Sunday, 29 October 2017

JJCP VietCam: Persiapan Awal #1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Walaupun hanya trip ke Asia Tenggara, tetapi persiapan awal perlu dibuat sebaiknya. Tambah pula kali ni trip famili yang melibatkan anak-anak. Kena pastikan diorang sihat sepanjang perjalanan. Paling saya risau adalah cuaca ketika kat sana nanti. Harap jangan la panas sangat. Anak bongsu saya berumur 11 bulan masa travel nanti. Kulit dia amat sensitif. Orang ramai cium dia pun boleh keluar bintik ruam. Huhu.. Harap tak ramai orang cium dia kat sana. Hehe..

This is my boy, Danish Eirfan

# FLIGHT TICKETS

Daripada tarikh yang dicari dalam bulan Julai dan Ogos, nampaknya yang paling sesuai dan harga pun agak murah adalah pergi pada 3 Ogos 2017 dan balik 7 Ogos 2017. Tapi kami dapat tiket flight murah bukan turun di Phnom Penh atau Siem Reap International Airport, tetapi di Tan Son Nhat International Airport, Vietnam. Jadi trip kali ni kami akan travel ke 2 negara. Tajuk travel pun kena gabung, Vietnam + Cambodia = VietCam Trip. Hehe.. Harga tiket yang kami dapat untuk dewasa adalah RM288.10/return dan kanak-kanak RM218.10/return. Untuk anak bongsu saya yang tak sampai setahun tu cuma kena bayar RM16.00. Kira murah juga la harga tiket flight ni sebab kami naik MAS. Anak sulung saya dah masuk kategori dewasa. Huhu.. Thanks to Jay kerana uruskan hal tiket flight kami semua.

Total air fare kami sekeluarga: RM1,316.50

# FAMILY TRAVEL INSURANCE

Dah ada tiket flight, maka insurans pun kenalah amik juga. Walaupun saya sebagai penjawat awam dan mungkin hujung tahun ni tak ke mana-mana, tapi saya tetap tak amik insurans dari kerajaan. Kalau trip famili lebih baik saya amik insurans untuk sekeluarga. Trip berdua dengan wife baru saya amik dengan kerajaan. Maklumlah kerajaan cuma bagi insurans sekali je dalam setahun. Tak claim pun tetap sekali je boleh apply. Nampak tak, dah la cuti jarang amik, kemudahan insurans pun tak buat. MC lagilah jarang amik sampaikan doktor tak kenal sebab lama tak jumpa. Adakah itu bermaksud saya pekerja yang bagus? Haha.. Untuk trip kali ni kami sekeluarga amik insurans dari Etiqa yang berharga RM85.00 dan cover sepanjang kami di luar sana. Harap takde apa-apa perkara buruk yang berlaku terhadap keluarga kami semua. Wallahu 'alam..

Masih tetap memilih Etiqa Takaful untuk insurans travel kami

# TRAVEL ITINERARY

Dah confirm tarikh travel dan tiket flight pun dah beli, barulah saya boleh start buat itinerary. Untuk menjadikan travel kali ni lebih 'bermakna', saya bercadang untuk sewa bas dari Vietnam ke Cambodia. Hehe.. Bukan naik bas lompat, tetapi sewa bas beserta driver untuk keseluruhan perjalanan darat kami di sana. Nasib baik la saya takde lesen bawak bas. Kalau tak dah tentu saya hanya sewa bas je dan drive sendiri kat sana. You know I will do it. Hihi.. Main mission ke sini adalah untuk ke Angkor Wat di Siem Reap. Saya refer pada google map dan mula susun pergerakan kami di sana nanti. Cadangan itinerary adalah seperti berikut:

- Day 01 (Khamis, 3/8/17): Kuala Lumpur - Ho Chi Minh City - Phnom Penh
- Day 02 (Jumaat, 4/8/17): Phnom Penh
- Day 03 (Sabtu, 5/8/17): Phnom Penh - Siem Reap
- Day 04 (Ahad, 6/8/17): Siem Reap - Angkor Wat - Ho Chi Minh City
- Day 05 (Isnin, 7/8/17): Ho Chi Minh City - Kuala Lumpur

Paling risau masa hari ke-4 tu, sebab dari Angkor Wat terus balik ke Ho Chi Minh City. Agak jauh juga perjalanan, lebih kurang 500km bergantung kepada route yang driver pilih dan keadaan jalan raya di sana. Rasanya kat sana langsung takde highway. Majoriti jalan kampung. Huhu.. Harap takde perkara yang tak diingini berlaku sepanjang masa kami berada kat sana. Wallahu 'alam..

