Sunday, 29 October 2017

JJCP VietCam: Day 01 (Part #1)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


TARIKH:
3 OGOS 2017

LOKASI KEJADIAN:
@ KLIA
@ MH0758 MALAYSIA AIRLINES


Hari yang ditunggu sudah tiba. Masa untuk release tension bersama famili dan rakan-rakan. Awal pagi lagi group whatsapp Trip Famili dan penuh dengan mesej. Masing-masing bersiap sedia nak berkumpul di KLIA. Kak Wan siap buatkan kek untuk kami semua. Eh silap, En. Khai yang buat kek sebenarnya. Hihi.. Jangan kata lelaki tak pandai buat kek tau. Saya ada sorang kawan lelaki yang memang pakar buat kek. Silap dia tak bukak kedai je. Kalau bukak mesti laku punya. Kami yang lebih kepada skill makan kek rasa amat bertuah dapat kek free di pagi hari. Hihi..

Nampak tak skill En. Khai di situ. Siap promote tepung penaik cap Kings lagi tau. Hehe..
Mula-mula kami cadang nak bawak kereta dan parking di Putrajaya Sentral sebab parking rate murah. Kemudian dari situ naik train terus ke KLIA. Tapi sejak kebelakangan ni saya agak fobia nak tinggalkan kereta kat tempat awam. Haritu kereta saya hampir kena kopak masa saya minum di kedai mamak. Parking agak tersembunyi dan gelap waktu tu. Nasib baik la pencuri tu tak sempat masuk dalam kereta. Tapi habislah pintu kereta terkopek kat belah cermin. Besar jugalah lompongnya sampaikan boleh seluk tangan masuk dalam pintu tu. Huhu.. Jadi kami amik keputusan untuk naik Grab atau Uber je dari rumah sampai KLIA. Wife saya terus contact Grab untuk ambil kami jam 9.45 pagi. Dia minta kereta MPV sebab kami berenam. Itu belum campur beg lagi. Huhu.. Yang available adalah kereta Nissan Grand Livina. Kira ngamlah untuk kami sekeluarga. Maka bermulalah perjalanan kami ke KLIA untuk Misi Menjejaki Angkor Wat 2017. Hihi..

Bergaya sungguh anak dara sorang ni. Hihi.. Let's jom!..
Dari rumah cerah, pastu mendung, renyai, lebat dan sampai KLIA cerah balik. Hihi..

@ KLIA

Kami tiba di KLIA jam 11.00 pagi. Jumlah bayaran Grab adalah RM105.00 + Tol RM9.80. Kira murah juga la naik Grab berbanding teksi. Teksi biasa 5-seater pun dalam RM115.00 ikut meter. Kalau teksi MPV dah tentu lagi mahal. Huhu.. Saya mengucapkan terima kasih pada brader Livina kerana layan saya berborak sepanjang perjalanan. Kami masuk ikut pintu departure 5 dan update location dalam group. Yang lain belum sampai lagi. Tak sampai 5 minit famili Saiful pun sampai. Kemudian jumpa famili Wan. Sebelum check-in beg, kami berkumpul di McDonalds dulu tunggu yang lain. Tak lama kemudian Jay dan Zan pun sampai.

Tq brader Livina. Sejuk aircond dia. Hihi..
Agak crowded juga keadaan dalam terminal
Jumpa famili Saiful dulu
Hampir sejam menunggu di McDonalds namun Pae masih tak sampai lagi. Huhu.. Takut kena beratur panjang kat kaunter check-in, kami gerak dulu ke Row B. Memang betul barisan amat panjang. Tapi nasib kami amat baik bila staff yang menjaga lorong minta kami check-in di Row L sebab kami berkumpulan. Sampai di Row L, hanya ada satu group je yang sedang beratur. Lega tak perlu beratur panjang. Pukul berapa Pae nak sampai ni. Nak kata slow tapi kaki berlari dia ni. Semua open run dia join. Medal penuh dalam almari. Mungkin kerana angkut beg besar membuatkan pergerakan dia agak terbatas. Hehe.. Takpelah Pae, take your time. Nanti aku mintak pilot pi minum kopi dulu bagi flight delay sikit ye. Hehe.. Tengah beratur tunggu giliran, En. Khai maklum dalam group diorang dah check-in awal dan tunggu kami di McDonalds.

Bukan orang je kena beratur, beg pun tak boleh potong que ya. Hihi..
Rupanya En. Khai ada kat Row B tadi
Masing-masing cek phone untuk tau kedudukan semasa Pae. Hehe..
Sampai giliran group kami untuk check-in beg. Timbang beg masa pergi memang takde masalah. Tambah pulak naik MAS. Sorang boleh sampai 30kg. Kepada yang nak shopping sakan kat Vietnam nanti dipersilakan. Hihi.. Tengah kami berurusan di kaunter barulah nampak kelibat famili Pae. Sedang elok dia sampai je terus sambung letak beg dan bagi pasport kat saya. Macam biasa, mesti kena kecam teruk punya. Tapi takleh lebih-lebih sebab dia ada bawak Go-Pro. Nanti dia taknak amik video dan gambar kita. Pae bukan kaki sentap. Paling kuat pun dia menyirap je. Hahah..

Total berat beg satu family. Separuh dari tu berat jajan. Hihi..
Semua dah dapat boarding pass
Done group check-in
Kami pergi semula ke McDonalds untuk berjumpa En. Khai. Semua ahli dah ada, jam 1.15 petang kami semua mula turun ke kaunter imigresen untuk urusan passport verification dan immigration clearance. Jam 1.40 petang semuanya selesai dan kami dah berada di duty-free area. Nasib baik boarding gate buka jam 1.45 petang. Jadi tak perlu lah nak jalan lama-lama kat duty-free area. Makin lama berjalan kat situ makin banyak tarikannya. Huhu.. Kedai coklat dan mainan seperti memanggil anak-anak kami. Nampaknya terpaksa jugalah beli sesuatu sebagai upah berkelakuan baik dalam flight walaupun pasti akan tetap kecoh. Huhu.. Sementara menunggu boarding gate dibuka, kami ke surau berhampiran untuk solat dulu. Nasib baik Gate kami kat H2, takdelah jauh sangat kena menapak. Hihi..

Dalam lif pun bergambar juga. Hihi..
OK, takde yang kena tahan kat imigresen
Jam 2.00 petang kami dah boleh masuk ke ruang menunggu. Kene tunggu lagi untuk masuk ke dalam flight. Sebelum telefon ditukarkan ke flight mode, saya whatsapp pada David maklumkan kami akan berlepas sebentar lagi dan dijangka sampai on-schedule. Mesej double-tick warna biru tanda dibaca tapi David tak balas. Lagilah risau jadinya. Huhu.. Dibuatnya takde bas yang menunggu di sana, memang habislah plan yang dibuat. Terpaksa standby guna Plan B iaitu naik bas ekspress untuk ke Phnom Penh. Lebur la duit deposit sebanyak 300.00USD. Walaupun belum confirm lagi kena tipu tapi saya dah fikir macam-macam. Begitulah jadinya bila trip bawa ramai orang. Kepuasan hati pelanggan itu penting. Hihi.. Harap adalah si David tu menunggu kat airport sana. Eh, apasal rasa seram sejuk je badan ni. Huhu..

Menunggu boarding gate dibuka
Tarikh dan masa saya hantar whatsapp kat David. Dah baca tapi tak respon. Amat menyeramkan. Huhu..

