Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
TARIKH:
5 JANUARI 2017
LOKASI KEJADIAN:
@ SULTAN QABOOS GRAND MOSQUE
@ SEKITAR HOTEL
@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT
@ FLIGHT WY 0821 OMAN AIR
Sambil melihat pemandangan di bandar Muscat sebelum ke Sultan Qaboos Grand Mosque, guide bercerita tentang beberapa keunikan yang ada di Oman. Walaupun Oman bukanlah negara wishlist bagi pelawat berbanding negara lain seperti UK dan Europe, tapi sejak 2013 hingga sekarang bilangan pelancong yang melawat Oman makin meningkat. Saya ada terbaca blog tentang trip group backpackers ke Oman. Diorang ke kawasan pantai, air terjun, sungai dan kolam yang cantik dan airnya jernih. Bacpacking trip boleh la nak ke tempat yang agak isolated di sini. Trip ziarah umrah memang tak sempat la kan. Setakat dapat tengok air laut yang jernih dari dalam bas je. Huhu..
|
Amat jernih air laut kat sini. Rasa nak berenang walapun tak pandai. Hihi.. |
@ SULTAN QABOOS GRAND MOSQUE
Tepat jam 1.00 petang, kami sampai di Sultan Qaboos Grand Mosque. Ini adalah tempat yang wajib dilawati oleh umat Islam yang datang ke Muscat. Bukan hanya mercu tanda utama di Muscat, tetapi struktur pembinaan masjid ni amat unik dan menarik perhatian pengunjung. Teringin juga nak tengok bagaimana rupa masjid negara matawang tinggi ni. Hehe.. Apapun bukan kerana matawang dan rekabentuk masjid yang menjadi keutamaan, tetapi bilangan jemaah yang hadir untuk solat di sini lebih penting. Guide beri kami masa hanya 45 minit untuk solat dan ziarah di dalam masjid. Sekejap je masa yang dia bagi. Terpaksalah kami jalan laju masuk ke dalam kawasan masjid. Huhu..
|
Bus Route: From Al Alam Palace to Sultan Qaboos Grand Mosque |
|
Berkumpul semula di sini jam 1.45 petang |
Jemaah lain semua dah masuk ke dalam masjid, tapi saya dan wife masih jalan-jalan kat kawasan sekitar di luar. Ada taman bunga kat sebelah masjid. Kalau bawak anak-anak dah tentu diorang petik bunga ni. Daun pun diorang suka petik, inikan pulak bunga yang berwarna-warni. Huhu.. Haishh, rindu betul kat anak-anak di kampung. Takpe, esok dah sampai Malaysia. Boleh bawak diorang jalan-jalan sepuasnya. Walaupun tak puas meronda kat luar, kami terpaksa kejar masa dan masuk ke dalam masjid. Nanti guide marah, sia-sia je kena sound dalam bahasa Arab. Hihi.. Ada 2 perkara menarik tentang ruang solat utama kat masjid ni. Tu yang tak sabar nak tengok tu.
|
Taman bunga di tepi masjid. Cantik.. |
|
SubhanAllah.. Cantiknya rekabentuk masjid ni. |
Selesai amik wudhuk, saya mencari pintu masuk ke ruang solat utama. Ada seorang guard menjaga pintu masuk dan arahkan saya untuk meletakkan beg di saf belakang. Risau juga beg dicuri sebab tak ada yang menjaganya. Harap tak hilang la. Kalau hilang mungkin kerajaan Oman boleh bayar gantirugi kot. Mana tau boleh claim 1,000OMR ke. Dah jadi RM11,000 tu. Berangan tak sudah. Hehe.. Kalau masjid kat Malaysia kena hati-hati sikit. Selipar fipper yang tak original pun pernah kena rembat. Huhu.. Mungkin perembat tu tak sengaja sebab dia pun pakai selipar fipper kaler dan saiz yang sama. Berprasangka baik tau. Hehe.. Saya solat jamak berjemaah dulu sebelum menghayati pemandangan dalam ruang solat utama. Dapat juga pengalaman mendirikan solat di dalam masjid ni. Syukur Alhamdulillah..
|
Tempat ambil wudhuk |
Selesai solat, saya menikmati rekabentuk di dalam ruang solat utama. 2 perkara menarik tentang masjid ni ialah carpet dan chandelier. Carpet yang ada dalam ruang solat utama ni mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan dan ianya adalah single piece carpet yang kedua terbesar di dunia. Chandelier yang tergantung di tengah ruang solat pula adalah yang terbesar di dunia. Patutlah ada guard yang jaga kat dalam ruang solat ni. Takut ada orang cuba mencuri chandelier yang bersadur emas dan kristal Swarovski ni. Setakat curi amik gambar dibenarkan. Hihi..
|
Pemandangan dalam ruang solat utama |
|
Inilah chandelier yang dikatakan terbesar tu. Mungkin yang termahal juga kot. Huhu.. |
Jam 1.40 petang kami berjalan balik ke bas yang sedia menunggu. Tak sempat nak pusing seluruh kawasan masjid. Tak pasti sampai pukul berapa itinerary untuk half-day tour ni. Rasanya lepas ni terus balik ke hotel. Flight lambat lagi, jam 9.30 malam. Takpelah, ada masa nak berehat kejap kat bilik hotel. Takut juga kalau kena jetlag bila sampai Malaysia nanti. Masa ke Europe dulu agak teruk juga kena jetlag. Time kerja tersengguk kepala menahan ngantuk. Bila malam kemain aktif. Huhu.. Kalau duduk kat pejabat masih boleh cover lagi. Takut kena pergi mesyuarat yang membosankan. Memang haruslah tertidur. Jangan ada yang amik video dan viral sudah la. Hahah.. Setakat ni dari 10 mesyuarat, cuma 2 je yang tak bosan. Itupun bergantung kepada agenda mesyuarat dan pengerusinya. Nampaknya kebarangkalian untuk tidur itu amat tinggi. Hihi..
|
Gambar kenangan terakhir sebelum naik bas |
Jam 1.50 petang bas mula bergerak meninggalkan Sultan Qaboos Grand Mosque. Satu pengalaman dan kenangan yang takkan dapat dilupakan apabila dapat menziarahi masjid yang terkenal di Oman. Tepat jam 2.00 petang bas pun sampai di lobi hotel. Tamatlah sudah half-day tour Muscat. Walaupun sekejap, namun banyak juga pengalaman dan info tentang Muscat dan Oman. Kami sendiri tak menjangka akan melawat negara ini kalau bukan kerana umrah. Sememangnya tepat pilihan ziarah kami ke Oman berbanding negara lain yang ditawarkan dalam pakej umrah. Seperti pakej Istanbul dan Abu Dhabi, kami memang ada merancang untuk ke negara tersebut. Jadi tak sesuai kalau hanya half-day tour ke sana. Mana cukup jalan separuh hari kat Istanbul. Dan tentu sampai sana nak merasa naik belon udara panas kat Cappadocia tu. Hihi.. Sebelum masuk ke hotel, kami mengucapkan terima kasih kepada guide yang sudi bawa group jemaah kami jalan-jalan cari pengalaman di bumi Muscat.
|
Bus Route: From Sultan Qaboos Grand Mosque to Hotel Ibis Muscat |
|
Thank you very much Mr. Guide! |
Sebelum naik ke bilik, kami makan dulu di cafe hotel. Menu yang dihidangkan agak simple tapi mengenyangkan kami. Itu yang paling penting pun. Hehe.. Ustaz Zool maklum kepada semua jemaah untuk berkumpul semula di lobi jam 6.30 petang. Selesai makan kami naik ke bilik untuk berehat. Saya turun semula ke lobi hotel dan duduk berborak dengan Ustaz Zool dan dua orang jemaah yang lain. Cadangnya nak jalan-jalan kat area hotel ni. Wife saya taknak ikut. Dia nak berehat dan tidur sekejap. Walaupun mata saya agak pedih sebab tak cukup tidur tapi rasa macam rugi pulak kalau tak amik kesempatan ni untuk jalan-jalan di kawasan sekitar. Bila lagi akan dapat peluang macam ni kan. Peluang nak tidur dalam hotel bila-bila boleh dapat. Kami berempat layan berborak dulu kat cafe sementara air free masih ada lagi. Hihi..
|
Simple dan sedap menu kat hotel ni |
@ SEKITAR HOTEL
Punyalah seronok berborak sampai tak sedar hampir 2 jam kami duduk kat cafe. Huhu.. Jam 4.00 petang kami mula keluar dari hotel dan berjalan ke kawasan sekitar. Dalam bas tadi kami ada ternampak satu supermarket besar dekat dengan hotel. Jadi kami pun cuba mencari supermarket tu ikut jalan besar. Cuaca agak terik petang ni tapi tak panas sangat. Cuma debu banyak sebab kawasan padang pasir. Huhu.. Dalam 15 minit kami berjalan barulah nampak bangunan supermarket tu dari jauh. Kena lintas satu padang yang agak besar untuk ke sana. Tak jadi nampaknya nak cross padang tu sebab kena turun bukit sikit. Balik nanti dah tentu kena menapak naik bukit. Huhu.. Kami patah balik ke hotel dan jalan ke arah yang lain. Ada banyak bangunan yang baru dibina. Kami bertanya pada seorang pekerja bina bangunan di mana kedai yang berdekatan. Nasib baik pekerja tu faham soalan kami. Dia pun tunjuk arah bangunan satu lagi. Kat situ ada satu kedai katanya. Kami pun bukannya ada nak beli apa-apa pun. Saje je nak tengok harga barang harian yang dijual di sini.
|
Susur ikut jalan besar, takut tersesat tak jumpa jalan balik hotel. Huhu.. |
|
Ada restoran Malaysia la kat sini. Terbaik!.. |
|
Cuaca nampak macam panas tapi tak berpeluh pun |
|
Bangunan belum siap tapi signboard kedai dah pasang |
|
Jumpa juga hypermarket kat sini |
Dah masuk dalam kedai boleh lupa pulak nak amik gambar. Huhu.. Tapi harga barang yang dijual kat sini takdelah mahal sangat. Ada juga barang bila dah convert duit kita pun masih murah lagi berbanding di Malaysia. Huhu.. Kawan jemaah saya beli rokok kat kedai ni berharga 800 Baisa. Baru RM8.80 sekotak. Air kotak 100 Baisa. Kat Malaysia masih ada lagi ke air kotak berharga RM1.10? Kat pasar NSK ada lagi rasanya. Itupun kena beli satu cart 24 kotak. Masih menunggu bila agaknya GST dikembalikan semula kepada rakyat seperti yang diwar-warkan. Buat masa ni harga barang makin naik ada la. Huhu.. Moga gaji juga naik setiap kali harga barang naik. Macam mimpi indah bunyinya. Hihi.. Nampaknya untung juga la jadi cikgu kat sini. Gaji sebulan RM13,200.00 dan harga air kotak RM1.10. Cukai dah tentu takde kat sini. Tapi saya tetap dengan prinsip hujan emas. Biarlah hujan batu sepanjang masa, asalkan hidup bahagia. Harap batu kecik yang jatuh. Jangan batu blok sudah. Moga bertahan hendaknya..
|
Harga RM8.80 sekotak. No GST. Hehe.. |
Jam 5.30 petang kami balik ke hotel. Wife saya dah bersiap untuk turun ke bawah. Dia ingat saya tak naik langsung. Saya hanya dapat tengok tilam yang empuk. Tak tidur juga akhirnya. Takpe, pengalaman ke hypermart tadi lebih berharga dari keempukan tilam ni. Hihi.. Saya mandi dan bersiap. Jam 6.00 petang kami turun ke lobi dan makan di cafe. Menu malam ni lagi sedap. Berselera sungguh saya makan. Hehe. Sementara semua jemaah masih ada di cafe, Ustaz Zool mintak saya bantu agihkan tiket flight ikut nama masing-masing. Selesai makan, jam 6.40 petang coaster dan teksi sampai di luar hotel. Selamat tinggal Hotel Ibis Muscat. Tilam empukmu menjadi kenanganku. Hehe..
|
Polish selipar dulu. Hahah.. |
|
Sedap betul makanan malam ni |
|
Masing-masing dah dapat tiket flight |
|
Mari menuju ke airport |
@ MUSCAT INTERNATIONAL AIRPORT
Jam 6.45 petang coaster dan teksi meninggalkan Ibis Hotel Muscat menuju ke airport. Kami sampai di Muscat International Airport jam 7.10 malam. Kami terus ke kaunter check-in dan immigration clearance. Agak ramai juga orang yang beratur. Jam 7.45 malam barulah semua urusan selesai. Cuma departure gate kami berubah dari Gate 17 ke Gate 16. Ustaz Zool dah maklumkan pada semua jemaah. Takut ada yang dah sedia tunggu kat Gate 17. Huhu.. Ada dalam 45 minit masa untuk kami jalan-jalan meronda dalam kawasan duty-free. Kami cadang untuk habiskan duit Omani Riyal. Duit 14.00OMR dan untuk simpanan koleksi kami asing siap-siap. Ada sebab kenapa asing duit banyak tu. Masa datang haritu terbaca majalah jualan dalam flight. Memang teringin nak beli. Hehe.. Dah asing jadi tinggal sikit je lagi baki yang tinggal. Kami mencari kedai yang boleh kami gunakan semuanya. Akhirnya kami beli 2 air Costa Coffee yang harganya betul ngam-ngam dengan duit baki kami. Boleh la feel ala London bila minum Costa Coffee ni. Haha..
