KEJADIAN
Tinggal beberapa hari je lagi sebelum saya mula bercuti untuk ke Tanah Suci. Segala persiapan awal yang penting dah selesai semuanya. Di pejabat saya dah minta bantuan dari rakan di unit lain untuk bantu semasa ketiadaan saya. Alhamdulillah kawan-kawan semuanya sedia membantu. Jutaan terima kasih kepada semua. Jasa korang takkan saya lupakan sampai bila-bila. Diorang siap mintak saya lupakan semua hal kerja semasa saya di sana nanti. Fokus kepada ibadah. Tak semua orang terpilih menjadi tetamuNya. Bila dah ada jemputan, maka hadirlah dengan membawa hati yang tenang dan lupakan seketika kesibukan duniawi. Moga mendapat umrah yang mabrur. InsyaAllah.. Untuk kawan-kawan yang membantu, akan aku balas budi korang semua walaupun balasan itu mungkin tidak setimpal dengan bantuan yang korang berikan. Hanya Tuhan sahaja yang akan dapat membalasnya. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment