Sunday 5 May 2024

Impian Anak-Anak Bakal Menjadi Kenyataan

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Pada hujung bulan Jun 2022, saya dan wife telah mencapai kata sepakat untuk destinasi travel kami pada hujung tahun nanti. Melihat kepada nilai tabungan travel yang terkumpul sejak dari Covid-19 melanda negara pada Mac 2020 dan hasil simpanan duit berniaga online, maka kami berdua bersetuju untuk menunaikan impian anak-anak bermain salji. Kali ni saya pasti 100% diorang dapat pengalaman melihat salji turun dari langit. Siap boleh buat snowman lagi. Destinasi ni juga adalah wishlist saya untuk melengkapkan negara Scandinavia yang kami sudah jejaki. Mana lagi kalau bukan ICELAND! Fuhh.. Dah lama saya mengimpikan untuk menjejakkan kaki di bumi Iceland. Tak sangka akhirnya trip kali ni kami bakal mendapat pengalaman hidup berkelana di Iceland.

Iceland.. Tunggu kehadiran kami ya.. (Ihsan: Google Images)

Pada mulanya saya kurang pasti dengan pemilihan destinasi ni sebab Iceland adalah antara negara yang serba serbi mahal. Daripada harga petrol hingga kepada makanan dan barangan, semuanya mahal. Saya takut bajet yang kami bawa tak dapat nak menampung urusan kami sepanjang di sana nanti. Cadangan tarikh perjalanan adalah dari selepas Krismas hinggalah minggu kedua bulan Januari 2023. Nampaknya anak-anak terpaksa dicutikan. Moga diorang dapat belajar sesuatu daripada trip ini menggantikan pembelajaran di sekolah pada hari diorang dicutikan tu. Rasanya tiada masalah untuk saya dapatkan cuti sepanjang 3 minggu. Ikutkan baki cuti saya setiap tahun memang banyak. Cuma nak dapatkan cuti panjang kenalah slow talk dengan bos. In shaa Allah diluluskan sebab dah lama tak dapat travel.

Kalendar Disember 2022. Macam kena je dengan gambar tu. Hihi..

Dah finalise destinasi yang bakal dituju, saya mencari harga tiket yang paling sesuai untuk ke Iceland. Tarikh perjalanan yang dicadangkan adalah daripada 25 Disember 2022 hinggalah 15 Januari 2023. Tiada direct flight daripada Malaysia terus ke Iceland. Kalau ada pun dah tentu harga tiket tak masuk akal punya. Huhu.. Saya terpaksa mencari beberapa option flight dan airlines company serta pilihan multicity dan transit untuk memastikan saya dapat harga yang masuk akal. Akhirnya saya jumpa kombinasi flight yang agak berpatutan harganya. Memang saya dah jangka dari awal lagi iaitu tiket paling murah untuk ke Eropah adalah turun di Paris. Kemudian saya cari pula tiket untuk ke Iceland. Dari Paris agak mahal juga harganya walaupun low-cost flight. Maka terpaksa la saya survey lagi beberapa option departure airport yang paling ngam harganya. Sambil tu saya browse juga page Pemburu Tiket Murah dan page yang seangkatan dengannya kalau ada info pasal tiket murah ke Iceland.

Anggaran harga tiket bulan Disember KUL - KEF. Gila lah..

Tak banyak maklumat yang saya dapat berkenaan tiket flight murah ke Iceland. Kebanyakan low-cost flight menawarkan harga standard hanya dengan hand luggage. Kalau tambah checked luggage sampai 2 kali ganda harga tiket. Harga beg sama dengan harga tiket tuu. Huhu.. Hampir seminggu mencari option flight paling berbaloi, akhirnya saya jumpa dua kombinasi flight dan beberapa destinasi persinggahan yang menawarkan harga yang terbaik. Airlines yang menjadi pilihan kali ni adalah Qatar Airways, EasyJet dan British Airways. Tarikh perjalanan yang telah dimuktamadkan adalah dari 29 Disember 2022 hingga 15 Januari 2023. Dapat cover trip untuk 2 tahun terus. Hehe..

Qatar Airways dah pernah naik. EasyJet dan British Airways first time nak cuba.

