Friday, 23 June 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 07

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
29 DISEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR TANAH HARAM


Pagi ni saya bangun jam 4.30 pagi dan terus bersiap untuk solat Subuh di masjid. Selesai solat saya balik ke hotel untuk breakfast dan kemudian duduk di luar hotel melihat keadaan biasa waktu pagi di sini. Apa lagi kalau bukan suasana orang meniaga di tepi jalan. Ada je peluang mesti diorang ni berniaga. Agak-agak ada penguatkuasa datang diorang pun pergi dari situ dan jual kat tempat lain pulak. Tegar sungguh peniaga kat sini. Hihi.. Di sini rokok tidak dibenarkan dijual secara terbuka di kedai. Tapi ada je nampak orang yang hisap rokok. Jualan secara underground katanya. Huhu.. Rupanya hampir setiap kedai runcit ada menjual rokok, cuma takde display je. Kene cakap kat tokey kedai, barulah dia keluarkan. Kena guna taktik menjual dan membeli. Hehe.. Hari ni kami takde program selain slot ceramah selepas Isyak nanti. Jadi kami bercadang untuk jalan-jalan melihat kedai di kawasan sekitar dan ke masjidil haram untuk solat. Kalau diikutkan jadual asal, sepatutnya kami dah berangkat ke Madinah kerana pakej kami hanya 6 hari di Mekah. Ini lah rezeki namanya dan peluang untuk beribadah sebanyak mungkin di sini. Alhamdulillah..

Hari ni program jalan-jalan di sekitar hotel
Kami mulakan perjalanan ke arah lorong-lorong kecil di belakang hotel. Rupanya lagi banyak kedai jualan kat sini. Yang rambang mata dan iman tak kuat maka bersedialah untuk habiskan duit kat sini. Huhu.. Nasib baiklah kami tak bawak banyak duit. Hanya untuk beli kelengkapan kami dan anak-anak. Untuk souvenir boleh la cari kat kedai 2 atau 3 riyal. Banyak juga pilihan barang untuk dijadikan souvenir. Antaranya sudah tentu perfume botol kecik dan juga tasbih serta kopiah. Daripada hari pertama hingga ke hari ni, barulah kali ni kami mula membeli. Tinggal hari ni dan esok je nak membeli. Lusa dah nak ke Madinah. Lepas buat tawaf wida' dah tak boleh nak membeli lagi dan kena terus tinggalkan Tanah Haram.

Seronok dapat bawak mak meronda di sini
Agak jauh juga kami berjalan melihat kedai yang ada di sini. Hati-hati apabila ingin membeli Al-Quran untuk diwakafkan di masjid. Ada yang jual murah tapi hanya yang tulen dari kilang sahaja yang akan diterima. Selain dari Al-Quran, kerusi lipat pun boleh diwakafkan di Masjidil Haram. Masa beli bagitau terus nak wakaf dan kedai akan tuliskan perkataan wakaf pada kerusi tersebut. Sampai di masjid nanti hanya letak kerusi wakaf tu kat tempat yang disediakan. InsyaAllah ada keberkatannya bila jemaah menggunakan kerusi wakaf tersebut. Dari hotel hinggalah ke masjid kami berjalan dan terus menunggu waktu solat Zohor dan Asar. Selesai solat, kami balik ke hotel untuk basuh baju. Agak cepat juga baju kami kering walaupun gantung kat dalam bilik air dan tingkap bilik. Yang penting tak perlu nak hantar dobi. Hihi..

