Monday, 16 October 2017

JJCP Umrah Ziarah Oman: Post Mortem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Alhamdulillah, akhirnya selesai juga cerita umrah saya. Pengalaman pertama kali menziarahi Rumah Allah adalah sangat bermakna dalam hidup saya. Bersyukur dapat mengerjakan umrah bersama wife, family dan kawan-kawan. Impian untuk bawa mak saya menjadi kenyataan. Jika diberikan peluang lagi, sudah pasti saya akan ke sana lagi. Harap dapat mengerjakan haji pula satu hari nanti, insyaAllah. Di sini saya kongsikan sikit pengalaman hasil dari pemerhatian saya sepanjang berada di sana.

#KOS

Untuk trip umrah ziarah ni sebenarnya saya langsung tak buat kiraan berapa kos keseluruhan seperti yang saya buat dalam trip sebelum ni. Ini kerana kali ni saya pergi bersama family dan banyak kos yang digunakan bersama. Ada yang saya belanja dan ada juga yang belanja saya. Hihi.. Cuma apa yang dapat dikongsikan di sini, jumlah duit yang saya tukar untuk digunakan sepanjang masa di sana adalah sebanyak 2000.00SAR (RM2400.00) dan 30.00OMR (RM330.00). Jadi kiraan kasar keseluruhan duit yang dibawa ke sana termasuk bayaran pakej umrah (RM12,180.00) dan suntikan (RM260.00) adalah sebanyak RM15,170.00 untuk 2 orang. Duit SAR masih ada baki masa saya balik dan saya kirakan sebagai kos untuk persediaan umrah seperti kain ihram dan ubatan. Maknanya seorang dalam RM7,585.00 untuk keseluruhan perjalanan. Kad kredit yang saya bawak langsung tak digunakan. Dengan duit sebanyak tu, banyak juga barang yang dapat dibeli untuk diri sendiri dan souvenir untuk saudara-mara dan kenalan.

Jumlah duit yang saya tukar untuk kami berdua

#KEPUASAN

Sebenarnya diri ini takkan pernah puas bila berada di Tanah Haram. Kalau diikutkan nak duduk selama yang boleh di sana. Tapi apakan daya. Mana nak dapat duit kalau tak kerja. Huhu.. Tapi untuk trip kali ni sesungguhnya saya amat berpuas hati. Tambah pulak dapat extra 3 hari di Mekah. Alhamdulillah. Walaupun pada mulanya terkejut harga pakej dinaikkan, tapi rupanya ada hikmah disebaliknya. Masa di Mekah, jemaah di Hotel Hera silih berganti tapi saya masih lagi stay. Rasanya jemaah kami paling lama di Mekah ketika tu. Hihi.. Cuma lokasi hotel agak jauh untuk ke Masjidil Haram. Kena terima hakikat bahawa pakej yang murah sudah tentu jarak hotel jauh. Ada kelebihan dan kekurangannya duduk hotel yang jauh ni. Kekurangannya adalah terpaksa keluar duit sikit untuk cari makanan sebab tak larat nak patah balik ke hotel semata-mata untuk makan. Kelebihannya adalah kita boleh duduk lama beribadah dalam masjid. Mana yang lebih baik agaknya ye?

Takkan pernah puas apabila berada di sini

#TERKILAN

Rasanya takde pun perkara yang membuatkan saya terkilan bila berada di sana. Setakat tak dapat makan kepala kambing kat Madinah tu bukan masalah besar kot. Hehe.. Boleh dikatakan semua program yang dijalankan ketika di sana saya sertai. Semua exhibition hall yang ada saya masuk. Mungkin wife saya ada sedikit terkilan bila dia tak ikut saya panjat Jabal Nur untuk menziarah Gua Hira'. Itu tandanya akan ke sana lagi satu hari nanti, insyaAllah.. Satu lagi, dia tak dapat jumpa Neelofa. Takkan la itu pun termasuk dalam list terkilan kot. Hahah.. Tak dapat jumpa Neelofa, tapi dapat jumpa Warda dari Pakistan dan Zainab dari Turkey. Itu lebih baik sebab satu hari nanti kami buat trip ke Pakistan atau Turkey dah ada kenalan yang boleh bawak kami jalan-jalan. Silap haribulan boleh tumpang stay rumah diorang lagi. Jimat kos. Hihi.. Neelofa boleh bagi apa. Tudung free pun tak dapat. Mahal lak tu. Hehe..

View dari puncak Jabal Nur tanpa wife di sisi

#RAKYAT

Di Tanah Haram selain dari umat Islam di seluruh dunia datang berkumpul, rakyat Arab tak ramai sangat sebenarnya. Peniaga di sini kebanyakannya orang luar dari Pakistan dan India. Orang Arab agak kurang friendly namun ada juga yang suka bersedekah. Time duduk menunggu masuk waktu Maghrib mesti ada yang sedekah makanan seperti kurma dan roti serta air halia. Kena hati-hati bila membeli di kedai terutamanya yang menjual pakaian. Orang luar yang datang meniaga suka menipu juga. Jangan ingat berpijak di Tanah Haram takde orang yang buat kerja menipu ya. Huhu.. Kedai gunting rambut pun kuat juga menipu. Lagi satu yang buat saya terkejut apabila beratur nak beli makanan. Berebut-rebut semuanya. Hal ini tak boleh nak salahkan orang Arab tetapi umat Islam seluruh dunia punya perangai. Huhu.. Memang betul seperti yang saya baca info sebelum ke sana. Masa tawaf kena hati-hati sebab jemaah yang kebanyakannya lebih besar dari kita main langgar je ikut suka dia. Bayangkanlah dari luar tawaf nak cross terus ke pintu Kaabah. Diorang main rempuh je tak kira apa pun. Huhu.. Bila berada di sini barulah kita boleh nampak sifat dan karakter umat Islam seluruh dunia yang sebenarnya.

Yang datang berkumpulan pastikan jangan berpecah ketika tawaf

#SHOPPING

Sebelum saya ke sana, ada kawan-kawan yang menceritakan tentang shopping di Mekah dan Madinah. Katanya kalau nak shopping kat Madinah best sikit sebab kedai dan bangunan di sana lebih tersusun berbanding Mekah. Bila dah sampai sana, memang betul apa yang dikata. Di keliling Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi punyalah banyak shopping complex. Bergantung pada iman dan nafsu je yang dapat mengawal diri. Jangan sampai fokus shopping lebih daripada ibadat kat sini. Huhu.. Memang ada pun jemaah yang macam tu. Shopping tak ingat sampai ke masjid hanya untuk solat yang wajib je. Kalau dah niat nak shopping lebih baik beli tiket ke London atau New York. Hihi.. Kepada yang minat jubah atau kurta, inilah tempatnya. Padahal sepanjang pemerhatian saya rasanya design jubah sama je kat semua kedai. Cuma harga je lah mungkin berbeza. Ada kedai boleh bagi murah. Kena pandai berbincang dengan tuan kedai. Nasib baik la tak boleh pakai jubah pergi kerja. Kalau tak tentu shopping sakan. Best juga dapat pakai jubah pergi kerja. Berangin je rasa. Hehe..

Abraj Al Bait Shopping Center betul-betul di sebelah Masjidil Haram

#KESELAMATAN

Di sini takde masalah tentang keselamatan. Keluar la pukul berapa pun, orang tetap ramai di luar. Cuma tak pasti apa yang akan berlaku jika berjalan di lorong gelap dan juga naik teksi untuk ke destinasi di luar Tanah Haram. Mula-mula saya ada bercadang nak ke Taif menaiki teksi. Tapi tak jadi sebab takde masa yang terluang. Dalam hati ada rasa sedikit kerisauan juga sebab takut driver teksi tak faham ke mana saya nak pergi. Nanti dibawanya ke tempat lain susah pulak jadinya. Sama juga situasinya masa saudara saya yang bekerja di Mekah tu. Mulanya dia nak datang ke hotel kami, tapi akhirnya dia mintak kami datang berjumpa dia di satu tempat. Dah la nak bawa mak saya sekali. Last-last tak jadi juga jumpa dia. Takde rezeki, nak buat camna. Sepanjang saya berada di sana langsung takde isu tentang keselamatan atau keadaan yang mencemaskan diri saya. Alhamdulillah..

Dah pukul 1 pagi pun macam ni keadaannya di Tanah Haram

#KESELURUHAN

Secara keseluruhannya, saya tak puas dan nak lagi datang ke sini. Huhu.. Berada di Tanah Haram amat berbeza berbanding berada di negara lain. Walaupun suasana sesak dipenuhi oleh umat Islam seluruh dunia dan cuaca agak panas dan berdebu, tapi sememangnya seperti ada satu kelainan dalam diri apabila berada di sini. Sesuatu yang takkan dapat walau di mana jua kita berada dalam dunia ni iaitu solat berjemaah paling ramai. Kat Malaysia solat Subuh berjemaah dapat 2 saf penuh pun dah dikira ramai. Huhu.. Tempat lain dapat sampai sekali pun dah kira cukup, tapi di sini kalau boleh nak datang lagi. Pertama kali dalam hidup melihat Kaabah. Jika umurku tak panjang, sekurangnya dah ada pengalaman melihat Kaabah di depan mata dan beribadah di rumahmu Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah.. Moga dijemput untuk ke sana lagi. Wallahu 'alam..

Rindu itu pasti..

MY POINT OF VIEWS

Only based from my own experience, where I went and what I do. It does not represent the whole country


@ LOCALS: 6/10
    - Kurang friendly. Tak ambil kisah hal sekeliling

@ LANGUAGE: 6/10
    - Bahasa Arab. Dulu belajar tak abis. Huhu..

@ SCENERY: 7/10
     - Padang pasir views. Masjid semuanya cantik belaka

@ CLEANLINESS: 6/10
     - Kawasan masjid amat bersih. Di pekan biasa-biasa aja

@ PUBLIC TOILET: 7/10
     - Setakat yang saya masuk semuanya bersih

@ PUBLIC TRANSPORT: Nil
     - Tak merasa naik public transport

@ ACCOMODATION: 7/10
     - Di Mekah agak kurang teratur. Di Madinah amat selesa

@ ISLAMIC: 10/10
     - Tempat semua umat Islam seluruh dunia berkumpul

@ HALAL FOODS: 10/10
     - Langsung takde masalah. Cuma harga je lah kena tengok dulu

@ CURRENCY: 8/10
     - Dulu RM1.00 = 1.00SAR. Sekarang RM dah jatuh. OMR jangan cakap la. Huhu..

@ SHOPPING: 8/10
     - Walaupun banyak kedai jual benda yang sama, tapi boleh buat banyk pilihan

@ WEATHER: 7/10
     - Pergi hujung tahun cuaca agak sejuk di sana. Cool breeze..

@ REPEAT: 10/10
     - Of course. Sampai Malaysia je dah rasa rindu nak ke sana lagi

@ OVERALL: 8/10
     - Plus point kepada Masjidil Haram dan Masjid An-Nabawi


No comments:

Post a Comment