Selesai urusan check-in, kami makan dulu sebelum naik ke bilik. Menu makan di hotel Ibis memang simple. Tak perlu banyak jenis makanan asalkan sedap dimakan. Hihi.. Ustaz Zool minta kami semua berkumpul semula di lobi hotel jam 10.15 pagi. Jam 9.40 pagi kami naik ke bilik 312. Bilik amat bersih dan selesa. Tak boleh baring dulu, nanti tertidur. Hihi.. Kami mandi dan bersiap-siap. Barulah badan segar sikit nak berjalan cuci mata di bandar Muscat. Jam 10.00 pagi kami dah turun ke bawah menunggu jemaah yang lain. Jam 10.10 pagi bas sampai di luar hotel. Ada beberapa jemaah yang masih belum turun. Lamanya diorang ni bersiap. Huhu.. Akhirnya jam 10.30 pagi barulah semua ada dalam bas. Bas mula bergerak sambil tour guide kami menerangkan tentang aktiviti pada hari ini. Perjalanan mencari pengalaman di Muscat pun bermula..
Guide kami boleh berbahasa Inggeris tapi kadang-kadang susah juga nak faham. Omani English namanya. Haha.. Janji boleh faham sikit-sikit cukup la. Guide terangkan tentang ke mana lokasi yang akan kami lawati. Mula-mula cadangnya nak ke Sultan Qaboos Grand Mosque dulu. Tapi kami mintak pergi last sekali bila dah masuk waktu Zohor. Boleh solat jamak terus kat situ. Guide setuju untuk ubah itinerary. Guide juga maklumkan mungkin ada tempat yang kami tak boleh nak masuk, bergantung kepada keadaan. Tak kisah la, asalkan dapat melihat dari dalam bas dah cukup bagus. Saya yang sentiasa duduk depan dah tentu paling dekat dengan guide. Jadi saya amik peluang untuk bertanya macam-macam tentang Oman. Pertama sekali adalah tentang currency yang amat tinggi di sini. Macamana matawang Oman boleh tinggi sedangkan bandarnya takde pun bangunan pencakar langit. Bangunan tinggi tak semestinya negara tu kaya ye. Hihi.. Minyak adalah hasil utama negara Oman. Sultan Qaboos yang terkenal bijak mentadbir negaranya. Banyak perkara menarik tentang Oman yang baru saya tau. Walaupun Oman antara negara yang kurang pelancong datang melawat, tapi matawang mereka tetap kukuh dan antara yang tertinggi di dunia. 1.00OMR bersamaan dengan RM11.00.. Fuh, tingginya!. Pening kejap. Huhu..
|
Our tour guide |
Rakyat Oman tak ramai, sekitar 4.5 juta je. Majoriti penduduk di sini beragama Islam. Orang luar pun ramai yang tinggal dan bekerja di sini. Saya tanya berapa gaji cikgu kat sini. Dia kata lebih kurang 1,200.00OMR sebulan. Biar betul gaji cikgu RM13,200.00 sebulan. Terus rasa macam nak posting mengajar kat sini. Hehe.. Oman adalah negara yang langsung takde cukai. Sebab tu harga kereta murah dan boleh dikatakan semua penduduk di sini mampu beli kereta. Kereta Proton kita juga dieksport ke sini. Harga Proton Gen 2 sekitar RM57,000.00. Amat murah jika dibandingkan dengan gaji cikgu tadi. Hihi.. Selain dari negara yang takde cukai, perubatan dan pendidikan juga percuma untuk rakyatnya. Yang menganggur dapat elaun yang ditanggung kerajaan selama 6 bulan hingga dapat kerja. Selain Jepun, Oman juga mempunyai kadar jenayah yang sedikit dan rakyatnya amat peramah. Hujan emas di negara orang. Huhu.. Tetap bersyukur menjadi rakyat Malaysia..
|
Layan pemandangan di bandar Muscat |
@ MUTRAH SOUQ
Jam 11.10 pagi kami sampai di Mutrah Souq, antara pasar tertua di bumi Oman. Pelancong yang datang ke Muscat wajib singgah di Mutrah Souq. Macam-macam benda yang ada dijual kat sini. Guide bagi masa sampai jam 12.00 tengahari untuk kami jalan-jalan di Mutrah Souq. Sebelum meronda dalam Mutrah Souq, kami bergambar di tepi laut berlatarbelakangkan Pelabuhan Sultan Qaboos. Kat sini banyak kapal-kapal besar yang cantik. Agak-agak berapa la harga boat tour kat sini ye. Dalam Omani Riyal macam murah. Lepas convert terus tak jadi naik bot. Huhu..
|
Bus Route: From Ibis Hotel Muscat to Mutrah Souq |
|
Kita amik gambar tepi laut dulu |
Kami lintas jalan dan masuk ke dalam kedai pertama di Mutrah Souq yang menjual barang antik dan juga souvenir. Harga fridge magnet paling murah kat sini 1.00OMR (RM11.00). Kami cuma tukar 30.00OMR. Beli 2 dah tinggal 28.00OMR. Huhu.. Nampaknya kena jaga baik-baik fridge magnet Oman ni. Selalu anak-anak suka cabut kat peti ais. Pastikan jangan cabut yang Oman punya. Hihi.. Selain tu, kain sulam kat sini pun nampak menarik. Cuma harga je yang kurang menarik. Kenapalah tinggi sangat matawang Oman ni. Huhu..
|
Macam-macam benda ada kat dalam kedai ni |
Ikut hati nak beli macam-macam tapi apakan daya. Setakat dapat tengok je lah. Nak beli pun kena fikir dua kali. Huhu.. Fridge magnet dah tentu benda wajib kena beli. Barulah bertambah warna warni pintu peti ais kat rumah. Nak survey kedai lain yang lebih murah takut tak sempat sebab tinggal 30 minit je kat sini. Kami teruskan berjalan di dalam pasar untuk melihat kedai yang lain. Banyak kedai yang menjual pakaian tradisional Oman. Untuk lelaki pakaian seperti jubah dipanggil dishdasha dan kain yang melilit kepala seperti serban dipanggil Muzzar. Untuk perempuan pulak lagilah banyak. Dishdasha, Waqaya, Sarwal, Lahaf dan juga aksesori yang dipakai bersama. Sekali pandang macam pakaian tradisional India. Saya berminat tengok songkok tinggi yang dipanggil kumma. Atas songkok tu boleh buat lekuk tajam di depan. Barulah nampak lain sikit bila dipakai masa raya nanti. Hehe.. Harga kumma bergantung kepada pembuatannya. Kalau hand-made dah tentu lebih mahal. Kedai pertama yang saya tanya, harga kumma 7.00OMR. Mak aii, mahalnya. Huhu.. Saya survey lagi kedai yang lain. Akhirnya dapat kumma yang berharga 2.00OMR je. Kira itu yang paling murah saya jumpa. Jadilah untuk kenangan di Oman..
|
Menyusuri kedai di dalam Mutrah Souq |
Tinggal lagi 10 minit untuk berkumpul semula, kami singgah di satu kedai menjual air. Nak tau juga berapa harga air secawan kat sini. Takkan la 1.00OMR kot. Memang mahal sungguh kalau harga air sampai RM11.00. Huhu.. Tengok kat menu kedai, secawan cold drinks berharga 0.100OMR. Macam mana nak sebut tu? Nak dapatkan kepastian saya order dua air bandung dan bayar 1.00OMR. Pekerja kedai tu bagi balik baki kat saya 8 keping duit 100 Baisa. Barulah saya faham tentang nilai duit Oman. Rupanya duit Oman ada 3 nilai lepas titik perpuluhan. Macam duit sen kita kat sini namanya Baisa. Jadi kena tulis 1.000OMR instead of 1.00OMR. Maknanya harga air bandung yang kami beli tu hanya RM1.10 secawan. Ada juga benda yang murah kat Oman ni. Hihi.. Kami keluar dari Mutrah Souq dan berkumpul di tepi jalan. Guide dan beberapa jemaah dah sedia menunggu. Setelah semua dah ada, kami pun naik bas untuk ke destinasi seterusnya.
|
Harga air kat sini. RM1.10 je secawan. Hihi.. |
|
Tu dia kumma berwarna pink menjadi pilihan. Hihi.. |
Dalam perjalanan saya bertanya pada guide tentang nilai matawang Oman. Duit kertas yang ada kat sini bermula dari 100 Baisa, 500 Baisa (1/2OMR), 1/5/10/20 dan paling tinggi 50.000OMR. Duit syiling pun ada digunakan dan paling rendah 5 Baisa (6 sen). Dah la ada 3 nilai lepas titik perpuluhan, ditambah dengan pecahan lagi. Kena pandai matematik kalau nak duduk kat Oman ni. Hihi.. Setiap kali travel saya akan simpan duit syiling dan kertas untuk disimpan dalam album. Setakat duit Indonesia, Thailand dan Vietnam boleh la nak simpan semua banknotes. Untuk Oman saya simpan duit kecik je. Tak dapat nak simpan semua banknotes yang ada. Tukar duit pun 30.000OMR je. Macam mana nak dapat banknote 50.000OMR? Hihi..
|
Banyak kawasan berbukit batu kat Muscat ni |
Untuk destinasi berikutnya, kami akan dibawa ke kawasan pentadbiran kerajaan Oman. Kira macam Putrajaya la. Kami melalui jalan dalam yang berbukit dan sempit. Guide kata jalanraya ni adalah yang terawal dibina di Oman dan pernah menjadi jalan utama pada zaman dulu. Dari atas puncak jalan ni boleh nampak 2 kubu utama yang menghadap laut iaitu Al Mirani Fort dan Al Jalali Fort. Kedua-dua kubu ni mempunyai sejarahnya tersendiri. Walaupun sekarang dah tak beroperasi, namun tempat ni tidak dibuka untuk umum. Nak masuk kena apply permit kat pejabat kerajaan Oman. Mesti banyak misteri yang tersimpan dalam kubu ni. Takpelah, saya tengok dari jauh je. Hihi..
|
Dari jauh kelihatan Al Mirani Fort dan Al Jalali Fort |
Jam 12.20 tengahari kami sampai di kawasan pentadbiran kerajaan Oman untuk melawat Al Alam Palace yang terletak berdekatan dengan kedua-dua fort tadi. Keadaan jalan yang amat lengang di sini membuatkan guide rasa macam ada sesuatu yang berlaku. Bas berhenti di tepi jalan dan guide keluar untuk bertanya pada guard yang menjaga jalan masuk. Bila guide masuk semula dalam bas, dia kata ada majlis besar sedang berlangsung di dalam kawasan ni dan orang awam tidak dibenarkan masuk. Patutlah jalan lengang. Ada orang besar nak lalu rupanya. Nampaknya takde rezeki kami untuk melawat Al Alam Palace dan kawasan sekitarnya.
|
Bus Route: From Mutrah Souq to Al Alam Place |
|
Tanya dulu guard yang berkawal di jalan masuk |
Masa masih banyak lagi tapi tinggal satu je destinasi yang kami nak pergi iaitu melawat Sultan Qaboos Grand Mosque. Kami mintak guide bawa kami jalan-jalan pusing bandar Muscat. Duduk dalam bas je, tak payah keluar. Kalau dah keluar kang susah nak kumpul masuk balik. Hihi.. Kalau la tau awal yang Al Alam Place tak boleh masuk, boleh kami stay lama kat Mutrah Souq tadi. Tak puas lagi berjalan tengok kedai kat situ. Huhu.. Tapi saya tak cakap pun kat guide. Takut ada jemaah yang tak berminat nak ke sana lagi. Pergi berkumpulan mestilah kena ada persetujuan bersama. Tak boleh buat keputusan sendiri. Semua bersetuju kami duduk dalam bas dan ronda sekitar bandar Muscat sebelum ke Sultan Qaboos Grand Mosque. Moga semua jemaah berpuas hati. Wallahu 'alam..
|
Incense Burner Monument di Al Riyam Park |
No comments:
Post a Comment