Monday, 28 August 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 09 (Part #2)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
31 DISEMBER 2016

LOKASI KEJADIAN:
@ HOTEL MAWADDAH AL WAHA


Semua kedai yang ada kat rest area ni kami masuk. Habis ronda kami duduk kat tembok batu di luar restoran sambil berborak dengan jemaah yang lain. Ada bagusnya juga bas kami rosak. Dapatlah kami mengenal dengan lebih dekat rakan-rakan jemaah yang lain. Masa di Mekah tak sempat nak berborak panjang sebab masing-masing menjalani ibadah umrah dan solat di Masjidil Haram. Dapat jumpa pun time makan kat dewan. Kali ni kami borak panjang sambil menunggu masuknya waktu Maghrib. Tak kira muda dan tua, semuanya peramah belaka. Ada sorang pakcik ni asyik buat lawak je. Gelak sakan sampai lupa yang bas kami rosak dan sangkut kat rest area ni. Hihi.. Saya ada terbaca blog tentang group umrah di mana ada ahli jemaah yang tak boleh nak berkumpul bersama sebab buat hal masing-masing. Walaupun dalam group kami ni ada satu family yang agak kurang mesra tapi kami buat macam biasa je. Tetap ajak borak bersama. Alhamdulillah syukur kerana saya menjadi salah sorang dari ahli group jemaah umrah yang best ni. Bas rosak pun boleh releks lagi. Takde nak bermasam muka. Hehe..

Dah abis ronda, kita layan bergambar jelah..
Peluang untuk bergambar bersama jemaah group kami
Matahari terbenam di padang pasir
Kami semua ke masjid untuk mendirikan solat jamak Maghrib dan Isyak. Selesai solat kami sambung duduk di luar restoran menunggu bas yang tak sampai-sampai. Dengar ayat bas ganti dalam perjalanan tadi macam dekat je nak sampai. Confirm masa tu bas baru nak bertolak dari Mekah. Huhu.. Saya pergi balik ke kedai runcit tadi untuk beli selipar baru. Selipar putih yang saya pakai dari hari pertama dah rasa tak selesa sebab tapaknya nipis. Rasa macam nak putus pun ada. Huhu.. Akhirnya jam 7.15 malam barulah muncul bas ganti kami. Alhamdulillah, bas ganti ni lebih selesa dan aircond dia sejuk yang amat. Jemaah lelaki bantu pindahkan semua beg dari bas yang rosak ke dalam bas baru. Seat depan bas ni lagi best sebab lebih luas pemandangan walaupun tak berapa nampak pun sebab dah malam. Huhu.. Sedang elok pun aircond bas ni sejuk. Pemandangan yang gelap sepanjang perjalanan membuatkan mata saya makin mengantuk. Lebih baik tidur je. Hehe..

Selipar baru bakal menuju ke Madinah
Pemandangan dari seat paling depan
Bergambar dulu sebelum masing-masing mula tidur
Pemandangan highway Mekah-Madinah di waktu malam..

@ HOTEL MAWADDAH AL WAHA

Saya dikejutkan oleh wife bila bas dah mula memasuki Madinah. Hampir 3 jam juga saya tidur. Signboard arah Masjid An-Nabawi kelihatan menandakan kami sudah hampir sampai ke destinasi. Tepat jam 10.30 malam bas sampai di depan Hotel Mawaddah Al Waha. Cuaca agak sejuk malam ni. Pekerja hotel tolong angkat semua beg masuk ke dalam lobi hotel. Betul la seperti yang diperkatakan. Kat kiri dan kanan pintu hotel berbaris kedai menjual pakaian dan souvenir. Itu baru kat kawasan pintu hotel, belum tengok kat kawasan sekitar lagi. Huhu.. Walaupun saya dah tidur 3 jam tapi masih mengantuk lagi. Mana sama tidur 3 jam dalam bas berbanding tidur atas katil hotel yang empuk. Huhu.. Tapi saya taknak tidur lagi. Sanggup tahan mata mengantuk sebab nak tunggu sampai jam 12.00 tengah malam. Malam tahun baru la katakan. Mana la tau kalau ada orang Arab bakar mercun tahun baru. Orang Arab ni bukannya betul sangat pun. Tengok ajelah video diorang ni kat Youtube. Makan beramai-ramai pun banyak yang membazir. Itu belum kira ada yang bela singa dan harimau sebagai binatang peliharaan. Ingat sama macam bela kucing ke. Huhu..

Bus Route: From Wadi Qudaid Rest Area to Hotel Mawaddah Al Waha
Selamat datang ke Madinah Al Munawwarah
Pekerja hotel tengah punggah beg keluar dari bas
Kedai di kiri dan kanan pintu hotel. Habis la kena terjah esok pagi. Huhu..
Kami tunggu di lobi hotel sementara Ustaz Zool berurusan di kaunter untuk dapatkan kunci bilik masing-masing. Saya dapat bilik berempat, sama seperti di Hera Hotel. Di Mekah kami hanya bertiga dalam satu bilik walaupun ada 4 katil. Di sini kami berempat. Ada sorang pakcik akan duduk satu bilik dengan kami. Family pakcik tu 5 orang. Jadi dia sorang kena duduk dengan kami sebab semua jemaah group kami dapat bilik berempat. Tapi pakcik tu menolak sebab dia nak juga duduk sebilik dengan family dia. Mungkin dia mintak extra bed kot. Jadi hanya kami bertiga je duduk sebilik, sama macam di Mekah. Cuma hotel kat sini nampak lebih cantik dan selesa. Alhamdulillah.. Masuk je bilik, Saiful terus tidur. Ustaz Zool masih di bawah bersama mutawwif yang lain. Jam 11.45 malam saya sorang turun ke bawah dan keluar berjalan di sekitar hotel. Kedai di tepi hotel dah tutup. Tepat jam 12.00 tengah malam takde apa yang berlaku pun. Bukan setakat takde bunyi mercun, suara orang pun tak kedengaran. Terlupa pulak saya berada kat Madinah sekarang ni. Mana ada orang main mercun. Kali ni orang Arab buat tindakan yang betul. Hahah.. Saya pun naik semula ke bilik dan sambung tidur. Tak sabar nak jejakkan kaki buat pertama kalinya di Masjid An-Nabawi masa solat Subuh nanti. Selamat Tahun Baru 2017! Moga tahun 2017 ini menjadi tahun yang gemilang serta memberikan sinar dan harapan yang baru kepada kita semua. Wallahu a'lam..

Cuaca di Madinah agak sejuk berbanding Mekah

No comments:

Post a Comment