Saya war-warkan destinasi trip, tarikh perjalanan, flight, penginapan dan lain-lain maklumat yang berkaitan kepada rakan-rakan travel. Rupanya ramai juga yang berminat. Rakan yang bertanya awal bila nak travel tu seperti biasa diam membisu. Apa yang membuatkan diorang teruja nak join trip saya adalah kerana banyak negara yang akan disinggah. Ada yang tak pernah jejakkan kaki lagi di bumi Paris dan London. Jadi inilah peluang untuk diorang mencari pengalaman baru dan ditambah dengan negara Iceland yang mana saya sendiri pertama kali nak sampai ke sana. Maka bersama-samalah kita peroleh pengalaman baru di Iceland nanti ya. Anak-anak juga pertama kali nak tengok Eiffel Tower. Untuk saya dan wife, ini adalah trip ke-3 kami ke London (2012 & 2019) dan Paris (2012 & 2015). Takde masalah, memang saya dan wife suka pergi kedua-dua tempat ni especially London. Pergi berkali-kali pun tetap dapat pengalaman baru dalam hidup. Demi kawan-kawan yang nak pergi kali pertama, kami bantu jadi guide korang ya. Free of charge!

Bakal bergambar dengan monument ni lagi..

Saya bagi masa seminggu untuk rakan-rakan decide sama ada nak join atau tak. Kaki travel memang dah standby lebih awal. Bila dapat tau destinasi tujuan dan tarikh perjalanan yang sesuai, diorang terus bagi keputusan. Semua sedia maklum kalau lambat buat keputusan, harga tiket flight akan naik. Dalam masa yang sama diorang bertanya macam-macam tentang itinerary perjalanan di sana nanti. Untuk di Paris dan London kami hanya akan menggunakan public transport seperti tube dan bas. Di Iceland memang kena sewa kereta sebab public transport kat sana amat terhad dan hanya cover area bandar sahaja. Padahal tempat-tempat menarik di Iceland adalah di luar bandar. Jadi option memandu adalah yang terbaik.

Guna public transport di London dan Paris. Di Iceland baru sewa kereta

Cukup seminggu, seramai 15 orang kawan-kawan berminat untuk join trip ni. Campur dengan kami jadi 21 orang semuanya. Bakal meriah trip kali ni. The more the merrier. Hihi.. Tapi belum confirm lagi. Setakat bagitau setuju dengan air liur memang tak jadi la. Apa-apa pun kena sediakan kos untuk tiket flight dulu. Yang lain boleh diselesaikan bulan-bulan berikutnya tapi janganlah tinggal seminggu lagi nak travel baru nak bayar. Harga hotel dan train Eurostar pun akan naik juga kalau beli last minute. Silap haribulan tiket Eurostar habis dan hotel yang dicadangkan pun penuh. Naya dibuatnya bila terpaksa berpecah kepada beberapa hotel. Susah nanti bila nak berkumpul. Travel dengan bilangan ahli yang ramai memang kena urus dan selesaikan secepat mungkin. Kalau trip saya berdua dengan wife takde masalah sebab nak book hotel pun hanya satu bilik je.

Trip berdua senang nak urus. Plan last minute pun takde masalah

Rakan-rakan mula transfer duit untuk secure tiket flight. Daripada 15 orang, 6 daripadanya mula menyepi tanpa alasan sebagai tanda tak dapat join. Lebih baik tarik diri awal sebelum keluarkan kos. Bila dah beli tiket baru nak tarik diri memang sukar jadinya nanti. Tiket flight yang dah dibeli bukannya boleh tukar nama kepada orang lain. Maka yang confirm akan join trip termasuk family saya  kali ni adalah seramai 15 orang. Cukup ramai dah ni. Terlalu ramai pun sukar juga nak kawal nanti. Takut kena sewa bas kat Iceland nanti. Lesen bawa bas takde lagi. Hahah..

Trip kami ke Vietnam & Cambodia pada 2017 siap sewa bas lagi.

Yang dah bagi duit boleh la buat persediaan awal. Macam-macam nak kena prepare especially pakaian sebab cuaca di Iceland dijangka amat sejuk. Kepada yang tak tahan sejuk kena fikirkan berapa banyak longjohn dan jaket yang betul-betul tebal untuk dibawa. Ration kena difikirkan juga memandangkan makanan halal yang terhad dan harga yang amat mahal di Iceland. Jangan travel dalam kebuluran, nanti gambar tak cantik. Hahah.. Moga dipermudahkan urusan persediaan kawan-kawan yang akan join trip yang berstatus kayangan tapi bajet ni.


Wallahu 'alam..

No comments:

Post a Comment