Tak lengkap trip jika tak beli sesuatu sebagai kenangan dalam hidup. Biarpun harga barang tak seberapa, tapi nilai dan di mana kita beli tu yang lebih penting. Walaupun bukan kewajipan setiap kali keluar negara beli souvenir untuk saudara-mara dan kenalan, tapi ianya sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari yang memberinya. Belum kira lagi yang memesan tapi cuma guna air liur. Dalam radio Sinar FM pun si Jep, Shuib dan Rahim dah sebut tentang pesan barang kat kawan. Macam la kawan tu banyak duit nak dahulukan dulu. Dulu saya pernah belikan t-shirt Hard Rock Cafe untuk kawan yang mintak belikan tapi tak bagi duit. Bila dah beli, ada pulak yang tak berkenan dengan design dan saiz. Terpaksa la saya jual kat orang lain. Nasib baik t-shirt HRC dikira barang panas dan ramai yang nak beli. Lepas ni kalau ada yang pesan saya akan mintak saiz sekali. Design cuma classic je, senang cerita. Kalau pesan air liur maka dapat pun paling kurang saya hantar gambar t-shirt tu kat whatsapp. Hehe..
# UNTUK DIRI SENDIRI
Sebenarnya setiap kali ke luar negara, barang kami berdua tak banyak pun yang dibeli. Kami lebih beli barang untuk anak-anak. Saya setakat dapat t-shirt sehelai, satu keychain dan fridge magnet pun dah cukup. Kalau ada perfume murah boleh juga beli sebotol dua. Kalau ke tempat yang shopping heaven lain pulak ceritanya. Mungkin banyak sikit yang dibeli. Itupun cari yang paling murah boleh dapat. Hihi.. Untuk trip Umrah Ziarah kali ni saya dan wife cuma beli jubah dan aksesori pakaian serta sejadah. Di Oman saya cuma beli kumma dan perfume yang dibeli dalam flight untuk diri saya. Wife saya ekstra sikit kat jubah. Alasan kuat untuk pakai pergi kerja katanya. Hihi..
Antara barang yang dibeli untuk saya dan wife |
# UNTUK ANAK-ANAK
Barang untuk anak-anak dah tentu paling banyak kami beli. Ada satu kedai di Madinah yang menjual tudung budak yang amat murah. Jubah budak pun boleh tahan murah juga. Ada yang semurah 5.00SAR sehelai. Sesuai la untuk anak saya pakai seharian. Eiman yang paling suka pakai jubah. Kalau boleh setiap hari dia nak pakai. Produk PASTI la katakan. Hihi.. Banyak juga yang kami beli. Setakat 3 tahun hari raya boleh pakai lagi jubah ni. Itupun kalau masih muat. Budak-budak cepat membesar. Hehe..
Khas untuk 4 orang anak kami. Yang si kecik punya pun ada |
# UNTUK SAUDARA-MARA DAN KENALAN
Hidup ini takkan indah kalau takde sedara dan kenalan. Sebagai ingatan apalah salahnya berikan souvenir. Tak perlu balasan, cuma mengharapkan hubungan persahabatan yang berkekalan. Nak bagi kat semua sedara dan kawan tu tak dapatlah. Hanya yang rapat dan sentiasa berhubung especially di pejabat. Mungkin dengan pemberian ni mereka yang belum pernah mengerjakan umrah akan bersemangat untuk ke sana juga. Sentiasa mendoakan agar semua kenalan saya dapat jemputan untuk menziarahi Rumah Allah satu hari nanti, insyaAllah..
Mungkin nilainya kecil, tapi besar maknanya |
# KEYCHAIN & MAGNETS
Yang ni dah memang jadi kewajipan kena beli. Makin penuh la pintu fridge kat rumah. Huhu.. Saya ada terbaca tentang bahaya letak fridge magnet kat pintu peti ais. Betul ke? Katanya tarikan magnet tu beri kesan negatif kepada makanan kat dalam peti ais. Rasanya sejak saya kecik lagi mak saya lekat fridge magnet kat pintu peti ais. Zaman sekarang ni macam-macam benda yang orang viralkan. Yang positif tetiba jadi negatif dan sebaliknya. Tak tau nak percaya mana satu. Huhu.. Apa pun saya memang bercadang nak beli magnetic whiteboard untuk lekatkan semua fridge magnet saya dan gantung kat dinding. Mungkin lebih menarik kalau pandai susun ikut bentuk. Lepas ni dah tak sesuai bagi nama fridge magnet. Kena tukar kepada wall magnet. Hahah..
Cukuplah dapat fridge magnet dan keychain untuk setiap bandar yang saya pergi |
# KURMA DAN MANISAN
Dah pergi Mekah dan Madinah kalau tak beli kurma macam tak lengkap je itinerary. Huhu.. Harga kurma kat sini sudah tentu murah terutamanya kurma favourite saya iaitu Ajwa. Boleh juga bagi kawan-kawan di pejabat. Letak kat atas meja, siapa yang lalu depan meja saya terus ajak makan kurma. Hidang sekali air zam-zam bagi diorang minum. InsyaAllah ada keberkatannya. Laluan depan meja saya agak popular juga sebab orang lalu nak ke bilik bos besar. Bos lalu pun saya jemput juga makan kurma dan minum air zam-zam. Tak baik menolak tau. Hehe.. Selain kurma saya beli juga kacang, coklat dan biji habbatussauda. Banyak khasiatnya makan habbatussauda ni. Tak percaya boleh google ya. Hihi..
Gambar buah limau yang tak sempat sampai Malaysia pun saya letak. Hihi.. |
# STARBUCKS CITYMUG
Di Mekah dan Madinah ada Starbucks. Cuma di Muscat saya tak pasti Starbucks ada ke tak. Jadi dapatlah saya tambah koleksi citymug saya. Buat masa ni semua citymug saya letak dalam bekas lagi. Nak display takde tempat sesuai sebab rumah kecik. InsyaAllah bila pindah nanti saya nak buat satu rak khas untuk letak semua citymug sebagai tanda saya dah sampai tempat tu. T-shirt HRC saya pun cadang nak buat almari khas kat bilik. Mana tau dah bersara dari arena travel nanti saya buat jualan semula. T-shirt HRC ada peminatnya tersendiri. Sama juga seperti citymug. Saya ada join group FB pengumpul citymug. Diorang punya koleksi lagi la banyak. Cuma saya tengok citymug diorang lagi cantik dan khas untuk collector. Setakat ni saya tak jumpa lagi design citymug tu. Mungkin product terbaru kot. Next destination saya mungkin dah keluar design terbaru tu kat semua Starbucks.
Flask tu kawan saya yang mintak belikan |
Selesai sudah perkongsian lengkap saya tentang trip JJCP Umrah Ziarah Oman. Misi utama ke sana hanya satu iaitu mengerjakan umrah dan beribadah di Rumah Allah. Selainnya hanya sampingan. Sebagai manusia biasa kita takkan dapat lari dari kesilapan. Iman dalam diri tidaklah sekuat mana. Kadang-kadang tergelincir juga. Sentiasa berusaha untuk berubah menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah dan berguna kepada agama, keluarga dan masyarakat. Moga diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup di jalan yang diredhai Allah. Kita diberikan peluang untuk merancang yang terbaik, namun hanya Tuhan yang akan menentukannya. Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment