Sunday, 10 September 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Day 11 (Part #2)

Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh..

TARIKH:
2 JANUARI 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ SEKITAR HOTEL
@ EXHIBITION OF MUHAMMAD SAW


@ SEKITAR HOTEL

Sampai di hotel kami terus ke dewan makan untuk lunch. Kemudian kami ke masjid untuk mengerjakan solat Zohor. Jam 2.30 petang kami keluar dari masjid dan meronda di kawasan sekitar. Cadangnya nak masuk ke dewan exhibition of Muhammad SAW tapi dah tutup. Ingatkan buka setiap masa. Rupanya buka 2 kali sehari. Jam 12.00 tengahari tadi tutup dan dibuka semula jam 4.30 petang. Lepas Asar nanti boleh pergi balik. Kami pun berjalan ke satu satu lagi pasar yang berdekatan dengan Sokaifat Bani Saedah. Pasar ni lagi besar dari semalam walaupun lokasiya bersebelahan. Katanya nama pasar ni Pasar Yahudi, tapi tak pasti kesahihannya sebab takde signboard nama pasar. Wallahu 'alam..

Ramai juga orang kat pasar ni
Barangan yang dijual di sini sama seperti pasar semalam tapi lagi banyak pilihan. Lagi rambang la mata dibuatnya. Huhu.. Harga pun agak berpatutan dan boleh tawar menawar. Nampaknya tak sempat nak ronda keseluruhan pasar sebab nak ke masjid untuk solat Asar. Nak cari jubah kena lama sikit sebab kadang-kadang saiz yang ditulis pada jubah tak betul terutamanya saiz kanak-kanak. Teringin juga nak cari jubah yang sama warna untuk satu keluarga. Boleh la dipakai masa raya nanti. Fuh, awal betul beli baju raya. Baru masuk tahun baru tu. Huhu.. Nanti masa bulan puasa tak payah nak cari baju raya dah. Lagipun saya memang tak gemar nak bersesak mencari barang ketika bulan puasa. Nak pergi bazar ramadhan pun dah macam malas. Area Jalan TAR dan Sogo rasanya dah lebih 5 tahun tak pergi. Last pergi Sogo saya duduk kat lantai tepi lif jaga anak-anak sebab terlalu sesak. Biar wife saya sorang-sorang cari barang. Siap bagi permission awal-awal kat wife, kalau nak ke Sogo atau Jalan TAR, dia boleh pergi dengan kawan-kawan. Saya lagi sanggup tunggu kat rumah jaga anak-anak. Jalan TAR dan Sogo dah termasuk dalam list fobia saya. Hihi..

Antara barang yang dijual di pasar
Jam 3.00 petang kami ke masjid semula untuk solat Asar. Selesai solat kami ke Taiba Commercial Center sekejap sementara menunggu dewan exhibition dibuka. Sempat juga kami masuk beberapa kedai yang agak menarik perhatian kami. Antaranya kedai menjual tudung kanak-kanak dan barang perhiasan rumah. Wife kata nak survey dulu tengok harga. Kalau nak ke kedai ni balik kena hafal lokasi kedai ni. Takut tak jumpa bila datang sekali lagi. Huhu.. Seperti semalam, ada je pekerja kedai yang memaksa kami masuk ke kedai mereka. Sakit hati pun ada juga bila kami tengah naik eskalator, ada sorang lelaki ni main sembur perfume kat tangan kami. Jangan la sampai macam tu nak promote perfume. Sukahati je nak spray kat badan orang. Haduii.. Sabar je lah..

Menarik barangan yang dijual kat kedai ni

@ EXHIBITION OF MUHAMMAD SAW

Jam 4.30 petang kami terus ke dewan exhibition. Ramai orang sedang beratur untuk masuk ke dalam dewan. Ada yang masuk ikut kumpulan bersama guide. Kami pun selit sekali dalam group di depan kami untuk dengar penerangan dari guide tentang bahan pameran yang ada di dalam exhibition ni. Sungguh teruja kami melihat dan mendengar sejarah kehidupan Rasulullah dari kelahirannya sehingga Baginda wafat. Kisah keluarga, hijrah, peperangan dan dakwah Baginda dalam menyebarkan Islam semuanya ada di dalam exhibition ni. Kami lalu di setiap lorong untuk melihat tulisan, gambar dan replika yang dipamerkan. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

