Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Tahun 2022 bermulalah era endemik Covid-19. Semua sekatan yang dijalankan sebelum ini sudah mula dibuka semula. Pemakaian mask pun dah mula longgar. Pintu airport juga dah dibuka seperti sediakala. Ketika ni banyak syarikat penerbangan mula menawarkan harga tiket yang agak murah kerana nak tarik pelanggan untuk travel semula. Tapi bila saya survey, takde la murah sangat pun. Huhu.. Dulu Malaysia Airlines jual tiket bersekali dengan luggage. Kali ni ada lite package di mana harga hanya untuk hand luggage je. Kalau nak tambah luggage kena tambah beratus ringgit lagi. Emmm, kalau atas urusan kerja memang ok sebab saya travel domestik hanya bawa hand luggage je. Tak kuasa nak bawa beg besar. Bukan nak shopping pun. Hihi..
Dari domestik hingga antarabangsa semuanya ada tawaran menarik |
Sejak dari 2011 saya pasti akan travel hujung tahun sebab cuti panjang pada Disember dan cuaca sejuk di Eropah. Cuma pada 2020 dan 2021 saya menghabiskan cuti hujung tahun tanpa travel kemana-mana. Sedih sungguh rasanya. Bukan saya je, tapi buat traveler yang lain juga. Covid-19 punya pasal la ni. Huhu.. Tapi ada hikmahnya sebab dapatlah saya penuhkan tabung travel keluarga. Kali ni kena saving lebih 3 kali ganda daripada sebelum ni sebab travel sekeluarga untuk 6 orang. Sebelum ni ada mak saya yang satu-satunya saya percaya untuk menjaga anak-anak jika saya travel berdua. Sejak mak saya meninggal dunia pada April 2019, saya dah takde tempat untuk hantar anak-anak. Maka saya dan wife kena kerja ekstra sambil meniaga dan buat part-time job supaya dapat beli tiket untuk 6 orang. Alhamdulillah pada 2019 dapat bawa anak-anak tengok Big Ben buat pertama kali dalam hidup diorang. Kos untuk 6 orang ke Eropah bukanlah sikit. Beza harga tiket flight untuk dewasa dan kanak-kanak bawah 11 tahun pun bukanlah banyak pun. Kurang seratus dua je. Huhu..
Al-Fatihah buat arwah abah (12.12.2004) dan arwah mak (07.04.2019) |
Masuk bulan Jun, saya dan wife dah mula berbincang untuk next travel destination. Rakan-rakan travel pun ramai yang dah bertanya. Maklumlah, semuanya dah lama tak berjalan. Kaki masing-masing dah mula rasa gatal-gatal nak melangkah di bumi luar Malaysia. Jika destinasi yang saya cadangkan untuk trip berikutnya menarik, mungkin ada yang nak join lagi. Rasa bangga juga sebab diorang masih sudi berkelana dengan saya. Maknanya serasi lah stail travel saya yang bajet ni dengan diorang. Saya lagi suka travel ramai-ramai sebab banyak pengalaman menarik yang dilalui bersama. Kalau diorang tak suka mesti diorang takkan join lagi kan? Saya pun memilih juga travel buddy yang sekepala agar trip berjalan dengan lancar. Kalau spoil the mood lebih baik jangan ikut. Nanti semuanya jadi tak seronok. Dah la kos makan ribuan ringgit. Mesti kena pastikan trip berbaloi dan indah untuk dikenang.
Antara sahabat yang pernah join trip kami. Fa & Abang Fikri paling banyak join |
Saya dan wife berbincang untuk lokasi destinasi kami bagi tahun 2022. Seperti biasa, bulan yang menjadi favourite kami adalah Disember. Cuma kali ni agak sukar nak set tarikh. Isu pertama, saya bekerja di Unit Parlimen. Cuti saya dibekukan ketika parlimen bersidang. Selalunya parlimen akan bersidang pada hujung tahun dan tamat selewatnya sehingga Krismas. Maka saya hanya boleh mula travel paling awal pada hari Krismas iaitu 25 Disember 2022. Isu kedua, takwim cuti persekolahan anak-anak dah berubah kerana Covid-19. Dulu memang dapat cuti sampai 5-6 minggu pada hujung tahun. Nampaknya kali ni terpaksa korbankan waktu persekolahan diorang. Nasib baik tahun ni takde anak-anak yang berada dalam tahun peperiksaan besar. Boleh la 'cuti' ekstra untuk diorang travel. Walaupun saya cikgu, nampak tak elok pontengkan anak-anak. Tapi secara peribadinya, pada saya mencari pengalaman di luar negara juga adalah satu pembelajaran hidup buat diorang.
Takwim parlimen 2022. Last day adalah 22 Disember 2022 |
Ikut pada tarikh akhir parlimen, saya boleh mula bercuti pada 23 Disember 2022. Tapi kena tengok juga harga tiket pada tarikh tersebut. Dibuatnya harga mahal sebab cuti Krismas, kenalah cari tarikh lain. Kemudian kena selaraskan dengan cuti rakan-rakan yang nak join. Macam biasa, jawapan tetiba tak dapat cuti, cuti dah habis atau ada kenduri adalah alasan standard yang diterima. Kalau ada isu yang memang tak dapat dielakkan tak mengapa. Saya amat memahami keadaan ini. Bukan apa, selalunya orang yang sama bagi jawapan macam tu setiap tahun. Dan orang yang sama tu jugalah yang kemain beria-ia bertanya bila next travel. Memang sedia maklum, jika seseorang tu jenis kaki travel selalunya tiada masalah. Dia pasti akan set siap-siap tarikh travel yang dipersetujui dan menjadikannya priority berbanding perkara atau agenda lain yang akan datang kemudiannya. Saya pun dah boleh baca dan agak sama ada yang bertanya tu akan join atau tak supaya tak terlalu mengharap. Sukar sebenarnya bila jadi organiser ni. Masa plan awal boleh dapat dalam 30 orang. Lepas bagi harga turun jadi 20 orang. Bila bagitau kena bayar sebab nak beli tiket terus jadi 10 orang. Dah biasa dengan situasi macam ni.
Jiwa travel akan set sebagai priority dalam kalendar |
Saya dan wife ada beberapa cadangan destinasi untuk trip berikutnya. Tarikh pun ada beberapa option tapi masih belum finalise. Janji pada anak-anak untuk bermain salji masih tetap ingin ditunaikan. Duit tabung travel hasil dari simpanan 2 tahun rasanya dah cukup untuk tampung kos kami sekeluarga. Boleh pergi jauh ni. Hehe.. Apa-apa pun akhir bulan Jun kami akan finalise ke mana destinasi travel kami untuk tahun 2022. Masuk bulan Julai dah boleh mula collect duit daripada travel buddies untuk beli tiket flight iaitu perkara utama dalam persediaan untuk travel. Dah secure tiket flight barulah boleh buat benda lain seperti menyusun itinerary dan barang-barang yang nak dibawa seperti pakaian, ubat-ubatan dan ration. Wife saya dah tak sabar nak kumbah beg travel dalam stor. Dah berhabuk rasanya. Hehe.. Ke mana kita hujung tahun ni? Kita tunggu post berikutnya ya..
Tabung travel dah berat nih.. |
Wallahu 'alam..
No comments:
Post a Comment