Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
30 DISEMBER 2016
LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR TANAH HARAM
Pagi ni saya bangun agak awal untuk mengerjakan solat sunat. Kemudian saya bersiap untuk solat subuh di masjid. Balik dari masjid saya ke dewan makan untuk breakfast. Hari ni takde program di luar. Jadi lagi sekali kami seharian di kawasan Tanah Haram. Lepas breakfast saya turun ke bawah dan melihat orang ramai membeli belah di luar hotel. Hari ni lagi ramai orang meniaga kat tepi jalan. Lagi banyak pilihan. Hihi.. Agak berkenan di hati terus beli je sebab murah. Kalau berlengah mesti orang lain dah sambar. Huhu.. Setakat jubah dewasa cuma berharga SAR10.00 ke 15.00 je. Convert kepada duit kita tak sampai RM20.00 pun. Mana nak dapat jubah semurah tu kan? Lepas ni memang kena selalu pakai jubah la jawabnya. Jangan setakat solat Jumaat je pakai jubah. Hari minggu bila berkesempatan boleh la solat berjemaah di Masjid Usamah Zaid kat tepi bukit Seksyen 2 tu. InsyaAllah.. Kalau hari kerja mungkin susah sikit sebab sampai rumah pun dah masuk waktu Maghrib. Pejabat jauh sangat dari rumah. Huhu..
|
Tak perlu tawar sebab harga dah sedia murah.. |
Bila jalan dah clear sebab peniaga melarikan diri, saya naik ke bilik. Sambung rehat kejap sebelum ke masjid semula untuk solat Zohor dan Asar. Bila bercerita tentang masjid di Malaysia, saya terfikir tentang saiz dan fasiliti masjid yang selalu saya pergi. Kalau di rumah, masjid terdekat adalah Masjid Usamah Zaid, antara masjid yang tercantik di Kuala Lumpur. Saiz masjid pun boleh tahan besar dan sentiasa bersih. Kalau time kerja saya selalu solat jumaat di beberapa masjid, ikut pada tuan punya kereta yang saya tumpang. Paling selalu adalah Masjid As-Syarif di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil sebab paling dekat dengan kedai makan favourite kami setiap Jumaat. Tapi kadang-kadang kami lajak jauh sikit ke masjid As-Syakirin yang terletak di Jenderam Hilir. Walaupun di Cyberjaya ada Masjid Raja Haji Fisabilillah yang agak baru, tapi bila solat Jumaat punyalah padat sampaikan lepas solat terpaksa menunggu sampai setengah jam untuk kenderaan keluar dari situ. Masjid di Cyberjaya lebih luas kawasan parking berbanding saiz masjid. Kadang-kadang terfikir juga, kenapa tak buat besar terus masjid tu. Tapi bila saya ke sana untuk solat Zohor, paling ramai pun cuma 3 saf je. Huhu.. Hanya solat Jumaat je yang padat. Jadi tak payah la buat masjid besar sangat kalau setakat nak tampung jemaah yang ramai ketika solat Jumaat. Huhu.. Dan sudah tentu berbeza dengan keadaan di Masjidil Haram, dimana setiap saat dan ketika sentiasa penuh dengan jemaah dari seluruh dunia. Maka amat sesuai jika Masjidil Haram dibesarkan untuk menampung sebanyak mungkin jemaah yang datang ke sini.
|
Harap masjid cantik dan bilangan jemaah pun cantik juga la. Hihi.. (Ihsan Google Images) |
Jam 11.10 pagi saya dan wife berjalan menuju ke masjid. Kami sampai di masjid jam 11.30 pagi. Kali ni saya naik ikut library untuk ke ruang solat di tingkat 2. Terasa sayu pulak apabila memikirkan bahawa hari ni adalah hari penuh yang terakhir saya di Mekah. Esok petang dah nak bergerak ke Madinah. Ikutkan hati nak aje stay di sini selama yang boleh. Tapi apakan daya, terpaksa ikut jadual travel agent. Lagipun saya kerja makan gaji. Cuti tak boleh lama. Nanti lagi teruk dikecam. Huhu.. Kalau kerja sendiri dah tentu saya travel ikut style backpacker dan stay selama yang boleh di Mekah. Kalau dapat datang ke sini sepanjang bulan puasa dan raya sekali kat sini mesti seronok. Semuanya mungkin menjadi kenyataan bila saya dah bersara nanti, insyaAllah. Itu pun kalau umur masih panjang dan kesihatan masih baik.
|
Ikut jalan library ke tingkat 2 |
|
Jam yang tergantung di dalam masjid |
|
Para jemaah sedang menunggu masuknya waktu Zohor |
Selesai solat Zohor dan Asar, kami berjalan balik ke hotel untuk berkemas. Walaupun esok petang baru bertolak ke Madinah, tapi kena juga kemas mana yang patut. Nak check juga ada banyak tak ruang untuk isi barang. Takut belum sampai Madinah dah penuh barang dalam beg. Huhu.. Confirm beg beranak lagi. Memang setiap kali travel saya standby satu beg lipat yang agak besar juga untuk menghadapi situasi barang berlebihan. Hihi.. Alhamdulillah, beg masih belum beranak di Mekah. Siap ada ruang lagi. Malam ni dan esok pagi masih sempat lagi nak cari barang souvenir di Mekah untuk sedara mara dan kawan-kawan. Beg lipat tu boleh guna kat Madinah nanti. Kawan-kawan yang dah pernah ke sini bagitau kat Madinah lagi kuat dugaan membeli. Lagi banyak kedai dan gerai jualan kat sana. Dekat pulak tu dengan hotel. Boleh menggugat iman nih. Huhu..
|
Pemandangan begini dapat dilihat setiap masa.. |
|
Entah kali berapa dah kami makan aiskrim ni. Sedap.. Hihi.. |
|
Selesai packing satu beg dulu.. |
Kami ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Selesai solat kami berjalan di dalam Abraj Al-Bait untuk mencari makanan malam kami. Kali ni kami teringin nak merasa ayam KFC Arab. Macam manalah rasa ayam KFC kat sini ye. Agak-agak sama tak rasanya berbanding di Malaysia? Setakat ni KFC di UK yang paling tak sedap kami pernah makan. Masih segar dalam ingatan hidangan kami ketika tu cuma ayam goreng bersama kuah chicken stock tanpa kentang dan coleslaw. Tak feel langsung. Huhu.. Tapi bila lagi nak merasa KFC halal kat UK kan. Walaupun tak sedap tapi tetap habis juga sebab malas nak mencari restoran halal yang lain waktu tu. Apa yang boleh makan pastikan sampai licin. Tak payah nak mengada-ngada bab makan bila travel ke negara bukan Islam. Berlapar la jawabnya. Orang lapar selalunya cepat berangin. Huhu.. Yang cerewet sangat baik duduk kat Malaysia je. Takyah keluar langsung. Hehe..
|
This is Saudi Arabian KFC |
|
Sedap juga rasa ayam KFC Arab ni |
Kami beli satu set ala-snack plate. Ayam dia tak besar seperti ayam inject kat Malaysia. Hihi.. Rasa agak sedap tapi Malaysian KFC is better. Mungkin tekak dah immune dengan rasa ayam KFC di Malaysia sampaikan takde negara lain yang dapat menandingi kesedapan ayam KFC di Malaysia. Apa-apa pun tetap bersyukur kerana masih berpeluang untuk makan. Tak cuba tak tahu. Takut teringat-ingat ayam KFC kat sini bila dah balik Malaysia nanti. Hehe.. Selesai makan kami berjalan di sekitar masjid. Ini adalah pemandangan malam terakhir kami di Masjidil Haram dan Kaabah. Adalah lebih baik malam ini dilakukan tawaf sunat mengelilingi Kaabah. Sebelum balik ke hotel, kami bergambar sepuasnya di sekitar masjid. Kerinduan terhadap Kaabah sudah semestinya. Bersyukur kerana diberi peluang untuk menziarah Rumah Allah ketika badan masih sihat. Tak semua umat Islam yang terpilih untuk dijemput menjadi tetamuNya. Syukran..
|
Malam terakhir di Masjidil Haram. Sayu.. Huhu.. |
|
Setiap kali meninggalkan masjid mesti isi bagi penuh |
Lepas bergambar ingatkan nak balik ke hotel terus. Tak jadi, kami singgah dulu dalam Bin Dawood. Tak kenyang makan ayam KFC seketul sorang. Huhu.. Lauk kat dewan makan hotel dah tentu habis masa ni. Tinggal air panas je. Kami mencari makanan ringan yang boleh dimakan kat hotel. Indomie import dari Indonesia yang dijual kat Bon Dawood menjadi pilihan kami. Apa la, dah bagi makan proper pun masih nak makan mee segera. Nampak sangat kaki makan maggi. Itu dulu, masa belajar memang menjadi makanan favourite. Hihi.. Bila dah kerja barulah kurang makan maggi. Cuma sifat tu turun kat anak-anak especially anak nombor 2 kami, Eiman. Dia pantang nampak maggi kat rumah. Sanggup taknak makan nasi. Huhu.. Sebab tu saya jarang beli maggi. Bagi limit sebulan sekali je kalau nak makan. Lagi baik makan nasi putih dengan ikan goreng dan kicap. Menyelerakan juga tu. Hihi..
|
Kaki nutella mesti geram ni. Dah macam tong cat saiz dia. Huhu.. |
Jam 10.30 malam kami berjalan balik ke hotel. Kami singgah di dewan makan untuk supper Indomie yang dibeli kat Bin Dawood tadi bersama air teh o panas yang sentiasa disediakan di sini. Itu yang bagus duduk kat Hera Hotel ni. Terjaga tengah malam nak minum air boleh turun ke dewan makan. Tak perlu nak beli air teh atau kopi panas kat kedai luar yang berharga SAR2.00 secawan. Dah kenyang makan Indomie kami naik ke bilik untuk berkemas dan berehat. Malam terakhir tidur di Hera Hotel. Moga mendapat keberkatan dalam tidur kami. Wallahualam..
|
Supper dengan Indomie bersama teh o panas. Layan.. |
No comments:
Post a Comment