Pintu masuk ke Exhibition of Muhammad SAW
Waktu exhibition dibuka
Antara tulisan dan lukisan yang dipamerkan
Replika tanah Arab zaman dulu dan rumah Rasulullah juga dipamerkan
Hampir sejam kami berada di dalam exhibition ni. Jam 5.30 petang kami keluar untuk solat Maghrib di masjid. Ada 2 lagi dewan exhibition kat sini yang kami belum masuk. Esok jika ada peluang kami akan pergi, insyaAllah. Kami duduk di dalam masjid hingga selesai solat Isyak. Selesai solat Maghrib, ada sorang jemaah dari Indonesia yang duduk di sebelah menegur saya. Pakcik ni dah mengerjakan haji dan ini adalah kali ke-3 dia mengerjakan umrah. Tak dapat dinafikan ramai jemaah selalu datang ke sini. Saya yang baru pertama kali pun rasa macam nak duduk lama di sini. Moga dijemput lagi untuk datang ke sini satu hari nanti. Kalau pergi negara lain tak rasa sangat nak pergi lagi. Tapi lain keadaannya di sini. Mungkin kerana di sini tempat berkumpulnya umat Islam paling ramai di dunia membuatkan kami rasa nak datang lagi untuk berada dekat dengan Allah.

Suasana jemaah menuju ke masjid untuk solat Maghrib
Jam 9.30 malam kami keluar dari masjid untuk mencari makan malam. Kami melalui jalan yang tak pernah kami lalu sebelum ni dengan harapan berjumpa kedai makan. Walaupun last makan tadi tengahari sebelum Zohor, tapi takde pulak terasa lapar sangat padahal banyak tempat berjalan petang tadi. Huhu.. Kami ingat nak cari makanan yang ringan sikit seperti roti ataupun sup. Boleh dikatakan setiap blok yang kami lalu mesti ada kedai menjual jubah. Banyak betul kedai yang menguji keimanan. Huhu.. Tak cukup seharian kalau nak masuk di setiap kedai jubah kat sini. Lagi kuat tarikannya berbanding kedai di Mekah. Kami nampak signboard kedai makan Indonesia tapi macam tak berminat nak makan malam ni. Esok mungkin boleh cuba. Akhirnya kami jumpa satu kedai menjual kebab. Cukuplah sorang satu kebab sebagai menu makan malam kami.

Suasana malam di Madinah
Di setiap lorong mesti ada kedai jual jubah dan souvenir
Rumah Makan Indonesia di tingkat atas
Malam ni kita makan kebab je. Alhamdulillah kenyang
Kami makan kebab di lobi hotel sambil berborak dengan jemaah yang sedang berehat di sofa. Group jemaah diorang baru dua jam yang lalu sampai di Madinah dari Malaysia. Hari ke-4 nanti baru bertolak ke Mekah mengerjakan umrah. Abang yang duduk di sebelah saya dah kali ke-2 datang ke sini. Dia kata lebih baik sampai di Mekah dan buat umrah dulu, baru ke Madinah macam group kami. Bila kami dah berada di Madinah ni barulah kami faham kenapa baik ke Mekah dulu dan baru ke Madinah. Selesaikan urusan wajib umrah dulu lebih afdal dan selepas tu barulah ziarah. Memang beruntung group kami. Jadual asal group kami adalah ziarah Oman dulu, kemudian ke Madinah dan akhir sekali baru buat umrah di Mekah. Bila tarikh flight kami diawalkan dari 26/12 ke 23/12, maka jadual pun bertukar. Dapatlah kami buat umrah dulu dengan extra 3 hari di Mekah tanpa bayaran tambahan. Alhamdulillah..

Berehat di lobi dulu sebelum naik ke bilik
Jam 10.45 malam baru kami naik ke bilik untuk berehat dan tidur. Kat sini dah tak perlu nak basuh baju. Baju yang saya basuh di Mekah dan ditambah dengan beberapa jubah yang dibeli cukup untuk dipakai sampai kami balik Malaysia. Esok tinggal seharian penuh di Madinah. Ada banyak lagi tempat yang perlu diziarahi. Moga diberikan tenaga dan kekuatan menghadapi hari esok demi mencari pengalaman bermakna dalam hidup. Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment