Sunday, 29 October 2017

Trip famili ke-2 bakal direalisasikan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Bila dah buka website Wonders of the World dan UNESCO, jadi lama lah pulak saya membacanya. Seronok bila tengok gambar tempat-tempat yang menarik dalam dunia ni. Ikutkan hati nak pergi semua tempat tu. Tapi apakan daya. Duit bukannya ada banyak pun. Kerja makan gaji susah sikit kalau nak cuti dan berjalan. Dapat pulak bos yang jenis pantang bila dengar ada orang nak bercuti. Huhu.. Cemburu juga bila dengar kawan yang senang betul mintak cuti. Ada yang guna whatsapp je apply cuti. Pastu bos pun balas OK. Fuhh, mudahnya. Kalau la dapat bos macam tu punya senang, tapi kita pulak keje main-main siap MIA tanpa alasan memang patut kena lempang laju-laju. Hahah..

Seronok pulak tengok website ni. (Ihsan Google)
Setelah kumpul beberapa pilihan destinasi, akhirnya saya pilih untuk ke Cambodia. Saya teringin nak melawat Angkor Wat, ancient archeological sites yang amat popular di kalangan tourist seluruh dunia. Bila google tempat menarik untuk dilawati, mesti Angkor Wat ada dalam senarai Top 10. Tengok gambar nampak macam menarik. Lagi best kalau dapat tengok depan mata. Hihi.. Tapi disebabkan ini adalah family trip, jadi saya kena la dapatkan persetujuan ahli yang lain. Tak adil la kalau diorang kena ikut tempat yang saya nak pergi. Mungkin juga ada yang dah pernah ke sana. Takkan la nak pergi lagi kot. Huhu..

Banyak info tentang Angkor Wat yang saya baca (Ihsan Google)
Macam biasa, pertengahan bulan Mac wife saya war-warkan tentang trip dalam group. Lagipun ahli group majoritinya kawan kerja dia di Bank Rakyat. Kawan dari pejabat saya cuma 2 orang, Muiez dan Kodin. Muiez tak dapat nak join sebab dia dah sambung belajar. Kodin pulak ada banyak program yang dia nak buat tahun ni. Takut bajet burst katanya. Hihi.. Jadi yang tinggal hanya kawan dari opis wife saya. Kalau takde yang nak join, kami satu family pun jalan juga. Hehe.. Nak dapat persetujuan dari ahli bukanlah sehari dua je. Diorang pun kena setting dengan komitmen masing-masing. Manalah tau ada yang dah plan untuk program lain time tu. Tarikh sebenar untuk trip belum ada lagi. Cadangan dalam bulan Julai atau Ogos. Sementara menunggu jawapan dari ahli group, saya mencari lagi info tambahan tentang Angkor Wat.

Tak semua family ke Thailand haritu join trip kali ni
Setelah 2 minggu akhirnya kami dapat respon dari ahli yang berminat untuk ke Cambodia. Jabar yang masih single sudah tentu pergi punya. Dia pun dah dapat sindrom 'travel bugs' macam kami. Mungkin masa travel dia berjumpa pasangan hidup kot. Hihi.. Jadi saya mintak Jabar carikan tiket flight yang berpatutan untuk tarikh di bulan Julai dan Ogos. Yang lain saya akan uruskan. Cuma saya perlu dapatkan jumlah sebenar ahli untuk book bilik hotel dan lain-lain. Pada saya persediaan untuk trip ke Asia Tenggara kena lebih fokus berbanding di Europe sebab info dalam internet tak banyak. Lagipun kali ni trip family. Kalau trip saya berdua dengan wife atau trip geng dewasa takde masalah sangat. Bila bawak anak-anak kenalah pastikan keselesaan diorang. Susunan itinerary juga lebih santai dan tak perlu nak kejar masa.

Selalu dapat whatsapp harga tiket flight murah..
Setelah dapat jumlah ahli dewasa dan kanak-kanak, saya pun mula mencari masa terluang untuk sediakan itinerary dan juga hal lain. Kerja di pejabat tetap kena selesaikan dulu. Balik kerja sampai rumah Maghrib dah penat. Nak mengadap komputer pun tak larat. Terpaksalah cari info travel masa weekend ataupun tidur awal dan bangun jam 3-4 pagi untuk buat persediaan. Huhu.. Demi hobi travel akan ku usahakan juga walaupun penat. Seronok sebenarnya buat persediaan travel ni. Lagi membuatkan rasa tak sabar nak sampai hari kejadian. Hihi.. Moga persiapan yang dibuat berjalan dengan lancar. Wallahu 'alam..

Jom travel!..

No comments:

Post a Comment