TARIKH:
26 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR HERA HOTEL
Pagi ni saya bangun jam 5.00 pagi. Agak lewat untuk solat Subuh di masjid. Nampaknya terpaksa solat di hotel. Saya bersiap dan turun ke surau di Tingkat M. Ramai juga jemaah di dalam surau menunggu masuk waktu Subuh. Program hari ni cuma ada bacaan Yasin di dewan makan pagi ni dan taklimat untuk melawat Gua Hira' yang dijadualkan pada malam ni. Lepas bacaan Yasin nanti cadangnya nak jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Sejak dari hari pertama lagi saya tak sempat nak meronda melihat kedai yang ada di sini. Selesai solat Subuh saya balik ke bilik dan menunggu wife saya untuk breakfast bersama. Lepas breakfast kami stay untuk bacaan Yasin yang bermula jam 8.00 pagi.
Surau Hera Hotel yang terletak di Tingkat M |
Dalam taklimat selepas bacaan Yasin dan ceramah agama, pegawai Andalusia memaklumkan tentang aktiviti melawat Gua Hira' pada malam ini. Siapa yang nak pergi boleh bagi nama dan bayar 25.00SAR kepada mutawwif masing-masing sebab mereka nak kira berapa ramai jemaah yang berminat untuk daki Jabal Nur dan menziarahi Gua Hira'. Setelah berbincang, nampaknya saya sorang je yang akan pergi. Wife saya nak temankan kakak saya buat tawaf sunat malam ni. Saiful dan Miza pulak nak pergi ke hotel tempat keluarga dia menginap. Alhamdulillah, walaupun pergi berasingan tapi akhirnya dapat juga Miza jumpa mak dia di sini. Dia tak ikut umrah dengan keluarga sebab masa tu dia dan wife saya ada final exam paper masters. Sedang elok tarikh kami umrah diorang tengah mula cuti semester. Tak perlu la nak ponteng kelas. Hihi..
Bacaan Yasin dan ceramah agama di dewan makan |
@ SEKITAR HERA HOTEL
Habis aktiviti di dewan makan, jam 9.30 pagi saya dan wife meronda melihat kedai di sekitar hotel. Baru hari ni dapat merasa tengok kedai-kedai yang ada di sini. Selain dari kedai menjual jubah dan pakaian, kedai gunting rambut pun banyak juga. Saya berniat lepas habis buat umrah ketiga, saya nak cukur rambut sampai botak. Sebenarnya dari dulu lagi saya teringin nak botakkan kepala. Rambut sedia ada pun tak berapa nak ada. Baik bagi licin terus. Hihi.. Tengok macamana nanti lepas botak, makin hensem ke tak agaknya. Hahah.. Selain dari kedai pakaian dan gunting rambut, ada juga kedai menjual kurma dan buah-buahan, kedai runcit dan kedai yang paling teringin nak masuk iaitu kedai 2 dan 3 Riyal. Boleh la beli buat souvenir dari Mekah untuk keluarga dan kawan-kawan. Hehe..
Banyak kedai 2 Riyal kat sini |
Cukup setakat jam 11.00 pagi kami meronda di sekitar kawasan hotel. Itu belum pergi kedai kat seberang jalan lagi. Esok lusa boleh explore kedai belah sana pulak. Dalam jadual kami akan bergerak ke Madinah pada 31 Disember 2016. Masih ada 5 hari lagi kami di Mekah. Bersyukur kerana flight kami diawalkan 3 hari dari tarikh sebenar dan kami dapat merasa duduk 9 hari di Mekah. Ikut jadual asal sepatutnya hari ni baru kami terbang dari Malaysia ke sini. Ada hikmahnya disebalik kena tambah bayaran pakej masa booking haritu. Untuk hari ni kami tak beli apa-apa lagi. Cuci mata dan survey harga dulu. Dah jadi kebiasaan bila ke luar negara shopping di hari terakhir. Kenalan saya yang pernah ke sini bagitau barang-barang yang dijual boleh ditawar dan lain kedai lain harga yang diberi untuk barang yang sama. Sebab tu kena survey dulu. Banyak juga penipuan dibuat oleh peniaga kat sini. Kat Tanah Haram pun nak tipu. Huhu.. Jangan ingat kat tempat suci semua peniaga jujur. Ada peniaga yang amik kesempatan. Tambah pulak jemaah kat sini datang dari seluruh dunia. Inilah peluang untuk dapat keuntungan. Maka berhati-hatilah bila membeli dan menawar di sini.
Kucing putih ni jinak dan menjadi tumpuan di Hera Hotel |
Jam 11.30 pagi kami ke masjid untuk solat Zohor dan stay sehingga masuk waktu Asar. Lepas solat Asar kami balik ke hotel kerana nak basuh baju. Baju yang kami bawak memang tak banyak. Tak muat beg kalau nak bawak baju selama 15 hari. Huhu.. Mulanya cadang nak hantar kat kedai dobi. Kami bertanya pada satu kedai dobi yang terletak di depan hotel. Harga dobi ikut helaian pakaian, bukan timbang berat. Sehelai dari 5.00SAR hingga 10.00SAR ikut pada jenis pakaian. Agak mahal juga. Hera Hotel ada menyediakan perkhidmatan dobi dan harga pun lebih kurang sama dengan kedai dobi di luar. Memang begitu kot harga semasa kat sini. Macam tak berbaloi je bayar banyak tu untuk sehelai t-shirt. Akhirnya kami amik keputusan untuk basuh sendiri dan sidai kat dalam bilik air dan tingkap. Janji kering. Hihi.. Harap tak kena tegur dengan pihak hotel sebab sidai baju kat tingkap.
Harga dobi di Hera Hotel |
Selesai urusan basuh baju, jam 5.15 petang kami ke masjid semula untuk solat Maghrib. Saya solat di luar masjid sebab lewat. Bila gate dibuka, saya masuk ke dalam masjid dan menunggu masuk waktu Isyak. Habis solat Isyak kami balik ke hotel untuk makan malam dan kemudian saya bersiap untuk naik bas ke Jabal Nur sementara wife saya akan ke masjid lewat malam sikit bersama mak dan kakak saya untuk mengerjakan tawaf sunat. Bas yang bawa kami dan jemaah lain ke Jabal Nur akan sampai jam 9.00 malam di jalan besar. Moga semuanya berjalan dengan lancar malam ni. Wallahualam..
No comments:
Post a Comment