Kerusi roda pun boleh diwakafkan
Kami berjalan awal ke masjid untuk solat Maghrib. Kebiasaan sebelum masuk waktu Maghrib di sini akan diberi kurma dan air untuk jemaah yang ingin berbuka puasa. Plastik panjang akan direntangkan di setiap saf dan kurma diedarkan. Di depan saya ada seorang jemaah yang memberikan saya air halia pekat. Ikutkan hati memang tak dapat nak minum sebab terlalu pekat dan berangin. Takkan la nak menolak kot. Nanti kecik hati jemaah tu kalau dia nampak saya tak minum. Tahan nafas dan teguk sampai habis. Huhu.. Saya perhatikan ada beberapa kumpulan jemaah yang duduk beramai-ramai menghadap seorang jemaah. Mungkin ketua dia kot. Lepas tu ada yang menulis sesuatu dan ketua ni bagi duit kat setiap ahli kumpulannya. Tak pasti kumpulan apa, tapi yang jelasnya hanya geng diorang je yang dapat duit tu. Lain macam pulak saya tengok. Nak pandang lama-lama takut kena tegur. Huhu.. Saya perhatikan di setiap barisan saf ada beberapa kerusi khas di mana setiap kali selepas solat Maghrib dan menunggu masuk waktu Isyak, akan ada seorang jemaah yang duduk di kerusi tersebut dan jemaah lain duduk menghadapnya sambil mendengar ceramah. Tak dapat nak dipastikan isi kandung ceramah tu sebab dalam bahasa Arab. Huhu.. Jadi saya hanya duduk di saf yang takde kumpulan ceramah.

Jemaah diberikan kurma dan air sebelum masuk waktu Maghrib
Selesai solat Isyak, kami balik semula ke hotel. Dalam perjalanan wife saya bukak satu cerita yang agak kelakar tapi ada kebenarannya. Cerita tentang impian dia dan Miza sebelum datang ke sini. Rupanya diorang harap sangat dapat jumpa Neelofa yang juga buat umrah sekarang ni. Semenjak tengok cerita Suri Hati Mr Pilot, tak dinafikan punyalah ramai yang minat kat Fattah Amin dan Neelofa. Ingatkan wife saya hanya minat macam biasa je tapi rupanya luar biasa. Jenuh la nak melayan setiap kali dia bercerita pasal drama tu. Huhu.. Biasalah drama Malaysia, mesti jalan cerita sama je. Asal drama je pasal anak orang kaya duduk villa ada swimming pool. Yang tukang tengok pun berangan la sekali. Haduii.. Cukup pasal drama Melayu. Berbalik pada cerita niat diorang nak jumpa Neelofa kat sini. Dalam drama tu nama Neelofa adalah Warda. Jadi diorang pun berangan harap dapat jumpa Warda. Sekali masa lepas solat di masjid, diorang berborak dengan sorang jemaah dari Pakistan. Bila perkenalkan diri, jemaah Pakistan tu bernama Warda. Haaa, akhirnya impian anda berdua untuk berjumpa Warda telah dimakbulkan. Tapi bukan karakter Warda dalam drama. Yang ni real punya Warda. Hihi.. Takpe, yang penting dah amik nombor telefon dia. Nanti ada rezeki jalan-jalan cari pengalaman kat Pakistan boleh la jumpa Warda lagi, insyaAllah..

Pening la dengan ini cerita (Ihsan Google Images)
Apa-apa pun hebat diorang berdua ni. Tau je kat mana Neelofa berada sekarang. Mana taknya, facebook dan instagram semua follow Neelofa. Huhu.. Susah jadi artis ni. Nasib baik la saya bukan artis. Takut waktu masuk tandas pun peminat boleh tau. Haha.. Kami sampai di hotel jam 8.30 malam dan terus ke dewan makan untuk mendengar ceramah. Masa melintas jalan depan hotel tadi saya ternampak sorang lelaki yang agak familiar tapi tak pasti siapakah orangnya. Bila dah ada kat dewan makan barulah kenal. Rupanya yang saya nampak tadi adalah Ustaz Dato' Haji Md Daud Che Ngah iaitu tuan punya Andalusia Travel dan juga mantan Pengurus Besar Tabung Haji. Patut lah macam kenal je masa lintas jalan tadi. Dia memang selalu datang ke sini dan memberi ceramah pada jemaah di bawah Andalusia. Malam ni sesi berbicara dengannya tentang umrah dan haji.

Para jemaah tekun mendengar ceramah dari beliau
Jam 10.00 malam sesi ceramah tamat. Alhamdulillah, banyak juga maklumat dan ilmu yang disampaikan oleh beliau. Moga menjadi panduan hidup kepada jemaah yang hadir. Setelah bersalaman dengan beliau, kami naik ke bilik dan berehat. Esok masih ada seharian penuh di sini. Masa dah semakin singkat untukku berada dekat dengan Kaabah. Semakin sayu pula rasa di hati. Kerinduan pasti akan terasa. Moga dipermudahkan urusanku pada esok hari, Wallahualam..

No comments:

Post a Comment