Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
28 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ EXHIBITION OF TWO HOLY MOSQUES
@ MASJID HUDAIBIYAH
Jam 2.20 petang saya dah turun di lobi hotel. Setelah semua jemaah dah ada, kami bergerak ke jalan besar untuk naik bas. Ziarah kali ni adalah pilihan, sama seperti mendaki Jabal Nur untuk melawat Gua Hira' haritu. Jemaah yang tak nak pergi boleh buat aktiviti masing-masing di hotel ataupun ada yang nak naik teksi berjalan di luar Kota Mekah. Kepada yang nak ikut dikenakan bayaran 15.00SAR setiap seorang. Ikut pada style saya yang suka buat sendiri, boleh je kalau nak sewa teksi untuk ke muzium dan Masjid Hudaibiyah. Tapi kalau kami berempat naik satu teksi mungkin kosnya agak tinggi juga. Lagipun saya tak study langsung tentang public transport kat sini. Takpelah, kita ikut je seperti yang telah ditetapkan oleh Andalusia. Mungkin bayaran yang dikenakan tu untuk sewa bas ke sana. Demi mendalami sejarah Islam, kami tak kisah pun berapa bayaran yang dikenakan. Bukan apa, ada satu family dalam group kami nampak macam tak berminat nak join sebab kena buat bayaran tambahan. Itu hak masing-masing. Tengok pada gaya rasanya family tu dah banyak kali datang ke sini. Mungkin diorang dah pernah ke sana sebelum ni.
|
Pekerja Hera Hotel tengah hantar makanan ke dewan makan |
Tepat jam 2.30 petang kami dah ada kat dalam bas. Destinasi pertama kami adalah ke muzium Exhibition of Two Holy Mosques. Dalam perjalanan Ustaz Zool memberikan penerangan tentang muzium yang bakal kami lawat kejap lagi dan juga beberapa makluman tentang aktiviti lain. Sebenarnya group kami kira beruntung sebab ada tambahan 3 hari di Mekah. Boleh beribadah sebanyak mana yang termampu. Peluang yang ada jangan dipersiakan. Group jemaah umrah lain yang menginap di Hera Hotel silih berganti, tapi kami masih lagi ada di sini. Banyak kenalan baru saya dapat bila duduk berborak di luar hotel. Apa-apa pun, dah 6 hari kat sini saya langsung tak fikir tentang kerja di pejabat. Fikir pun buat pening kepala je. Saya tau sekarang ni tengah sibuk di pejabat. Huhu.. Moga semuanya berjalan dengan lancar masa ketiadaan saya dua minggu ni.
|
Pemandangan biasa di sini |
|
Bus Route: From Hera Hotel to Exhibition of Two Holy Mosques |
@ EXHIBITION OF TWO HOLY MOSQUES
Jam 2.50 petang kami sampai di muzium. Kelihatan banyak bas dan jemaah di perkarangan muzium. Cuaca agak panas petang ni. Di luar muzium ada disediakan bekas air zamzam. Kami masuk ke dalam muzium. Ada seorang ustaz dari Andalusia sedang memberikan taklimat tentang muzium. Antara yang dipamerkan adalah gambar keadaan Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi pada zaman dulu dan juga cadangan rupabentuk masjid pada zaman akan datang. Barang-barang perhiasan lama dan bersejarah juga disimpan di sini. Antara yang menarik perhatian adalah pameran perigi zamzam dan juga kunci pintu Kaabah pada zaman dulu. Nak cerita satu-persatu takkan habis rasanya. Jadi kami amik gambar mana yang sempat sebagai kenangan.
|
Di luar muzium |
|
Mendengar penerangan dari staff Andalusia |
|
Barang bersejarah dari masjid dijaga dengan baik dalam muzium ni |
|
Frame Hajar Aswad dan kunci Kaabah menjadi tumpuan |
|
Ukiran kalimah di batu juga dipamerkan di sini |
|
Perigi zamzam |
Tak sampai sejam pun kami berada di dalam muzium ni. Jam 3.30 petang kami dah naik bas untuk ke destinasi berikutnya. Saya nampak kandang unta di tepi jalan tapi tak sempat nak snap gambar. Tak dapat nak melawat ladang unta, dapat tengok unta tepi jalan pun jadi lah. Yang penting tengok unta live depan mata, bukan video kat dalam internet. Hehe.. Perjalanan dari muzium ke Masjid Hudaibiyah mengambil masa setengah jam. Tepat jam 4.00 petang kami sampai di Masjid Hudibiyah. Kelihatan banyak bas parking di kawasan tepi masjid dan ramai jemaah berpakaian ihram. Group kami juga ada beberapa keluarga yang akan mengerjakan umrah persendirian.
|
Tak sempat nak amik gambar unta tepi jalan. Huhu.. |
@ MASJID HUDAIBIYAH
Hudaibiyah adalah sebuah daerah padang pasir yang luas dan nama Hudaibiyah adalah datangnya dari seorang lelaki yang menggali telaga di situ. Kesan masjid yang asal masih ada lagi di belakang masjid baru. Yang tinggal hanya beberapa dinding masjid yang dibina dari susunan batu-batu gunung. Di sinilah berlakunya satu peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu Perjanjian Hudaibiyah di antara kaum muslimin Madinah dan musyrikin Mekah. Perjanjian ini berlaku di bawah pohon Hadba'. Pohon ini telah ditebang semasa pemerintahan Umar bin Khattab kerana umat Islam menyalahgunakannya dengan menyembah pohon ini untuk mengambil berkat. Perjanjian ini terjadi sewaktu rombongan Rasulullah SAW ingin mengerjakan ibadah umrah dan dihalang oleh golongan kaum musyrikin Mekah. Salah satu daripada 5 isi perjanjian adalah genjatan senjata selama 10 tahun antara Mekah dan Madinah, namun hanya bertahan selama 2 tahun sahaja. Walaupun secara keseluruhannya perjanjian ini lebih memihak kepada kaum Quraisy tetapi jangka masa panjang ia menguntungkan orang Islam. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perjanjian Hudaibiyah ini boleh la rujuk di portal dan laman web tentang sejarah Islam.
|
Bus Route: From Exhibition of The Two Holy Mosques to Masjid Hudaibiyah |
|
Kesan tinggalan Masjid Hudaibiyah yang asal |
Selesai melihat tapak asal masjid, saya masuk ke dalam masjid baru untuk mengerjakan solat Asar berjemaah. Keadaan agak sesak di luar masjid kerana ramai jemaah beratur untuk ambil wudhuk. Habis solat, sebelum naik bas saya berjalan melihat kawasan di sekitar masjid. Terdapat bangunan kedai runcit di sebelah masjid dan gerai menjual kurma. Jam 4.30 petang kami meninggalkan Masjid Hudaibiyah menuju ke Tanah Haram. Bersyukur kerana berpeluang untuk menziarah Hudaibiyah, tempat berlakunya salah satu peristiwa penting yang bersejarah bagi umat Islam. Alhamdulillah..
|
Kenangan di Masjid Hudaibiyah |
Kami sampai di hotel jam 5.15 petang. Jiran lama kami akan datang ke hotel selepas Maghrib. Jadi kami hanya solat Maghrib dan Isyak di surau hotel. Lepas Maghrib saya dapat call dari dia. Dia mintak kami naik teksi ke satu tempat di luar Kota Mekah untuk berjumpa. Katanya susah dia nak datang ke sini sebab jalan sesak. Lain pulak perancangannya. Mak saya tak larat nak berjalan. Kami manalah tau camna nak naik teksi keluar dari sini. Takut kena tipu dengan teksi pun satu hal juga. Kang tempat lain pulak yang dibawanya. Huhu.. Patutnya dia kena la datang ke hotel kami. Nampaknya takde rezeki untuk kami berjumpa. Bila dah confirm dia tak datang, jam 8.30 malam saya dan wife berjalan ke Masjidil Haram.
|
Supper dulu di dewan makan |
Kat sini tak kira siang dan malam, 24 jam jemaah beribadah. Cuma bergantung pada badan penat dan mata mengantuk je. Itu pun ramai jemaah yang tidur di dalam dan di perkarangan masjid. Setiap kali habis solat fardhu di sini, akan diadakan solat jenazah. Solat di sini takde bacaan doa selepas solat dan takde bacaan doa qunut dalam solat Subuh kerana mazhab di sini berbeza dengan di Malaysia. Masa mula-mula sampai di sini agak kekok juga sebab dah jadi kebiasaan doa qunut dan doa selepas solat. Tapi boleh je nak berdoa secara sendiri kat sini. Dah pukul 10.30 malam pun masih ramai jemaah yang sedang bertawaf.. Itulah keajaiban dan kelebihan berada di Masjidil Haram. Amat rugi kalau tak beribadah seperti membaca Al-Quran, solat dan tawaf sunat ketika berada di sini. Alhamdulillah..
|
Melihat Kaabah dari dalam bangunan masjid |
|
Keadaan ketika jam 10.30 malam |
Jam 11.00 malam perut mula terasa lapar. Tadi tak turun makan malam, hanya makan bubur jagung dan air teh panas. Kami berjalan ke bangunan Al Safwa Towers yang terletak di sebelah Abraj Al-Bait. Belum pernah masuk lagi dalam bangunan ni. Restoran Felda D'Saji ada kat sini. Masih buka lagi rupanya. Tak pasti pukul berapa restoran dan kedai kat sini tutup. Jemaah sentiasa je ramai. Malam ni saya teringin nak makan nasi arab lagi, tapi cuba di kedai lain pulak. Tengok kedai mana yang paling ramai beratur, kami pun join sekali. Mungkin sedap kot nasi arab dia. Hihi.. Lepas beli kami cadang nak makan di luar sambil melihat suasana perkarangan masjid. Ramai juga jemaah yang duduk bersila dan makan beramai-ramai sambil berborak. Kami jumpa meja kosong di eskalator dan makan nasi arab yang sungguh sedap. Alhamdulillah kenyang kami malam ni.
|
Kita tengok apa yang ada kat dalam Al Safwa Towers ni |
|
Malaysian Restaurant kepunyaan Felda D'Saji ada di sini |
|
Peroi sungguh nasi arab dia. Amat sedap. Jemput makan ye.. |
Jam 11.50 malam kami berjalan balik ke hotel. Cuaca agak sejuk malam ni. Tapi alhamdulillah setakat ni belum pernah merasa hujan kat sini. Waktu siang pun tak berapa panas sangat sebab hujung tahun. Memudahkan pergerakan jemaah untuk beribadah di sini. Sampai di hotel kami terus masuk ke bilik dan tidur untuk menjalani ibadah hari ke-7 kami di Mekah esok. Moga dipermudahkan semuanya. Wallahualam..
|
Adakalanya agak sesak di sini sebab ada jalan depan ditutup |
No comments:
Post a Comment