Tuesday 2 November 2021

JJCP UK V.2: Day 12 (Part #3)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


HARI/TARIKH:
@ AHAD, 8 DISEMBER 2019

LOKASI KEJADIAN:
@ SWINDON DESIGNER OUTLET
@ TRAVELODGE SWINDON WEST


Dari Bath, kami teruskan perjalanan menuju ke Swindon. Pada awalnya saya taknak ke sini. Saya plan nak ke Clarks Village yang terletak di Street, Somerset. Tapi bila saya cari lokasi travelodge untuk bermalam di sana, agak jauh juga untuk saya ke destinasi pada esok hari memandangkan esok petang kami dah nak return kereta. Esok ada tempat yang perlu kami luangkan banyak masa kerana ada pesanan dari kawan-kawan. Nanti tak puas pulak nak meronda kerana banyak buang masa dalam perjalanan. Jadi saya ambil keputusan untuk cari tempat yang dekat dan mudah untuk kami bergerak esok pagi. Takde rezeki nampaknya untuk kami explore Clarks Village. Itu tandanya kami akan datang lagi, in shaa Allah. Hihi..

Road Trip: From Bath to Swindon Designer Outlet


@ SWINDON DESIGNER OUTLET

Sejam memandu dari Bath, daripada cuaca mendung dan hujan renyai hingga la terbit matahari semula, akhirnya jam 2.30 petang kami tiba di Swindon Designer Outlet. Ya, shopping mall yang saya dan wife pernah sampai masa trip 2012 dulu. Terkejutnya saya bila sampai di kawasan parking, punyalah ramai orang dan parking pun hampir penuh. Dulu rasanya tak sampai 30 kenderaan kat parking. Amat lengang sampaikan kami ingat shopping mall tutup masa tu. Hihi.. Masa tu awal bulan November, christmas market pun belum start lagi. Kali ni datang bulan Disember, memang ramai la umat datang bershopping. Sama la macam Hari Raya. First day puasa dah mula fikir persiapan raya. Itu masa zaman muda remaja la. Sekarang ni lebihkan kat anak-anak je.


Driving route: From Bath to Swindon Designer Outlet

Jarak dari Bath ke Swindon Designer Outlet sama dengan ke Clarks Village. Cuma Clarks Village terletak di bawah lagi. Demi memikirkan aktiviti esok, maka kami pun repeat la tempat yang sama. Janji ada benda yang boleh mencuci mata. Hehe.. Parking di sini masih tetap murah, hanya GBP1.00 untuk 5 jam pertama. Dah tentu kami tak sampai 5 jam pun kat sini. Jam 6.00 petang semua kedai dah mula tutup. Disebabkan lepas ni terus check-in travelodge, jadi kami akan habiskan masa sehingga semua kedai tutup. Hehe.. Agak jauh juga tempat parking kami dengan pintu masuk. Memang penuh la manusia kat dalam shopping mall tu. Let's jom..

Nampak cahaya matahari. Keluar nanti mesti dah gelap punya. Hihi..

Sambil berjalan menuju ke pintu masuk, saya cuba recall dengan wife saya kedatangan kami ke sini pada 2012. Masa tu masih level novice dalam dunia travel DIY. Planning pun biasa-biasa je. Sekarang dah upgrade sikit la dari novice kepada amatur. Hihi.. Saya masih ingat lagi masa ke sini dulu kami banyak masuk ke dalam butik pakaian dan kasut. Sudah semestinya Clarks menjadi pilihan kami. Dan kami masih ingat beli doughnut 10 biji sebagai makan malam kami waktu tu. Kalau jumpa gerai yang jual doughnut tu kejap lagi pasti kami akan beli. Memang sedap. Tapi itu kisah 7 tahun yang lalu. Mana la tau masih kekal berniaga lagi. Hehe..

Ok, signboard ni baru. Hehe..

Swindon Designer Outlet adalah mall di bawah company MacArthurGlen Group yang mempunyai 25 cawangan di 9 negara. 24 daripadanya di Eropah dan hanya satu setakat ni di Canada. Daripada info yang saya cari, tahun 2020 akan buka satu lagi cawangan di Spain. Di UK sahaja ada 7 cawangan. Cheshire Oaks yang kami pergi haritu adalah outlet yang pertama di buka dan terbesar di UK. Memang heaven la untuk kaki shopping. Saya suka juga cuci mata. Tapi kalau kasut Clarks berharga GBP20.00 takkan nak cuci mata lagi kan? Kali ni kalau jumpa harga yang menarik boleh beli terus. Taknak menyesal macam kisah 2012 dulu. Kasut sale-of-the-day half boots berharga GBP15.00 saya tak beli. Ingatkan kat semua cawangan harganya sama. Jadi hold dulu lah. Rupanya memang tak dapat dah harga tu kat butik Clarks yang lain. Wife saya hangin je bila saya ulang cerita penyesalan ni. Sebab dia yang suruh hold tu. Hahah.. Takde rezeki namanya.. Mungkin kali ni ada lagi harga macam tu? Let's see..

Kasi ronda sampai tempat ni tutup. Hehe..

Memang banyak perubahan kat dalam shopping mall ni berbanding 7 tahun yang lalu. Banyak butik yang menarik. Foodcourt pun dah ada. Dulu memang takde. Sebab tu beli doughnut kat gerai push-cart je tepi bangunan. Ada foodcourt pun bukan boleh makan. Huhu.. Tapi sekurangnya boleh la cari roti plain tau jajan yang boleh dimakan. Seperti biasa kami hanya akan masuk ke dalam butik yang kami pernah dengar. Yang tak pernah dengar takut kami nak masuk. Clarks ada buat sale-of-the-day, tapi saya tak berkenan. Setiap hari akan ada design kasut yang dijual murah. Kalau berminat baik beli terus, sebab esok design lain pulak yang jadi sale-of-the-day. Kasut half boots takde sale walaupun harga biasa lagi murah dari di Malaysia. Takpelah, pakai jelah kasut yang ada kat rumah tu dulu. Masih elok lagi. Nak sedapkan hati je sebenarnya. Hehe..

Nak beli kereta bawak balik Malaysia lah.. Dalam mimpi. Hahah..

Sambil mencari pesanan dari kawan-kawan, kami dapat juga mencari barang yang berkenan di hati. Sejam pertama pusing seluruh kawasan dulu. Masuk jam kedua barulah masuk butik dan belek satu-persatu. Dalam kedai Le Creuset je dah makan sejam. Belum pergi kedai lain lagi. Antara yang menjadi perhatian kami adalah travel luggage, pinggan mangkuk, kasut dan jam. Saya dah lama tak beli jam baru. Last beli 6 tahun lepas rasanya. Itupun jam G-Shock yang paling murah dalam pasaran. Hajat di hati nak beli jam seperti Garmin dan Suunto. Tengok ramai dah orang pakai jam macam ni. Tapi bila tengok harga boleh demam dibuatnya. Huhu.. Takpelah, saya pass dulu hajat itu. Kira cari benda yang betul-betul penting dulu. Ada duit lebih barulah mencari. Sabar itu indah..

Lama dah saya perati beg Samsonite ni..

Teruja sungguh tengok beg Samsonite ni. Dah 2-3 tempat tengok beg yang sama. Tapi masih tak tergerak hati untuk beli. Esok atau lusa di London nanti kalau jumpa lagi harga macam ni saya akan grab terus. Takut kes kasut Clarks berulang kembali. Kali ni saya yang hold dulu. Andai kata berjumpa lagi sekali kat tempat lain dengan harga macam ni, tanpa cakap banyak saya suruh staff kedai bungkus ikat tepi. Hahah.. Tapi andai kata takdelah, maknanya Samsonite not belongs to me. Inilah susahnya bila fikiran 50-50. Tambah pulak saya ni memang jenis berhati-hati sikit bila membeli. Bukan cerewet, tapi saya memikirkan masa panjang dan juga akaun kewangan keluarga. Selalunya kalau 50-50 memang tak beli la jawabnya. Wife saya tau sangat ending dia. Hehe..

Budak dua orang ni memang susah nak bergambar. Ni pun kena paksa..