@ MH0758 MALAYSIA AIRLINES

Jam 2.30 petang barulah boarding gate dibuka. Selepas penumpang business class masuk, kami yang membawa stroller diberi priority untuk masuk dulu ke dalam flight. Keselesaan ruang tempat duduk tak perlu nak dipertikaikan lagi. Sudah tentu lebih selesa berbanding Air Asia tetapi Oman Air yang saya naik ketika mengerjakan umrah hujung tahun lepas lagilah selesa. Rasanya naik Air Busan dari Jeju Island ke Seoul masa 2014 dulu pun selesa juga. Pada saya keselesaan tempat duduk flight bergantung pada jarak penerbangan. Kalau flight dalam 2-3 jam je takde masalah kalau seat sempit sekalipun. Tapi kalau naik flight lebih 6 jam perlu fikir juga seat yang selesa. Moment paling best sepanjang pengalaman saya naik flight setakat ni adalah masa naik Air France dari Paris ke Ho Chi Minh City tahun 2015 yang lalu. Flight tak ramai penumpang waktu tu dan kami siap occupy sorang dua seat lagi. Memang syok betul tidur sepanjang perjalanan. Hehe..

Dah boleh masuk dalam flight
We're going to Vietnam!
Setelah semua penumpang dah ada dalam flight, jam 2.55 petang flight MH0758 mula bergerak menuju ke landasan pelepasan. Anak-anak semuanya dah siap pakai headphone melayan movie. Cuma saya je yang duduk diam memikirkan hal bas di sana nanti. Kali ni nak dengar lagu pun tak berminat. Huhu.. Takpe, lagi 2 jam dah boleh tau kena tipu ke tak. Kalau Plan B tak jalan, nampaknya sepanjang trip kita jalan-jalan shopping kat Ho Chi Minh ajelah sampai 7 Ogos nanti. Hihi.. Banyak kain telekung yang boleh dibawa balik. Total luggage untuk famili kami je dah 150kg. Boleh buat bisnes kat KL nanti. Dapat cover balik expenses trip kami ni. Hehe..

Let's jom to Ho Chi Minh City!..
Seronok la anak-anak bila dapat naik MAS. Ada tv boleh layan movie. Makan pun ada. Rasanya anak-anak saya belum pernah naik Air Asia lagi. Mesti diorang pelik sebab takde tv kat depan. Makan pun takde kalau tak beli awal. Jadi kenalah standby Ipad atau phone bagi diorang main kalau kena naik Air Asia. Nanti jenuh nak menjawab soalan diorang. Huhu.. Baru 10 minit atas udara anak saya dah mula tanya pasal makan. Tanya pulak masa tengah pakai headphone. Memang kuat la suaranya. Huhu.. Sabar, kejap lagi sampai la makanan tu. Itu je lah jawapan yang boleh diberi dan standby untuk jawab soalan yang sama beberapa minit kemudiannya. Hihi.. Nasib baik flight 2 jam je dan tak sampai setengah jam makanan pun dihidang. Lega sebab tak perlu jawab soalan yang sama lagi. Tapi lepas makan nanti siap sedia dengan soalan yang lain pulak. Dah boleh agak bentuk soalan yang akan ditanya. Hihi..

Pilih la nak makan nasi atau spaghetti. Jangan mintak kedua-duanya sudah..
Dah habis makan, seperti yang dijangka soalan bila nak sampai akan keluar. Saya suruh tengok ikut cermin, kalau dah nampak daratan maknanya dah nak sampai la tu. Hehe.. Anak-anak kami semua dah mula gelisah. Ada yang kejap duduk depan, kemudian duduk belakang balik. Ada juga yang kena sound dengan stewardess ni kang. Huhu.. Nak halang pun tak boleh juga. Bagi la peluang diorang bermain. Jangan sampai penumpang lain marah sudah la. Orang lain pun bayar tiket juga. Jadi kenalah jaga privacy masing-masing. Nasib baik kami semua duduk sebaris depan dan belakang. Jadi anak-anak kami tak bergerak jauh dan tak ganggu penumpang lain. Dalam setengah jam lagi flight akan mendarat di Tan Son Nhat International Airport. Moga flight kami selamat sampai ke destinasi tujuan. Wallahu 'alam..


*KOS WAJIB UNTUK SEKELUARGA:
  - GRABCAR  : RM114.80
  - BREAKFAST : RM46.70
  - JUMLAH       : RM161.50

No comments:

Post a Comment