Saturday, 16 September 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 13

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
4 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR MASJID AN-NABAWI
@ PRINCE MOHAMMED BIN ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT


@ SEKITAR MASJID AN-NABAWI

Jam 5.00 pagi saya dah bangun dan bersiap untuk ke masjid. Sampai di perkarangan masjid saya berhenti kejap untuk melayan pemandangan Masjid An-Nabawi di waktu Subuh. Bila lagi agaknya saya akan dapat melihat pemandangan macam ni. Huhu.. Sayu apabila mengenangkan hari ni adalah hari terakhir saya di Tanah Haram. Dalam masa yang sama kerinduan terhadap anak-anak makin mendalam. Hidup perlu diteruskan. Kerja makan gaji, tak boleh la nak cuti lama-lama. Kalau ada business sendiri lainlah. Duduk diam kat rumah sambil baca paper pun duit masuk. Boleh cuti panjang layan trip Trans Siberia. Takde sape nak marah atau kena kecam. Haha.. Buat masa ni kena sedar diri kerja makan gaji. Huhu..

Masjid An-Nabawi di waktu Subuh. Subhanallah cantiknya..
Selesai solat Subuh, kami balik ke hotel untuk breakfast. Lepas breakfast kami terus keluar jalan-jalan ambil angin pagi di sekitar hotel. Sambil tu kami singgah juga kedai yang dah buka. Manalah tau ada lagi barang yang berkenan di hati untuk dibawa balik sebagai kenangan. Souvenir untuk sedara-mara dan kawan-kawan juga tak pernah dilupakan. Masa diorang pergi umrah dan haji macam-macam barang yang saya dapat. Walaupun souvenir bukan perkara yang wajib, tapi ianya sebagai tanda bahawa diri diingati selalu. Letih meronda, jam 11.00 pagi kami balik ke hotel untuk berehat dan sambung mengemas beg. Rasanya dah cukup barang kenangan yang dibeli. Duit masih ada baki lagi. Rasanya cukup untuk kami beli sejadah Madina made yang kami tengok semalam. Lepas asar nanti kami singgah kedai tu, insyaAllah..

Pagi terakhir di Madinah..
Plastik letak selipar pun saya simpan buat kenangan. Hihi..
Ustaz Zool maklum dalam group whatsapp kami tentang waktu kumpul beg di lobi hotel. Ikut jadual asal jam 4.00 petang, tapi disebabkan ada jemaah yang masih nak membeli barang di saat akhir, jadi terpaksa diganjakkan ke pukul 8.00 malam. Lagipun bas dijangka bergerak jam 10.00 malam. Awal sangat nak kumpul beg jam 4.00 petang. Hihi.. Lepas lunch, jam 12.15 tengahari kami ke masjid untuk solat Zohor dan Asar. Selesai solat Asar kami berjalan di kawasan sekitar masjid untuk kali terakhir. Lepas ni dah tak boleh nak jalan-jalan dah. Huhu..

Setakat tengok dari luar je lah. Hihi..
Susah nak jumpa motor kat sini

Kenangan hari terakhir di Masjid An-Nabawi
Penutup segala belian di sini. Sejadah Madina Made..
Jam 4.45 petang kami balik ke hotel untuk turunkan beg di lobi. Sebelum bawak turun kami timbang beg dulu, takut terlebih muatan. Karang tak pasal kena extra charge kat airport. Huhu.. Kena semak dengan flight yang kita naik sebab semua flight tak sama muatan beg yang boleh dibawa. Untuk Oman Air, 2 beg boleh letak kat kargo dan jumlah berat maksimum 30kg. Untuk bawa naik atas flight hanya 1 beg maksimum 7kg. Kalau terlebih muatan kena charge RM95.00/kg. Air zam-zam pulak sorang boleh bawa 5 liter. Kami pun sesuaikan berat beg masing-masing. Yang terlebih berat boleh la tumpang masuk kat beg lain yang ringan. Sejadah yang kami baru beli tu agak berat. Nasib baik tak perlu timbang sebab dikira barang souvenir. Jadi kami tak payah nak bungkus masuk dalam beg. Pegang je paper beg dia dan bawa naik flight. Lega..

Baggage allowance berbeza untuk setiap flight company
Selesai kumpul beg kat lobi
Jam 5.30 petang kami ke masjid untuk solat Maghrib dan Isyak. Selepas solat Isyak, saya terus buat ziarah wida' iaitu ziarah perpisahan. Perasaan sedih menyelubungi diri apabila melalui makam Rasulullah kerana sudah sampai masanya untuk berpisah. Huhu..


"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan ziarahku ke tempat mulia ini sebagai kali terakhir.
Kurniakan bagiku kepadanya ziarah untuk kesekian kalinya dalam
kebajikan, kesejahteraan, kesihatan dan keselamatan.
Jika aku mampu, InsyaAllah aku datang lagi.
Jika aku mati, kutitipkan pada sisiMu syahadah
(kesaksianku, amanahku, perjanjianku, timbanganku) pada hari itu untuk kiamat.
Dengan ini kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa.
Tiada sekutu bagiNya.
Dan kesaksian bahawa Muhammad itu hambaNya lagi utusanNya.
Maha suci Tuahn yang mulia daripada apa-apa yang mereka sifatkan.
Salam untuk sekalian utusan (Rasul-rasul)
dan segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam'

Moga bertemu lagi di lain masa Ya Rasulullah. Keluar dari masjid, saya merenung kubah hijau untuk yang terakhir kali. Saya melangkah balik ke hotel dengan perasaan yang amat sayu. Berkaca-kaca mata dibuatnya. Huhu.. Rasa bersyukur kerana diberi peluang datang ke sini. Terima kasih Ya Allah kerana menjemputku. Moga pertemuan pertama ini bukan yang terakhir dalam hidupku. Wallahu 'alam..

Berpisahlah kita wahai Rasulullah..
Sampai di hotel, kami menunggu di lobi bersama jemaah yang lain. Kami berborak menceritakan pengalaman masing-masing sepanjang trip ini berlangsung. Walaupun satu group, tapi kami bukannya dapat berborak selalu. Masing-masing sibuk menjalani ibadah mengikut jadual sendiri. Tepat jam 10.00 malam bas sampai di luar hotel. Pekerja hotel bantu masukkan beg kami ke dalam bas. 20 minit kemudian bas memulakan perjalanan menuju ke airport. Selamat tinggal Masjid An-Nabawi. Selamat tinggal Ya Rasulullah. Sedihnya.. Huhu..

Gambar kenangan bersama jemaah group kami
Harap bas ni tak rosak macam hari tu. Hehe..
Perjalanan menuju ke airport

@ PRINCE MOHAMMED BIN ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 11.00 malam kami tiba di Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport atau lebih mudah sebutannya Madinah Airport. Cuaca agak sejuk malam ni. Keadaan di airport agak tenang. Mungkin tak banyak flight schedule. Alhamdulillah, nampaknya urusan kami di airport dipermudahkan. Masa sampai di Jeddah hari tu pun tak ramai orang. Kami terus masuk ke dalam terminal untuk check-in. Ustaz Zool bantu group kami berurusan di kaunter sebab check-in secara berkumpulan. Jadi takdelah nak kena timbang berat beg masing-masing. Kalau tau dah lama beranakkan satu beg lagi. Hehe..

Bus Route: From Hotel to Prince Mohammed bin Abdulaziz International Airport
Keadaan di luar airport
Menuju ke kaunter untuk urusan check-in
Flight kami berlepas jam 3.10 pagi. Saya ingat tak boleh nak masuk ke departure gate sebab lama lagi. Baru cadang nak meronda tengok kedai dalam terminal, Ustaz Zool maklum dah boleh masuk. Tak sempat nak pusing terminal. Huhu.. Kami pun beratur di kaunter imigresen dan kawalan keselamatan. Disebabkan tak ramai orang, urusan di kaunter amat cepat dan tak sampai 10 minit kami dah berada di duty-free area. Setakat tengok je lah barang yang dijual. Nama je duty-free, tapi tetap mahal walaupun hanya sekeping fridge magnet. Huhu.. Dah takde barang yang diperlukan lagi kot. Baki duit yang ada memang standby untuk makan malam di sini sebab flight kami lambat lagi berlepas. Mesti lapar punya menunggu boarding gate dibuka. Hihi..

Ada lebih 3 jam lagi untuk berlepas
Tengok dari luar pun dah boleh tau harganya.
Flight kami akan berlepas di Gate 114. Jauh juga jaraknya dari duty-free area. Tapi rasanya gate kat KLIA2 lagi jauh. Tambah pulak dapat gate yang paling hujung. 20 minit juga la jalan kaki nak sampai situ. Huhu.. Kesian mak saya kena berjalan jauh. Nasib baik ada travelator. Suasana amat lengang. Hanya ada satu kedai je yang bukak berhampiran Gate 114. Kedai lain semuanya kat duty-free area tadi. Kami duduk di ruang menunggu. Ada jemaah dah mula baring kat kerusi panjang. Lama lagi gate dibuka. Kami duduk berehat sambil layan phone. Simcard Zain yang kami beli masa kat Mekah masih ada kredit untuk online. Harap flight kami sampai on-time. Menghitung masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bumi Arab. Wallahu'alam..

Jauh juga menapak ke Gate 114. Huhu..
Flight WY 0678 Oman Air to Muscat @ 3.10am. Jangan delay sudah la..

No comments:

Post a Comment