Thursday, 1 June 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 06 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
28 DISEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
@ ABRAJ HYPERMART


Pagi ni saya bangun jam 4.30 pagi, sama seperti hari-hari sebelumnya. Terkejut juga saya boleh bangun dengan sendiri. Selalunya wife yang kejutkan saya. Huhu.. Kat rumah saya selalu buat kerja sampai tengah malam dan tidur paling cepat pun pukul 1.00 pagi. Standard waktu tidur saya di rumah jam 2.00 pagi. Itupun dah baring tapi mata tak boleh lelap. Tak tau pukul berapa sebenarnya saya tertidur. Huhu.. Saya bersiap untuk solat Subuh di masjid. Balik dari masjid saya duduk di luar hotel. Setiap pagi ada orang menjual kat jalan depan hotel ni. Selalunya penjual yang bawa kain bunjut atau troli berisi pakaian. Jual secara illegal, agak line clear diorang akan meniaga di tepi jalan. Maka ramailah jemaah yang baru balik dari masjid datang berkerumun depan dia memilih pakaian. Kadang-kadang lori kecik yang menjual macam-macam barang seperti pakaian, mainan dan buah-buahan pun join sekali. Bila rasa macam ada penguatkuasa nak datang, bergegas diorang angkat semua barangan jualan. Yang dah amik baju tapi tak bayar lagi terpaksa la ikut dia sekali. Tak pasti pulak kalau ada yang tak bayar. Hihi.. Agak murah juga pakaian yang dijual. Kena la pandai mencari mana-mana pakaian yang menarik. Kalau minat terus amik dan bayar. Letak balik mesti dah ada orang lain sambar. Huhu..

Shopping jubah murah di pagi hari
Waktu urusniaga penjual ni kejap je. Jam 7.00 pagi dah mula meniaga kat tepi jalan. Paling lama setengah jam. Itu pun kalau penguatkuasa tak datang. Hihi.. Bila semua peniaga dah lari ke tempat lain, kami naik ke dewan makan untuk breakfast. Pagi ni ada ceramah agama di dewan makan dan taklimat berkaitan tawaf wida'/wada' iaitu tawaf selamat tinggal yang akan kami buat di hari terakhir kami di Mekah. Kena faham betul-betul tentang tawaf wida' ni sebab ada pantang larang khas yang perlu dipatuhi. Setelah habis ceramah dan taklimat, jemaah group kami diminta tunggu sebentar untuk taklimat berikutnya berkenaan program pada hari ni. Jam 2.30 petang ni kami akan melawat muzium Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi. Seterusnya kami akan melawat Masjid Hudaibiyah. Kepada jemaah yang nak buat umrah sendiri boleh la bawa kain ihram sekali kerana Masjid Hudaibiyah juga adalah salah satu tempat miqat umrah.

Mendengar ceramah agama di dewan makan
Kami amik keputusan untuk tidak buat umrah persendirian hari ni sebab petang ni cadangnya nak berjumpa dengan saudara kami iaitu jiran lama kami yang menetap dan bekerja di Mekah. Semalam saya berborak dengannya melalui whatsapp dan dia nak datang ke sini pada petang ni untuk berjumpa mak saya. Selesai taklimat, saya dan wife berjalan di dalam Abraj Al-Bait Shopping Center sambil menunggu masuknya waktu Zohor. Selain jubah dan pakaian, kami juga teringin nak tengok perfume Made in Arab. Banyak kedai perfume kat dalam ni. Tak ada satu pun brand perfume yang saya pernah dengar. Bila cuba beberapa jenis perfume, ada juga bau yang menarik perhatian kami. Stok perfume kami kat rumah memang tak pernah putus. Perfume Annick Goutal yang kami beli kat Paris tahun lepas pun masih ada yang tak guna. Huhu..

Inilah laluan kami setiap kali ke masjid
Pemegang kad ATM Al-Rajhi boleh withdraw duit kat sini. Hihi..
Tambah stok perfume dari Arab pulak. Hihi..
Cukuplah sorang satu perfume sebagai syarat beli di Mekah. Ikutkan kedai kat luar lagi banyak jual perfume. Yang botol kecik tu siap buat souvenir lagi. Macam-macam jenis perfume ada. Tapi bila tengok kat kotak perfume mesti ada tulisan Made in China. Hebat product China ni. Sampai kat Tanah Haram pun diorang boleh supply barang. Huhu.. Kami naik ke tingkat atas. Sejak sampai sini belum pernah lagi tengok kedai kat belah atas. Rupanya banyak kedai makan kat atas ni. Kerusi dan meja pun belambak. Huhu.. Satu floor penuh dengan restoran. Daripada fast food seperti KFC dan Burger King sampai la restoran nasi Arab. Suasana pun takde la crowded sangat kat sini berbanding orang beratur panjang kat restoran luar. Mungkin orang malas nak naik ke tingkat atas sebab nak kejar masa masuk ke dalam masjid.

Macam-macam restoran ada kat atas ni
@ ABRAJ HYPERMART

Kami naik eskalator ke Tingkat 4 yang hanya menuju ke hypermart yang baru dibuka iaitu Abraj Hypermart. Besar sungguh hypermart ni. Tak cukup kalau setakat sejam dua meronda kat dalam ni. Saya bukannya nak shopping pun. Jalan-jalan amik feel je. Hihi.. Paling kuat pun tengok harga barang dan compare dengan harga di Malaysia. Boleh dikatakan mahal juga barang harian yang dijual kat sini. Antara yang paling ketara ialah keropok Pringles. Harga satu Pringles kat sini boleh beli dua kat Malaysia, siap dapat baki lagi. Huhu.. Tapi coklat kat sini ada juga yang murah. Ada banyak jenis coklat yang tak dijual di Malaysia. Boleh la nak cuba merasa. Takkan la kat sini nak beli Snickers jugak. Hihi.. Selain barang harian, boleh dikatakan semua benda ada dijual kat sini. Souvenir pun banyak. Geram je tengok sejadah yang tebal dan gebu kat sini. InsyaAllah kusyuk bila dapat solat atas sejadah yang tebal dan empuk. Ada satu sejadah tu siap boleh dijadikan tempat untuk bersandar. Macam-macam design ada. Kalau dah beli tu jangan la dijadikan perhiasan atau tersidai lama kat ampaian tak digunakan. Huhu..

Hypermart baru.. Luas dan bersih. Segar mata memandang. Hihi..
Tak sampai sejam kami meronda dalam Abraj Hypermart. Kami nak masuk awal ke dalam masjid menunggu masuknya waktu solat Zohor. Selesai zolat Zohor kami berjalan balik ke hotel untuk makan tengahari. Lepas makan kami naik ke bilik untuk berehat seketika sebelum turun semula untuk aktiviti ziarah. Ada jemaah yang bawa kain ihram bersama untuk buat umrah persendirian. Sebelum ke Masjid Hudaibiyah, kami akan singgah di muzium dulu. Moga mendapat pengalaman dan ilmu baru tentang Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi bila berada di muzium nanti. Wallahualam..

Setiap kali balik dari masjid saya mesti berhenti kejap di sini

No comments:

Post a Comment