Saturday, 2 September 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 10 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
1 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ MASJID AN-NABAWI
@ SOKAIFAT BANI SAEDAH
@ RAUDHAH


@ MASJID AN-NABAWI

Jam 4.30 pagi saya dah bangun. Tahun baru kali ni adalah yang paling indah dalam hidup saya kerana berada di Madinah. Tepat jam 5.00 pagi saya turun ke bawah dan berjalan menuju ke masjid yang kedua paling suci bagi umat Islam iaitu Masjid An-Nabawi. Saya dan Saiful tak tau sebenarnya di mana lokasi masjid walaupun Ustaz Zool kata dekat je dari hotel. Jadi kami berdua ikut jemaah yang sedang berjalan kaki. Dah tentu la diorang ni semua nak ke masjid kan. Hihi.. Saya lintas jalan dan di hujung simpang kelihatan salah satu pintu masuk masjid dan tersergam indah depan mata Masjid An-Nabawi yang amat cantik. Dalam bilik saya ada satu poster Masjid An-Nabawi yang berwarna emas. Tengok kat poster dah nampak cantik. Bila tengok depan mata lagilah nampak menarik. MasyaAllah cantiknya Masjid An-Nabawi!.. Cuaca yang amat sejuk langsung tak terasa bila tengok keindahan masjid di depan mata. Huhu..

Masjid An-Nabawi di waktu Subuh
Saya terus berjalan masuk ke dalam masjid. Waktu Subuh di sini jam 5.43 pagi. Takut macam di Masjidil Haram, kalau lewat kena solat kat luar je. Tapi jemaah di sini tak seramai di Masjidil Haram. InsyaAllah masih boleh masuk ke dalam masjid lagi walaupun lagi 10 minit nak masuk waktu solat. Di luar pun dah nampak cantik, di dalam dah tentu cantik juga binaannya. Disebabkan waktu solat Subuh dah nak masuk, jadi tak sempat nak amik gambar di dalam kawasan masjid. Takpe, lepas breakfast nanti aktiviti pertama kami akan bermula di mana mutawwif akan bawa kami jalan-jalan di kawasan sekitar masjid dan di dalam masjid. Masa tu boleh amik gambar di setiap sudut masjid. Kami ada 4 hari penuh di Madinah. Macam-macam tempat boleh bergambar, insyaAllah.. Untuk masuk ke dalam masjid, digalakkan untuk membawa selipar sekali. Sama seperti di Mekah, tujuan bawa masuk selipar adalah untuk elakkan kecurian dan juga nak pastikan jemaah tak bersesak di pintu masjid untuk cari selipar masing-masing. Takut jumpa sebelah je. Huhu.. Pihak masjid ada sediakan plastik khas untuk selipar dan di dalam masjid ada banyak tempat untuk letakkan selipar.

Masih banyak ruang solat walaupun azan Subuh berkumandang
Selesai solat Subuh berjemaah, saya balik ke hotel. Alhamdulillah, Hotel Mawaddah Al Waha ni dekat dengan Masjid An-Nabawi. Dalam 5 minit je berjalan kaki. Jadi boleh la kami makan di hotel bila tiba waktunya. Kalau di Mekah, rasa penat nak ulang-alik semata-mata untuk makan. Huhu.. Dewan makan hotel ni terletak di Tingkat M. Naik tangga setingkat je dari lobi hotel. Ruang di dewan makan agak sempit dan yang tak bestnya air panas tak disediakan setiap masa seperti di Hera Hotel. Saya antara yang terawal sampai di dewan makan. Tengah makan nampak line jemaah beratur makin panjang sampai ke tangga. Meja makan dah penuh. Yang lambat terpaksalah cari tempat lain untuk makan. Ada jemaah yang terpaksa bawa makanan turun ke lobi hotel. Jemaah yang dah makan tu harapnya jangan la sambung borak kat meja makan ya. Bagi la jemaah lain duduk pulak. Nak borak boleh turun ke lobi. Huhu..

