Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
3 JANUARI 2017
LOKASI KEJADIAN:
@ RUMAH MAKAN INDONESIA
@ JANNAT AL-BAQI'
@ THE HOLY QURAN EXHIBITION
@ THE BEAUTIFUL NAMES OF ALLAH EXHIBITION
Pagi ni saya bangun jam 4.50 pagi dan bersiap untuk mengerjakan solat Subuh di masjid. Selesai solat Subuh saya ke Raudhah untuk kali kedua. Ingatkan tak ramai orang seperti hari tu, tapi makin ramai rupanya yang beratur untuk masuk ke Raudhah. Nampaknya tak kira masa jemaah sentiasa ramai di Raudhah. Mungkin awal pagi sebelum Subuh tak ramai sangat kot. Huhu.. Takpelah kena beratur panjang. Pagi ni memang dah niat nak ke Raudhah. Lebih sejam juga beratur baru dapat masuk ke kawasan Raudhah. Alhamdulillah.. Setelah selesai solat sunat di Raudhah, saya keluar melalui makam Rasulullah dan terus balik ke hotel untuk berehat. Tak dapat nak breakfast pagi ni di hotel. Tengahari nanti lepas Zohor dah janji dengan wife nak makan di luar, insyaAllah..
|
Hari tu pun ada lelaki berjubah berdiri di sini |
@ RUMAH MAKAN INDONESIA
Lepas solat Zohor kami ke Rumah Makan Indonesia yang kami jumpa malam tadi. Lokasi restoran di Tingkat 1. Agak ramai pelanggan kat dalam restoran ni. Banyak juga menu pilihan makanan. Kami cuma makan bakso je. Bila dimakan dengan sambal hijau memang sedap sungguh. Sama ada betul berselera atau kerana tak breakfast pagi tadi. Hihi.. Lihat pada muka dan perbualan meja di sekeliling, rasanya ramai jemaah Indonesia. Yelah kan, kalau kat sini ada rumah makan Malaysia dah tentu saya pun datang makan. Hehe.. Walaupun bakso tak banyak mana tapi tetap mengenyangkan kami untuk tengahari ni. Alhamdulillah..
|
Lunch di Rumah Makan Indonesia hari ni |
Lepas makan kami berjalan di kawasan sekitar sementara menunggu masuknya waktu Asar. Dah tak larat sebenarnya tengok kedai jubah yang lebih kurang sama je pattern dia di mana-mana kedai pun. Cuma harga je yang berbeza. Pandai tawar insyaAllah dapat harga yang terbaik. Jubah untuk saya dah cukup 3 helai. 2 untuk pakai harian dan satu lagi untuk hari raya. Wife saya je yang tak pasti dah cukup ke belum. Huhu.. Alasan jubah boleh dipakai untuk pergi kerja dah cukup kuat untuk saya izinkan dia beli. Jangan tak pakai nanti sudah la ye. Time tu keluar pulak alasan dah tak muat atau besar sangat. Layankan aje lah. Huhu..
|
Selain kedai jubah, kedai kurma pun dah tentu la banyak kat sini |
@ JANNAT AL-BAQI'
Jam 3.00 petang kami masuk ke dalam masjid. Selesai solat Asar, jam 4.15 petang kami keluar dari masjid dan bercadang untuk menziarahi makam dan kubur umat Islam di Jannat Al-Baqi'. Wanita tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam kawasan perkuburan. Jadi wife saya terpaksa tunggu di pintu masuk. Saya beratur bersama jemaah lain yang ingin menziarah. Di pintu masuk ada signboard peringatan kepada jemaah. Memberi salam dan berdoa kepada yang telah meninggal dunia adalah disunatkan tetapi menyembah dan meletakkan sesuatu di atas kubur adalah perbuatan yang syirik. Tujuan sebenar menziarah kubur adalah untuk mengingatkan kepada manusia yang masih hidup bahawa mati itu pasti. Sentiasa beriman kepada Allah selagi hayat dikandung badan.
|
Signboard peringatan kepada pelawat Jannat Al-Baqi' |
|
Kubur di sini hanya ditandakan dengan batu |
Ada laluan disediakan kepada jemaah yang datang melawat. Jadi takdelah main langkah je kubur yang ada kat sini. Saya ikut kumpulan jemaah yang lain pusing di sekeliling kawasan kubur dan akhirnya sampai semula kat pintu masuk tadi. Ada askar yang menjaga kawasan kubur. Orang Arab ni agak kasar suaranya dalam perbualan. Jadi bila askar menegur jemaah di situ saya tak pasti sama ada dia marah ataupun memang begitu tone suara dia. Huhu.. Dia tegur sebab ada jemaah yang berhenti lama di satu tempat. Kesian jemaah yang lain pun terpaksa berhenti kerana dia. 20 minit saya berada di kawasan Jannat Al-Baqi' sudah cukup menginsafi diri dan mengingat bahawa satu hari nanti manusia yang hidup pasti akan mati.