General route for our upcoming VietCam Family Trip

# AHLI FAMILI TRIP

Kali ni famili yang sama masa trip ke Thailand tahun lepas akan join trip ni. Tapi tak semuanya berminat. Selain famili Muiez dan Kodin, famili Abg Sabri pun tak join. Adik Miza si Aizat dan Apit pun tak dapat turut serta. Nampaknya takdelah orang yang boleh bantu layan anak-anak kami kat sana nanti. Hehe.. Jay ada bawak sorang kawan dia yang nak join trip ni iaitu Zan. Orang Bank Rakyat juga tapi cawangan di Perak. Masih ada juga famili yang takkan join trip ke Asia Tenggara. Kalau ke Europe baru nak join. Padahal orang tu pun baru sekali pergi Europe. Huhu.. Sukar nak ajak orang macam ni. Confirm banyak hal punya nanti. Baik ajak-ajak ayam je. Hehe.. Tengah menyusun senarai ahli untuk saya buat booking hotel dan sewa bas serta kos makan, wife saya kata ada satu lagi famili yang nak join. Kak Ina dan suaminya, Abg Min nak ikut sekali. Diorang tak bawa anak, berdua je lebih romantis katanya. Hihi.. Saya dah siap booking hotel. Nasib baik ada lagi bilik available hotel yang sama cuma harga lain sikit dari booking awalnya. Jadi keseluruhan jumlah ahli famili trip kali ni adalah seperti berikut:

- FAMILY 1: My Family (3 dewasa, 3 kanak-kanak) = 6 orang
- FAMILY 2: En. Khai (4 dewasa, 1 kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 3: Saiful (2 dewasa, 3 kanak-kanak) = 5 orang
- FAMILY 4: Wan (2 dewasa, 2 kanak-kanak) = 4 orang
- FAMILY 5: Pae (2 dewasa, 3 kanak-kanak) = 4 orang
- FAMILY 6: Abg Min (2 dewasa) = 2 orang
- SINGLE: Jay dan Zan (2 dewasa) = 2 orang

Jumlah semuanya 28 orang (17 dewasa, 11 kanak-kanak). Kira meriah juga trip kali ni sebab ramai ahlinya. Hihi.. Seronok sebenarnya trip ramai-ramai ni. Tapi yang paling penting mestilah sempoi dan senang bekerjasama. Kalau ada yang buat hal kita ikat dia kat tebing Sungai Mekong. Hahah..

The more the merrier!

# ACCOMODATIONS

Daripada itinerary yang dah saya sediakan, kami akan stay di Phnom Penh selama 2 malam, Siem Reap semalam dan Ho Chi Minh City semalam. Untuk pemilihan hotel saya akan pastikan kedudukan hotel berdekatan dengan kawasan yang mudah untuk kami meronda tanpa naik bas atau tuk tuk. Di Phnom Penh saya cari hotel yang dekat dengan sungai yang famous di situ iaitu Tonle Sap River dan Phnom Penh Night Market. Di Siem Reap saya cari hotel yang dekat dengan night market dan di Ho Chi Minh City pulak saya cari hotel yang dekat dengan restoran halal dan Ben Thanh Market. Senang sikit nak meronda bila ada masa free. Hihi.. Memang banyak pilihan hotel cuma nak dapat yang betul-betul murah dan berbaloi tu yang susah sikit. Yang penting biar semua famili puas hati dengan hotel yang saya book. Apa nak susah, Trivago kan ada. Hehe.. Saya lebih suka book hotel melalui booking.com kerana pada saya agak mudah untuk buat cancellation dan bayaran selalunya dibuat semasa check-in.

3 hotel yang saya pilih through Booking.com

# HALAL FOODS

Di Vietnam takde masalah nak mencari makanan halal. Kat area Ben Thanh Market amat banyak restoran halal. Cuma di Phnom Penh dan Siem Reap agak limited. Ada beberapa blog yang saya refer untuk dapatkan lokasi restoran halal di sana. Harap masa datang nanti restoran tu bukak atau masih beroperasi lagi. Huhu.. Sebagai persediaan awal, makanan ringan seperti roti, snacks dan air kena standby bawak dalam bas kerana dalam perjalanan takde restoran halal. Hanya di bandar je yang ada. Untuk pengetahuan, KFC di Phnom Penh adalah halal kerana semua sumber dieksport dari Malaysia. Jadi kalau dah terdesak sangat tak jumpa restoran halal boleh la cari lokasi KFC ya. Hihi.. Cuma tak pasti adakah semua KFC di Cambodia berstatus halal. Kene cek dulu tau. Wallahu 'alam..

Thanks to Fie, penulis www.travelchameleon.net

# CURRENCY RATE

Di Vietnam saya takde masalah dengan currency Dong sebab dah 2 kali sebelum ni ke sana. Cuma di Cambodia saya belum ada pengalaman lagi. Cari info dalam internet, di Cambodia matawang local yang digunakan adalah Cambodian Riel (KHR) tetapi di sana orang lebih prefer guna USD. Masa wife saya pergi money changer memang takde tukaran untuk KHR. Jadi kami terpaksa tukar duit kepada USD. Sampai sana nanti boleh cari money changer untuk dapatkan duit KHR. Tapi kena habiskan semua kat sana sebab kat Malaysia tak boleh tukar rasanya. Huhu.. Kadar tukaran wang semasa adalah seperti berikut:

Currency rate semasa untuk 4 matawang
Susah betul nak kira duit yang banyak nilai ni. Teringat kejadian Abg Fikri masa bayar duit teksi di Ho Chi Minh dulu. Rasanya beratus juga dia bayar sebab confuse dengan nilai matawang VND. Huhu.. Untuk memudahkan pengiraan, saya kira RM10.00 = 50,000.00VND dan 10,000.00KHR manakala 1.00USD = RM4.30. Harap jangan salah bagi duit masa kat sana nanti. Kene check betul-betul not duit sebelum bayar. Kat Vietnam ramai penipu. Rasanya kat Cambodia pun sama juga. Huhu..

Kami tukar duit USD dan VND

# KELULUSAN PERMOHONAN

Nak keluar negara kenalah buat permohonan kerana saya penjawat awam. Nak isi borang takde masalah. Nak berdepan dengan bos tu yang payah sikit. Nanti bos tanya soalan macam-macam pastu buat muka macam taknak approve. Huhu.. Tapi nak buat camna, kena mengadap juga kalau nak dapat approval. Nasib baik la bos tau saya ni kaki travel. Jadi setakat mintak cuti 3 hari takde masalah kot. Nak jumpa pun kene tengok mood bos dulu. Nampak dia agak ceria terus jumpa dan mintak sign. Tapi masalahnya dia selalu tak ceria dan sentiasa serius. Kena buat lawak hari-hari bagi dia senyum sikit. Lawak tu jangan bodoh sangat, nanti terus tak dapat. Hehe.. Nak mintak cuti pun susah. Alahaii.. Bila dah dapat sign, keluar dari bilik dia terus rasa macam dunia ini Ana yang punya. Hahah..

Permohonan diluluskan. Yeayy..

# UBAT-UBATAN & MAKANAN

Travel sekeluarga bermakna ubat pun kene bawak untuk sekeluarga. Paling penting ubat untuk anak-anak especially yang paling bongsu tu. Ubat kulit dan demam paling utama untuk dia. Untuk dewasa sama seperti ubat yang dibawa dalam trip sebelum ni. Nak bawak ubat lama kena pastikan tak expired lagi. Silap haribulan makin sakit dibuatnya. Huhu.. Cuaca dijangka panas dan berdebu kat sana nanti. Jadi kenalah lebih berjaga-jaga terhadap kesihatan masing-masing. Sekali dah demam memang susah nak berjalan. Belum kira menangis tak henti lagi. Sebab tu keselesaan diorang diutamakan. Yang dah tua ni tak payah la nak selesa sangat. Hihi.. Makanan tambahan pun kena prepare siap-siap. Kalau trip berdua setakat maggi, roti dan air kopi dah memadai. Bawa anak-anak confirm penuh satu troli. Biarlah diorang nak makan apa pun, janji jangan buat hal dalam bas nanti. Hehe..

Ni belum habis shopping jajan lagi tau. Haha..

Selesai sudah persiapan awal untuk trip kami. Tinggal satu je lagi perkara yang paling penting belum selesai iaitu sewa bas. Salah buat pilihan memang hancur trip kami. Ada beberapa company yang saya dah cari dalam website. Tapi dalam hati kecil saya macam tak berapa yakin dengan company bas ni. Masih lagi cari dan terus mencari. Kebanyakan dalam blog yang saya baca, diorang naik bas express dari Vietnam ke Cambodia. Bila saya buat kiraan berdasarkan bilangan ahli, rasanya lagi mahal berbanding sewa bas dan driver. Lagipun bila bawa anak-anak taknak lah kena turun naik bas. Kalau geng dewasa je takde masalah. Saya teringin juga nak naik bot rentas sempadan. Hihi.. Masa masih ada lagi untuk buat pilihan. Harap pilihan yang saya buat adalah yang terbaik dan yang paling penting tak kena tipu. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - FLIGHT TICKETS         : RM1,316.50
  - TRAVEL INSURANCE  : RM85.00
  - RATION                         : RM100.00
  - JUMLAH                       : RM1,501.50

No comments:

Post a Comment