Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
1 JANUARI 2017
LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR MASJID AN-NABAWI
@ ABI ZAR COMMERCIAL CENTER
@ TAIBA COMMERCIAL CENTER
@ SEKITAR MASJID AN-NABAWI
Awal pulak wife saya turun dari hotel. Rupanya dia dah lama kat bilik. Group wanita tadi sekejap je. Jam 10.40 pagi kami mula berjalan di luar kawasan masjid. Kami ke satu pasar pagi yang terletak berdekatan dengan hotel. Pagi tadi dah nampak pasar ni masa kami menuju ke Sokaifat Bani Saedah. Permulaan untuk habiskan duit riyal nampaknya. Huhu.. Antara gerai yang ada kat pasar ni adalah jubah, sejadah, kurma, kacang, buah-buahan, coklat dan juga barangan souvenir. Masih awal lagi nak shopping. Dengarnya ada banyak lagi pasar macam ni di Madinah. Tapi bila lihat ramai pelanggan serbu satu gerai jubah ni, rasa macam teruja nak tengok sama. Mungkin betul-betul murah harga yang ditawarkan kot. Pada saya dapat jubah sehelai dua buat pakaian hari raya nanti dah cukup. Tapi orang perempuan boleh pakai untuk pergi kerja. Kan ke bagus kalau lelaki pun boleh pakai. Barulah rasa berangin sikit bila pakai jubah. Hihi..
|
Tak ramai lagi orang waktu ni |
|
Antara gerai jualan yang ada kat pasar ni |
|
Mula la membelek jubah yang ada |
|
Lain macam je design jubah ni |
Tak sampai sejam kami meronda di pasar. Jam 11.30 pagi kami balik ke hotel untuk makan tengahari sebelum ke masjid semula untuk solat Zohor dan Asar. Tengok keadaan dewan makan masa breakfast tadi, rasanya baik makan awal. Kalau tak terpaksa la tunggu jemaah yang dah selesai makan. Itupun kalau diorang tak sambung borak sambil minum air teh panas. Huhu.. Habis makan, kami naik ke bilik dan bersiap untuk ke masjid. Waktu Zohor di sini jam 12.26 tengahari. Kat sini lagi 15 minit nak masuk waktu pun insyaAllah sempat duduk dalam masjid. Alhamdulillah pihak Andalusia beri hotel yang dekat dengan masjid. Mudah untuk warga emas seperti mak saya ulang alik ke masjid. Yang muda takde masalah hotel jauh sikit dari masjid. Langkah pun laju. Hihi..
|
Jadual waktu makan di Hotel Mawaddah Al Waha |
|
Dewan makan belum penuh lagi |
|
Menu tengahari kami |
Jam 12.10 tengahari kami berjalan ke masjid. Selepas solat Zohor saya stay di dalam masjid hingga solat Asar untuk membaca Al-Quran dan mengerjakan solat sunat. Suasana di dalam masjid membuatkan saya rasa macam nak duduk lama di sini. Kalaulah boleh duduk di sini barang sebulan dua alangkah rahmatnya. Tapi saya tau takkan boleh berlaku buat masa ni. Jika masih kerja makan gaji jangan haraplah ye. Huhu.. Dapat cuti 2 minggu buat umrah ni pun ada orang pejabat yang kecam. Kalau Pengarah yang cuti umrah kemain dia ucap selamat jalan dan moga mendapat umrah yang mabrur. Kuat betul angin aircond ye. Brand Daikin ke tu? Hihi.. Kalau pegawai level bawah ni siap kecam, kata tak bertanggungjawab terhadap kerja sebab amik cuti umrah. Ada ke patut. Saya cuba lupakan, tapi maklumlah saya juga insan yang lemah. Kadang-kadang teringat juga kata-kata kecaman tu. Huhu.. Ya Allah, Kau ampunilah dosaku yang masih mengungkit kisah lama.