Time ni tak ramai lagi yang beratur
Menu breakfast hari ni
Perut dah kenyang, saya naik ke bilik. Berehat kejap sebelum turun semula dan berkumpul di lobi hotel jam 7.45 pagi. Group kami akan join dengan satu lagi group untuk aktiviti pagi ni. Kami diberi penerangan oleh mutawwif. Kami akan dibawa mutawwif berjalan di kawasan sekitar masjid dan kemudian masuk ke dalam Masjid An-Nabawi. Jemaah lelaki dipisahkan dengan jemaah wanita kerana ada tempat di dalam masjid yang hanya boleh dilalui oleh jemaah lelaki dan ada juga laluan untuk jemaah wanita je. Habis dengar penerangan, tepat jam 8.00 pagi kami mula bergerak dalam kumpulan untuk ke destinasi pertama.

Jemaah lelaki mendengar penerangan dari mutawwif

@ SOKAIFAT BANI SAEDAH

Kami dibawa berjalan ke kawasan sekitar luar masjid. Kami sampai di satu taman yang dikelilingi oleh bangunan tinggi. Pelik juga kenapa tetiba ada satu taman yang dijaga rapi kat sini. Dah tentu ianya tempat yang penting dan bersejarah semasa zaman Rasulullah. Nama tempat ni Sokaifat Bani Saedah. Mutawwif menceritakan tempat ni digunakan untuk menentukan pemimpin baru selepas Rasulullah wafat, di mana Abu Bakar telah dipilih sebagai Khalifah. Taman ini diberi nama Sokaifat Bani Saedah adalah kerana Sokaifat ini milik Bani Saedah. Rasulullah pernah menggunakan tempat ini untuk solat. Wallahu 'alam..

Pintu masuk ke Sokaifat Bani Saedah
Mutawwif beri penerangan tentang taman ni
Pemandangan di taman Sokaifat Bani Saedah
Selesai penerangan dan bergambar di Sokaifat Bani Saedah, jam 8.20 pagi kami bergerak ke perkarangan Masjid An-Nabawi. Kami diberi penerangan sekali lagi. Mutawwif menerangkan tentang bangunan yang ada di sekeliling masjid. Ada 3 bangunan exhibition yang kami boleh lawat sendiri tanpa mutawwif bila ada masa terluang iaitu Exhibiton of Muhammad S.A.W, The Holy Quran Exhibition dan The Beautiful Names of Allah Exhibition. Di bahagian timur masjid terletaknya Perkuburan Al-Baqi'. Hanya jemaah lelaki je yang dibenarkan untuk melawat dan menziarahi kubur di situ. Dalam masa 4 hari kat sini saya akan cari peluang untuk masuk kesemua bangunan exhibition dan menziarahi perkuburan Al-Baqi', insyaAllah. Rugi dah sampai sini tapi tak ziarah kesemuanya. Bangunan lain di sekitar masjid adalah hotel dan juga shopping complex. Itu tak perlu nak explain, dah tentu singgah nanti. Huhu..

Lokasi Hotel, Sokaifat Bani Saedah, Exhibition dan Perkuburan Al-Baqi' di Masjid An-Nabawi
Peta pintu masuk Masjid An-Nabawi
Pintu 15 yang paling dekat dengan hotel kami
MasyaAllah, cantiknya perkarangan Masjid An-Nabawi
Penerangan tentang Masjid An-Nabawi
Kami dibawa masuk ke dalam masjid. Masa ni tak ramai jemaah. Banyak gambar kenangan diambil. Mutawwif bawa kami meronda dalam masjid dan sudah semestinya tempat yang paling utama dalam masjid ini iaitu Raudhah yang juga dikenali sebagai Taman Syurga yang kekal abadi, mimbar Rasulullah dan makam Rasulullah serta 2 sahabat karibnya iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab. Rasa sayu apabila mendengar cerita tentang kesetiaan isteri Rasulullah, Siti Aisyah yang begitu taat kepada Rasulullah dan mengizinkan 2 sahabat dikuburkan bersebelahan makam Rasulullah. Abu Bakar adalah ayah kepada Siti Aisyah. Makam Siti Aisyah terletak di Perkuburan Baqi'. Mutawwif menunjukkan cara untuk memasuki kawasan Raudhah. Laluan masuk ke Raudhah sentiasa penuh dan sesak. Jemaah beratur panjang untuk solat di Raudhah. Nanti bolehlah para jemaah lakukan sendiri. Kawasan Raudhah tak luas dan ditandakan dengan karpet hijau untuk membezakan dengan karpet merah bagi seluruh masjid. Setelah faham bagaimana untuk masuk ke Raudhah, kami keluar dari masjid ikut jalan di tepi makam Rasulullah. Antara tips berguna ketika solat di Raudhah, jemaah hanya diberikan masa yang singkat. Selepas beri salam, penjaga masjid akan arahkan jemaah keluar hingga tak sempat nak berdoa kerana kat sini lepas solat fardhu juga tiada doa dibacakan. Hanya solat jenazah dilakukan selepas selesai solat fardhu.

Subhanallah.. Cantiknya ukiran dalam Masjid An Nabawi..
Di luar masjid, mutawwif menunjukkan lokasi Perkuburan Baqi'. Kubah hijau yang dikenali sebagai Kubah Khudra yang kelihatan di luar adalah sebagai penanda bahawa Raudhah dan makam Rasulullah berada dibawahnya. Dari bawah boleh nampak satu jasad yang dikebumikan atas kubah tersebut yang dikatakan ingin cuba mencuri jasad Rasulullah. Selesai penerangan dari mutawwif maka habislah aktiviti pada hari ni. Jadi ikut pada jemaah untuk buat kerja masing-masing. Saya dan Saiful ambil peluang untuk terus beratur masuk ke kawasan Raudhah. Tak sabar rasanya nak masuk ke Taman Syurga untuk solat dan melihat dengan lebih dekat mimbar Rasulullah dan juga makam Rasulullah..

Penerangan terakhir dari mutawwif
Kubah Khudra. Kalau zoom boleh nampak jasad tu
Jadilah dapat tengok payung masjid yang tengah repair. Huhu..
Saya teringin nak tengok bagaimana payung masjid yang ada kat tiang luar masjid ni terbuka. Tapi nampaknya takde rezeki nak tengok. Yang dapat hanyalah payung yang terbuka separuh untuk dibaiki. Mungkin cuaca sejuk sekarang ni membuatkan payung tak dibuka kot. Dah sejuk nak buat apa bukak payung. Katanya kos untuk maintenance agak tinggi. Jadi payung ni akan terbuka bila tiba musim panas je. Huhu.. Saya dan Saiful mencari pintu masuk pertama untuk ke Raudhah seperti yang diterangkan oleh mutawwif tadi. Harap masih ingat lagi laluannya. Kalau tak ingat boleh je ikut jemaah yang ramai-ramai masuk ke dalam masjid ketika belum masuk waktu solat. Maknanya diorang nak ke Raudhah la tu. Terpaksa guna taktik yang sama seperti mencari lokasi masjid masa solat Subuh tadi. Hihi..

Masuk melalui Abi Bakr Al-Siddique Gate (Door No. 2B)
Memang betul pun jemaah yang ramai masuk ke dalam masjid adalah untuk ke Raudhah. Bila dah sampai hampir ke Raudhah, lagi ramai jemaah yang sedang beratur hinggakan askar petugas masjid terpaksa tahan kami secara berkala. Kalau tak dibuat camni, dah tentu lagi sesak kawasan Raudhah jadinya. Huhu.. Mutawwif bagitau tadi, umrah musim hujung tahun selalunya tak seramai musim yang lain. Masa untuk beratur pun tak berapa lama. Mungkin ambil sekitar sejam paling lama. Kalau musim lain mau sampai 2 jam kena beratur. Huhu.. Waktu yang paling sesuai untuk masuk ke Raudhah adalah sebelum Subuh. Kalau pergi musim hujung tahun insyaAllah takde masalah nak masuk ke Raudhah masa bila-bila pun. Alhamdulillah, moga dipermudahkan..