|
Pemandangan masjid dari pintu masuk Jannat Al-Baqi' |
Jam 4.45 petang kami berjalan menuju ke dewan exhibition. Kami singgah sekejap di satu kedai souvenir iaitu Madina Made Gift Shop. Dah nama pun Madina made, maknanya barang yang dijual di sini lain daripada yang lain. Harga pun dah tentu la level eksklusif punya. Antara barang yang mencuri perhatian kami ialah sejadah yang berwarna merah dan hijau. Warna dan corak pada sejadah tu adalah sama seperti di dalam Masjid An-Nabawi dan di Raudhah. Walaupun harga agak mahal, tapi sekurangnya bila solat di atas sejadah ni, ingatan terhadap Masjid An-Nabawi dan Raudhah akan terus berkekalan hendaknya. Moga makin khusyuk apabila mengerjakan solat, insyaAllah.. Kami tak beli lagi buat masa ni sebab nak kena tengok juga bajet yang ada. Ada baki duit lebih barulah boleh beli untuk dibuat kenangan. Esok masih ada..
|
Ada 2 jenis kualiti sejadah ni. Harga 120SAR tu kualiti biasa. Yang tebal dah tentu lagi mahal |
@ THE HOLY QURAN EXHIBITION
Kami berjalan menuju ke dewan exhibition. Ada 2 exhibition lagi yang kami belum masuk. Kami nak masuk ke Holy Quran Exhibition dulu. Ramai jemaah sedang beratur menunggu giliran. Pelik juga bila ada jemaah yang dapat masuk dulu dan ada yang ditahan. Mungkin penuh kot kat dalam tu. Kami pun ikut la beratur sekali. Pekerja dewan nampak kami dan tanya kami dari mana. Bila kami jawab dari Malaysia je terus dia suruh kami masuk dulu. Terkejut juga saya. Takkan la orang Malaysia ada kelebihan masuk dulu dewan exhibition berbanding jemaah dari negara lain. Bila dah masuk ke dalam barulah kami tau. Rupanya exhibition ni kena masuk ikut guide yang bertugas. Kebetulan guide yang dah selesai bawa group sebelum kami adalah guide yang boleh bercakap bahasa Malaysia/Indonesia. Sebab tu la kami dapat masuk dulu. Hihi..
|
Pintu masuk The Holy Quran Exhibition |
|
Jemaah dari Malaysia dan Indonesia mendengar penerangan dari guide tentang Al-Quran |
Guide yang membawa kami menerangkan tentang sejarah penulisan Al-Quran dan kesannya terhadap umat Islam di dunia dari dahulu hingga kini. Selain penerangan tentang poster dan tulisan yang dipamerkan di sini, kami juga dibawa melihat satu video tentang sejarah bagaimana kitab Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah. Al-Quran adalah kitab suci di mana segala panduan hidup tercatat didalamnya. Tak lengkap membaca Al-Quran tanpa mengetahui pengertiannya. Sekarang dah banyak Al-Quran serta terjemahannya. Tapi kena pastikan yang asli sebab dah banyak dengar terjemahan Al-Quran yang tak diiktiraf. Bukan setakat kes Al-Quran yang salah tulisan dan ayatnya, malah terjemahan pun ada yang lari dari maksud sebenar. Dunia akhir zaman ni memang macam-macam perkara boleh berlaku bertujuan untuk memesongkan akidah umat Islam. Sampaikan tapak kasut yang ada tulisan Allah pun dijual. Nauzubillah..
|
Jemaah dibawa menonton video pendek mengenai Al-Quran |
Jam 5.30 petang kami dah berada di penghujung pameran. Kami keluar dari dewan dan terus ke masjid. Selesai solat Maghrib saya tak tunggu hingga Isyak. Saya nak masuk ke dewan exhibition yang terakhir. Wife saya dah sedia menunggu di pintu pagar berhampiran dewan. Nampaknya dia tak keseorangan. Ada kenalan baru rupanya. Namanya Zainab dari Ankara, Turkey. Dia datang ke sini mengerjakan umrah dengan suami. Habis berborak, wife saya bertukar nombor telefon dengannya. Dia kata kalau travel ke Turkey jangan lupa bagitau dia. Memang ada dalam travel wishlist kami untuk trip ke Turkey. Cuma sekarang ni keadaan di sana sedang bergolak. Takut juga nak pergi buat masa ni. InsyaAllah satu hari nanti pasti sampai ke sana. Dah ada kenalan di sana senang sikit. Boleh la dia dan suaminya bawak kami jalan-jalan tempat best kat sana. Harapnya masih keep in touch lagi la masa tu. Hihi..