Tepat jam 6.00 petang, setelah lebih 3 jam setengah meronda kat dalam ni dan kedai pun ada yang dah tutup, maka kami pun beredar keluar menuju ke kereta. Ada juga la hasil yang diperolehi untuk kami selain dari barangan pesanan kawan-kawan. Cuma gerai push-card jual doughnut je tak jumpa. Huhu.. Cuaca di luar dah gelap. Hujan renyai masih turun lagi. Saya bertanyakan jika ada yang nak mencari makan malam. Nampaknya semua dah keletihan meronda. Anak-anak masuk dalam kereta terus senyap. Kalau lapar malam karang kita makan apa yang ada kat dalam bilik ya. Esok dah nak hantar kereta. Dah tentu kena angkut beg masing-masing naik train. Lepas tu kena jalan dan tukar train lagi. Jadi adalah lebih baik jika berat beg dapat diringankan. Hihi..

Bayar parking GBP1.00 je. Murah dah tu..


@ TRAVELODGE SWINDON WEST

Jarak perjalanan dari Swindon Designer Outlet ke Travelodge Swindon West tak jauh, tak sampai 2 km pun. 5 minit memandu dah sampai. Kira awal jugalah kami check-in hari ni. Tapi malam ni banyak kerja yang nak dibuat. Kami kena kemas semula beg untuk memudahkan pergerakan esok setelah hantar kereta. Jadi semua beg kena dikeluarkan dari kereta dan dibawa ke bilik. Daripada bilangan beg yang berisi, nampaknya ada yang kena bawak 2 beg sekali. Kalau bukan saya, Eimran la yang kena bawak. Badan dah nak sama besar dengan saya. Apa ada hal bawak 2 large luggage. Hehe..


Driving route: From Swindon Designer Outlet to Travelodge Swindon West

Sementara anak-anak bantu keluarkan semua beg dari dalam kereta, saya masuk ke lobi hotel untuk urusan check-in. Travelodge Swindon West baru beroperasi. Dalam google map pun masih tak update lagi bangunan hotel ni. Semuanya nampak baru. Mesti super clean keadaan dalam bilik kami. Saya dapat harga GBP30.00/night. Travelodge di UK memang berbaloi untuk traveller bajet macam kami ni. Moga dibanyakkan lagi cawangan travelodge ni di seluruh dunia. Barulah boleh rancang trip yang cost-efficient. Hotel seperti Travelodge, Premier Inn, Premiere Classe, Campanile, Formula1 dan Ibis yang banyak di Europe amat membantu dalam menjimatkan kos travel. Cuma di Scandinavia je takde hotel bajet seperti ni. Tapi Airbnb tetap membantu juga. Cuma kena pandai cari yang harga berpatutan.

Travelodge Swindon West @ GBP30.00/night

Kami dapat bilik 104 di tingkat 1 dan Fa di bilik sebelah kami. Hotel baru tak kisah sangat dapat bilik tingkat atas sebab confirm ada lif. Hihi.. Kami naik lif dan menuju ke bilik. Bukak je pintu terus saya tersenyum. Memang bersih sungguh. Semuanya nampak macam baru. Dapat tambahan 2 katil single lagi. Dapatlah saya fully recharge tidur malam ni dengan penuh ketenangan. Hihi.. Anak-anak request nak berendam dalam bathtub. Apa lagi aktiviti yang boleh dibuat kalau check-in awal. Kat bawah hotel ni ada Subway, tapi saya dah check takde status halal. Kalau halal dah lama order turkey breast. Fuhh sedapnya.. Apakan daya. Balik Malaysia nanti nak pergi makan kat Subway lah. Hihi..

Alhamdulillah dapat bilik yang cukup selesa

Anak-anak mula pasang air dalam bathtub. Bagi diorang layan berendam dulu. Jangan tertidur dalam tu sudah la. Dah selesai nanti baru turn saya nak bersihkan diri dan solat. Baik layan tv sambil makan dulu. Roti yang dibeli dimakan bersama tuna dalam tin dari ration yang dibawa. Dapatlah kurangkan berat beg. Wife saya dah mula kemas beg. Beliau memang tak dinafikan pakar dalam memuatkan semua benda dalam satu beg. Bila tengok barang yang dimasukkan macam tak logik je beg tu boleh ditutup. Masa ni wife saya buat magik. Boleh tutup rupanya. Kagum saya. Satu beg luggage besar bukan mudah nak dapatkan berat maksimum 23kg untuk dibawa naik atas flight. Tambah kalau barang yang diisi memang tak berat. Rugi la kalau tak sampai berat maksimum flight.

Dinner roti cicah dengan tuna TC Boy. Layan..

Kami bawa 3 beg besar dan 3 beg sederhana. Hajat nak bawa 6 beg besar tapi memang tak muat la nak bawa masuk kereta sebab Fa dan Abang Fikri pun ada beg juga. Kalau kami je satu family naik kereta memang pasti bawa 6 beg besar. Jadi nak mendapatkan berat 23kg untuk beg medium perlu menggunakan strategi masukkan barang-barang yang berat. Akhirnya wife saya berjaya dapatkan berat 23kg bagi 1 beg besar dan 1 beg medium. Dah boleh seal terus beg tu, tak payah nak buka lagi sampai la naik flight nanti.

Sambil mengemas sempat lagi amik gambar dan hantar pada tuannya..

Malam ni menjadi sejarah di mana kasut travel yang paling saya sayang terpaksa ditinggalkan. Kasut Columbia yang saya beli pada tahun 2009 akhirnya telah tamat perkhidmatannya. 10 tahun dia berjasa pada saya. Setiap kali saya travel ke luar negara sejak 2011 saya akan pakai kasut ni, kecuali trip ke Scandinavia sebab takut kasut ni tak tahan sejuk. Memang selesa sangat kasut ni. Kaki tak rasa sakit langsung. Kulit dah terkopek dan tapak kasut pulak dah haus dan terbelah sikit. Sama juga dengan kasut Timberland yang Eimran pakai. Saya beli tahun 2012 masa trip ke Jepun. Demi mengurangkan ruang dalam beg, maka terpaksalah saya tinggalkan kedua-dua kasut ni. Esok saya dan Eimran boleh pakai kasut yang kami beli masa di car boot dan charity shop haritu. Sedih tau. Berkaca-kaca mata masa letak kasut ni dalam tong sampah. Sayu.. Huhuu.. Tak kira, balik nanti nak cari kasut Columbia baru.

Terima kasih Columbia dan Timberland. Babai..

Selesai makan dan kemas beg, anak-anak pun dah kembang dok berendam kat dalam bathtub. Giliran saya pulak untuk guna bilik air. Lepas solat, saya baring sambil layan tv. Baru jam 9.30 malam. Ingatkan dah tengah malam tadi. Huhu.. Malam ni semua kena tidur awal. Kasi recharge cukup-cukup. Esok lepas hantar kereta nak mengangkut beg naik public transport. Hotel kat London tu bukannya dekat dengan airport. Jam 10.00 malam suasana dah mula senyap sepi. Semua dah tidur. Sebelum ni tv dibiarkan terbuka. Malam ni tv pun tidur awal. Banyak kami berjalan hari ni. Kaki pun dah lenguh. Menantikan hari esok yang bakal memberikan pengalaman hidup baru yang bermakna buat keluarga kami.


Wallahu 'alam..






4 comments:

  1. ooh, jalan2 sebelum covid ni kann.,. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyer.. Ni kisah sebelum covid serang satu dunia. Saje je post lambat. Dah abis post nanti takde benda lain nak story pulak. Hehe..

      Delete
  2. McArthur Glen, Swindon sy pun gi sbb baca posting awak 2013 dulu. Skang nmpk dah fully covered, sudah beratap. Sy gi tahun 2015. Stay di Travelodge/Premier Inn pun, sbb baca reviews² awak. Sy cover Cotswolds based dari Southhamtom, hotel Travelodge yg baru buka 4-5 hari. TQ so much for all the info bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kembali tuan atas komen dan tips.. Travelodge memang terbaik la untuk budget traveller. So tak perlu risau tentang kos yang tinggi untuk stay di UK. Cotswolds pulak, memang pasti repeat lagi kalau ke sana, in shaa Allah..

      Delete