Mula masuk group yang beratur menuju ke Raudhah
Makin menghampiri Raudhah
Askar petugas terpaksa tahan jemaah secara berkala

@ RAUDHAH

Masa beratur tu saya tengok juga warna karpet. Masih lagi warna merah menandakan belum masuk lagi kawasan Raudhah. Bila berhimpit ni terasa betul orang Malaysia ni kecik saiznya. Huhu.. Mutawwif jelaskan tadi, kalau dah sampai di Raudhah boleh la buat solat sunat seperti tahiyatul masjid bagi yang pertama kali sampai serta solat sunat taubat dan hajat. Kalau boleh masa sujud terakhir mohon apa sahaja dalam doa, kerana lepas beri salam askar petugas akan halau keluar dari Raudhah. Sama juga seperti di Mekah, tiada bacaan doa oleh imam selepas solat. Jadi sebaiknya rebut saf yang paling depan sekali dalam Raudhah. InsyaAllah apa yang dimohon akan dimakbulkan olehNya kerana Raudhah adalah salah satu tempat yang paling mustajab untuk berdoa. Wallahu 'alam..

Mimbar Rasulullah
Karpet hijau di Raudhah
Alhamdulillah, dapat juga saya mengerjakan solat sunat di Raudhah. Selepas memberi salam, saya teruskan untuk berdoa namun seperti dijangka, askar petugas mengarahkan saya untuk keluar dari kawasan Raudhah. Masa singkat yang diberi ketika di Raudhah saya gunakan sebaiknya. InsyaAllah saya akan ke Raudhah lagi sebelum balik ke Malaysia. Keluar dari Raudhah, semua jemaah akan melalui Makam Rasulullah dan sahabatnya. Saya memberi salam dan menyampaikan salam dari kawan-kawan dan saudara mara ketika melintasi Makam Rasulullah dan terus keluar dari masjid.

Setelah keluar dari kawasan Raudhah
Memberi salam ketika melintasi Makam Rasulullah
Keluar melalui Al-Baqee Gate (Door No. 41)
Sesungguhnya saya berasa tak puas berada di kawasan Raudhah. Nak buat macam mana, ramai lagi jemaah yang ingin juga masuk ke Raudhah. Saya kira dari mula masuk hingga keluar hanya mengambil masa 45 minit. Esok atau lusa saya akan masuk lagi, insyaAllah. Inilah peluang yang ada untuk saya memohon dan berdoa kepada Allah di Raudhah. Entah bila lagi peluang ini saya akan dapat. Jika umur tak panjang, mungkin ini kali terakhir. Namun jika diizinkan olehNya, saya akan ke sini lagi untuk kerjakan haji atau umrah kali kedua. Kita manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang Maha Esa menentukannya. Sebelum saya dan Saiful balik ke hotel, kami berdua jalan-jalan di sekitar masjid. Kami masuk satu shopping complex dengan niat nak cari jalan pintas ke hotel. Keluar ikut pintu lain terus tak ingat mana lokasi hotel kami. Huhu.. Terus recall balik kedudukan hotel kami dari masjid. Nasib baik jumpa jalan yang betul. Hehe..

Anwar Al-Madinah Mall di tepi masjid
Mana pulak hotel kami ni. Huhu..
Bangunan nampak sama je semuanya
Jam 10.30 pagi saya sampai di hotel. Saya set dengan wife untuk jalan-jalan di sekitar hotel jam 11.00 pagi. Rugi pulak rasanya duduk hotel lama-lama. Saya tunggu wife di lobi hotel. Takut masuk bilik nampak katil terus tidur. Huhu.. Banyak tempat di Madinah yang perlu kami explore selain Masjid An-Nabawi. Moga dapat pengalaman yang lebih berharga di bumi Madinah ini. Wallahu 'alam..

Hotel kami selama berada di Madinah

No comments:

Post a Comment