|
Suka betul pemandangan senja di sini |
|
Wife dapat kawan baru dari Turkey |
@ THE BEAUTIFUL NAMES OF ALLAH EXHIBITION
Jam 6.20 petang kami masuk ke dalam dewan yang terakhir. Dalam exhibition ni semuanya menceritakan tentang Asma ul Husna iaitu 99 nama Allah. Teringat saya sejak dari sekolah rendah sampai la ke sekolah menengah dan masa jadi cikgu, setiap hari Jumaat pagi waktu perhimpunan mesti ada bacaan Asma ul Husna dan Yasin. Masa tu cuma tau sebut je, tapi tak tau apakah maksud sebenar dalam nama tersebut. Jadi dalam exhibition ni setiap satunya diterangkan dengan detail. Disebabkan waktu Isyak akan masuk kejap lagi, kami tak dapat nak meneliti kesemua bahan pameran.
|
Antara bahan yang dipamerkan dalam exhibition ni |
Alhamdulillah, dapat juga kami melawat ketiga-tiga exhibition yang ada kat sini. Tepat jam 7.00 malam kami keluar dari dewan dan menuju ke masjid. Selesai solat Isyak, jam 8.00 malam kami mencari kedai untuk makan malam. Apa lagi agaknya menu yang kami belum cuba kat sini. Semalam ada ahli group kami yang naik teksi pergi makan kepala kambing bakar yang dikatakan popular di Madinah. Ustaz Zool bawak diorang ke sana. Kami tak sempat nak ikut. Kira takde rezeki kami nak makan kepala kambing bakar kat sini. Nak pergi sendiri takut driver teksi bawak tempat lain pulak. Huhu.. Next time datang lagi boleh cuba. Kami ke kawasan kedai makan tempat kami beli nasi arab dengan talapia bakar hari tu. Kali ni taknak makan nasi arab lagi. Kami nak cuba makan burger pulak. Hihi.. Tengok gambar burger kat pintu kedai macam menarik je. Tapi jangan mudah terpedaya. Cuba bezakan iklan gambar burger McDonalds dengan realiti yang kita dapat. Confirm tak seindah iklan. Hehe.. Apa-apa pun kami tetap nak cuba burger kat sini. Daripada semua kedai kat sini, hanya kedai burger ni je yang tak ramai orang beratur. Cepat sikit dapat makan. Hihi..
|
Harap sedap la burger kat kedai ni |
Nama kedai burger ni Kudu. Kalau kat KL nama Kudu terkenal dengan nasi kandar kat Jalan TAR tu. Saya pernah sekali makan kat situ sebab selalu tengok ramai orang beratur sampai ke luar kedai. Nampaknya memang sekali tu je lah sebab takde la sedap sangat pun pada saya. Nasi ganja Ipoh lagi sedap. Hehe.. Menyesal beratur panjang untuk makan nasi kandar yang sama seperti kedai yang lain seperti NZ dan Pelita. Tak cuba macam mana nak tau kan. Dah cuba barulah tau nak repeat lagi atau tak. Selera masing-masing. Mungkin betul nasi kandar Kudu tu sedap. Pada saya nasi lemak Royale yang paling famous kat Kedah tu pun biasa je rasa dia. Huhu..
|
Alhamdulillah sedap beef burger Kudu ni |
|
Wife saya nak cuba lasagna malam ni |
Kami makan tempat yang sama seperti kelmarin. Habis makan, wife saya ajak jalan ke satu tempat. Dia nak cari satu hotel kat sini. Mula-mula saya tak dapat syak apa-apa lagi. Ikut je la mana dia nak pergi. Akhirnya kami sampai kat depan pintu Oberoi Hotel Madina. Hotel mewah ni. Rupanya wife saya kata Neelofa stay kat hotel ni. Harap kebetulan dia keluar hotel boleh la jumpa dan amik gambar. Macam tu sekali minat dia kat Neelofa sampai tau kat hotel mana dia duduk. Nasib baik la saya ni takde minat kat mana-mana artis Malaysia. Jumpa depan mata pun belum tentu saya ajak bergambar. Huhu.. Sudah-sudah la ye, Neelofa tengah mengaji dalam masjid tu. Adalah lebih baik jalan balik ke hotel ala Oberoi level kita. Hehe..
|
Tak dapat orang, pintu pun jadi lah.. Hihi |
Jam 10.00 malam kami sampai di bilik hotel. Sebelum tidur saya kemas beg. Esok malam dah nak balik. Beg Andalusia dah cukup padat dengan pakaian. Tinggal beg lipat je untuk shopping esok dan di Oman nanti. InsyaAllah cukup kot. Takyah nak beli extra beg macam mak dan kakak saya. Banyak betul barang yang diorang beli. Mak saya memang suka shopping. Tapi saya tau, dia bukan beli untuk diri sendiri. Barang dia sikit je. Yang banyak untuk anak dan cucunya. Jiran dan sedara mara pun dia belikan juga. Kalau mak saya datang KL, saya mesti bawak dia pergi Ikea sebab tau dia suka. Hihi.. Jam 11.30 malam saya mula merebahkan diri atas katil dan tidur untuk malam terakhir di Madinah. Moga mendapat tidur yang sempurna. Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment