Sunday, 7 May 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Persiapan Awal #3

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


# DUGAAN MELANDA DI SELEKOH TERAKHIR

Hari kedua terakhir sebelum saya bercuti, saya uruskan semua kerja yang penting di pejabat. Rasa tak senang duduk kalau bercuti dengan meninggalkan kerja yang belambak. Masa bercuti nanti mesti teringat punya. Huhu.. Dokumen dan fail penting saya dah serah pada kawan saya yang akan membantu masa ketiadaan saya nanti. Sedang mengemas meja saya terdengar orang bercerita tentang ketua unit saya yang baru ni. Dia dipinjamkan serta merta ke pejabat di Putrajaya. Maknanya saya akan kehilangan ketua unit yang kedua dalam masa tak sampai 8 bulan di unit ni. Huhu.. Lagi parah dibuatnya sebab kerja tengah banyak ni. Saya pulak akan bercuti panjang. Risau pulak saya dengan keadaan di unit saya walaupun ketua sektor saya macam takde perasaan je dengan situasi yang berlaku. Patutnya dia lah yang perlu risau sebab dia ketua. Huhu.. Nasihat dah diberi sejak dari dia masuk lagi. Tapi ibarat masuk telinga kiri dan terus keluar di telinga kanan. Langsung tak singgah walau seketika kat dalam telinga tu.

Sempat lagi beri taklimat sebelum bercuti. Kerja perlu diselesaikan..
Nak buat macam mana, saya terpaksa juga cuti pada 21 Disember 2016 dengan meninggalkan keadaan yang agak huru hara di pejabat. Walaupun cuti, setiap masa saya update dalam whatsapp dan berbincang dengan kawan-kawan yang akan membantu saya nanti. Maklumlah, kerja tu di unit saya. Ketua unit pulak tetiba berpindah dan ketua sektor masih baru lagi. Even saya sendiri masih belum full cycle setahun dalam unit ni. Kawan saya bagitau dalam whatsapp yang Pengarah sedang wujudkan satu team khas untuk uruskan kerja di unit saya. Nak dijadikan cerita, nama ketua unit lama saya yang diva tu dipanggil semula. Pengarah call saya pada pagi tu. Dia minta data dan status terkini tugas di unit saya. Sambil berikan data, saya amik kesempatan mohon maaf pada dia sebab terpaksa bercuti untuk umrah masa unit tengah busy. Dia takde masalah sebab boleh cari pengganti sementara hingga saya balik. Dia siap ucap selamat pergi dan pulang kat saya. Terima kasih Pengarah. Lega bila dia kata macam tu. Kalau dia ucap selamat pergi je takut ada double meaning sebab tempat saya dah ada pengganti. Huhu..

Meja dah kemas sebelum bercuti panjang

# CATATAN KENANGAN KURANG MANIS

Masuk waktu tengahari, saya dihubungi oleh ketua unit yang diva tu. Ingat dia nak mintak data ataupun ucap selamat jalan kat saya. Rupanya dia call sebab nak maki hamun saya. Macam-macam ayat makian yang tak sepatutnya keluar dari mulut seorang ketua especially perempuan. Sebelum ni saya tak pernah menjawab. Tapi kali ni saya dah tak boleh tahan sebab dia tuduh saya lari dari tanggungjawab kerja sedangkan saya ke umrah bawa mak saya. Tanggungjawab saya terhadap keluarga lebih dari segalanya. Family is always my first priority. Bila saya sakit atau mati satu hari nanti, kerja di pejabat akan ada pengganti tapi keluarga yang akan bersedih. Huhu.. Agak lama juga kami berdebat tapi akhirnya tetiba dia letak phone. Terkejut sebab saya menjawab kot. Di pejabat takde orang yang menjawab dengan dia. Bukan tak berani tapi malas nak layan. Sebab tu la dia rasa dirinya perfect. Huhu.. Apa-apa pun saya dah boleh standby bila masuk kerja nanti. Kuncu-kuncu dia dah tentu akan pandang serong pada saya. Takpelah, saya dah bersedia dengan apa yang bakal berlaku nanti. Saya pun malas nak amik port tentang isu politik kat pejabat ni. Kerja seikhlas hati. Mana yang boleh diabaikan, baik kita abaikan aje. Tak perlu pening kepala. Hehe..

Diva itu ada di dalam ini gambar. Hihi..

# FOKUS SEMULA KEPADA HARI YANG DITUNGGU

Saya cuba lupakan peristiwa yang berlaku dan fokus kepada tujuan sebenar. Tenangkan hati dan bersihkan jiwa. Tiada dendam di dalam hati. Sebenarnya dia seorang yang amat bagus dan komited dalam kerja. Cuma dia kurang guna penapis berkualiti apabila berkata-kata. Bila kerja bercampur emosi memang itulah jadinya. Huhu.. Di sana nanti saya akan mendoakan yang baik kepada semua dan mohon dijauhkan perkara yang tidak baik. Pada petang 21 Disember 2016, saya bersiap untuk jemput wife di pejabat. Dia tak amik cuti hari tu sebab baki cuti dia habis sampai akhir tahun. Dari pejabat wife saya, kami terus balik ke Kuantan. 3 orang anak saya awal cuti sekolah haritu dah hantar ke kampung. Hanya saya bertiga bersama wife dan Eirfan duduk di KL sepanjang cuti sekolah. Tujuan balik kampung untuk tengok anak-anak dan bawa mak bersama kakak saya ke balik ke KL. Keesokan harinya setelah mengucapkan selamat tinggal pada anak-anak, jam 11.00 pagi kami berempat balik ke KL. Kami sampai di KL jam 2.30 petang dan buat persiapan terakhir. Jangan ada barang penting yang tertinggal. Huhu..

