Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
23 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ WY 0675 OMAN AIR
@ KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT
@ MASJIDIL HARAM
Jam 1.50 petang Gate 3 dibuka. Kami beratur untuk naik shuttle bus menuju ke kapal terbang. Trip yang kedua baru kami dapat naik shuttle bus. Hanya kumpulan kami je yang memakai pakaian ihram. Masa salin baju kat surau airport tadi dah final check tak pakai apa-apa yang berjahit di badan. Hanya mengenakan 2 helai kain ihram beserta tali pinggang khas untuk umrah. Kalau ada part yang tak selesa di badan, boleh la pakai kain cawat khas tanpa jahitan yang juga ada dijual di kedai umrah. Tak pakai pun takpe, hanya pilihan. Kalau tengok kat kedai umrah, memang banyak benda yang boleh dibeli, tapi tak semuanya wajib.
|
Bersedia untuk ke Tanah Suci |
@ WY 0675 OMAN AIR
Flight kali ni kecik sikit dari tadi. Sebaris cuma 6 seat je berbanding flight sebelum ni 8 seat. Mungkin kerana perjalanan dari Muscat ke Jeddah tak sejauh dari KL ke Muscat. Tiket kami sama juga macam pagi tadi, masing-masing dapat seat berjauhan. Khidmat pakcik cool diperlukan untuk menyusun kedudukan kami. Hehe.. Alhamdulillah, semua dapat duduk bersama pasangan. Ustaz Zool duduk di sebelah saya. Bukan setakat tu aje. Rupanya dia juga akan duduk bilik yang sama dengan saya dan Saiful di Mekah dan Madinah nanti. Alhamdulillah, boleh la dapat banyak info dan bantuan dari dia. Harap dia tak kedekut ilmu. Maklumlah, blogger macam saya ni memang kena banyak bertanya untuk dapat informasi penting. Malu bertanya sesat jalan la jawabnya. Hehe..
|
Dapat duduk di seat 36E. Walaupun sempit sikit tapi agak selesa. Alhamdulillah.. |
Tepat jam 2.35 petang, flight WY 0675 Oman Air mula berlepas. Lihat di tingkap, yang kelihatan cuma padang pasir yang luas. Macamana currency Oman boleh tinggi sedangkan lebih separuh tanahnya adalah padang pasir. Dah tentu minyak punya pasal membuatkan ianya menjadi negara yang kaya dan stabil. Tak perlu pun bangunan tinggi mencakar langit, yang penting banyak kebajikan diberikan pada rakyatnya. Nanti masa half-day tour saya nak tanya macam-macam pasal Oman kat tour guide. Sesi menambah ilmu pengetahuan. Hihi.. Salah sorang stewardess yang ada dalam flight kami adalah orang Malaysia. Ustaz Zool yang duduk kat belah lorong banyak juga bertanya pada dia. Boleh tahan juga ustaz ni. Hehe.. Stewardess tu baru je sebulan kerja dengan Oman Air. Baguslah, merantau di negara orang cari pengalaman kerja. Kalau la saya diberi peluang untuk bekerja di luar negara, teringin juga tapi kena la bawak satu family. Pernah mintak nak jadi Atase Pendidikan, tapi apakan daya. Skill insyaAllah ada tapi 'kenalan' di bahagian je yang takde. Tau dah takkan dapat tapi saje je hantar permohonan. Kira takde rezeki nak dapat kerja jadi atase. Huhu..
|
Bersama Ustaz Zool Ihsan, mutawwif kami |
|
Bersedia untuk berlepas.. |
|
Pemandangan dari atas. Warna perang padang pasir yang banyak. Huhu.. |
|
Jemaah Umrah diberikan Umrah Arrival Card untuk diisi sebelum mendarat di Jeddah |
Penerbangan dari Muscat ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 3 jam. Waktu di Arab Saudi adalah GMT+3, beza sejam lewat dari di Oman dan 5 jam lewat dari di Malaysia. Kenalah set jam balik supaya senang nanti nak call anak-anak bertanya khabar. Takut tak sedar call waktu diorang tengah tidur. Huhu.. Saya amik kesempatan berborak dengan Ustaz Zool bertanyakan tentang diri dia dan juga perjalanan umrah. Ustaz Zool masih muda dan baru berkahwin. Ini adalah trip ke-5 dia menjadi mutawwif di Andalusia. Baguslah, banyak kali dah dia mengerjakan umrah. Tengah seronok berborak, baru sejam dalam flight kami dihidangkan makanan. Alhamdulillah makanan yang diberi amat sedap. Berselera sungguh saya makan. Kena ada tenaga untuk mengerjakan umrah bila mendarat di Jeddah nanti.