|
Bus Route: From Hotel Ibis Muscat to Muscat International Airport |
|
Panjang juga barisan kat kaunter masuk |
|
Setakat cuci mata je kat duty-free area |
|
Layan air dari London dulu.. |
@ FLIGHT WY 0821 OMAN AIR
Selepas solat jamak, jam 8.40 malam kami bergerak ke Gate 16. Departure gate mula dibuka. Kemudian kami tunggu pula shuttle bus untuk bawa kami ke kapal terbang. Jam 9.10 malam baru kami dapat naik shuttle bus dan seterusnya beratur untuk naik flight WY 0821 Oman Air. Bantuan dari pakcik yang menyusun seat kami diperlukan ketika ini. Hehe.. Bila semua jemaah dah ada dalam flight, dengan pantas pakcik tu susun kedudukan seat kami. Akhirnya semua dapat duduk dengan family masing-masing kecuali yang bujang. Terbaiklah pakcik. Ustaz Zool dah tentu duduk sebelah saya. Hehe.. Dia dikira 'bujang' la sebab datang sorang. Jadi boleh la duduk mana-mana pun.
|
Boarding time @ Gate 16 |
|
Ceria nak balik Malaysia |
|
Shuttle bus menuju ke kapal terbang |
|
Gambar terakhir menjejaki bumi Oman |
|
Selesanya 1st class. Cuma harga je yang kurang selesa. Huhu.. |
|
Oman Air amat selesa. Boleh naik lagi jika dapat tiket murah. Hehe.. |
Tepat jam 9.30 malam flight WY 0821 Oman Air mula bergerak ke landasan pelepasan utama. Alhamdulillah flight on-time. Letih nak menunggu kalau delay. Tapi jika naik Air Asia kena standby siap-siap sebab selalu delay. Tak pasti sama ada flight lambat sampai atau diorang tunggu sampai flight penuh. Pernah juga dengar orang bercerita, kalau flight tak penuh diorang set untuk gabungkan dengan bilangan penumpang flight berikutnya. Sebab tu selalu delay. Memang la untung pada diorang sebab dua flight jadi satu. Kalau trip santai mungkin takde masalah. Bayangkanlah kalau ada penumpang yang nak kena kejar masa untuk transit naik flight lain. Ada juga yang kejar untuk hadir mesyuarat penting dan ada juga yang dah bayar booking hotel dan sewa kereta. Tak ke naya dibuatnya. Huhu.. Satu lagi yang buat saya terfikir tentang isu delay ni. Harga tiket kan berbeza. Andaikata flight awal harganya mahal tapi penumpang bayar juga sebab nak kejar masa, tapi delay kena naik flight berikutnya yang harganya lebih murah. Tak boleh dapat refund ke atas beza harga tiket tu? Nanti bila saya kena situasi macam ni saya akan tanyakan. Suka-suka je bagi delay padahal penumpang ada urusan penting. Kalau penumpang terlambat sikit kemain diorang tak bagi masuk flight ye. Huh..
|
Flight mula bergerak untuk perlepasan |
Alhamdulillah flight WY 0821 Oman Air berlepas dengan lancar. Seperti biasa, saya akan layan lagu sampai tertidur. Bila browse lagu punyalah banyak senarai artis. Malangnya dari beratus artis hanya 2 je yang saya kenal. Isyana Sarasvati artis Indonesia tu saya cuma pernah dengar 2 lagu dia je. Nampaknya dah takde option lain, terpaksalah dengar lagu dari sorang artis ni iaitu Maher Zain. Maka 'berMaher Zain' la saya sampai landing nanti. Huhu.. Sambil dengar dan tidur, aktiviti diselangi dengan beberapa kejutan dari wife saya sebab terlebih feel tidur. Hahah.. Itu sebab la saya kena duduk sebelah wife saya kalau naik flight yang jauh. Kadang-kadang flight 2 jam pun berbunyi juga kalau dah penat. Huhu.. Jam 11.15 malam waktu Oman saya dikejutkan lagi untuk makan. Disebabkan mengantuk saya makan juga la untuk alas perut. Lepas tu sambung balik layan lagu Maher Zain. Moga cepat sampai KLIA hendaknya. Wallahu 'alam..
|
Belum sempat tidur dah dapat snack |
|
Macam makan dalam mimpi je sebab mengantuk. Huhu.. |
|
Maher Zain peneman flight kali ni. Hihi.. |
No comments:
Post a Comment