Saturday, 16 September 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 14 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
5 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ FLIGHT WY 0678 OMAN AIR
@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT


Jam 1.00 pagi perut dah mula terasa lapar. Ada lagi 2 jam nak berlepas. Sebelum tidur tadi mak dan kakak saya bagitau diorang taknak makan. Saya dan wife pun berjalan ke duty-free area mencari tempat makan. Fasiliti kat airport ni simple je berbanding KLIA dan KLIA2. Tak banyak kedai yang ada kat sini. Sekali pandang suasana sekitar nampak macam airport baru. Airport di sini mula beroperasi untuk domestic flights dan beberapa negara jiran sejak 1950. Kemudian dinaik taraf kepada international flights pada 2007 sebab nak tampung bilangan jemaah haji dan umrah yang ramai. Dulu hanya airport di Jeddah je sebagai pintu masuk udara kepada jemaah yang datang dari seluruh dunia. Dan bangunan yang kami berada sekarang ni baru dibuka pada 2015. Patutlah nampak macam baru.

Antara fasiliti yang ada di airport
Mesin survey di ada di mana-mana. Semuanya saya tekan. Hihi..
Kami pilih untuk makan di Burger King sebab tak ramai orang dan paling dekat dengan tempat kami menunggu. Makan dengan tenang sambil berborak tentang pengalaman yang kami dapat selama 14 hari di sini. Masih lagi tak percaya bahawa kami dapat sampai ke sini. Alhamdulillah, niat mak untuk buat umrah bersama saya tercapai jua akhirnya. Nampak mak amat seronok sepanjang berada kat sini. Sebelum ke sini berkali-kali dia sebut nak pergi umrah dengan saya. Terharu sangat sebab daripada 5 adik beradik, saya yang dapat bawa mak. InsyaAllah jika ada rezeki, umur panjang dan kesihatan yang mengizinkan saya akan bawa mak pergi buat haji pulak. Hampir sejam kami berborak kat Burger King. Jam 2.00 pagi kami balik ke ruang menunggu dengan harapan boarding gate dah dibuka. Tak sabar nak duduk dalam flight dan tidur. Hihi..

Layan burger dan fries di awal pagi..
Jam 2.20 pagi staff airport buat announcement dan buka boarding gate. Alhamdulillah flight kami tak delay. Kami siap sedia untuk beratur masuk ke dalam flight. Urusan di boarding gate berjalan dengan lancar. Jam 2.40 pagi kami dah berada di dalam flight. Cuma seat sama macam hari tu, tak dapat duduk sebelah menyebelah. Lagi sekali bantuan dari sorang pakcik ni diperlukan dalam menyusun jemaah dalam flight ikut keluarga masing-masing. Pakcik ni pesara polis, arahan dia mudah je. Bila semua dah ada dalam flight, tak sampai 5 minit dah selesai urusan tempat duduk. Terbaiklah pakcik. Flight last balik Malaysia nanti boleh bantu lagi. Hehe..

Beratur di boarding gate

@ FLIGHT WY 0678 OMAN AIR

Kami dapat seat no. 35E dan 35F. Wife duduk di tingkap dan sebelah saya Ustaz Zool. Tepat jam 3.10 pagi, flight Oman Air WY 0678 pun berlepas meninggalkan tanah Arab. Selamat tinggal Mekah dan Madinah. Moga berjumpa lagi di lain masa. Flight duration untuk sampai ke Muscat dalam 3 jam lebih. Jangka sampai di Muscat jam 7.30 pagi mengikut time-zone di sana. Baru 10 minit berlepas, saya terus berselimut dan tidur. Perut dah kenyang makan burger tadi, apa lagi yang nak dibuat. Hihi.. Siap bagitau kat Ustaz Zool, kalau dia masih sedar time makanan sampai jangan kejut saya. Mintak stewardess tapaukan makanan tu. Itupun kalau dia ingat nak tanyakan. Apa-apa pun jangan kejut saya ye. Memang betul-betul mengantuk ni. Cuma mintak dia kejut bila dah masuk waktu Subuh. Terima kasih ustaz..

Flight dah penuh dengan penumpang
Dapat juga duduk bersama
Tak sempat nak browse lagu. Tidur nyenyak. Hihi..
Ustaz Zool kejut saya untuk solat Subuh dalam flight. Lepas tu saya tak tidur sebab flight dah nak mendarat di Muscat. Jadilah tidur 2 jam kumpul tenaga untuk jalan-jalan kat Muscat nanti. Saya tanya ustaz menu apa yang diberi tadi. Dia kata makanan ringan je. Macam roti boom bentuk dia. Takpelah tak tapau pun. Perut masih kenyang lagi. Saya set jam ikut masa Oman. Advance sejam dari waktu Arab Saudi. Jam 6.45 pagi pilot announce flight akan bersedia untuk mendarat di Muscat. Laju juga pilot ni bawak. Awal pagi, jalan udara tak jem kot. Hahah.. Akhirnya jam tepat jam 7.00 pagi flight WY 0678 Oman Air dari Madinah mendarat dengan selamatnya di Muscat International Airport. Alhamdulillah..

Flight Route: From Prince Mohammed bin Abdulaziz Int' Airport to Muscat Int' Airport
Pendaratan yang sempurna. Terbaiklah Mr. Pilot..

@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT

Jam 7.15 pagi kami dibenarkan keluar dari flight dan naik shuttle bus menuju ke terminal. Sampai di dalam terminal, kami kena isi satu borang transit. Masa datang hari tu tak perlu isi sebab kami tak keluar dari terminal. Kali ni kami keluar untuk half-day tour di bandar Muscat. Saya bantu ustaz ambil borang dan edarkan kepada semua jemaah. Lepas isi kami semua kena beratur di kaunter khas transit untuk dapatkan cop pengesahan. Selesai semuanya barulah kami boleh keluar dari terminal. Beg dalam kargo tinggal di airport dan akan transfer ke flight balik Malaysia nanti. Hanya beg yang bawa naik atas flight je yang kami bawa. Nasib baik ada pengalaman transit kat Ho Chi Minh City dulu. Masa packing barang kat Madinah saya dah standby letak satu set pakaian harian dalam beg yang dibawa naik flight. Nanti tak pasal kena beli pakaian kat Muscat. Dah la currency dia mahal. Huhu..

Borang transit yang kena isi
Jangan salah isi ye. Nanti kena tahan. Hihi..
Beratur untuk dapatkan pengesahan
Kami melalui kaunter imigresen dan kawalan keselamatan. Kaunter punyalah banyak tapi hanya beberapa je yang buka. Ramai staff masih breakfast lagi kot. Huhu.. Lama juga kami beratur menunggu giliran. Staff yang jaga kaunter siap berborak santai lagi dengan kawan dia yang berdiri kat situ. Ramai pulak tu yang berdiri tak buat apa-apa. Hadui.. Lebih setengah jam juga kami beratur hingga sampai giliran. Ikutkan takde lah ramai sangat yang beratur. Bengang je tengok diorang ni berborak siap gelak ketawa lagi. Mencari juga kalau ada borang aduan tapi tak jumpa. Report kang baru tau. Hehe.. Saje je bikin kecoh. Takde nak buat aduan pun sebenarnya. Hihi.. Jam 8.30 pagi baru kami selesai urusan di kaunter imigresen dan kawalan keselamatan.

Tengok sikit harga barang kat duty-free sini
Banyak juga kedai kat sini. Costa Coffee pun ada.
Masa sampai hari tu tak sempat nak jalan-jalan kat dalam airport ni. Transit kejap dan kelam kabut nak uruskan pakaian ihram masa tu. Balik malam nanti baru la ada peluang nak tengok kedai-kedai yang ada kat sini. Kami terus keluar dari terminal ikut pintu utama. First time dalam hidup menjejakkan kaki di bumi Oman. Bertambah lagi negara yang saya dah lawati. Alhamdulillah. Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengalaman. Ustaz Zool minta saya tolong dia bertanyakan tentang transport yang akan bawa kami. Masa beratur di kaunter transit tadi, saya ada bertanya pada staff bertugas tentang pergerakan kami sebab ada 2 hotel transit yang disenaraikan. Staff tu maklum kami akan stay di Ibis Hotel Muscat. Shuttle bus akan bawa kami ke sana. 10 minit menunggu di luar terminal, barulah staff tu datang kepada kami dan uruskan transport. Yang datang hanya coaster untuk menampung 25 orang jemaah group kami dan 2 orang tourist. Baki 3 orang lagi akan naik kereta. Jam 8.50 pagi kami meninggalkan airport menuju ke Ibis Hotel Muscat. Walaupun coaster padat, saya tetap duduk depan untuk pemandangan yang lebih jelas. Hihi..

Keadaan di luar terminal Muscat International Airport
Coaster sudah sampai
Padatnya isi dalam coaster. Huhu..
Ustaz Zool naik kereta. Sebelum bergerak, ustaz maklumkan tentang perjalanan half-day tour di Muscat. Mula-mula kami akan dibawa ke Ibis Hotel Muscat untuk pengurusan diri. Kemudian kami akan dibawa jalan-jalan ke tempat menarik di Muscat dengan bas. Ada sorang guide akan mengiringi kami di sepanjang tour. Disebabkan tour separuh hari, jadi hanya beberapa tempat menarik je yang boleh kami pergi. Tak kisah la, janji dapat pengalaman hidup berada di bumi Oman, negara yang tak ada dalam wishlist saya. Inilah namanya rezeki. Bila lagi nak dapat peluang melawat negara Oman, antara negara yang mempunyai matawang yang tertinggi di dunia. Huhu.. Moga dapat pengalaman hidup yang berharga walaupun hanya seketika di Muscat. Wallahu 'alam..

Menyusuri perjalanan di bumi Oman. Time to explore Muscat..

No comments:

Post a Comment