|
Jemput makan ye.. |
Selesai makan, kami menunggu masa untuk sampai di kawasan miqat. Dalam flight info ada dinyatakan lokasi untuk miqat. Ada banyak lagi lokasi untuk bermiqat di sekeliling Tanah Haram. Maksud miqat adalah garis sempadan di Tanah Haram bagi ibadah haji dan umrah. Para jemaah perlulah memakai pakaian ihram dan memasang niat apabila melintasi sempadan miqat. Setelah niat kenalah patuh pada 13 pantang larang dalam berihram. Jika melanggar pantang larang maka akan dikenakan denda atau dam mengikut pada kesalahan yang dilakukan. Bagi perempuan digalakkan untuk niat ihram bersyarat kerana khuatir jika uzur ketika beribadah di Tanah Haram.
|
Ada maklumat tentang miqat di flight info |
|
Lokasi miqat Umrah dan Haji (ihsan Google Images) |
@ KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT
Jam 4.30 petang waktu Arab Saudi, kami dah hampir untuk mendarat di Jeddah. Tepat jam 4.40 petang flight WY 0675 Oman Air telah mendarat dengan selamatnya di King Abdulaziz International Airport. Kami bersiap untuk keluar dari flight. Sama seperti di Muscat, kami kena naik shutle bus untuk masuk ke dalam terminal. Tetiba bas berhenti di satu tempat dan kami tidak dibenarkan keluar. Kelihatan driver keluar dari bas dan menghubungi seseorang. Mungkin keadaan agak sesak di dalam terminal membuatkan kami kena stay dulu dalam bas. Dalam 15 minit juga kami menunggu. Akhirnya bas bergerak semula dan turunkan kami di tangga masuk ke terminal. Mak saya juga terpaksa gagahkan diri untuk naik tangga. Huhu.. Saya ada terbaca tentang urusan para jemaah ketika di sini. Ada yang ambil masa yang agak lama untuk melepasi imigresen, ditambah dengan keadaan yang agak crowded. Tapi itu mungkin semasa musim haji kot sebab time tu semua jemaah dari seluruh dunia datang ke sini. Harap takdelah kami tersangkut lama kat sini. Moga dipermudahkan urusan kami.
|
Flight Route: From Muscat International Airport to King Abdulaziz International Airport |
|
Kelihatan penempatan di bumi Jeddah, Arab Saudi |
Bila dah berada di dalam terminal, tak nampak pulak orang ramai. Suasana amat lengang. Yang ada cuma penumpang dari flight kami. Nampaknya dapatlah kami berurusan dengan cepat di kaunter imigresen dan kastam di sini. Kaunter ada banyak tapi hanya dua je yang buka. Bila melihatkan kumpulan kami sampai, mereka buka lagi beberapa kaunter. Kami beratur dan menunggu giliran. Alhamdulillah, semua urusan jemaah di kaunter imigresen berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah. Seterusnya kami menuju ke baggage claim area untuk mengambil beg kami yang berpisah sejak dari di KLIA lagi. Rupanya beg kami dah sedia dikumpulkan bersama beg jemaah lain. Alhamdulillah takde beg kami yang hilang atau termasuk dalam flight lain. Hihi..
|
Siap sedia keluarkan dokumen untuk diperiksa |
|
Suasana di dalam terminal. Hanya penumpang dari flight kami je yang ada. |
Kami keluar dari terminal dan mengikut mutawwif menuju ke tempat bas. Sementara menunggu bas sampai, kami solat berjemaah di tempat yang disediakan. Jam 5.45 petang dah masuk waktu maghrib di sini. Cuaca pun dah mula gelap. Selesai solat berjemaah, kelihatan bas sudah menunggu ketibaan kami. Driver bas bantu masukkan beg di bawah bas. Kami terus naik ke dalam bas dan saya duduk di barisan depan sekali supaya dapat view untuk bergambar. Saya harap setiap kali naik bas dapatlah saya duduk depan. Nampaknya kenalah masuk dulu setiap kali naik bas. Takkan la nak bagitau kat jemaah lain seat depan sekali saya punya. Hihi.. 15 minit kami menunggu sehingga semua jemaah dah ada dalam bas. Jam 6.30 petang kami memulakan perjalanan ke Mekah. Kejap lagi saya akan dapat melihat Kaabah di depan mata. Tak tau apa perasaan di hati bila melihatnya nanti. Teruja, terharu atau menangis, hanya Tuhan saja yang tahu. Moga dikuatkan semangat untukku beribadah di depan Kaabah, tempat yang menjadi tumpuan umat Islam di seluruh dunia. Terima kasih atas jemputanMu Ya Allah..
|
Dah senja. Waktu Maghrib pun dah masuk |
|
Kami yang terawal naik bas. Hehe.. |
Jarak dari airport menuju ke Masjidil Haram hampir 100 km dan perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah untuk sampai. Bas menyusuri jalan highway yang gelap. Dari jauh kelihatan menara jam tinggi yang terletak di Masjidil Haram. Nampak je menara jam tu maknanya kami dah makin hampir dengan destinasi kami iaitu Hera Hotel. Jam 8.35 malam kami sampai di kawasan hotel dan bas perlu buat u-turn dulu. Untuk sampai ke tempat u-turn tu pun dah jem. Bukan setakat jem kerana kenderaan yang banyak, tapi ditambah dengan jemaah yang berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram. Selepas u-turn, bas berhenti di tepi jalan kerana hotel kami terletak di lorong kecil dan bas tak boleh nak masuk. Nasib baik Hera Hotel ni tak ke dalam sangat kedudukannya. Takdelah kena berjalan jauh sampai ke hujung lorong. Huhu.. Selesai urusan check-in, kami terus naik ke Tingkat 7 dan masuk ke dalam bilik untuk bersiap-siap bagi mengerjakan umrah kali pertama pada malam ini juga. Jam 9.30 malam kami berkumpul di bawah bersama jemaah yang lain. Setelah semua jemaah dah ada, kami mulakan perjalanan ke Masjidil Haram sambil dipandu oleh Ustaz Zool. Maka bermulalah pengalaman pertama kami dalam mengerjakan umrah di Tanah Suci.
|
Bus Route: From King Abdulaziz International Airport to Hera Hotel, Makkah |
|
Dari jauh boleh nampak menara jam ni |
|
Kawasan di sekitar hotel agak sesak dan penuh dengan manusia |
|
Bilik kami di Tingkat 7 Hera Hotel |
@ MASJIDIL HARAM
Sebelum masuk ke dalam Masjidil Haram, Ustaz Zool memberikan penerangan tentang perjalanan umrah. Kami akan ikut pergerakannya dari belakang. Berkemungkinan ada jemaah akan terputus dari kumpulan sebab agak ramai jemaah yang melakukan tawaf. Orang negara lain lagi besar saiznya dari orang Malaysia. Huhu.. Andai berpecah, Ustaz Zool berikan lokasi untuk berkumpul sebelum memulakan Sa'i di Bukit Safa dan Marwah. Pihak Masjidil Haram ada sediakan plastik untuk menyimpan kasut masing-masing. Ada jemaah yang tinggalkan je kasut di ruang luar Masjidil Haram dan ada juga yang membawanya masuk kerana terdapat rak kasut yang disediakan di dalam. Sebaik-baiknya bawa masuk kasut kerana lantai di Masjidil Haram akan dibersihkan secara berkala dan berterusan. Jadi kalau ada kasut atau selipar yang ditinggalkan di luar, mereka akan tolak sekali kasut yang ada kat situ. Jenuh nak mencari nanti. Huhu..