|
Waktu solat di Madinah |
|
Masjid An-Nabawi di waktu petang. Subhanallah! |
Lepas solat asar saya balik ke hotel untuk mandi dan berehat seketika. Jam 5.20 petang saya turun berjumpa wife saya dan berjalan ke masjid untuk solat Maghrib. Cadangnya malam ni kami nak makan di kedai berhampiran masjid. Teringin juga nak cuba nasi arab atau makanan lain yang ada kat sini. Selesai solat Maghrib saya keluar dari masjid dan wife saya dah sedia menunggu di Pintu 15. Nampaknya Pintu 15 ni akan menjadi lokasi pertemuan saya dengan wife selepas solat. Hihi.. Ada banyak pintu masuk masjid, jadi biar set satu pintu je supaya senang nak cari.
|
Kita jumpa kat sini je lah ye setiap kali lepas solat |
|
Jemaah berpusu masuk ke dalam masjid |
|
Pintu masuk utama, Umar bin Al-Khattab Gate |
@ ABI ZAR COMMERCIAL CENTER
Selesai solat Maghrib, kami berjalan di bangunan sekitar masjid. Tak boleh nak jalan jauh sebab kejap lagi dah masuk waktu Isyak. Cuma nak survey kedai makan yang ada kat sini. Lepas Isyak nanti baru boleh pergi makan. Kami masuk ke dalam Abi Zar Commercial Center yang terletak di bangunan paling hujung dari masjid. Boleh tahan juga kedai dan butik yang ada kat dalam bangunan ni. Butik Next dan H&M pun ada. Tapi kami cuma tengok sekali lalu je. Saya amat yakin wife saya akan ajak datang ke sini lagi. Walaupun sekali lalu, ada la tu yang dia berkenan. Hahah.. Kata nak cari kedai makan, tapi nampaknya kedai lain yang jumpa. Takpe, kita ke masjid dulu untuk solat Isyak ye. Lepas tu kita cari kedai makan dan makan pelan-pelan. By the time habis makan, butik H&M pun dah tutup la harapnya. Tapi saya saya tau esok lusa dia akan ajak saya lagi. Hihi..
|
Esklusif juga commercial center ni. Harga pun boleh tahan juga. Huhu.. |
|
Starbucks di pintu masuk masjid |
|
Jom solat Isyak dulu |
@ TAIBA COMMERCIAL CENTER
Selesai solat Isyak, kami ke bangunan yang betul-betul berdepan dengan masjid iaitu Taiba Commercal Center. Dari pintu masuk dah nampak signboard KFC dan Hardee's (Carl's Jr. rasanya) sebab di Mekah pun ada. Commercial center ni nampak menarik sikit sebab ada banyak kedai jualan, sama macam di Pertama Complex. Pertama kali masuk agak pening juga laluan dan susunan kedai. Boleh sesat dibuatnya. Jumpa satu kedai, bila keluar dan masuk balik rasanya tak jumpa dah kedai tu. Huhu.. Paling senang hafal lokasi eskalator dan tangga, insyaAllah boleh jumpa. Hihi.. Kami tak ronda keseluruhannya, hanya nak mencari kedai makan. Nak cari KFC yang ada signboard tu pun payah. Akhirnya kami jumpa beberapa kedai makan di tingkat atas, tapi bila tengok menu macam kurang berminat. Kami sebenarnya nak mencari kedai yang ada jual nasi arab dengan ikan talapia. Masih teringat lagi kesedapan ikan talapia masa kat Rest Area semalam. Harap dapat jumpa rasa ikan talapia yang sama. Hihi..
|
Pening juga dengan susun atur kedai dalam Taiba Commercial Center ni |
Daripada pengalaman membeli belah di Mekah dan Madinah setakat ni, boleh dikatakan banyak juga pekedai yang bersikap quite annoying dalam memaksa kami membeli barang di kedai dia. Ada tu siap campak jubah kat saya dengan harapan saya beli. Letak harga pun kemain tinggi. Huhu.. Agak kasar pada saya cara diorang approach pelanggan. Adakah ini salah satu cara untuk menguji kami supaya bersabar ketika berada di Tanah Haram? Wallahu 'alam.. Iman tak kuat, ada juga yang kena maki sebab terlalu annoying. Huhu.. Tapi alhamdulillah setakat ni saya dan wife bersabar je bila jumpa pekedai macam ni. Nak maki dalam hati pun takde rasanya. Layan aje lah dan tolak permintaan dengan cara baik. Banyak lagi kedai yang boleh pergi. Yang layan pelanggan dengan baik dan harga boleh runding, kedai tu lah yang akan menjadi pilihan. Tak jumpa kedai makan yang jual ikan talapia dalam ni, kami mencari di luar. Akhirnya kami jumpa deretan kedai makan dan salah satunya kedai menjual nasi arab. Tengok jenis makanan yang dihidang, ada ikan talapia bakar. Walaupun rupa nampak kurang menarik, kami cuba juga lah. Mana lah tau, rupa ikan yang sedikit hangus tu sedap isinya. Hihi..
|
Suka bila nampak nasi. Hehe.. |
|
Amik 2 ekor terus. Mari makan.. |
Ada ruang makan disediakan di tepi kedai. Semua tempat penuh sampaikan ada yang duduk bersila di rumput. Sedang kami mencari tempat untuk makan, ada satu family beredar dari meja makan. Kami terus duduk dan makan nasi arab dan ikan talapia bakar. First time saya makan ikan talapia yang dibakar. Selalunya ikan talapia ni sedap bila digoreng sampai garing. Teringat saya kedai makan tengahari saya di Taman Melawati. Kedai tu sentiasa ada ikan talapia goreng. Amat sedap bila makan dengan kuah lemak dan juga begedel. Aduh, teringat pulak lauk kat Malaysia. Balik nanti mesti pergi kedai tu. Hihi.. Alhamdulillah, kenyang kami malam ni walaupun rasa ikan talapia semalam lagi sedap. Apa yang penting adalah kekenyangan dan puas hati. Hihi.. Seperti dijangka, wife ajak saya ke butik H&M. Jam dah pukul 10.30 malam, takkan bukak lagi kot. Kami pun pergi la jugak untuk memuaskan hati. Butik H&M masih bukak lagi tapi dah nak tutup pukul 11.00 malam. Wife saya tak jadi nak masuk sebab tak dapat nak belek baju lama-lama katanya. Lega untuk hari ni. Hihi.. Maka kami pun berjalan ambil angin malam yang agak sejuk menuju ke hotel.
|
Banyak sangat sign Sale kat H&M tu. Patutlah... |
|
Suasana malam di Masjid An-Nabawi |
Tepat jam 11.00 malam kami sampai di lobi hotel. Wife saya terus naik ke bilik. Saya nak berehat di lobi dulu sambil berborak dengan mutawwif yang sedang bersiap menguruskan program esok hari. Alhamdulillah, mutawwif Andalusia semuanya peramah belaka. Macam-macam soalan yang saya tanya berkenaan umrah dan haji, diorang jawab semuanya beserta penerangan lengkap lagi. Tak pasti la kalau dalam hati diorang menyampah sebab saya banyak bertanya. Huhu.. Apa-apa pun banyak ilmu baru yang saya pelajari. Bak orang kata, malu bertanya sesat jalan. Moga ditunjukkan jalan yang lurus buat saya. Jam 11.45 malam baru saya naik ke bilik. Berehat dan tidur secukupnya untuk aktiviti hari esok pula. Moga mendapat keberkatan dalam kehidupan di sepanjang hari ini. Wallahu 'alam..
|
Selesa sungguh duduk kat sofa lobi hotel ni |
No comments:
Post a Comment