Route rutin balik kampung di Kuantan, Pahang

# TUKARAN WANG ASING

Di sebelah petangnya saya dan wife keluar untuk tukar duit Saudi Arabian Riyal dan Omani Riyal. Sebenarnya bulan lepas lagi kami dah pergi ke beberapa money changer di area berdekatan rumah. Semua money changer yang kami pergi tak ada duit Omani Riyal, tapi ada yang boleh kami booking. Maklumlah, Oman bukan negara yang menjadi tumpuan pelancong seperti Europe. Tak ramai pun yang tukar duit OMR di money changer berbanding USD dan GBP. Kami bukannya nak tukar banyak sangat sebab ziarah separuh hari je di sana nanti. Jadi la ada duit sikit untuk beli souvenir. Nak tukar banyak pun takut sebab currency rate Omani Riyal amat tinggi!.. Huhu.. Matawang Oman adalah yang ketiga tertinggi di dunia selepas Kuwait dan Bahrain. Kami dapat 1OMR = RM11.00. Fuhh, mahalnya. Kami cuma tukar 30OMR je. Boleh pulak tokey money changer tu suruh kami tukar 100OMR. Kalau stay 2 hari kat Oman mungkin boleh difikirkan untuk tukar sebanyak tu. Matawang Arab Saudi boleh tahan lagi, 1SAR = RM1.20. Itupun kira tinggi juga tu. Dulu pernah 1SAR = RM0.90. Huhu.. Kalau dapat rate RM1.00 kan best, senang nak kira. Hehe..

Duit Saudi Arabian Riyal. Money changer takde duit kecik. Huhu..
Ini pulak duit Omani Riyal. Mahal nih.. Huhu..

# BERSEDIA SEBELUM KENA

Lepas selesai urusan tukar duit, kami ke farmasi untuk cari ubat tambahan. Kami tak amik 2 suntikan yang option tu, jadi kenalah standby apa yang patut. Daripada info yang saya cari, cuaca kat sana agak sejuk waktu kami di sana nanti dan berdebu kerana padang pasir. Risau juga kalau demam selsema dan batuk. Orang kata ramai jemaah umrah dan haji yang batuk bila balik Malaysia. Ada yang kata kalau tak batuk tu maknanya tak lengkap ibadah kat sana. Ada ke macam tu. Suka betul buat kenyataan yang bukan-bukan. Takde pun dalam buku panduan kata kena batuk baru sah umrah dan haji. Huhu.. Tradisi dan sebaran maklumat dari orang secara turun temurun la ni. Moga diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana nanti, insyaAllah..

Standby ubat yang penting

# MALAM TERAKHIR SEBELUM BERANGKAT

Balik rumah kami sambung mengemas beg. Saya agak penat sebab memandu siang tadi. Esok sebelum subuh dah nak berangkat ke KLIA. Abang Halim akan hantar kami pagi nanti. InsyaAllah cukup naik satu kereta dengan beg kami berempat sebab beg masih belun beranak lagi. Hehe.. Sampai ke lewat malam masih lagi mengemas. Tak boleh jadi, saya kena tidur juga walaupun sekejap. Takut mata berpasir bila matahari terbit nanti. Sebelum tidur saya maklumkan pada kawan-kawan dan saudara-mara dalam whatsapp memohon dimaafkan segala salah dan silap sepanjang perkenalan. Membersihkan jiwa dan bermaaf-maafan sesama saudara adalah sebagai persiapan diri untuk mengerjakan umrah. Moga dipermudahkan perjalanan pergi dan balik kami serta segala urusan di sana nanti. Wallahualam..

Selesai kemas barang. Harap takde yang tertinggal..

4 comments:

  1. kat area mane yg boleh tukar duit oman tu..sbb sy ad 100 omani riyal nk tukar duit malaysia..tp xtau kt mane boleh tukar..boleh tlg bgtau x kt mane boleh tukar duit tu? tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam siti musawirah,

      Saya tukar duit Omani Riyal kat Aeon Big Wangsa Maju (dulu Carrefour). Itupun saya kena order dulu sebab duit tu takde dalam stok katanya. Tapi saya cuma tukar OMR30 je dan ngam-ngam saya gunakan semuanya hingga tinggal sekeping not OMR1 dan Baisa sebagai simpanan kenangan. Jadi saya tak pasti di Aeon Big tu terima atau tak kalau kita nak tukar balik duit OMR kepada RM. Harap dapat membantu. Tq for reading my blog!.. :)

      Delete
  2. Salam siti musawirah..100 omani tu bersamaan dgn berapa rm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Norlita. 1 Omani Riyal waktu tu bersamaan dengan RM11.00. Tq for reading my blog walaupun saya tak kenal siapa Siti Musawirah tu :)

      Delete