|
Kedudukan Hera Hotel dan Masjidil Haram |
|
Pandangan satelit Masjidil Haram dari Google Maps |
Banyak pintu untuk masuk ke dalam masjid dan setiap pintu mempunyai nama dan nombor. Untuk memudahkan pergerakan, ingat nombor atau nama pintu yang kami masuk supaya senang mencari jalan untuk keluar nanti. Ruang solat di dalam Masjidil Haram amatlah besar. Di bahagian tengah masjid kelihatan Kaabah dan ramai jemaah sedang melakukan tawaf. Sukar untuk digambarkan perasaan apabila pertama kali melihat Kaabah di depan mata. Sebelum ni hanya tengok kat dalam tv atau internet je. Rasa macam mimpi pun ada juga. Huhu.. Alhamdulillah, bersyukur sangat bila diberi peluang untuk melihat dan mengelilingi Rumah Allah. Inilah kiblat bagi umat Islam seluruh dunia solat setiap hari. Doa melihat Kaabah dibaca dan kami berjalan berkumpulan masuk ke kawasan tawaf. Penanda tawaf bermula dari lampu berwarna hijau yang tergantung di dinding masjid. Boleh nampak dengan jelas dari kawasan tawaf sebab ada beberapa lampu diletakkan di situ. Maka perjalanan umrah pertama kami pun bermula. Ketika umrah berlangsung saya langsung tak mengambil gambar kerana ingin fokus dalam beribadah. Selesai semuanya baru kami bergambar kenangan.
|
Peta Masjidil Haram. Boleh la rujuk dalam internet untuk lebih jelas (Ihsan Google Images) |
Jam 11.30 malam kami selesai mengerjakan umrah. Seterusnya kami bergambar kenangan. Sebelum ke sini saya terfikir juga, boleh ke ambil gambar atau selfie di depan Kaabah atau mana-mana ruang di dalam Masjidil Haram? Ada unsur riak ke di situ? Jawapan yang saya dapat hasil dari bertanyakan kepada pihak Andalusia dan Ustaz Zool, bergambar di Kaabah atau tempat di sekitar Masjidil Haram bukanlah satu perbuatan yang berdosa. Takkan jatuh riak selagi empunya badan tidak berlagak dan menunjukkan kesombongannya. Selama saya travel ke luar negara, saya tidak pernah suka-suka berkongsi atau menjual cerita kepada kenalan melainkan jika mereka bertanya. Blog saya ni pun saya tak cerita kepada semua. Hanya yang betul faham apa itu erti travel je yang saya share sebab diorang lebih memahami. Kalau yang tak pernah travel selalunya akan kata kita ni berlagak. Jadi, untuk menjaga persahabatan sesama kenalan, saya cuma kongsikan blog saya ni kepada yang betul-betul berminat je. Tujuannya hanya untuk bagi info dan maklumat yang boleh diorang refer bila travel nanti. Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya. Saya hanya membantu mana yang termampu. Jika rasa kandungan blog ni berguna, dipersilakan share kepada yang berkenaan. Hihi..
|
Alhamdulillah, bersyukur kepadamu Ya Allah.. |
|
Bergambar kenangan bersama rakan dan keluarga |
Apa yang membuatkan saya kagum, sepanjang perjalanan umrah mak saya langsung tak perlukan bantuan kerusi roda. Saya tanya jika mak tak larat nak berjalan terutamanya ketika lakukan Sa'ie. Tapi rupanya mak saya dapat lakukan dengan berjalan perlahan-lahan. Kuat semangat mak saya walaupun sebenarnya dia tak berapa larat nak berjalan jauh. Saya ambil peluang untuk melihat kawasan sekitar di dalam masjid. Tengah berjalan tetiba kami dipintas oleh beberapa pekerja masjid yang membawa jemaah berkerusi roda. Rupanya ruang atas di bahagian dalam masjid adalah untuk jemaah berkerusi roda melakukan tawaf. Patutlah nampak satu atau dua je orang berkerusi roda yang tawaf di bawah. Itupun di ruangan pusingan yang paling hujung sebab berhampiran Kaabah amat padat dengan jemaah yang berjalan kaki. Tambah lagi sesak bila ada jemaah yang pintas masuk untuk pergi ke dinding Kaabah. Habis dilanggarnya semua jemaah yang sedang tawaf. Walaupun bersesak, bahu kiri tetap di kedudukan menghadap dinding Kaabah. Boleh batal tawaf jika bahu bergerak ke arah lain. Alhamdulillah perjalanan umrah kami yang pertama dah selesai. Moga dipermudahkan untuk umrah yang berikutnya. Wallahualam..
|
Alhamdulillah, mak masih kuat berjalan.. |
|
Laluan tawaf bagi yang berkerusi roda |
No comments:
Post a Comment