TARIKH:
24 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ ABRAJ AL-BAIT SHOPPING CENTER
@ ABRAJ AL-BAIT SHOPPING CENTER
Selesai solat Asar, kami berjumpa lagi di Gate 88. Kali ni kami nak melawat Abraj Al-Bait Shopping Center yang terletak di bawah menara jam. Shopping Center ni lebih besar dan eksklusif serta banyak butik menjual pakaian, perfume dan souvenir. Tak sempat nak meronda seluruh tingkat sebab terlalu besar kerana shopping center ni bergabung sekali dengan hotel. Daripada pandangan saya terhadap peniaga kat sini, rasanya majoriti bukan orang Arab. Lebih kepada orang Pakistan dan India. Tak pasti betul ke tak sebab saya tak tanya pun peniaga kat situ. Huhu.. Tapi yang jelasnya diorang ni pandai memujuk pelanggan. Kalau tolak dia akan turunkan lagi harga. Jadi kalau betul-betul nak beli, baik tawar sebaiknya hingga puas hati. Tapi kalau dah dapat harga rendah lepas tu tak jadi beli, saya jadi peniaga pun boleh hangin. Hihi..
Keadaan di dalam Abraj Al-Bait Shopping Center. Besar sungguh.. |
Dari ruang legar di bawah kelihatan lambang Starbucks di tingkat atas. Ada Starbucks rupanya di Mekah ni. Boleh la beli citymugs untuk tambah koleksi. Kami jalan-jalan dulu tengok kedai yang ada kat sini. Lepas Isyak nanti datang lagi sebelum balik ke hotel. Sementara menunggu masuknya waktu Maghrib, kami bergambar di luar masjid. Teruja saya tengok menara jam tu. Amat cantik binaan bangunannya. Menara jam ini menjadi landmark kedudukan Masjidil Haram dan Kaabah dari luar Tanah Haram. Dari jauh dah boleh nampak menara jam ni. Sejam sebelum masuk waktu Maghrib kami dah masuk semula ke dalam masjid. Sebelum gate ditutup baik masuk awal. Hihi..
Rekaan bangunan dan menara jam yang islamik |
Jemaah berpusu masuk ke dalam masjid untuk solat Maghrib |
Selesai solat Maghrib dan Isyak, jam 8.00 malam kami keluar dari masjid dan masuk semula ke Abraj Al-Bait Shopping Center. Ikut pada kedudukan bangunan, kami rasa ada jalan keluar lain yang lebih dekat untuk balik ke hotel. Jadi tak perlulah nak keluar ikut pintu masuk tadi. Sedang melihat kedai dan butik, kami disapa oleh jemaah dari Malaysia dan juga Indonesia. Alhamdulillah, ramai jemaah di sini yang senyum dan memberi salam. Dulu masa travel ke luar negara, bila jumpa orang Malaysia ramai yang tak membalas senyuman kami. Huhu.. Masih ingat lagi masa trip ke London pada 2012. Perempuan yang duduk sebelah wife saya langsung tak berborak walaupun wife saya menegur. Muka pun serius memanjang. Nak kata berlagak sebab pergi London, kami pun sama. Duduk pun kat seat ekonomi je. Hihi.. Saja je nak berborak sebab flight 14 jam. Tapi masa kat Liverpool dan Manchester siap ada yang jerit bagi salam lagi. Hihi.. Manusia macam-macam perangai. Tak nak tegur takde masalah pun. Sekurangnya balas la senyuman. Kan ke senyum itu satu sedekah dan tak perlu keluar duit pun. Hehe..
Starbucks di dalam Abraj Al-Bait |
Kami mencari restoran untuk makan malam kami. Walaupun baru jam 9.00 malam dan waktu makan malam di hotel sampai jam 10.00 malam, kami takut lauk dah habis. Nanti kena keluar balik cari makanan. Huhu.. Kami jumpa satu restoran yang banyak menyediakan tempat duduk. Lepas ni boleh makan kat sini je, tak perlu nak bungkus dan cari port makan macam tengahari tadi. Hihi.. Tapi kali ni kami nak bungkus juga sebab nak makan kat hotel. Tengahari tadi dah makan nasi arab. Jadi malam ni nak cari makanan yang ringan sikit. Boleh dikatakan semua restoran yang menjual nasi arab/beriyani ada menjual burger dan nugget. Kami beli burger sebagai menu makan malam kami.
Nampak sedap gambar burger tu. Bertingkat-tingkat. Hehe.. |
Kami sampai di hotel jam 9.30 malam. Singgah kejap di dewan makan untuk amik air. Kat Hera Hotel ni air di dewan makan sentiasa ada. Bila-bila masa boleh amik air panas. Kat dewan makan cuma ada seorang staff Andalusia yang sedang makan. Masih ada lagi lauk makan malam. Lauk udang pulak tu. Lepas makan burger kalau lapar lagi boleh la ratah udang tu. Tak baik membazir. Hehe.. Lepas habis makan, jam 10.30 malam kami naik ke bilik. Malam ni kena tidur secukupnya sebab esok pagi ada program ziarah sekitar Mekah dan terus bermiqat untuk mengerjakan umrah yang kedua kami di sini, insyaAllah.. Pengalaman baru dalam hidup bakal tercipta esok hari. Wallahualam..
Menyelerakan sungguh beef burger ni |
Masih ada ruang dalam perut untuk udang ni. Hihi.. |
No comments:
Post a Comment